Selasa, 20 Mac 2012

Pentingnya bola dalam hidup aku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bola merupakan salah satu aspek atau perkara terpenting dalam hidup aku...Bola boleh diibaratkan sebagai oksigen untuk aku bernafas seterusnya menikmati kehidupan di muka bumi ini...Kedengaran pelik, tapi itulah hakikatnya...Kalau takde bola, rasa macam ada yang tak kena dalam kehidupan seharian aku....

Bola penting dalam hidup aku kerana bola membuatkan aku rapat dengan abang sulung aku yang aku panggil sebagai ALONG...Bukan Ah Long yang merupakan ceti haram tu...Hehehe...Dalam adik beradik aku, kami berdua je lelaki...3 yang lain ialah 2 kakak aku dan seorang adik perempuan...

Jarak usia aku dengan Along iaitu 11 tahun membataskan kami dalam banyak perkara...Dulu, aku dan Along tak begitu rapat...Mungkin disebabkan usia dan cara berfikir membuatkan kami begitu...Sehinggalah pada suatu hari, aku sedar kami mempunyai minat yang sama iaitu BOLA SEPAK...Ya, kami memang GILA BOLA...

Kami menghabiskan masa bersama dengan bermain permainan bola sepak seperti Championship Manager, FIFA, Winning Eleven dan PES...Kami juga menonton perlawanan bola sepak di rumah mahupun di warung, di stadium dan lain2 lagi...Andai tiada topik yang ingin dibincangkan, hal ehwal bola menjadi pilihan...

Ketika aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam sukan bola sepak, Along menjadi penasihat aku...Dia banyak memberi tips2 berguna kepada aku...Dia juga adalah pemain bola sepak yang baik tetapi tidak mendapat peluang untuk mewakili sekolah kerana saiz tubuhnya yang sedikit kecil..

Antara tips2 yang diberikan kepada aku ialah sentiasa bermain dengan orang yang lebih dewasa supaya lebih cepat mahir dalam bermain bola sepak...Ya, ketika aku berusia 9 tahun, aku dah bermain bola sepak dengan orang yang lebih tua daripada aku....Dalam kalangan tersebut, ada yang sudah berada dalam sekolah menengah, dan ada yang telah bekerja...

Along juga meminta aku supaya  mengurangkan sepakan tonjol dan cuba menyepak menggunakan kaki kiri lantaran aku hanya boleh menyepak dengan menggunakan kaki kanan...Berkat daripada tips2 yang diberikan, aku kini boleh merembat dengan menggunakan kekura kaki dan lain2...Sepak tonjol hanya dalam keadaan terdesak...Penggunaan kaki kiri juga semakin baik walaupun tak sehebat kaki kanan...

Bola juga penting kerana mampu memberi aku kepuasan, menghilangkan stress, sedih dan meningkatkan kecergasan diri...Ketika aku berada dalam kesedihan, bola yang menjadi teman aku...Aku pernah bermain bola seorang diri...Aku rembat, aku juga yang kutip bola..Apabila penat, aku berhenti...

Bola juga menjadikan aku punyai ramai kawan...Kebanyakan lelaki minat bermain dan menonton perlawanan bola sepak...Jadi, bola boleh dijadikan sebagai salah satu topik perbincangan...Kawan aku juga bertambah lantaran kerap kali bermain bersama sama ada di padang mahupun di gelanggang FUTSAL...

Meskipun mak dan abah aku melarang aku daripada bermain bola, aku tetap berkeras...Bukan niat menderhaka, tapi itu adalah minat aku...Darah daging aku...Mak dan abah beritahu yang aku pernah terjatuh dan kaki aku pernah cedera ketika kecil...Ya, memang aku mudah cedera terutama di bahagian kaki...Tapi apabila bermain, aku tetap berhati2 meskipun kadangkala aku gagal mengelak terjahan atau tackle daripada pasukan lawan...

Kini, mak dan abah tak lagi melarang aku bermain bola sepak...Mungkin disebabkan kesungguhan yang aku tunjukkan...Medal dan pingat yang tersimpan di rumah juga kebanyakannya adalah hasil daripada sukan bola sepak...

Ya, bola sepak sememangnya penting dalam hidup aku...Dalam bola sepak, ia mengajar aku tentang penyatuan, kerjasama, disiplin, pengaruh, kekuatan mental dan fizikal, tanggung jawab, lasak dan lain2 lagi...Aku pernah bermain di pelbagai posisi kecuali penjaga gol...Bermula dengan pertahanan, aku seterusnya bermain sebagai  pemain tengah dan penyerang...

