Jumaat, 30 November 2012

Hari Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni merupakan hari yang aku rasa bengang, marah dan sedih...Semuanya bercampur-baur...Mungkin memang macam tu la perasaan sesiapa apabila terasa dianiaya...

Setelah macam2 yang aku alami kat pejabat, bekerja dengan syarikat yang bosnya ada pertalian kekeluargaan dengan pekerja2nya, aku kini nekad untuk berhenti berkhidmat...

Setelah perbincangan yang ringkas dengan bos sebelum solat Jumaat tadi, kami telah mencapai kata sepakat...Win2 situation kata bos aku...Banyak la...

Perbincangan yang hangat telah berakhir...Aku pun dah setuju dalam keterpaksaan terutamanya soal gaji...Gaji yang kononnya akan dinaikkan hanya janji tinggal janji...

Dalam pada itu, aku rasa bersyukur jugak...Sebab akhirnya aku dah buat keputusan walaupun agak sukar...Aku akan cari rezeki di tempat lain...Kerana aku yakin, Allah yang memberi rezeki...Bukan bos atau orang lain...

Harap2 lepas ni aku dapat kerja yang sesuai dengan jiwa dan kelayakan akademik aku...Penat dah kerja dengan gaji yang tarafnya macam budak SPM je...Dah la rumah kat Selangor, kerja pulak kat N9...Gaji yang dapat habis untuk bayar minyak dan tol je...

Jadi, mulai esok aku akan giat mencari kerja2 lain bagi terus menampung kehidupan...Harap2 tak dapat dah bos yang kedekut...

Bos aku cakap, tak boleh nak naikkan gaji aku sebab syarikat tak mampu...Yang dia pergi melancong tiap2 bulan ke luar negara tu ada duit plak...Dasar kedekut + lidah bercabang!!!

Wassalam...

*Hari ni bukan hari terakhir dalam bulan November je, tapi hari terakhir aku bekerja sebagai Eksekutif Produksi...Selamat Tinggal Seremban!!!



Khamis, 25 Oktober 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Esok merupakan perayaan kedua yang akan disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia...Perayaan tersebut ialah Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban...Berapa kali atau daaa...

Kalau nak cerita pasal peristiwa Hari Raya Aidiladha ni, rasanya korang semua dah tau pasal apa kot...Tapi aku tetap nak sentuh sikit iaitu tentang pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S...

Kepatuhan Nabi Ibrahim A.S kepada Allah S.W.T sangatlah dahsyat sehinggakan sanggup mengetepikan perasaan sayang terhadap anak sendiri sebelum akhirnya Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas...

Bila sebut pasal pengorbanan, agaknya apa pengorbanan yang telah kita lakukakan? Agak2 ada tak? Ke, orang lain je yang sentiasa berkorban untuk kita? Bila kena tang kita, kita buat dek je...Harap2 bukan macam tu la ye...

Hari ni, My Sayang telah melakukan suatu pengorbanan yang cukup besar bagi aku...Aku sendiri tak pernah jangka dia akan berkorban sampai macam tu sekali...Dia berkorban apa? Em, biar aku, dia  dan Allah sahaja la yang tau k?

Dalam kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di mana jua korang berada...Kepada yang memandu atau menunggang tu, hati2 la di jalan raya...Bukan ingat insan yang tersayang je, tapi ingatlah diri sendiri sekali...Hidup ini cuma sekali...

Kesimpulannya, semoga Hari Raya Aidiladha ni disambut dengan penuh pengertian...Jangan ingat nak makan daging je tau! Hehehe...

*To My Sayang, thanks for everything...:)

Jom ramai2 lapah daging esok? 

Selasa, 23 Oktober 2012

Solat: Perkara yang sering diremehkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama aku tak mencoret...Hari ni, aku nak bercerita sikit pasal tabiat orang kita dalam beribadat(solat)...Aku tak la layak sangat nak berbicara pasal ni...Tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman untuk dijadikan iktibar oleh kita semua...

Bila sebut pasal solat, ramai yang cakap senang je...Tapi berapa ramai yang buat? Di Malaysia yang lebih dikenali sebagai negara Islam, mengikut statistik lebih daripada 80% orang Islam yang tidak solat penuh 5 waktu untuk sehari...Sangat menyedihkan...

Kenapa? Entahlah...Mungkin sebab leka dengan hal duniawi...Ada orang yang belajar, tinggi ilmunya tentang agama tapi tak melaksanakan suruhan Allah pun...Sebab tu la bila ada ilmu, sepatutnya disertai dengan amal...

Biasanya kalau berjalan jauh, aku akan singgah di banyak tempat untuk bersolat...Kalau lebih 2 marhalah (90 km), boleh la solat jamak...Kalau tak, solat macam biasa je...Antara tempat yang popular, kat stesen minyak Petronas...Tu kalau dah tak jumpa masjid or surau terdekat la...Hehehe...

Aku nak cerita pasal pengalaman aku solat kat Masjid Putra (Putrajaya) pada minggu lepas...Aku singgah untuk solat Asar...Time tu dah dekat2 pukul 5...Aku masuk ke dalam dewan solat...Aku tengok ada orang berjemaah...Aku rasa nak join dorang...Tapi di sudut yang berlainan, ada orang lain yang sedang berjemaah jugak...Ah sudah!

Aku dah hairan dah...Jemaah yang tu solat apa? Jemaah yang lagi satu tu solat apa? Kalau nak tau, kes2 macam ni banyak berlaku di negara kita...Ada sampai 2-3 jemaah solat pada waktu yang sama di tempat yang sama...Walhal sepatutnya semua orang hanya boleh solat 1 jemaah je pada satu2 masa...Aku terus garu kepala...

Pengalaman lain, aku pernah solat kat surau daerah Kajang dan di KL...Disebabkan sampai sejurus selepas azan, aku berpeluang berjemaah kat situ...Suara imamnya punyalah sedap...Menusuk kalbu...Tapi yang tak bestnya, banyak hukum tajwid dan makhraj yang tergelincir...

Antara syarat2 utama menjadi imam haruslah tidak cedera bacaannya... Cedera bacaan bermaksud membaca beberapa surah dalam solat dengan tidak menepati hukum tajwid dan makhrajnya...Contohnya mad asli yang panjangnya 2 harkat dijadikan 4, 6 atau sebagainya...

Itu belum tengok lagi dengan hukum ikhfak, izhar, iqlab, mad wajib muttasil dan lain2 lagi...Adakalanya terdapat orang yang tak boleh bezakan antara huruf 'alif' dan huruf 'ain'...Dua huruf tu boleh pulak bacaannya sama je...Kalau dah baca pun salah, kekhusyukan makmum mula hilang...Agak pelik jugak macam mana mereka boleh jadi imam tetap dengan bacaan yang sedemikian rupa...

1 lagi, seringkali kita lihat, bila time orang kita mengambil wuduk, air yang dipasang bukan main laju lagi...Dah macam air terjun pun ada...Sepatutnya buka air perlahan je...Cukup sekadar untuk mengalirkan air ke tempat2 yang ingin diratakan air ke atasnya...Hal ini juga dapat mengelakkan pembaziran...Tapi jangan la buka paip tu terlalu kecil sampai dah ramai orang queue kat belakang...

Ada lagi 1 peristiwa, hal ni terjadi kat kampung aku sendiri...Kat kampung aku, setiap kali solat jumaat, ada la bilangan jemaah dalam 12-15 orang pada satu2 masa...Kalau ada ceramah or bacaan yaasin ke, lebih ramai la lagi...

Biasanya orang kampung aku ke masjid dengan menaiki motor...Mana yang rumah dekat2 situ, ramai yang jalan kaki je la...Majoriti orang kampung yang solat kat masjid datang berkain pelikat...Cuma yang tak bestnya ialah bila waktu diorang datang or nak balik dari masjid...

Sebabnya, bila naik motor, habis kain pelikat diselak sampai nampak lutut...Ada yang siap nampak peha lagi...Hal tu bukan terjadi dalam kalangan jemaah biasa je, malah pak imam pun terbabit sama...Kadang2 depan jemaah perempuan pun selamba je diorang tayang lutut dan peha...Mungkin diorang tak perasan akan hal tu kot...Nak tegur, macam susah sebab semua tu kebanyakannya orang2 veteran...Huhuhu...

