Khamis, 31 Mei 2012

Blackout!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semua orang tahu apa itu blackout kan? Ataupun dalam bahasa mudahnya, terputus bekalan elektrik...Hal ni terjadi kepada aku semalam...Tengah2 syok tengok siaran langsung perlawanan hoki piala Sultan Azlan Shah antara Malaysia vs Pakistan, tiba2 je blackout...Potong stim betul!..Time tu Malaysia tengah ketinggalan 0-2..Oit! Aku bayar bil elektrik la...Huhuhu...

Situasi yang biasa apabila dah blackout ni, menggelabah la cari sumber cahaya...Benda yang paling cepat berada kat fikiran, cari handphone...Tapi nak cari tu pun jenuh jugak...Terpaksa meraba dalam gelap...Bila dah jumpa, bukan terang sangat pun cahayanya...Sebab bukan jenis handphone yang ada lampu suluh...

Bila dah blackout, cari apa lagi kan? Lilin la...Puas aku dan abah cari lilin tapi tak jumpa...Abah aku dah bising sebab cari lilin tak jumpa2...Ayat yang keluar biasa la, "time tak cari, ada je...bila cari tak jumpa pulak"...Aku dah tersengih dah...Hehehe...

Yes! akhirnya abah aku berjaya jumpa lilin...Tapi bukan lilin biasa...Yang dia jumpa tu lilin untuk kek hari jadi...Baki lilin masa sambut birthday kakak aku beberapa bulan lepas...Hahaha...Takpe la, janji lilin...Dapat la bagi cahaya jugak...

Tapi berapa lama sangat la lilin tu mampu berkhidmat kan? Tak lama tu dia dah semakin pendek dan terus padam...Yang aku bengangnya, si nyamuk mula la menyerang...Kejap2 kat telinga belah kiri, kejap2 kat telinga belah kanan...Bingit jugak la bunyinya...Nak tampar, tak nampak la pulak...Huhuhu...

Aku pun ambik selimut, terus selubung...Dalam nak selubung elakkan serangan nyamuk, rupa2nya aku dah tertidur...Sedar2 je bekalan elektrik dah kembali...Rumah aku dah terang-benderang semula...Perlawanan antara Malaysia vs Pakistan pun dah tamat...Tapi yang bestnya, Malaysia berjaya bangkit dan menang dengan jaringan 3-2...

Kesimpulannya, cahaya memang merupakan sumber yang penting kepada manusia...Tapi ada orang cakap, lebih baik takde elektrik daripada takde air...Ya, ada betulnya jugak tu...Air lebih penting daripada elektrik...Tapi kalau takde dua2, lagi haru jadinya...Kalau rumah korang blackout, apa perkara pertama yang korang buat ek? Jadi, beli dan simpanlah lilin di tempat yang sesuai...Bila blackout, senang la nak cari...Jangan tiru macam saya! Hehehe..

Time dah takde elektrik baru la terpikir macam2 benda nak buat...


Ni je yang korang akan nampak kalau pandang aku dalam GELAP...Hehehe




Selasa, 29 Mei 2012

Nada Suara dan Telefon

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada zaman sekarang, telefon adalah satu keperluan...Disebabkan itu wujudnya telefon bimbit atau handphone supaya lebih mudah dibawa ke mana2...Pendek kata, untuk memudahkan kita berkomunikasi dengan sesiapa sahaja tak kira di mana dan bila...

Pernah tak korang berdiri atau duduk berhampiran dengan orang yang sedang bercakap telefon? Kalau dah dekat tu, biasanya akan terdengarlah butir2 percakapan orang yang sedang bercakap tu...Mungkin jelas pada pendengaran atau tidak, bergantung kepada nada suaranya...

Kat office aku, ada seorang pak cik yang buat kerja freelance...Umur dia 60 lebih...Setiap pagi, dia akan datang dan terus mencapai telefon....Untuk apa? untuk bercakap dengan sesiapa sahaja...Kadang2 apa yang diborakkan bukanlah tentang hal kerja pun...Tapi lantaklah, hal dia...Aku tak masuk campur...