Kesimpulannya, sukan bola sepak banyak mengajar aku erti hidup...Di situ ada duka, di situ juga ada gembira...Usaha yang gigih disusuli dengan doa pastinya dapat membuatkan kita menjadi seorang yang berjaya...Bagi aku, Tak Guna Bercita2 Andai Tiada Usaha untuk Mengota....

Wassalam....

Team yang aku akan sokong selagi aku bernyawa...ARSENAL



Sabtu, 17 Mac 2012

Perjalanan yang panjang


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah tak kesabaran korang dicabar? Pernah tak korang berdiri lama, menanti sesuatu yang tak pasti? Pernah tak korang ditaburi janji2 manis? Hmm..aku ada 1 cerita nak kongsi...

Pada Ahad lepas, aku diberi cuti sehari...Shooting hanya akan dijalankan pada keesokan harinya...Aku memang mengharapkan cuti tu jadi kenyataan sebab kawan baik aku yang aku kenal sejak umur 9 tahun akan berkahwin...Majlis resepsi dia akan diadakan pada hari itu bertempat di sebuah pantai yang tidak berombak iaitu Pantai Dalam...Hehehe

Aku yang ketika itu berada di Nilai terpaksa menaiki komuter...Setelah selesai membeli tiket, aku berdiri menunggu tren...Tempat duduk semuanya sudah terisi dengan manusia...Beberapa minit telah berlalu...Aku buat keputusan untuk ke tandas...Nak tunggu tren rasanya lama lagi...

Sedang aku di dalam tandas, aku terdengar macam bunyi tren datang...Aku cepat2 keluar...Malangnya, tren tu  berlalu dengan pantasnya...Terasa bunyi tren yang nyaring seolah-olah sedang mengejek aku yang tertinggal...Kelihatan beberapa orang asing yang tadinya berlari2 mengejar tren mula mematikan langkah mereka...Dalam hati aku berkata 'kita senasib'...

Aku tengok jadual tren yang seterusnya...30 minit lagi...Adoi, lama lagi tu...Aku dah la kejar masa...Jam kat tangan dah menunjukkan pukul 12 tengah hari...Tunggu punya tunggu, tren pun sampai...Aku naik dengan bangganya...Perlu ke bangga? Hahaha...

Aku duduk kat sebelah seorang pak cik n brader yang dari tadi leka dengan surat khabar...Sesekali aku menjeling kalau2 ada tajuk2 berita yang best...Duduk berhadapan dengan aku, anak mami yang dari tadi tak sudah2 bercakap dengan mak dia...Adakalanya dia menjeling ke arah aku..Aku hanya menundukkan kepala dan memandang ke arah lain…

Komuter terus bergerak…Sampai je kat stesen Bangi, tren tiba2 berhenti..Penyaman udara atau air cond yang dari tadi menyejukkan aku dan penumpang lain mula berhenti beroperasi…Semua penumpang mula tertanya2 situasi yang sedang berlaku…Tiba2 kedengaran pengumuman menyatakan tren mengalami masalah teknikal…Bekalan elektrik terputus..Jadi, kami terpaksa berpindah ke seberang untuk menaiki tren lain…

Tangga yang menjadi penghubung hanya boleh digunakan separuh kerana kerja2 pembaikan sedang dijalankan…Dengan jumlah orang yang ramai, agak lama juga masa yang diperlukan untuk ke seberang..Ada juga beberapa orang yang melintas tanpa menggunakan tangga…Ada ketika kedengaran suara pengawal keselamatan yang memarahi penumpang2 tersebut…

Setelah hampir 20 minit menanti, tren yang dinantikan tidak muncul2…Tiba2 kedengaran sebuah pengumuman yang menyatakan tren akan tiba dalam masa 3 minit…Aku berasa sedikit lega..Penumpang lain yang tadinya duduk di atas lantai, ada yang bersila dan ada yang bertinggung mula bangun…Ada yang datang dari belakang dan terus ke depan…Konon2nya untuk menjadi orang pertama yang masuk ke dalam tren…

15 belas minit menanti, tren tidak juga tiba…Aku mula berasa gelisah…Tak pasti aku sempat sampai ke Pantai Dalam pada waktunya…Kedengaran keluhan daripada beberapa penumpang…Dengan cuaca yang panas, berat beban beg yang ditanggung, macam2 bau dan lain2 lagi…Kedengaran lagi sebuah pengumuman..Kali ni dia menyatakan bahawa tren akan sampai dalam masa 4 minit lagi..