Bila time solat Jumaat pulak, selesai je imam bagi salam, berduyun-duyun jemaah yang bangun dan terus berjalan keluar dari masjid...Dari umur yang muda sampai la ke tua...Apa la salahnya berdoa dulu? Rasanya banyak je yang kita nak minta daripada Allah...Jangan hanya berdoa apabila dilanda kesusahan je...

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga adab dan etika bukan sahaja ketika bersolat, bahkan sebelum dan selepas solat...Apabila semuanya terjaga, barulah sempurna solat kita...Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya kita ambil mudah...Setiap kali lepas solat, rajin2lah berdoa...Tak perlu nak SOMBONG dengan Allah...Semoga coretan aku kali ini menjadi iktibar buat aku dan korang semua...Mana yang baik kita jadikan tauladan, mana yang buruk kita jadikan sempadan...

Wassalam...

Umat Islam akan bertambah kuat kalau
jemaah solat Subuh ramainya seperti ketika solat Jumaat


Rabu, 3 Oktober 2012

Jangan pandang rendah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entry aku kali ni berkisar kepada kisah manusia yang sering memandang rendah kepada orang lain... Hal ni terjadi kepada aku sendiri...Kejadiannya adalah pada 23 September lepas...

Ceritanya macam ni...Aku dan kawan2 joined pertandingan futsal pada tarikh yang aku sebut tadi...4 team termasuk team aku diletakkan dalam 1 kumpulan...Hanya juara dan naib juara yang akan layak ke pusingan kedua...

Perlawanan pertama kami kalah 4-1...Sebenarnya team lawan tak la kuat mana pun...Kami yang main berterabur...Takde sistem...Memang patut kalah...

Salah satu daripada team yang ada dalam kumpulan kami tak datang...Jadi, sesiapa yang melawan mereka akan mendapat kemenangan percuma iaitu 3-0...

Seterusnya, team yang satu lagi menentang team yang dapat mengalahkan kami 4-1 tadi...Kami menonton perlawanan tersebut...Keputusan perlawanan antara diorang adalah seri...Jadi, perlawanan seterusnya, kami perlu menang untuk layak ke pusingan kedua...Seri akan mengakibatkan kami tersingkir...

Team lawan kami yang seterusnya dilihat agak kuat kerana mampu seri dengan team yang membelasah kami sebelum tu...So, kami mengubah plan...Aku yang tadinya bermain sebagai defend berubah posisi kepada penyerang...

Sebelum perlawanan dimulakan, referee memanggil kapten bagi kedua2 pasukan...Aku berjalan dekat dengan referee...Tapi kapten team lawan hanya melaung dari jauh "Takpe ref, bagi diorang yang start dulu....Kitorang pilih tempat"...Katanya dengan nada sombong...

Aku diam dan malas nak panjang cerita, terima je...Kami memulakan kick off...Kalau dengan team sebelumnya, team lawan kami sekarang main bertahan dan man-marking...Tapi dengan kami, diorang main menyerang...Kadang2 hanya penjaga gol diorang je yang ada kat bawah...Yang lain semua dah kat atas...

Kami mendahului 2-0...Tak lama lepas tu diorang berjaya menjadikan kedudukan 2-1...Kami menggandakan serangan dan berjaya mendahului 4-1...Aku yang menjaringkan 2 gol keluar dengan digantikan teammate aku yang lain...

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 4-2...Kami berjaya melangkah ke pusingan kedua...Team yang tewas dengan kami tadi keluar dari court dengan rasa hampa...Ada riak2 penyesalan di wajah masing2...

Aku tersenyum melihat diorang...Bukan sebab team aku berjaya kalahkan diorang, tapi sebab kami semua berjaya menunjukkan keupayaan sebenar kami walaupun pada suatu ketika dipandang rendah oleh team lawan...

Kesimpulannya, jangan sesekali memandang rendah terhadap keupayaan orang lain...Kalau kita hebat, ada orang lain yang lebih hebat daripada kita...Kalau hebat mana pun kita, semua tu adalah milik Allah yang dipinjamkan sementara kepada kita...

Wassalam...





Kecewa tahap SUPER

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam ni aku pulang dengan kekecewaan setelah menghabiskan masa beberapa jam di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi...Sebabnya, bukan kerana N9 kalah...Tapi kerana permainan yang disajikan...TERUK...Memang patut kalah pun...Kalah pulak kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

Sepanjang perlawanan aku berdiri dek kerana jumlah penyokong yang terlalu ramai....Lebih dari jangkaan aku...Ingatkan dengan kehadiran jumlah penyokong yang lebih ramai daripada biasa mampu menyemarakkan semangat para pemain. Rupa2nya TIDAK...

Dalam masa hampir ke hujung perlawanan, ada beberapa penonton yang kurang ajar...Kenapa kurang ajar? Sebab diorang baling bom asap yang berwarna merah...Hampir sesak nafas aku dibuatnya...Ada sebilangan penyokong yang beralih tempat kerana tak tahan dek terhidu asap...

Tak lama lepas tu, ada pulak yang bakar bunga api...Bukan bunga api biasa, tapi bunga api yang besar...Percikannya hampir mengenai penonton2 yang lain...Akibatnya, ramai penonton yang marah dengan si pencetus percikan bunga api tadi...

Bila perlawanan tamat, aku bergegas ke tempat letak motosikal...Sebenarnya, tadi adalah kali pertama aku tunggang motor untuk ke stadium...Disebabkan jumlah penyokong sangat luar biasa, jadi aku mengambil masa untuk mendapatkan motor aku...

Selepas mendapatkan motor, aku menghidupkan enjin...Pertama kali aku terperangkap dalam kesesakan dengan menaiki motor...Bergerak pun hanya sedikit2...Jumlah motor2 lain di kiri kanan aku sangat banyak...Jaraknya pula sangat rapat...Agak lama aku berada dalam situasi tersebut...

Akhirnya, aku berjaya mengeluarkan diri dari kesesakan yang GILA...Aku pulang dengan melalui jalan lain...Setibanya di rumah, kaki aku berasa lenguh kerana terlalu penat berdiri dan terperangkap dalam kesesakan...

Penat yang sangat tidak berbaloi...Memang aku kecewa tahap super...N9 tersingkir daripada Piala Malaysia setelah 3 kali tidak pernah gagal melayakkan diri berturut2 di pentas perlawanan akhir...Takpelah, takde rezeki...Tahun depan cuba lagi...

Wassalam...

*KALAH atau MENANG, selamanya aku sokong N9...



Negeri tercinta...


Rabu, 26 September 2012

Rupa vs perangai...Mana lagi penting?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam, aku lepak kat sebuah kedai mamak...Makan dengan officemate...Yang makan, officemate aku je...Aku dah makan siap2 kat office...Makan makanan yang mak aku bekalkan...Hehehe...Aku minum je la...

Aku dan officemate duduk di tempat aircond...Sebab kami tak merokok, so memang selalu lepak kat situ...Suasana agak sunyi...Hanya 5-6 pelanggan je yang ada masa tu...

Tiba2 lalu seorang perempuan...Ada rupa..Perutnya pulak besar...Mengandung rasanya...Aku terpandang sebab dia lalu sebelah aku..Dia lalu tu sebab nak basuh tangan...Kebetulan sinki selang 2-3 meja je dari tempat aku duduk...

Dia (free hair) duduk berborak dengan dua orang kawannya yang bertudung...Dalam suasana yang sunyi tu, tiba2 aku terdengar dialog "Alamak, rasa nak berak la pulak"...Terus kepala aku berpusing ke belakang dengan lajunya...

Woi! Agak2 la nak cakap tu...Dah la suara kuat...Tak pasal2 ciri2 sopan yang patut ada dalam diri setiap yang bergelar perempuan/ wanita hilang macam tu je...Aku dah geleng2 kepala dah...Tak lama lepas tu diorang keluar dari kedai mamak tu...Nasib baik la dia bukan lepak dengan aku...Kalau tak, abis aku yang malu...Huhuhu...

*Kepada perempuan/ gadis/ wanita, jagalah tingkah laku dan perkataan yang keluar dari mulut anda...Kita kan orang timur yang penuh dengan kesantunan? :) 

Wassalam...