Cuma yang menjadi masalah bagi aku, kalau dia bercakap telefon, suaranya bukan main KUAT lagi...Kiranya macam dia sorang je yang boleh bercakap telefon...Kuatnya suara dia sampai kat tingkat bawah dan atas pun boleh dengar...Nak kata macam berlagak, tak tahu la...Buat pengetahuan semua, office aku 3 tingkat...Aku kerja kat tingkat 2...

Tempat aku dekat je dengan tempat dia buat panggilan tu...Dalam 1.5 meter rasanya...Sempat pulak aku kira jarak...Hehehe...Kalau dia berborak pasal kerja okey la jugak...Ada masa, dia call kawan2 lama dia...Lepas tu cakap pasal kenangan zaman dulu kala...Aku rasa nak tergelak pun ada...Haha..

Aku bukanlah jenis nak ambik tahu sangat pasal orang...Tapi memandangkan nada suara dia sangat kuat, tak pasal2 aku boleh jadi tahu serba sedikit pasal dia, bergantung apa yang dia borakkan dengan kawan2 dia...

Rahsia syarikat pun kalau nak tahu melalui dia la...Jeng3!!! Hehe...Tapi setakat ni aku takde la korek apa2 pun daripada dia...Malas pulak nak ambik tahu...Rasanya takde faedah pun...Tapi kadang2 tu ada jugak dia tersasul cakap pasal yang bos aku pun takkan cakap kat aku pun pasal benda tu...Hehehe...

Bila bos aku masuk office je, dia dah tak pegang telefon pun...Kalau dia pegang telefon pun, cakap pasal hal2 yang berkaitan dengan kerja je...Pandai cover takpe...Hehehe...Bila dia bosan, dia akan cari teman untuk dia berbual...Mangsa utama, AKU la...Dah duduk dekat dengan dia...Huhuhu...

Sekarang, bila dia dah letak telefon tu, aku siap2 akan pakai earphone...Hahaha...Jahat tak aku? Bukan aku tak nak cakap dengan dia...Tapi kadang2 apa yang dia cakap tu entah apa2...1 lagi, dia suka tanya benda yang sama berulang kali...Hampir setiap hari pulak tu...Huhuhu...

Berbalik kepada telefon tadi, kalau nak bercakap tu pastikan nada suara dalam kadar yang sepatutnya...Rasanya tak perlu la sampai orang yang duduk berhampiran dengan kita pun dengar sekali...Tak pasal2 butir2 percakapan kita diorang pun dapat tahu sama...Kalau yang kita cakap tu RAHSIA, dah tak jadi rahsia lagi sebab ada yang dah mendengarnya...

Kesimpulannya, kita tak tahu hati orang macam mana...Takut2 kalau nada suara kita masa tengah bercakap telefon kuat sangat, kita akan dituduh angkuh atau lain2 yang sewaktu dengannya...Kalau duduk sorang2 dalam bilik, nak cakap kuat mana pun cakap la...Takde siapa nak marah...Jadi, pandai2lah kalau nak bercakap telefon...Gunakan nada suara dan gaya bahasa yang sepatutnya...

Sekarang macam2 jenis telefon bimbit ada kat pasaran...
Ini salah satu daripadanya...Tapi aku tak minat jenis touch screen ni...Hehe










Isnin, 28 Mei 2012

Jangan pernah JEMU...

Tuhan, hati ini pernah luka
Namun dia hadir menjadi penawarnya...

Tuhan, jangan pernah hilangkan rasa
Suka, sayang, kasih dan cinta kepadanya...

Tuhan, hanya dia yang aku cinta
Tiada dua apatah lagi tiga...

Tuhan, aku insan yang tak berdaya
Namun deminya akan kuturuti segala...

Tuhan, sifat baik dan buruknya
Kuterima seadanya...