Aku dan beberapa penumpang lain ketawa..Tadi cakap lagi 3 minit, tak sampai2 pun tren yang dinanti…Lepas tu cakap lagi 4 minit…Terdapat beberapa penumpang yang dari golongan tua mula berleter…Mungkin terasa dipermainkan…Entahlah..

Penantian diteruskan..Tren masih lagi tak kelihatan…Pengumuman seterusnya menyatakan bahawa tren yang sedang dalam perjalanan juga sedang menghadapi masalah..Aku yang sejak tadi berdiri mula duduk di bangku yang mulai kosong kerana hampir separuh daripada penumpang yang sama2 menanti bersama aku mula keluar dari stesen…Ada yang menaiki bas dan ada yang menaiki teksi dan lain2…

Aku yang tak begitu familiar dengan kawasan Bangi hanya sabar menanti…2 jam pun berlalu…Bayang tren masih tak kelihatan…Aku beralih tempat duduk…Sesekali melihat kerenah orang yang pelbagai..Agak ramai juga orang asing yang menaiki tren..Terasa macam bukan di negara sendiri…

Pengumuman kedengaran lagi..Semua penumpang diminta kembali menyeberang..Aku dan penumpang lain hanya menurut arahan…Beberapa minit kemudian, kami diminta memenuhi tren..Aku menurut..Kelihatan seperti tren tersebut sudah boleh digunakan seperti sediakala..Aku membelek jam di tangan…Jarum menunjukkan pukul 3 petang..

Aku mula berfikir bila aku akan sampai ke kenduri kahwin kawan baik aku..Biasa paling lewat pun aku pergi kenduri adalah pukul 2 petang..Kali ni pukul 3, masih dalam perjalanan…Tren menyusur laju..Aku tak pasti bilakah masanya aku terlelap…Apabila sedar, ada kepala terlentok di bahu aku…Budak lelaki yang lengkap berpakaian sukan sedang lena tidur..Aku hanya membiarkan dia landing  di bahu aku…Aku tak bergerak, bimbang dia akan terjaga..

Sejam berlalu, aku akhirnya tiba di KL Sentral…Jam sudah menunjukkan pukul 4…Aku menunaikan kewajipan dan terus menuju ke Pantai Dalam...Alhamdulillah, aku berjaya sampai ke tempat yang dituju…Dari kejauhan aku nampak kawan baik aku dan pasangannya di atas pelamin sedang bergambar…Kedua2nya nampak bahagia sekali…Aku tersenyum, tumpang gembira melihat kawan2 bahagia…Riak2 gembira terlakar di wajah kawan aku…Sebab dia pernah cakap, ‘orang lain tak datang takpe tapi bukan kau’…Meskipun aku tiba hanya pada pukul 4:30 petang…DUGAAN...

Komuter punya pasal, tak perasan yang tulisan aku kali ni dah macam ayat2 dalam novel...Hehehe

Wassalam…

Ni la komuter...bagi yang tak tahu...hehehe

Jumaat, 16 Mac 2012

Salah bajet

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku masuk ke pejabat semula setelah 2 minggu aku bershooting...Agak penat tapi kerja di pejabat harus dibereskan...Pendek kata, aku bekerja hari ni dalam keadaan LEMAU...Projek yang seterusnya tak lama lagi akan dijalankan...Jadi, pelbagai persediaan harus dilakukan...

Aku nak berkongsi tentang cerita minggu lepas...Bila aku kenang2 balik, memang aku tergelak sendiri...Seperti hari2 sebelumnya, shooting dijalankan...Kebetulan, hari tu kami wrapped awal...Sebelum maghrib kami dah habis shooting untuk episod pada hari itu...Aku rasa gembira sebab ada jugak kesempatan nak tengok siaran langsung perlawanan bola sepak...

Aku rasa teruja sebab pasukan kegemaran aku iaitu ARSENAL dan N9 akan beraksi...Mengikut pemahaman aku, N9 akan bermain pada hari berkenaan manakala Arsenal akan bermain pada keesokan harinya...Jadi, untuk shooting hari 2, awal2 lagi aku dah pakai jersi N9..