Kena banyakkan kempen macam ni..Hehehe..



Khamis, 20 September 2012

Mentaliti penduduk flat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas aku berkesempatan ke rumah abang aku yang terletak di Bangsar...Dulu itulah rumah aku... Tapi sejak aku ikut mak abah aku berpindah, abang aku, isteri dan anak dia tinggal kat situ...Rumah pangsa tu sememangnya menyimpan banyak kenangan antara aku dan famili...

Ketika sedang menonton TV, tiba2 aku terdengar orang bawah menjerit2...Aku dengar sebab abang aku tinggal kat tingkat 6...Tak la tinggi sangat...Aku pun pergi ke beranda dan tengok apa yang berlaku...Rupa2nya ada orang dari tingkat atas baling bawang ke bawah dan nyaris mengenai mereka yang duduk melepak...

Sebelum tu, ada orang dari tingkat atas baling telur...Hmm...macam2...Jadi, orang yang kat bawah ni pulak bertempik...Marahkan orang yang membaling segala macam barang dari tingkat atas...Sambil tu diorang ni mencabar si pembaling supaya tunjukkan muka...Siap mencarut2 lagi...

Yang si pembaling ni sah2 la sorok muka...Kalau tunjuk muka, memang siap la...Ada la tetamu yang ketuk pintu rumah nanti...Bukan susah pun nak cari...Inilah perbuatan yang orang kata 'baling batu sembunyi tangan'...Buat berani, mengaku jauh sekali...

Itu antara barangan yang dibaling oleh penduduk flat yang boleh dikatakan masih berada dalam minda kelas ketiga...Dulu, aku pun pernah jadi mangsa balingan dari atas...Ada sekali tu, aku nak pergi ke sekolah...Ketika aku lalu kat bawah tu, tiba2 je ada air jatuh membasahkan seluar aku...Rupa2nya ada orang baling air yang diisi dalam plastik...

Aku rasa geram jugak la...Nasib baik tak kena kepala...Kalau tak, tak pasal2 aku kuyup...Disebabkan basah sikit, aku pun pergi jugak la ke sekolah tanpa berpatah balik...Sambil berjalan tu, kepala aku mendongak je...Nak jugak tengok siapa si pembaling tu...

Ada satu kejadian yang paling teruk, masa aku berjalan ke arah motor, tiba2 aku rasa ada benda melayang kat sebelah...Hampir2 mengenai kepala aku...Memang nasib baik la sebab tak kena... Tahu2 je benda tu jatuh dan pecah kat depan aku....Nak tahu apa yang dibaling tu?

P.A.S.U...gila tak? Baling pasu ke bawah...Nasib baik la tak kena...Kalau kena tu, mahu bocor kepala aku...Takpun, masuk hospital...Confirm dapat beberapa jahitan tu...Huhuhu...Silap2 boleh koma atau hilang ingatan...Yang tu memang aku betul2 marah...Tapi tak la sampai tahap memekik...Aku cuma mendongak dari bawah...Agak lama jugak aku mendongak tu...Si pembaling tadi tak tunjuk muka pun...Tahu pun takut...

Ada tu pulak, baling batu bata daripada atas...Pernah keluar kat surat khabar dulu...Seorang budak mati akibat dibaling dengan batu bata dari atas...Masa tu, budak tu berjalan kaki nak ke motor sebelum bergerak ke sekolah...Kesian budak tu...Walaupun dihantar ke hospital dengan segera, dia gagal diselamatlkan...

Selain itu, macam2 lagi la barangan yang dibaling dari atas flat ni...Kalau baling sampah dari atas tu memang dh biasa sangat dah...Sesiapa yang tinggal kat flat mesti tau...Baru2 ni ada pulak kes baling bayi dari atas...Bayi tu masih bertali pusat lagi tu...Memang manusia dah semakin gila...Berdasarkan siasatan yang dijalankan, ketika bayi tersebut dibaling dari atas, bayi tu masih hidup...KEJAMnya kan?

Dalam entry  kali ni, aku bukan nak kata penduduk flat ni semuanya perangai teruk...Ada yang okey, baik...Cuma sebilangan je yang masih mempunyai tahap pemikiran dan kesedaran yang sangat rendah...Itu belum lagi dengan kes kencing dalam lif, conteng, rosakkan public phone dan lain2 lagi...

Kesimpulannya, walau di mana kita berada, kita mestilah amalkan budaya berbudi bahasa...Kalau kita tak nak orang buat sesuatu benda yang tak elok kat kita, kita jangan la buat orang macam tu...Benda ni simple je...So, muhasabah diri, dan mula berfikir tentang orang lain...Jangan pentingkan diri sendiri je...

Wassalam...

*Masa aku kecik2 dulu, aku cukup suka buat kapal terbang kertas dan baling dari atas...Best bila tengok kapal terbang buatan sendiri terbang di udara...Kalau rajin, aku kutip balik bila dah jatuh...Kalau tak, takde la...Tapi tu masa kecik je la...Sekarang tak lagi...Hehehe


Contoh plastik berisi air yang kerap
dilempar dari atas...
Contoh pasu yang dibaling dari atas...
Kalau lebih besar daripada ni, memang kena kepala aku kot...
Bukan sipi lagi dah...

Sabtu, 15 September 2012

Cinta Sejati


Cinta Sejati

Tak ada yang bisa mengerti rindu dihatiku
Selain dirimu yang telah menyelami
Samudera hatiku ini



Tak ada yang bisa memahami seluruh jiwaku
Selain dirimu yang telah menggenggam
Seluruh jiwaku ini



Sejauh mana pun kau pergi
Tak kan jauh
Dari hatiku ini...



Kaulah cinta sejati dihatiku
Hingga nanti ku mati
Kaulah cinta abadi dijiwaku
Hingga akhir hayatku nanti...


* Berharap N adalah cinta sejatiku... 
I love her more than I love myself...




Khamis, 13 September 2012

Mamak oh mamak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kelmarin, aku ke sebuah kedai mamak kat Kajang...Sebelum tu, aku main futsal kat Segambut...Selepas habis main, sampai je kat Kajang, aku fikir aku kena cari kedai untuk bersahur...Sebab waktu tu dah pukul 4 lebih dah..

Puasa apa? Em, puasa 6...Dalam tinggal beberapa hari je lagi bulan Syawal ni, aku tak boleh skip dah...Kena puasa 6 hari berturut-turut...Tu la, masa awal2 Syawal tak nak puasa...Kalau tak boleh jugak puasa selang sehari, 2 hari ke...Ikut keadaan...Sebab kadang2 tengah2 puasa tu la ada orang buat open house...Kalau tak pergi, rugi la pulak...Hehehe...

Berbalik kepada kedai mamak tadi, bila dah parked kereta, aku bersama 2 orang kawan aku lagi masuk la ke dalam kedai tu...Ada la beberapa orang lagi pelanggan Melayu dekat2 situ...Tengok diorang sibuk main kad...Main kad sampai ke pagi buta...Giler la...Takpe la...Dah hobi diorang kot...

Bila kitorang dah duduk, datang sorang mamak ni...Dia tanya nak makan apa? Aku tanya dia balik, apa makanan yang ada? Lepas tu dia jawab..."Semua yang goreng2 ada" (sambil goyang kepala)...Dapat bayangkan tak? Hihihi...

Aku pun order nasi goreng kampung...Dia cakap takde...Aku pun order la nasi goreng seafood...Dia cakap takde jugak...Lepas tu aku cakap, apa je yang ada? Dia cakap, nasi goreng ayam je ada...Adoi, cakap la nasi goreng ayam je yang ada...Tadi tanya, semua goreng2 ada...Aku dengan kawan2 aku dah tergelak dah kat situ...Hahaha

Kan dah tak pasal2 buang masa sebab nak order makanan je...Meja yang kitorang duduk tu dekat jugak la dengan tempat si mamak ni masak...Aku perasan yang masa mamak tu memasak, dia ada masukkan perencah maggi kari ke dalam kuali....Agak pelik jugak sebenarnya...Tak pernah lagi tengok orang masak nasi goreng guna perencah maggi kari...

