Khamis, 10 Januari 2013

Aku Jadi Hero

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku jadi hero? Tajuk macam poyo je kan? Hehehe...Sebenarnya aku saje nak kongsi pasal peristiwa yang berlaku semalam...Kejadian ni berlaku di Bangsar...

Semalam, sedang aku lepak2...Bukan lepak sembarangan tapi minum dan makan malam...Kebetulan ex-officemate aku turun KL...So, aku sambil ditemani seorang kawan lelaki pergi la ke tempat yang dijanjikan...

Selepas order minum, kami pun duduk...Tempat yang kami pilih ni dekat2 dengan tepi jalan....Banyak kereta diletak berhampiran dengan tempat kami duduk...Macam2 hal dibincangkan...Kebanyakannya pasal kerja....Sampai la pada suatu masa, ex-officemate aku nak beransur...Dia pun bangun...

Tiba2 kereta kat belakang dia bergerak menuju ke divider tempat kami duduk...Ramai orang mula memandang ke arah kereta tersebut...Aku tengok dalam kereta tu, tiada pemandu...Yang ada cuma dua orang perempuan di tempat duduk penumpang yang salah seorangnya sedang memangku bayi...

Aku pun bangun...Yang ex-officemate aku ni cuba tahan kereta daripada bergerak...Salah seorang perempuan dalam kereta tu keluar dari kereta....Dia nampk gelabah...Aku pun bingkas bangun...Aku nampak hand break memang dah ditarik tapi kereta masih berjalan...

Aku pun mintak ruang pada kakak yang sedang memangku bayi...Aku tarik hand break lagi...Kali ni lebih tinggi kedudukannya berbanding tadi...Alhamdulillah, kereta tak lagi bergerak...Pelanggan2 restoran yang lain mula buat hal masing2....Suasana yang suspens kembali tenang...Aku duduk kat tempat aku semula...

Tak lama kemudian, datang seorang lelaki terus masuk ke dalam kereta tadi....Aku pandang ke arah keretanya...Aku nampak dia dan perempuan besar kemungkinan isterinya sedang bercakap2...

Sebelum kereta tu bergerak, lelaki tadi membunyikan hon ke arah aku...Tanda mengucapkan terima kasih agaknya...Aku pun angkat tangan tanda membalas hon tadi...

Kesimpulannya, kalau nak letak kereta kat kawasan yang tak rata, tarik la hand break...Tarik tinggi sikit pun takpe...Yang penting, kereta tak bergerak...Yang si penumpang pulak, belajarlah sikit2 pasal kereta...Kalau tak tahu memandu pun, at least tahu kedudukan hand break, lampu dan lain2...Nanti senang kalau berlaku sesuatu yang tak diingini...

Korang, kalau berada kat mana2 tempat yang ada orang perlukan pertolongan, tolong la dengan seikhlas hati...Mungkin hari tu hari mereka...Esok2 mungkin hari kita...Yang paling penting, percayalah bahawa "buat baik dibalas baik"...

Wassalam...

*Aku pernah selamatkan seorang bayi yang terkeluar dan hampir jatuh daripada kereta tolak yang dikawal oleh ibunya ketika sedang menuruni eskalator...Mujur aku cepat bertindak....

Ahad, 6 Januari 2013

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lebih sebulan aku tak menaip...Maklumlah, agak sibuk dengan bidang kerja yang baru aku ceburi...Siang kerja full time, malam pulak kerja part time...Keluar rumah masa matahari baru timbul, balik pulak bila ayam dah nak berkokok...

Kata orang, masa bujang ni la yang paling bagus untuk bekerja keras...Sebab kalau dah kahwin, kena bagi komitmen 100%...Yela, ada hati selain hati sendiri yang nak dijaga...Mungkin sebab tu la ramai lelaki yang kahwin lewat...Sebabnya nak kumpul harta...

Tapi bagi aku la, kalau nak kumpul harta, sampai ke tua pun takkan habis...Masa dah berkahwin pun boleh kumpul harta lagi apa? Sama2 cari rezeki dengan isteri...Lagi pun, orang yang dah berkahwin ni kan memang akan ada rezeki untuknya?

Berbalik kepada topik asal iaitu tahun baru iaitu 2013...Tak pasal2 aku melalut pasal kahwin pulak...Hehe...Mungkin sebab terbaca post seorang kawan aku kat facebook yang masih mencari teman istimewa...

Pada ambang tahun baru beberapa hari lepas, aku dan 3 orang kawan berkesempatan untuk menjadi salah seorang daripada yang dipilih Allah untuk menjadi tetamu ceramah ustaz yang paling popular di youtube...Siapa lagi kalau bukan Ustaz Azhar Idrus (UAI)...

Itulah kali pertama aku dengar ceramah UAI secara live...Selama ni kat youtube je...Ada ramai tetamu undangan iaitu Diana Amir, Kamal Adli, Pierre Andre, Malek Noor, Aziz M.Osman, Wan Zack Haikal, Ustaz Bollywood, Ustaz Sobuni dari Syria dan seorang gadis aka pelumba motor...Aku lupa pulak namanya...

Penonton yang datang seramai 120, 000 lebih...Sangat meriah...Aku tengok bola kat stadium pun paling ramai jumlah penonton dalam anggaran 80, 000-90, 000 je...Alhamdulillah, semakin ramai anak muda yang ingin mendekati Islam...Itu lebih baik daripada yang sibuk terkinja-kinja tengok konsert meraikan sambutan tahun baru...

Pelbagai isu dan pertanyaan diketengahkan oleh tetamu jemputan dan dijawab oleh UAI...Penonton termasuk aku sudah tentu tak kering gusi dek kerana lawak jenaka UAI...Tapi, dalam gelak2 tu, kena ingat jugak point2 yang disampaikan...Antara yang disentuh ialah perihal menutup aurat, pekerjaan yang halal dan lain2 lagi...

Kesimpulannya, sambutlah tahun baru dengan aktiviti yang berfaedah...Tak guna pergi ke konsert, terkinja2...Lepas tu sibuk nak countdown...Kira dari 10 sampai la nombor 1...Then, menjerit ramai2...So, apa kata lepas ni kita tukar? Pergi ceramah, mengaji, berkumpul dengan keluarga ke, ataupun buat benda2 yang berfaedah...Tahun baru, mestilah dengan azam baru...So, jom kita istiqamah...

Wassalam...

*Azam aku tahun ni, nak bekerja keras cari rezeki...InsyaALLAH...