Sejurus selepas wrapped, kami menikmati makan malam...Aku sedaya upaya memujuk Encik Director supaya makan di restoran yang ada TV supaya senang aku nak menonton bola...Rupa2nya, perlawanan malam 2 adalah antara Arsenal lwn Liverpool...Aku telah membuat kesilapan pertama dengan memakai jersi N9 ketika menonton Arsenal...Perlawanan berakhir dengan Arsenal menang dengan jaringan 2-1..

Keesokan harinya, shooting berjalan seperti biasa...Kali ni, aku memakai jersi Arsenal...Bukan bermakna bila Arsenal menang baru aku pakai jersi Arsenal...Tapi, disebabkan baju aku yang masih belum dipakai dah tak banyak...Maklumlah, kat home stay yang kami duduk 2 takde mesin basuh...

Selepas wrapped, kami menikmati makan malam lagi...Kali ini di restoran yang berlainan...Tapi, masih ada TV...Hehehe...Kebetulan, aku baru  dapat tahu yang perlawanan Liga Super antara N9 lwn Kelantan akan disiarkan secara langsung di TV...

Jadi, kami pun menonton perlawanan tersebut...Ada seorang krew ni ajak aku bertaruh tapi aku menolak dengan baik...Bertaruh 2 kan judi...Judi 2 kan HARAM? Hish...Sambil tersenyum kat dia, aku pun teruskan makan...Dia tak lagi ajak aku bertaruh...

Tiba2 seorang krew yang lain menyapa aku...Dia cakap, aku tersalah pakai baju...Masa tengok perlawanan Arsenal, aku pakai jersi N9, masa tengok perlawanan N9, aku pakai jersi Arsenal pulak...Aku hanya tersenyum je... Dalam hati, aku berkata yang aku tersalah bajet...Hahaha..Jadi, kesilapan kedua aku ialah memakai jersi Arsenal ketika menonton N9...Keputusan perlawanan 2, Kelantan menang 2-1...

Sampai sekarang aku masih tersenyum bila teringat peristiwa tersalah pakai jersi..Kesimpulannya, tengok jadual perlawanan betul2...

Wassalam...

Inilah jersi N9 yg berada dlm simpanan aku...
Inilah jersi terbaru Arsenal yang aku suka pakai...




Jumaat, 9 Mac 2012

Sekilas

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kisah hari ni masih berkisar tentang shooting...Shooting tergendala lagi...Kali ni melibatkan sebuah band dari Kajang...Shooting yang sepatutnya habis awal terpaksa ditangguhkan pada waktu malam...Sebuah band baru akan muncul bagi menggantikan band yang telah disingkirkan tadi...

Hari ini aku terpaksa membuat tugas yang sepatutnya dilakukan oleh seorang runner...Aku terpaksa memandu van, membawa Assistant Director ke One Utama...Kebetulan lokasi shooting berhampiran dengan One Utama...

Aku tak pernah memandu ketika proses shooting dijalankan..Jadi, tiada sesiapa pun yang menyangka aku boleh memandu...Si Assistant Director ni siap tanya aku 2-3 kali sebelum dia naik van yang akan aku pandu...Puas aku yakinkan dia...Akhirnya, dia naik juga dan sampai dengan selamat...Sebelum turun, dia tersenyum..."Baru tahu aku ni siapa?" (Aku bercakap dalam hati)...Nak cakap kuat2 tak boleh...Anak boss tu...Hehehe

Sebelum menyambung semula tugas aku di studio, malang tak berbau...Aku tersepak bendul pintu...Hasilnya, kaki kiri aku LEBAM...Agak sakit jugak la...Sampai sekarang masih berdenyut2...Kerja belum habis lagi...Jalan dah macam orang tempang...Huhuhu..

Shooting akan bermula sekejap sahaja lagi...Jadi, aku harus menyediakan segala yang diperlukan sebelum proses shooting dilakukan...Harap2, kaki aku ni cepat sembuh untuk menyambung tugasan aku yang lebih sukar pada hari esok iaitu menguruskan sebuah konsert...Harap2 segalanya dipermudahkan.... Amin...

Kesimpulannya, berhati2 dalam melakukan setiap perkara...

Wassalam....