Akhirnya, makanan tu pun sampai kat meja kitorang...Punya la banyak nasinya...Agak2 macam mana rasa nasi goreng yang diletak perencah maggi kari? Hmm...rasa kari la... Hahaha...Giler pelik rasanya...Tapi aku jenis tak memilih makanan...Sebat je..Janji siang nanti aku tak rasa lapar sangat...

Wassalam...

Gambar hiasan


Isnin, 3 September 2012

Makan sepinggan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Lepas makan nasi yang mak aku bekalkan untuk tengah hari tadi, aku terus ke kedai mamak...Join beberapa officemates aku minum di sebuah restoran mamak...

Aku cuma order air je...Mula2 ingat nak air asam jawa...Sekali takde pulak...Lepas tu si mamak ni cadangkan aku minum air limau + asam boi...Aku tak pernah tau pulak ada air macam tu...So, aku pun order je la...

Bila minuman dah sampai, aku sedut la air tu sikit2 sambil borak dengan mereka yang berkenaan...Dalam pada berborak tu, aku ternampak ada seorang makcik ni duduk selang satu meja je dari aku...

Lepas tu datang sorang lelaki ni, usia dalam lingkungan makcik tadi ni...Confirm suami dia ni....Aku agak la...Dan ternyata betul pun....Tapi dia datang bawak satu pinggan je...

Aku ingat makcik ni duduk tadi hanya untuk ambik tempat atau jaga meja je...Mungkin lepas tu dia ambik makanan dia pulak...Rupa2nya mereka makan berkongsi...Makan sepinggan je...Perghh....Sweet je aku tengok...

Daripada pemerhatian aku tu, ada 2 kesimpulan yang aku dapat buat...


1st, Perempuan biasanya makan sikit...Sebab tu pasangan tu ambil langkah untuk berkongsi makanan...Tak la membazir...



2nd, Sebab pasangan tu memang pasangan yang romantik...Semuanya buat bersama2....Kan best tu...Barulah sentiasa bahagia dan dapat kekalkan hubungan dalam jangka masa yang panjang...

Wassalam



*Tiba2 je aku terbayangkan kalau aku yang berada dalam situasi pasangan romantik tu tadi...Cewaah! Hehehe

Kadang2 makan benda simple pun boleh buat makanan tu jadi
istimewa bila makan dengan insan yang istimewa... :)

Sehati sejiwa...




Sabtu, 1 September 2012

Sabtu: Kerja

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni adalah 1 September 2012...Semalam seperti semua sedia maklum, merupakan sambutan kemerdekaan kita yang ke-55...Aku tak rasa apa2 pun untuk merdeka kali ni...Semuanya kerana logo, tema dan bait2 lirik lagunya...

Okey, cukup pasal merdeka, hari ni aku sorang je yang kerja kat dalam pejabat untuk department aku...Campur akak receptionist, jadi la berdua...Tapi dia kerja kat tingkat bawah, aku pulak kat tingkat 2...

Memang sunyi sepi...Ditambah lagi dengan badan aku yang tak berapa nak sihat...Badan panas je walaupun dah 2x aku makan ubat...Tekak punya la perit...Sampaikan nak telan air liur pun rasa sakit...Apetah lagi makan...Takpe la, maybe Allah belum izinkan aku sembuh...Ubat tu hanya medium untuk membantu je..Sembuh atau tak, Allah yang menentukan...

Adik-beradik aku semua cuti hari ni...Aku sorang je yang kerja...Ingat nak MC je...Kang takut bos fikir lain pulak sebab cuti raya aku hari tu agak lama jugak la...Seminggu...Kat pejabat ni, aku dah menggigil2 dah ni...Takpe, setengah jam je lagi..Huhu

Lepas ni, jauh lagi perjalanan yang terpaksa aku tempuh...Kena drive lagi tu...Pergi Kajang, KL dan Puchong...Harap2 semuanya akan baik2 je petang ni...InsyaALLAH...

Berbalik kepada kerja, memang sedap la dorang yang cuti ni...Tinggal aku je terkontang-kanting....Hahaha...Lantak la...Janji buat kerja dan selesaikan tanggungjawab je...

Malam ni nak layan EPL pulak...Kalau tak sembuh jugak lagi, melepet je la aku kat umah...Huhuhu...

Wassalam

*Melepet merupakan dialek N9 yang membawa erti, tak boleh buat apa dah...Terbaring je macam orang sakit...Tiada daya melakukan apa2 pun....

Harap2 aku tak la sampai macam ni...

Rabu, 29 Ogos 2012

Semoga cepat sembuh Sayang!

My Sayang berada dalam keadaan yang tak sihat sekarang...Dah demam seminggu...Ditambah dengan batuk2 dan sakit tekak lagi...Dengar macam teruk kan? Ya, memang teruk pun...Semuanya gara2 selalu tidur lewat..

Lagi satu, Si Dia ni punya la susah nak makan ubat lagi2 ubat jenis pil...Dalam pada nak makan ubat jenis pil tu, dia boleh nak terluahkan balik...Siap rasa macam nak muntah pulak tu...Sayang oh Sayang...

Dalam kesempatan ni, Abang nak ucapkan kat Sayang supaya cepat sembuh dan kembali menceriakan hari2 Abang...Sila makan ubat ikut jadual, ikut segala nasihat doktor dan nasihat Abang walaupun Abang ni doktor yang tak bertauliah...Hehehe...

I LOVE YOU SAYANG!!!




Sabtu, 25 Ogos 2012

Jiwa Kosong

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku baru je balik dari Sports Planet, tempat main futsal kat Senawang...Main untuk team rojak...Keputusannya, kalah teruk...10-2...Huhuhu...

Team rojak tu ape? Maksudnya, pemain2 dalam pasukan tu tak pernah main sama2...Pemainnya pulak entah sape2...Lagi teruk, nama dia pun kita tak tau walaupun sepasukan...

Lawan pulak dengan team yang dah biasa main sama2...Selalu masuk pertandingan pulak tu...Memang jadi lauk...Tapi takpe la...Aku tak kisah pun...Friendly je...Bukan lawan betul2...Walaupun aku memang tak suka kalah...

Balik je dari futsal, aku terus ke Seremban...Start aku tunggang motor tadi, sampai la bila masa aku buat coretan ni...Jiwa aku rasa kosong...Kenapa? Entah, aku pun tak tau....

Mungkin ada ketika, kita akan ada rasa macam ni kot...Rasa macam takde perasaan je...Hmm...

Wassalam...

Ini yang aku alami sekarang...



Rabu, 22 Ogos 2012

Futsal Raya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam, buat kesekian kalinya aku dan hampir semua sepupu berkumpul pada tahun ni...Maklumlah, masih dalam suasana hari raya...

Jadi, tepat jam 12:30 tgh mlm, kami semua bermain futsal...Kalau dah berkumpul ramai2, apa lagi kerjanya kan?Hehehe...

Aku sangat excited...Sebabnya dah hampir setengah tahun aku tak tendang bola...Keinginan nak main tu sentiasa ada tapi disebabkan takde geng, aku banyak duduk kat rumah je...

Aku sampai kat court futsal agak awal...Kira2 setengah jam sebelum game  tu start...Siap je pakai kasut, aku pun buat rutin biasa...Stretching dan panaskan badan...

Tak lama tu, kami pun masuk dan mula bermain...Baru je lari dalam 5 minit, aku dah termengah2...Dalam bahasa mudah, pancit...Adoi, lama dah tak main, ni la jadinya...

Kira2 setengah jam main, aku dah boleh adapt balik dengan game aku...Aku dah boleh main macam biasa...Cuma yang ketara, pergerakan aku agak lambat iaitu dari segi larian...Pecut dah tak selaju dulu...

Skill, alhamdulillah...Masih ada...Rembatan pun masih kuat walaupun tak sekuat dulu...Selama 1 jam setengah aku main tanpa keluar rehat walau sekejap...

Lepas habis main, kitorang lepak kat kedai mamak...Borak2 sambil minum...Lepas tu terus balik...Jam dah pukul 3:30 pagi masa tu...Dalam perjalanan balik, baru je bangun dari kerusi, aku dah rasa satu benda yang tak best...Kaki aku terasa kebas dan lenguh2...Nak melangkah pun payah...