Tuhan, berikan aku masa
Menjaganya, membahagiakannya...

Tuhan, perkenankanlah doa
Dia untukku, aku untuknya...

Tuhan, andai benar aku untuknya
Permudahkan jalan tunjukkanlah cara

Tuhan, aku sangat menyayanginya
Setiap detik setiap masa...

Tuhan, andai aku tiada
Tolong jagakan dia...

Tuhan, andai aku pergi jua
Biarkanlah rasa ini sentiasa mekar di jiwanya...


* Semuanya kerana aku ingin yang TERBAIK untuknya...Andai diturutkan hati, ingin aku mengucapkan sayang dan cinta kepadanya berkali-kali setiap masa...Agar dia tahu perasaan aku untuknya TERSANGAT dalam...Tiada mana2 lelaki yang dapat mencintainya seperti mana aku mencintainya....Ya Allah, aku MENCINTAINYA dengan sepenuh hati...SATUKANLAH kami...Sesungguhnya mati itu pasti, tapi aku berharap bahawa aku akan mati dengan diberi kesempatan untuk meluahkan rasa cintaku kepadanya...

-Khas buat insan yang kupanggil SAYANG...Sayang, jangan pernah jemu dengan panggilan itu...Abang benar2 maksudkannya...


ALLAH, kepada-Nya aku mengadu dan meminta...



Sabtu, 26 Mei 2012

Manja, Mengada-ngada @ Gedik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

MANJA, MENGADA-NGADA dan GEDIK...Ungkapan yang sering digunakan untuk kaum hawa...Lelaki pun ada yang termasuk dalam kategori berkenaan tapi jumlahnya sedikit...Kalau ada pun lelaki yang terkenal dengan 'keLEMBUTANnya'...Hehehe

Antara ketiga2 perkataan tersebut, yang manakah sikap yang boleh diterima dan ditolak oleh lelaki? Berdasarkan pengalaman aku dengan rakan2 lelaki yang lain selain pembacaan pelbagai artikel dan bahan bacaan yang lain, lelaki tersangatlah MENYAMPAH dengan wanita yang mempunyai sikap gedik..

1. Apakah interpretasi lelaki terhadap GEDIK? Gedik ialah sikap wanita yang paling tidak disukai iaitu mereka akan berbuat sesuatu untuk menarik perhatian lelaki dengan sikap yang lebih melampau jika dibandingkan dengan mengada-ngada...

   -Hal ini boleh dilihat dari cara seseorang wanita berjalan dan caranya melayan lelaki...Contoh gaya jalan wanita yang gedik ialah berjalan terkedek-kedek macam 'itik pulang petang' sambil mata disepetkan sedikit...Kononnya untuk menonjolkan keseksian tapi sebenarnya keSEKSAan...

   -Kalau bab melayan lelaki, wanita jenis gedik akan melayan lelaki dengan cara yang melampau...Dia akan bercakap dengan nada suara yang tersangatlah manja, memujuk rayu dan bahasa tubuh 'body language' demi menarik perhatian lelaki...

2. MENGADA-NGADA ialah suatu sikap yang melebihi daripada manja...Tujuan mengada-ngada ni adalah untuk tidak melakukan sesuatu walaupun mampu untuk melakukannya...Hal ni biasanya boleh dilihat pada wanita yang mempunyai pasangan sama ada teman lelaki, tunang atau suami...

- Pernah tak tengok pasangan atau couple yang berjalan berdua-duaan? Mesti pernah kan? Ada tak nampak si lelaki yang membawa beg tangan perempuan? Ataupun lelaki yang memegang payung walaupun tangan dia yang sebelah lagi dah sarat dengan pelbagai barangan lain? Yang si pasangan ni pulak jalan berlenggang je...Ish3..