Nasib baik tak sampai kena guna wheel chair... :P

Khamis, 8 Mac 2012

Kelu lidah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku tak tahu kenapa setiap kali aku cuba bercakap dengan Si Dia melalui telefon, lidah aku seolah-olah kelu...Soalan yang aku nak tanya pada dia sebelum mula menelefon hampir hilang semuanya...Beberapa soalan je yang aku ingat...

Bila menelefon Si Dia, percakapan aku tidak lancar seperti biasa...Pertuturan aku tidak lagi tersusun...Tersekat-sekat...Kedengaran seperti kanak-kanak yang baru belajar berbicara...Adakalanya aku tersasul...

Kadang2, perbualan aku dan Si Dia terhenti buat beberapa ketika...Sambil dalam kepala ligat memikirkan segala jenis soalan yang ingin aku tanyakan kepada dia...Perbualan diteruskan dan adakalanya lancar seperti yang diharapkan...Sesekali kedengaran hilai tawanya...

Setiap kali berbual dengannya melalui telefon, aku berasa nervous...Terpempan buat seketika...Jantung aku mula bergerak dengan pantas...Berdebar-debar menanti respon daripadanya...Menanti dan beharap agar sentiasa mendapat respon yang baik daripadanya...

Kenapa semua ini berlaku? Aku sendiri tak dapat menjawabnya...Mungkin ini adalah satu rasa dan aturan   oleh Allah S.W.T...

Wassalam...
Macam ni la lebih kurang muka aku time bercakap telefon dengan Si Dia...Huhuhu


 

Rabu, 7 Mac 2012

Tuhan, aku sayang dia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku sedaya upaya cuba untuk menumpukan 100%  pada hal kerja tapi jemari aku terus ingin menari...Jadi, aku cuba luangkan masa untuk membuat coretan...Walaupun aku sedang selesema, pening kepala dan batuk, aku teruskan niat untuk membuat coretan ini sebagai sebuah lembaran dari hati yang asyik ingin berkata2...

Rasa bersalah bersarang dalam kotak fikiran aku...Aku sendiri tak tahu kenapa...Layanan Si Dia kepada aku adakalanya suram, tak seperti biasa...Puas aku korek kalau2 dia sedang berhadapan dengan masalah...Tetapi dia  sering mengatakan bahawa dia sedang berada dalam keadaan okey...Tiada masalah...

Aku ingin memohon maaf andainya terdapat kekurangan dalam diri aku yang mungkin aku sendiri tak menyedarinya...Aku hanya menjadi diri sendiri...Apa yang aku tonjolkan, itulah AKU...Andainya dia tak dapat menerima kekurangan aku, aku akan cuba memahaminya...

Tuhan, aku cuma melakukan apa yang aku rasa terbaik untuknya...Tuhan, benar aku sayangkan dia...Sayang aku kepadanya menyamai atau mungkin melebihi daripada sayang aku kepada diri sendiri...Disebabkan itu, aku memanggilnya dengan panggilan SAYANG...Agar aku sentiasa menyayanginya dalam apa jua keadaan, situasi atau emosi aku pada ketika itu...

Tuhan, aku tidak pernah menyayangi mana2 gadis atau perempuan seperti aku menyayanginya...Walaupun mungkin hanya aku yang punya perasaan sedemikian tetapi tidak bagi dirinya...Aku tahu, perasaan tidak boleh dipaksa...dan aku tidak pernah memaksa...

Tuhan, aku mengambil berat tentangnya bukan kerana aku cuba memenangi hatinya...Aku hanya menjadi diri sendiri..Mungkin perasaan sayang aku yang menebal kepadanya membuatkan aku bertindak sedemikian...Aku memohon maaf andai dia tidak berasa selesa dengan keadaan sedemikian...

Tuhan, perkenalan kami memang singkat...Tapi hati aku kuat  berkata2 bahawa dialah yang aku cari2 selama ini untuk mengisi kekosongan hati dan bersama2 aku dalam mencari redha-Mu, Tuhan sekalian alam...Aku benar2 yakin bahawa hanya dialah yang mampu membuat jiwa aku tenang dan terisi...Tidak lagi kosong seperti manusia yang tidak punya perasaan...

Tuhan, aku bukanlah yang terbaik untuknya...Tetapi, aku berjanji bahawa aku akan melakukan yang terbaik untuknya...Ingin aku membuatnya bahagia namun andai dia tidak merasainya, aku tidak tahu...Mungkin Engkau sedang menguji aku...