Masa solat Subuh, aku hampir terjatuh sebab tiba2 je kaki kiri aku macam tak dapat rasa...Macam tak pijak lantai walhal memang tengah pijak lantai masa tu...Aku mula tidur lepas Subuh...Bila bangun dari tidur, badan aku sangatlah sakit...Tu la akibatnya sebab dah lama tak bersukan...

Apa2 pun, semuanya berjalan dengan lancar semalam...Aku dapat lepas gian...Teringin nak main futsal setiap hari macam kat kolej dulu...Tapi rasanya tak jadi kenyataan sebab takde geng...Main futsal sorang2 karang dikatakan gila pulak..Hahaha...

Wassalam...

*Kalau ada sape2 nak ajak aku main futsal or bola sepak(bola padang), invite la..Aku sudi join..

Nak pakai kasut semalam, terpaksa bersihkan dulu...
Sebab berhabuk...Nampak sangat dah lama tak main...


I Love Futsal...


Isnin, 20 Ogos 2012

Selamat Hari Raya!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Raya dah menjelang...Ada yang gembira, namun mana yang tak bernasib baik tu, pastinya menyambut raya dalam duka...Tapi aku tetap sama...Menyambut raya sama je macam tahun2 lepas...Bersederhana...

Raya kali ni merupakan sejarah yang akan diingati oleh aku dan famili...Buat pertama kalinya kami beraya di bandar...Kami beraya di Kajang...Tak seperti sebelum2nya, kami beraya di kampung iaitu Kuala Pilah...

Biasanya kalau raya, orang bandar yang balik ke kampung...Tapi kami pulak beraya di bandar...Dengar macam pelik tapi kadang2 best jugak buat kelainan ni kan?...Hehehe

Walaupun bermacam2 dugaan yang dihadapi seperti kereta rosak dan lain2, tapi raya kali ni tetap meriah sebab adik beradik aku semua balik berkumpul termasuk abang2, akak ipar dan anak2 buah...

Setiap kali raya, dah jadi tradisi kami untuk bersalam-salaman, bermaaf-maafan...Biasanya kami bersalaman sebelum solat sunat raya..Tapi semalam disebabkan banyak hal yang nak diselesaikan pada awal pagi, kami hanya membuat sesi tersebut selepas solat sunat raya...

Sesi bermaafan bermula dengan emak yang meminta maaf kepada abah, diikuti oleh along dan isteri, angah dan suami, akak dan suami, adik dan yang terakhir barulah giliran aku...Kenapa aku last? Sebabnya, aku jadi jurugambar untuk sesi tu...

Agak tersentuh jugak hati bila tengok akak2 aku bermaafan...Siap nangis2 lagi...Aku pulak banyak tergelak je masa sesi bermaafan...Rasa macam kelakar...Susah giler nak serius...Hahaha...

Sekejap lagi, kami semua akan pulang ke kampung...Tak sah raya kalau tak balik kampung...Sebab suasana beraya kat kampung lebih meriah dengan saudara-mara yang berkumpul...

Raya tu raya jugak, tapi jangan gembira sangat...Yang paling penting, jangan lupa buat puasa enam... Hari raya tak bermakna kita tak boleh terus membuat amal kebaikan macam yang kita buat pada bulan Ramadhan yang lalu....

Apa2 pun, aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua....Segala salah dan silap aku terutamanya dalam membuat coretan selama ni, kalau2 ada yang menyakitkan hati mana2 pihak, aku minta maaf banyak....Jemputlah datang ke rumah...Hehehe...

Wassalam

*Semalam nak bawa 1 famili beraya ke rumah kekasih hati tapi tak jadi kenyataan pulak...Abah tiba2 tak sihat...Siap takde suara lagi...InsyaALLAH, ada rezeki pasti dapat berjumpa kelak...

Jangan menodai Hari Lebaran dengan membuat perkara yang dilarang Allah S.W.T...





Van Persie ke Man United

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Buat penggemar2 bola sepak, rasanya 1 dunia dah tahu yang Robin Van Persie (RVP) yang juga merupakan kapten Arsenal telah melengkapkan perpindahannya ke Man United (MU)...

Semua peminat MU pastinya gembira dengan berita tersebut...Maklumlah, penjaring terbanyak liga musim lepas dah join diorang...

Kepada semua penyokong Arsenal termasuk aku, berita tersebut sebenarnya agak menyedihkan...Kehilangan seorang tonggak pasukan...Lebih menyedihkan, dia berpindah ke rival club...

Sedihnya aku dengan pemergian RVP boleh dikatakan sama dengan kesedihan yang aku rasa masa failed Add Math masa form 4 dulu...Hahaha

Arsenal dan MU sememangnya musuh ketat sejak sekian lama...Dengan kedua2nya memiliki pengurus yang paling lama berkhidmat di sesebuah kelab...

Hilangnya RVP membuatkan hilangnya minat aku pada dia...Walaupun dia merupakan penyerang berkelas dunia, minat aku pada dia sekarang KOSONG....kosong...(macam lagu Najwa Latif)..Haha

Sekarang ni, seorang lagi pemain Arsenal akan meninggalkan kelab...Alex Song dikatakan akan berpindah ke Barcelona...Sorang2 blah...

Takpelah, walaupun siapa yang datang dan pergi, aku tetap akan menyokong Arsenal...Akhir kata, Gunners 4ever!

Wassalam...

Ni la Alex Song...Stylo tak rambut dia? Hihi

Sabtu, 18 Ogos 2012

S.A.Y.A.N.G


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

S.A.Y.A.N.G…Satu perkataan tetapi banyak maknanya...Satu perkataan ni mampu mengubah bermacam2 perkara dan situasi mengikut kesesuaian penggunaannya…

Hati, perasaan dan jiwa seseorang mampu diubah hanya dengan panggilan ‘sayang’…Tetapi, perkataan ini seharusnya diungkap andai si pelantunnya benar2 ikhlas…

Bagi aku, ungkapan ini sangat berharga dan bermakna…Ia hanya boleh diungkapkan kepada yang berhak, bukan boleh diungkap kepada sesiapa sahaja…

Sejak pertengahan bulan 3 yang lepas, secara rasminya aku telah menggelar seseorang dengan panggilan ‘sayang’…Dia yang dimaksudkan ialah kekasih hati aku, ‘My Sayang’…Dia satu2nya wanita yang aku cintai…

Kenapa aku panggil dia ‘sayang’? Sebabnya, aku nak sentiasa rasa sayangkan dia tak kira pada bila2 masa mahupun keadaan emosi aku ketika itu…

Andai kata aku sedang marah, secara automatik perasaan marah tu akan bertukar menjadi lebih cool atau baik dengan hanya panggilan ‘sayang’ tu…Pendek kata, aku akan sentiasa sayangkan dia walau dalam keadaan apa pun termasuklah ketika sedang marah…

Perasaan sayang yang menebal dalam hati aku terhadapnya membuatkan aku kalau boleh, sentiasa nak mengungkapkan sayang aku pada dia…Bagi sesetengah orang, perkara tu mungkin boleh membosankan lantaran kerana terlalu kerap mengungkapkannya…

Berlainan dengan aku…Aku kalau boleh nak ucapkan aku sayang dia pada setiap detik supaya dia tak akan pernah lupa yang aku sangat2 sayangkan dia…Bagi aku, kalau ungkapkan sayang dengan kerap, rasa sayang antara kami akan sentiasa mekar dan membuatkan perasaan tu kian menebal dalam diri masing2…

Kesimpulannya, masing2 ada cara untuk ekspresikan rasa sayang kepada orang yang disayangi…Tak kiralah macam mana pun, janji hubungan tersebut akan menjadi lebih rapat, serasi seterusnya berjaya bukan sahaja di dunia malah di syurga kelak…InsyaALLAH…

*I will always LOVE you Sayang… Jangan pernah bosan dengan panggilan itu...

Semoga CINTA itu  akan terus mekar dan sentiasa berada dalam redha-Mu Ya Allah...

Antara perasaan dan pasangan...