- Contoh lain, si wanita ni kalau makan nak berteman je...Walaupun pasangan dia dah makan, dia tetap akan memaksa untuk makan sama...Kalau tak nak makan, dia pun tak nak makan...Jadi pakwe, tunang, suami dia ni terpaksa la makan lagi hanya untuk memastikan si makwe, tunang atau isteri dia ni makan jugak..Lebih teruk lagi, kalau tiap2 kali makan tu nak bersuap je sampai ke sudah...

- Ada lelaki boleh terima dan ada yang tak boleh terima kalau pasangannya ada sifat mengada-ngada ni...Kalau yang boleh terima pun, mula2 dia layan la jugak...Sebab sayang kan...Tapi kalau dah melampau sangat, silap2 pasangan ni kena SEMBUR dengan si lelaki ni tadi...Malah lebih teruk, ada wanita yang diTINGGALkan disebabkan si lelaki tadi dah tak tahan dengan sikap mengada-ngada pasangannya...

3. Bagi wanita yang ada sikap MANJA, ramai lelaki yang boleh terima keadaan tersebut...Sebab memang fitrah wanita mempunyai ciri2 manja sejak azali...Lelaki pun ada suatu ketika, manja jugak..Perkara tersebut boleh dikategorikan sebagai normal...

- Manja yang boleh diterima ni semestinya tak berlebihan... Sangat berlawanan dengan mengada-ngada atau gedik...Contohnya kalau pergi ke Mc Donald, si lelaki adalah majoriti yang  membawa tray yang dah berisi dengan burger, air ataupun ayam...Itu kebiasaan...Kalau perempuan tak nak bawa tray tu bukanlah jadi satu masalah pun...

- Ada wanita kalau naik dan keluar kereta nak pakwe, tunang atau suami yang bukakan pintu...Hal ni bukanlah jadi kesalahan...Lelaki pun dapatlah menunjukkan keGENTLEMAN dia...Tapi hal ni jarang berlaku dengan orang kita...Biasanya si perempuan yang buka sendiri...Hehehe...

- Kalau keluar berdua, biasanya wanita jenis manja ni akan bawa barangan yang dia beli sendiri...Cuma kalau barang tu berat sangat barulah dia akan bagi pasangan dia yang bawa...Maklumlah, lelaki kan GAGAH...Aku sebagai lelaki pun tak sanggup nak tengok perempuan bawa barang yang berat...Kesian pun ada...

- Ada banyak lagi ciri2 wanita yang manja tapi tak dapat aku nak senaraikan...Senang cerita, hal yang lelaki tak kisah sangat kalau seseorang wanita buat...Sebenarnya, lelaki yang penyayang tak kisah pun kalau nak manjakan pasangan dia...Kalau bukan dia, siapa lagi yang nak manjakan kan?Hehehe...


Kesimpulannya, sikap wanita yang disenangi lelaki adalah MANJA...Bukan MENGADA-NGADA atau GEDIK...Kalau anda tergolong dalam kategori yang manja, kenyit mata sikit...Kalau anda adalah dari kalangan yang mengada-ngada atau gedik, sila ubah sikap anda tu...

*Maaf kepada sesiapa yang terasa...Hanya berkongsi semata-mata... :)

Wassalam...

Manja dan dimanjakan adakalanya perlu...
Cuma jangan melampaui batas dah la... :)




Khamis, 24 Mei 2012

Hadiah Kahwin

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pernah pergi majlis kahwin tak? Sesiapa pun rasa2nya mesti pernah pergi ke mana2 majlis perkahwinan besar atau kecil kan? Masa kecik2, ikut je emak dan ayah pergi ke majlis kahwin... Datang, bersalam dengan tuan rumah, makan, jumpa semula tuan rumah dan terus balik...

Tapi tu semua masa kecik...Bila dah besar ni, baru la tau yang kalau pergi majlis kahwin tak eloklah kalau datang dengan tangan kosong je kan? Kalau orang2 tua biasanya diorang akan bagi duit yang diletak di dalam sampul kepada tuan rumah...