Tuhan, andainya benar dia adalah untukku dan aku untuknya, kau satukanlah hati kami...Aku akan sedaya upaya memimpinnya tanpa melanggar syariat-Mu....Apa yang aku inginkan adalah sebuah perhubungan yang suci sehingga ke gerbang perkahwinan...

Tuhan, aku telah, sedang dan akan terus berusaha untuk memiliknya...Doa dan tawakkal juga aku panjatkan kepada-Mu agar impian aku menjadi kenyataan...Kau permudahkanlah jalan cerita hidup kami...Sungguh, aku menyayanginya dengan setulus hatiku, ikhlas kerana-Mu Ya Allah, Ya Khaliq...

Aku akan sentiasa sabar menanti jawapan yang POSITIF daripadanya...

Wassalam...

Saya benar2 SAYANGkan awak dengan seikhlas hati...
Saya harap awak mengerti...

Khamis, 1 Mac 2012

Lupa



Assalamualaikum dan salam sejahtera

Semalam merupakan antara hari yang sibuk bagi aku…Tarikh untuk shooting dah semakin hampir…Jadi, macam2 persediaan harus dibuat. Aku diberi tanggung jawab sebagai “Prop Master” dengan seorang lagi krew yang dipanggil ‘Boy’.

Macam2 tugas aku terpaksa buat. Call artis, cari lokasi dan lain2… Aku punya la tak suka nak call2 orang…Sebab orang ni macam2 kerenah. Kalau tak, takde la peribahasa “ Banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam”..Cewaah…Dah macam Karamsingh Walia la pulak…Hahaha.

Semalam, aku ditugaskan untuk design banner…Mula2 aku terkejut jugak la..Hal design2 ni dah lama aku tinggalkan…Kalau design pun, poster je…Bukan banner…Last aku mendesign masa final year kat U dulu..Tu pun dengan bantuan rakan2 satu kolej…

Jadi, bila dah lama tak design, macam2 benda aku lupa…Macam mana nak buat style macam ni, macam mana nak buat style macam tu, tekan butang apa…Yang Si Director ni pulak nak aku siapkan hari tu jugak…Perggh..Ingat senang ke…Dah la lama aku tinggalkan benda alah tu…Nak catch up balik perlukan masa jugak la…

Seharian aku design banner tu…Tu pun dengan bantuan officemate…Yang Si officemate aku ni busy jugak…Jadi, masa dia busy, kebetulan datang sorang mamat ni… Dia ada meeting dengan bos aku…Last2 mamat ni turut jadi mangsa aku.. Tak pasal2 kena tolong aku…Hahaha..

Hari semakin lewat…Maghrib kian menghampiri…Kerja baru siap 97% …Jadi, aku buat keputusan untuk balik…Pandai2 la aku sambung kerja tu kat rumah…Tapi keluar je office, hujan la pulak…Aku dah la naik motor..Kalau redah, confirm basah..So, aku decide pergi lepak kedai mamak jap..Lagi pun perut aku dah berbunyi…Macam2 lagu dah...Dah la masa lunch aku makan nugget n sosej je…Berapa lama la makanan tu bertahan dalam perut…Huhuhu..

Dipendekkan cerita, malam semalam aku sambung balik buat design banner tu…Aku berjaya siapkan…So, aku pun masukkan terus dalam pendrive dan terus simpan dalam beg…Takut2 aku lupa nak bawak esoknya…

Jadi, hari ni aku masuk ke office cuma bawa pendrive je…Tak bawak laptop pun..Aku pun dengan bangganya nak tunjukkan banner yang sudah siap didesign kat Si Director…Tapi, malangnya banner aku tu, file missing…Tak boleh nak buka…Huhuhu..

Ya, kini aku sedar aku lupa…Lupa nak masukkan semua file dalam satu folder..Sekarang aku tengah fikir macam mana cara nak balik ke rumah, dapatkan laptop…Motor takde, kereta pun takde…Harap2 budak runner dapat tolong aku...semuanya angkara 'lupa'...Huhuhu

Kesimpulannya, kalau buat sesuatu pastikan semuanya lengkap...Pastikan semak semula kerja2 yang dah dibuat...Sebab manusia ni bersifat LUPA...

Wassalam…  
Macam mana la aku boleh lupa...Nasib2...