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Apabila disebut tentang perasaan, biasanya melibatkan antara jantina yang berlainan…Kalau sesama jantina, tu abnormal namanya…

Perasaan ada 4 jenis:
-Minat
-Suka
-Sayang
-Cinta

Biasanya kalau ikut step, 4 langkah ni akan berjalan secara berturutan…Namun, ada yang langkau step…Ada yang terus jatuh cinta walaupun baru pertama kali berjumpa dengan seseorang yang berlainan jantina…Sebab tu wujudnya ‘Cinta pandang pertama’

Perasaan adalah kurniaan Allah kepada hamba2-Nya…Setiap yang dijadikan di dunia ini berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama lain…Setiap orang akan ada rasa untuk menyayangi dan disayangi…Itu semua lumrah…

Perasaan juga boleh dipupuk…Tapi tak mudah…Lebih2 lagi dalam zaman sekarang…Kebanyakan orang lebih senang untuk mempunyai hubungan dengan seseorang dan berkahwin mengikut pilihannya sendiri…

Berlainan dengan zaman ibu bapa kita, ramai yang berkahwin dan hanya mengenali pasangannya pada hari perkahwinan…Soal jodoh kebanyakannya diserah bulat2 kepada ibu bapa…Malah, ada juga ibu bapa yang membuat keputusan sendiri untuk menjodohkan anak2 mereka…

Pendek kata, kita berhak menentukan siapa gerangan orang yang akan menjadi pasangan kita…Mencari pasangan yang baik bukanlah mudah…Berkawanlah dahulu sebelum mempunyai hubungan yang serius dengan pasangan sehinggalah ke tahap melangsungkan perkahwinan…

Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, pilihlah pasangan dengan 4 ciri iaitu:
-Kecantikan
-Harta
-Keturunan
-Agama

Antara 4 ciri tersebut, pilihlah agama sebagai ciri yang utama…Jika seseorang tersebut mempunyai pegangan agama, insyaALLAH perjalanan hubungan tersebut akan berjalan dengan lancar dan dapat menjalani hidup dengan aman dan bahagia…Barulah sesuai dengan slogan ‘Rumahku Syurgaku’ atau ‘Baiti Jannati’

Kesimpulannya, pilihan di tangan kita sendiri…Jodoh sememangnya ketentuan Yang Maha Esa terhadap hamba2-Nya sejak peringkat Loh Mahfuz lagi…Namun, kita tak disuruh berdiam diri, menanti jodoh turun dari langit…Kita haruslah berusaha untuk mencari pasangan agar dapat mengecap kebahagiaan di dunia dan akhirat…InsyaALLAH…

Wassalam…

Alangkah indahnya andai dapat mencintai dan dicintai sesama pasangan...


Zakat Fitrah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kini, semua orang sibuk menunaikan rukun Islam yang ketiga iaitu berpuasa di dalam bulan Ramadhan, tetapi jangan lupa pada rukun Islam yang keempat iaitu menunaikan zakat...

Seringkali bila sebut pasal bulan Ramadhan je, orang akan lebih ingat berpuasa...Sampaikan nama raya pun dipanggil Hari Raya Puasa...Tapi, harus diingat dalam bulan Ramadhan juga ada kewajipan yang lain iaitu membayar zakat...

Semalam, selepas solat Jumaat aku menemui seorang amil untuk membayar zakat...Ini adalah kali pertama aku membayar zakat sendiri...Maklumlah, dah ada pendapatan sendiri...Berlainan dengan waktu2 dulu, semuanya abah aku yang uruskan...Hehehe...

Amil meminta nama penuh aku dan nombor IC untuk mengisi butir2 tentang aku dalam sebuah borang...Kemudian, amil bertanya "Nak bayar untuk berapa orang?" Aku pun jawab, "Satu. Untuk diri sendiri je"

Amil ni boleh pulak mengusik aku...Dia tanya, "Sorang je? Bila nak berdua?"...Aku dah terdiam kat situ...Rasa malu pun ada sebab ada la 2-3 orang yang tengok aku bayar zakat tu...Dalam hati, nak je aku jawab kat amil tu, "Kalau boleh, sekarang saya nak berdua"...Tapi tu cakap dalam hati la...Hehehe

Bila dah membayar zakat sendiri ni, rasa lebih dewasa dan bertanggung jawab...Dalam pada masa yang sama, dapat membantu golongan2 yang tidak bernasib baik dalam menyambut hari lebaran...Setiap orang pastinya ada cerita yang tersendiri..

Adakah Ramadhan tahun depan masih ada untuk aku? Kalau ada, masih seorang diri atau dah berdua? Aku pun tak tau...Sama2 kita nantikan...Hehehe..

Wassalam...

Contoh akad membayar zakat...




Khamis, 16 Ogos 2012

Jangan makan ikut nafsu!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entry aku kali ni berkenaan dengan Majlis Berbuka Puasa yang dibuat oleh pihak office aku pada Isnin lepas...Mula2 rasa macam terkejut...Tak sangka bos aku ada hati nak buat majlis tu...Yela, dia ni punya la susah nak belanjakan duit dia tu...Dengar2nya, sebenarnya ada seseorang yang bagi cadangan buat majlis tu kat dia...

Tempat makan dan tarikh macam biasa, bos aku tentukan...Dekat Seremban 2...Makan pulak bufet...Bajet seorang dalam RM35...Agak besar bagi aku kalau berbuka dengan bajet sebanyak tu...Biasanya, aku makan apa yang ada je kat rumah...Kalau beli kat bazar pun, beli apa yang terasa nak makan je...

Jadi, tibalah hari yang ditentukan...Selepas 15 minit naik kereta, kami pun sampai kat sebuah restoran ala2 kampung...Dekat2 nak masuk waktu Maghrib, ramai orang dah berpusu-pusu ambik makanan yang macam2 ada...Aku pun pergi jugak ke depan...Tapi cuma ambik kuih je...

Lepas berbuka dengan kuih, aku dan 2 budak praktikal solat Maghrib...Malas nak beratur ramai2...Lepas siap solat, mulalah aktiviti mengumpul makanan dalam pinggan...Ada macam2 lauk...Aku ambik nasi putih dan mee goreng 2 sudu setiap 1...Lepas tu, semua jenis lauk aku ambik...

Antara lauk yang ada, sambal sotong, gulai masak lemak cili api, ayam goreng, sambal udang, ikan keli berlada, gulai daging dan lain2 lagi...Semua jenis lauk tu aku sapu...Dipendekkan cerita, setelah makan semua lauk dan beberapa kuih ditambah dengan minum air sebanyak 5 gelas, perut aku mula rasa padat...

Tiba2 rasa nak termuntah...Kat pinggan, ada lagi 1 roti jala yang masih tersisa...Sebelum tu aku ada ingatkan budak2 ni, kalau nak ambik makanan pastikan habiskan semuanya...Jangan membazir...Jadikan orang2 kat Somalia sebagai contoh...Nak makan pun susah...Tup2, kena kat aku balik...

Bila dah berkata, kenalah mengota...Aku sedaya upaya habiskan roti jala tu walaupun perut dah terasa sendat...Budak2 ni tengok aku sambil ketawa...Siap bagi semangat untuk habiskan roti jala tu...Hampeh...Hahaha...

At last, aku berjaya jugak habiskan roti jala tu...Lepas sesi bergambar, kitorang berjalan balik...Aku berjalan perlahan2 je...Tak pernah aku jalan slow macam tu...Agaknya, macam tu la gaya orang gemuk atau perempuan mengandung berjalan...Hehehe...

Kesimpulannya, janganlah tamak...Memang la makan bufet tu makan apa saja...Tapi tak bermakna boleh sebat apa saja...Daripada dapat pahala berbuka, dah kurang pahala tu sebab makan ikut nafsu...Siap pening2 kepala lagi lepas tu...Kan dah memudaratkan diri sendiri...Dalam hal ni, 'Jangan tepuk dada, tanya selera', tapi 'Tepuk dada tanya iman'...

*Pengajaran yang berguna untuk aku dan korang semua...Jangan makan ikut NAFSU!

Bila perut dah sendat, mula la rasa malas...



Sampai Menutup Mata


Embun di pagi buta 
Menebarkan bau asa 
Detik demi detik ku hitung 
Inikah saat ku pergi
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku
bila terjadi 
Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta
Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
Hanya dia di hati sehingga mata ini tertutup rapat,..
InsyaALLAH...