Bagi orang muda pulak, memberi hadiah dah jadi macam satu kemestian...Hadiah yang menjadi pilihan biasanya perkakas rumah untuk pengantin...Yela, pasangan pengantin bakal memulakan hidup yang baru, suasana baru dan kemungkinan rumah pun baru...Jadi, kalau bagi hadiah perkakas rumah sekurang2nya pengantin tak perlu beli yang lain lagi....

Pada hari Ahad ni, majlis perkahwinan kakak kepada My Sayang akan berlangsung...Kemungkinan aku tak dapat datang sebab ada dalam kalangan saudara aku berkahwin jugak...Dalam sebulan dua ni memang ramai yang akan melangsungkan perkahwinan sebab tak lama lagi bulan Ramadhan akan menjengah...

Pada petang semalam aku dan My Sayang pergi ke sebuah mall untuk mencari hadiah yang sesuai untuk kakak dia...Kami berkongsi hadiah...Jadi, sesi perbincangan dimulakan...Macam2 cadangan hadiah aku bagi tapi My Sayang tak setuju...Tolak mentah2...Siap gelak2 lagi tanpa rasa bersalah pulak tu...Entah apa yang lawaknya tak tau la...Huhu..

Puas kami fikirkan apa hadiah yang sesuai...Setelah berjalan ke hulu ke hilir, berbincang dan mencapai kata sepakat, kami terus beli dan bayar...Selesai pun misi mencari barangan tersebut...Baru la aku tau susah jugak nak mencari hadiah perkahwinan ni...

Kesimpulannya, memberi hadiah kepada pasangan pengantin bukanlah WAJIB tetapi perkara tersebut dah jadi macam budaya orang kita...Bagi yang berkemampuan, apa salahnya keluarkan duit untuk beli sedikit hadiah untuk pengantin sebab biasanya kalau kita dijemput ke majlis perkahwinan seseorang, dah tentu la kita kenal dengan salah seorang daripada pasangan mempelai...Bagi yang tak mampu, cukuplah hanya mendoakan KEBAHAGIAAN mempelai...Doa tu pun boleh dianggap sebagai hadiah...

Wassalam...

Ada banyak contoh hadiah...
Tapi pastikan hadiah yang diberi tu bersesuaian...

Kalau dah pilih hadiah tu, pastikan dibalut dengan kemas...
Tanda harga jangan lupa buang! Hehe...


Ni antara hadiah yang aku pernah bagi kat kawan aku yang
berkahwin 2 tahun lepas...




Selasa, 22 Mei 2012

Pejabat? Tadika? Restoran?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Mesti ada yang agak pelik bila baca tajuk entry aku kali ni...Apa yang aku nak kongsikan ni adalah tentang suasana di tempat kerja aku...Syarikat tempat aku bekerja ni adalah syarikat persendirian yang dimiliki sudah semestinya oleh bos aku iaitu seorang Cina...

Bila dah namanya syarikat persendirian, pekerja dalam office ni kebanyakannya adalah daripada kalangan keluarga dia sendiri iaitu isteri sebagai akauntan, anak perempuan sebagai project manager dan seorang menantu lelaki yang aku tak tahu apa bidang tugas sebenar dia...Yang selalu aku perasan, dia main game kat komputer...Main pool, solitaire, chess dan lain2 lagi...Tak ketinggalan juga facebook...

Waktu masuk office macam biasa iaitu pukul 9 pagi dan waktu tamat kerja ialah pada pukul 5 petang...Biasanya aku akan masuk office pada pukul 9:15 pagi...Nampak macam aku datang lewat...Tapi tu masih boleh dikatakan normal sebab masa mula2 kerja dulu, aku selalu datang sebelum pukul 9 tapi office belum dibuka...

Pernah aku sampai office pada pukul 8:50 pagi tapi bayang amoi atau akak kerani yang selalu buka pintu office tak kelihatan pun...Bayangkan, dia cuma sampai dan buka pintu office pada pukul 9:30 pagi...Bayangkanlah berapa lama aku tercongok kat luar...So, sengaja la aku lewatkan sikit kehadiran aku ke office...