Rabu, 8 Ogos 2012

Janji Dikhianati

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sekali imbas tajuk entry aku kali ni lebih kurang macam tema Hari Kebangsaan pada tahun ni yang menimbulkan rasa tak puas hati kepada ramai pihak…Tapi aku bukan nak bercakap pasal tu…No politic here! Hehehe…

Tentu semua tahu apa yang dimaksudkan dengan janji…Janji sebenarnya boleh dikatakan seperti kita telah setuju atau confirmkan sesuatu perkara dengan seseorang…

Ada 2 jenis manusia bila dikaitkan dengan janji:
1. Yang sentiasa cuba untuk memenuhi atau mengotakan janjinya…
2. Yang pandai berjanji tapi tak pandai nak tepati…Golongan ni juga sering mencari alasan untuk menutup kesalahannya…

Aku dan pastinya korang yang juga merupakan pembaca pastinya tak suka bila seseorang memungkiri janji…Ada banyak sebab seseorang tak suka bila berdepan dengan situasi macam ni..

Antaranya:
1. Bila janji dimungkiri, habis rosak semua plan asal…
2. Kalau dimaklumkan lebih awal, mungkin kita boleh luangkan masa dengan orang lain yang nak luangkan masa bersama kita…
3. Mungkin kita telah buat pilihan untuk berjanji dengan dia sedangkan pada masa yang sama, ada banyak kerja yang kita kena setelkan…Dan bila dia mungkir, memang rasa tak puas hati akan wujud dengan serta merta…
4. Kita akan serik nak berjanji buat kedua kalinya dengan seseorang yang pernah mungkir janji dengan kita …
5. Kita akan mula hilang rasa percaya kepada mereka yang memungkiri janji…

Yang aku senaraikan kat atas ni antara 5 sebab utama orang paling tak suka bila ada orang lain yang mungkir janji dengan kita…Kalau ada yang lain, korang tolong la tambahkan…Hehehe…

Kesimpulannya, memang tak best bila janji dimungkiri atau dalam bahasa yang lebih tegas, dikhianati…1 perkara je yang boleh dimaafkan apabila kita berjanji iaitu ada halangan yang tak dapat dielak…Sebab bukan semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan…Kadang2 ada je halangan…Tu namanya takde rezeki…Maklumkan kepada orang yang berjanji dengan kita lebih awal supaya dia tak rasa kecewa setelah mengharap apa yang dijanji akan dikotakan…

*Kita merancang, Allah juga merancang…Tetapi, Dia adalah sebaik2 perancang…



Janji ada banyak kategori...Ni contoh janji antara 2 sahabat...
Biasanya perempuan la..
  



Bertudung tapi telanjang


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Mula2 sekali aku nak mintak maaf sebab tajuk entry aku kali ni agak kasar…Al kisahnya macam ni…Semalam aku ke mesin ATM…Bila dah ke sana, semestinya untuk mengeluarkan duit, bank in dan lain2 lagi…

Akhirnya, aku sampai di bank yang dimaksudkan…Sampai2 je, punya la panjang barisan orang yang beratur…Nak tak nak aku terpaksa la beratur jugak…Nak potong line, tak elok…Kita kan orang Malaysia? Cewah…Hehe…

Mesin ATM hanya ada 2…Dalam aku duk beratur ni, aku perasan kat 1 mesin ATM, ada pasangan India…Berumur dalam lingkungan 40-an…Entah apa transaksi dia nak buat aku pun tak tahu…Tapi yang pasti, dah banyak kali dah mesin tu keluarkan resit…

Lepas tu aku tengok balik orang2 yang beratur kat depan aku…Melayu, Cina, India semua ada…Memang 1 Malaysia…Hohoho…Dalam aku duk memandang2 sebab kebosanan tu, aku terkejut bila nampak sorang awek ni…

Pandang dari atas memang dah cukup ayu bertudung…Masa tu aku tak nampak lagi la muka dia…Aku cakap ayu sebab bagi aku, perempuan yang bertudung ada keayuannya yang tersendiri…

Sekali baru aku perasan yang perempuan  tu pakai legging…Aku ulang lagi sekali, LEGGING…Terkejut beruk aku tengok perempuan tu…Ni la yang terjadi kalau tak faham apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat…

Bila dah pakai legging, sah2 la nampak bentuk tubuhnya…Sekali imbas macam telanjang pun ada…Aku yang terpandang ni pulak yang rasa malu…Yang tuan punya badan buat dek je…Agaknya dia rasa dia hot kot…Tak tahulah…Anggap yang baik2 je…

Tak lama tu, si perempuan tu berjalan keluar dari bank…Sekali pandang muka dia, rasanya dah berumur lewat 20-an…Hmm…baru nak belajar menutup aurat kot…Takpelah, harap2 lepas ni dia akan lebih faham tentang aurat dan mula berubah…

Buat semua wanita di luar sana, menutup aurat ni bukanlah hanya menyembunyikan rambut atau melapik kepala daripada dilihat oleh lelaki bukan muhrim…Tapi termasuklah penampakan bentuk badan, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki…

Kesimpulannya, nak beramal bukan hanya sekadar amal…Tapi, kenalah ada ilmu di sampingnya…Kalau tak, takut yang dibuat tu hanya menjadi sia2 ibarat ‘mencangkul angin’

Wassalam… 

Macam ni la antara pakaian muslimah yang sebenar...
Menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh...

Selasa, 7 Ogos 2012

Imam Muda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas iaitu pada hari Selasa dan Sabtu, aku berbuka kat kampung...

Pada hari Selasa, aku, emak, abah dan adik berbuka di rumah atuk dan nenek...Nampak la yang atuk dan nenek aku gembira dengan kehadiran kitorang...Berselera diorang makan...

Lepas solat Maghrib, kami ke surau...Kalau nak tahu, atuk aku ni merupakan imam surau kat kampung tu...Aku yang berpakaian lengkap berbaju Melayu dan kain pelikat hanya datang ke surau dengan mood makmum je...

Selesai solat sunat Qabliah, tiba2 atuk aku berdiri kat saf pertama dan terus melaungkan iqamah...Aku mula pandang2 ke arah semua jemaah lelaki yang ada dalam surau tu...Kalau dah atuk aku yang iqamah, siapa pulak yang akan jadi imam? Sekali, semua jemaah pandang aku balik...Dan atuk aku pun bersuara, suruh aku jadi imam...

Agak terkejut jugak la pada mulanya...Tapi bila semua jemaah pun dah suruh aku jadi imam, dengan hati yang pada awalnya paksa rela aku pun berjalan ke tempat imam...Nasib baik la aku dah biasa jadi imam kat kolej dan sekolah dulu...Kalau tak, mahunya masak aku kat situ...Huhuhu...

Alhamdulillah, aku berjaya sempurnakan tugas jadi imam Isyak n Terawih....Solat Witir? Ha, yang tu aku pass kat atuk aku...Tak nak la aku rampas takhta atuk aku...Hehehe...

Pada hari Sabtu pulak, sekali lagi aku berbuka kat kampung...Tapi kali ni kami berbuka kat surau...Emak dan abah tak join sebab temankan adik aku yang demam...Kang kesian pulak berbuka sorang2...Hehehe...Kali ni aku bawak 2 orang budak praktikal kat ofis aku...

Tiba waktu berbuka, semua orang makan...Ada yang makan macam dah lama tak jumpa makanan...Hahaha...Tapi atuk aku hanya makan kurma dan minum segelas air...Dia cakap lepas solat Maghrib baru dia akan makan...Aku dah terbau sesuatu yang kurang best kat situ...Apa pulak helah atuk aku kali ni...Solat Maghrib malam tu, atuk aku yang imam...

Dipendekkan cerita, sebelum nak solat Isyak, sekali lagi aku disuruh menjadi imam...Pada hal jumlah jemaah yang ada malam tu lebih ramai dan ada jugak yang biasa jadi imam...Aku saje suruh atuk aku imam...Tapi dia jawab perut dia rasa hongeh...

Aku pandang 2 budak praktikal tadi, dua2 buat2 macam pandang kat tempat lain...Aku yang memang dah bersedia dari awal kali ni melangkah ke tempat imam dengan lebih yakin...Macam biasa, sebelum mula solat Witir, aku pass kat atuk aku...Jemaah yang ada tu hanya tersengih je tengok kitorang...Rasa macam kelakar pun ada...Macam saling nak mengenakan je...Hahaha...

Akhirnya, tibalah waktu moreh...Sedang aku dengan jemaah yang lain makan baki makanan berbuka tadi, sekali ada seorang nenek ni tanya siapa dia imam muda tadi?....Wah, imam muda tu...Aku hanya diam je...Sekali ada la 2-3 orang yang menunjuk ke arah aku...Aku cuma mampu tersenyum je...

Ni belum abis Ramadhan lagi...Nampaknya aku kena sentiasa bersedia la kalau solat kat surau kampung...Sebab kalau solat kat masjid dekat2 rumah aku ni, ada pegawai agama Islam Negeri Sembilan yang imamkan solat...So, memang aku jadi makmum yang setia je la...Hehehe...

Kesimpulannya, sentiasalah bersedia dengan apa jua kemungkinan...Bukan jadi imam solat je, tapi banyak lagi perkara yang sewaktu dengannnya...Aspek yang paling penting, sentiasa memperbaiki diri untuk jadi insan yang lebih baik...

Wassalam...

* Hongeh tu dialek Negeri Sembilan...Maksudnya, perut penuh atau kenyang yang teramat...Kalau berlari, kebarangkalian untuk muntah tersangatlah tinggi...Hehehe

Ni rancangan Imam Muda season 1...
Banyak lagi yang aku kena belajar untuk sampai ke tahap ni...





Rabu, 1 Ogos 2012

Rambut raya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku tengah bingung ni...Bingung sebab tak tahu nak buat style rambut yang macam mana...Ingat nak pergi gunting dalam minggu ni jugak...Masalah yang paling utama, kedai gunting rambut kat mana yang boleh potong style rambut macam yang aku nak...

Aku dah la masih fobia dengan seorang tukang gunting kat Kuala Pilah...Lain disuruh, lain pulak yang dipotong...Sebab tu kalau nak pergi kedai gunting pun, tukang guntingnya haruslah boleh dipercayai...Hehehe...

Al maklumlah, bukan semua tukang gunting faham style rambut macam mana yang kita nak...Kalau kat universiti dulu, kawan2 aku je yang gunting rambut aku...Diorang pun faham pasal fesyen2 rambut terkini...

Kalau dapat tukang gunting yang tua, memang silap la nak fesyen rambut terkini...Silap2 dia buat botak atau flat top, macam rambut askar tu...Tu yang aku seboleh2 nak elak tu...Tak sanggup den...Hahaha...

Aku pernah buat gaya rambut botak dulu...Kalau tak silap, masa aku darjah 3...Masa tu aku dan 2 orang sepupu botakkan kepala secara berjemaah...Hasilnya, kami bertiga dipanggil BUDAK TOYOL...Huhuhu...Lebih kurang 2 minggu jugak la gelaran tu melekat kat kami...

Wassalam...

*Sekarang, aku masih berfikir pasal style rambut yang patut aku buat menjelang raya ni...Berikut ada 3 style rambut pilihan aku untuk hari raya ni...PENING2...

Ni style yang PERTAMA...

Ni style yang KEDUA...
Mesti mak aku komplen kalau aku buat style ni...Hehe




Ni style yang KETIGA...




Persiapan raya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kita semakin hampir berada di pertengahan Ramadhan...Ada yang membuat macam2 persiapan...Kalau yang perempuan, biasanya sibuk mengumpul keperluan terutamanya pakaian baru untuk kelihatan cantik pada hari raya...Bagi yang lelaki, semestinya nak kelihatan kacak pada hari berkenaan...Maklumlah, raya setahun sekali je...

Sesiapa yang suka buat persiapan awal tu, biasanya dah keluar membeli-belah pun...Ada yang cat rumah, beli langsir baru, kain kusyen atau sofa baru dan lain2...Pendek kata, semuanya baru la...

Bagi yang suka buat persiapan di saat2 akhir, semestinya minggu terahir Ramadhan akan menjadi detik untuk mereka membeli-belah...Bukan hanya kerana kemeriahan di semua pusat membeli-belah pada waktu itu, malah boleh dikatakan hampir setiap barangan, harganya akan menjadi semakin murah...Senang cerita, MEGASALE atau SUPERSALE...

Persiapan harus dibuat...Tak salah nak gantikan barangan yang lama dengan yang baru, tetapi masa untuk BERAMAL IBADAT jangan dilupakan...10 Ramadhan terakhir tu la yang dicari2...Bagi yang bernasib baik, dapat la bertemu dengan malam Lailatul Qadar...

Berbalik kepada persiapan raya, persiapan aku kali ni simple2 je...Maklumlah, bujang lagi...So, tak banyak sangat nak fikir...Walau bagaimanapun, kena la menyumbang sikit...Ye tak? Pada hari raya kali ni, insyaALLAH aku dan famili akan beraya di rumah kami iaitu di Kajang...Persiapan diatur oleh kakak2 dan abang aku...Aku ikut je...

Minggu lepas, aku dah terbeli baju raya iaitu sepasang baju Melayu dan sehelai jubah...Terbeli? Hahaha...Lebih kurang la...Sebab aku tak rancang pun...Tahu2 je lepas je waktu kerja minggu sudah, kakak aku call dan suruh ke satu mall ni...Katanya dah pilih baju raya untuk aku...Aku pun datang dan cuba baju yang dipilih tu...Warna tema kami 1 famili untuk tahun ni ialah KELABU...Kenapa kelabu? Entah, aku pun tak tahu...Hehehe...

Kesimpulannya, walau macam mana pun persiapan raya kali ni, pastikan beli mengikut kemampuan...Tak perlu la sampai berhutang semata2 nak tukar dan ganti semua yang lama dengan yang baru...Mana barang2 yang boleh guna tu, teruskan je guna...Takde salahnya...

*Biar kita hina di mata manusia, janji kita mulia di mata Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T...

Wassalam...

Kerja...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setiap yang bekerja pastinya menginginkan suasana kerja yang selesa dan kondusif...Kemudahan yang lengkap juga membuatkan kita berasa senang hati untuk melakukan tugas2 harian...

Tetapi apa yang akan  berlaku kalau kita dah tak rasa gembira dengan tugas2 yang kita buat? Senang cerita, kekurangan motivasi...Si majikan pulak tak reti nak ambil hati pekerja...

Perkara ni terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di salah sebuah negeri di Malaysia...Semakin hari, dia semakin kekurangan motivasi untuk bekerja...Tugas2 yang dia buat pun ala kadar je...

Sebenarnya bukan la ala kadar sangat...Dia tetap fokus dengan kerja dia...Ala kadar yang dimaksudkan, dia bekerja berbaloi dengan gaji yang dia dapat...Disebabkan gajinya rendah, kerja2 yang dilakukan pun biasa2 je...

Kemudahan kat pejabat pun sangatlah kurang...Kalau kat pejabat2 lain, biasanya akan ada 1 pantry...Biasanya kat pantry tu ada la macam2 jenis air yang boleh dipilih...Makanan sikit dan yang sewaktu dengannya...

Kat pejabat dia ni, takde pun benda2 tu...Kalau nak minum air, kena la bawa sendiri dari rumah takpun beli kat kedai...Nak makan? Pun sama jugak...Waima makanan ringan pun takde...Semua kena sediakan sendiri...

Syarikat tempat dia bekerja tu hanya buat potongan EPF...Socso takde...Panel klinik pun takde...Pendek kata, kalau sakit kena la pergi mana2 klinik...Sama je macam orang yang tak bekerja...Nak buat overtime, takde bayaran dia akan dapat...So, memang dia tak pernah buat overtime pun...Balik memang tepat pukul 5...

Dia ni dah pun apply banyak tempat kerja lain baik kerajaan mahupun swasta...Tapi rezeki belum ada...InsyaALLAH, kalau ada rezeki, dia akan cepat2 blah daripada kerja dia yang sekarang ni...

So, jom ramai2 doakan dia...Semoga dia dapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dia...Bukan macam sekarang ni, kelayakan je IJAZAH tapi gaji lebih rendah daripada SPM...

Kalau korang berada dalam keadaan macam dia ni, apa yang korang akan buat?

Wassalam...

*Dia yang dimaksudkan dalam cerita kat atas ni, AKU la...Huhuhu...


Macam ni je la lebih kurang muka aku kalau kat dalam pejabat...