Bos aku dan ahli2 keluarga dia yang lain biasanya akan datang ke office paling awal pada pukul 11 pagi...Menantu dia pulak biasa akan datang lebih lewat daripada bos aku...Pernah dia masuk office pada pukul 3 petang...Memang lewat sangat...Tapi lantak dia la, company bapa mertua dia...

Biasanya lepas waktu tengah hari, akan ada la cucu2 bos aku yang datang sejurus selepas sekolah tamat...Cucu dia yang berusia dalam lingkungan 5-8 tahun akan main berlari-lari kat dalam office aku ni...Kalau mood diorang baik sikit, diorang akan main game atau tengok kartun kat komputer dengan volume yang agak kuat seterusnya mengganggu kerja2 aku dan staff yang lain...Rasa macam aku ni kerja kat TADIKA pulak...Dah la aku tak faham pun cerita yang diorang tengok tu sebab dalam bahasa Cina...

Setiap hari bila tibanya waktu tengah hari, isteri bos aku akan masak makan tengah hari untuk bos aku dan ahli keluarganya yang lain...Aku yang bekerja kat tingkat 2 pun masih boleh bau masakan dia...Bayangkanlah, kalau kat office boleh bau macam2 masakan...Apa yang dia masak pun aku tak tau...Tak ke rasa macam dah kat RESTORAN?

Kadang2 aku pening dengan sistem kerja kat office aku ni...Tak rasa macam kerja kat office pun...Itu belum lagi kalau diorang berselisih faham antara anak-beranak...Siap bawa ke office masalah personal diorang...Memang tak profesional...Sebagai rekod, dah hampir 2 bulan aku tak bertegur sapa dengan menantu bos aku ni...Puncanya, aku sendiri tak faham kenapa dia bersikap macam tu pada hal dulu kitorang selalu juga bergurau lagi2 dia ni duduk sebelah je dengan meja aku...

Mood aku bekerja kat sini biasa2 je...Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan masa aku mula2 masuk kat office ni...Bayangkan la, aku macam kerja dengan orang bisu...Jarang ada komunikasi antara satu sama lain....Suasana dalam office aku senyap je...Disebabkan itu, aku selalu la mainkan lagu daripada laptop...At least ada la bunyi sikit...

Kesimpulannya, sekarang aku masih menanti kalau2 ada peluang kerja kat tempat lain yang bersesuaian dengan kelulusan aku...Beberapa permohonan pekerjaan dah dihantar, exam pun ada yang aku dah pergi walaupun aku sebenarnya sayang nak tinggalkan bidang ni...InsyaALLAH, kalau ada rezeki aku akan buat part time bila bekerja kat tempat baru nanti...Maybe tulis skrip atau lain2 yang aku mungkin dapat buat...

*Tak pasal2 aku dah terluah perasaan kat sini...Hehehe...
  Terima kasih kerana sudi luangkan masa untuk membaca....


Wassalam...



Tak lama lagi office aku dah boleh convert jadi tadika...Huhu
Dapur kat office aku kalau dibesarkan lagi
boleh jadi macam ni kot...

Isnin, 21 Mei 2012

Rambang Mata

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada hari Sabtu yang lepas, aku ke Sabak Bernam...Tujuannya, adalah untuk melihat hari kebesaran My Sayang iaitu Hari Konvokesyen...Disebabkan dalam dewan hanya 2 orang je yang boleh masuk iaitu emak dan  abah My Sayang, aku buat keputusan untuk lepak je dalam kereta...

Tiba-tiba My Sayang cakap boleh je nak masuk dewan...Tapi kena pandai2 la...Aku yang tengah boring dalam kereta pun menuju la ke dewan...Aku nampak, tetamu VIP sedang diraikan oleh budak2 kompang...Siap lalu karpet merah tu...

Dalam aku memerhatikan si VIP ni masuk ke dewan, aku sibuk duk fikir macam mana aku nak masuk ke dalam sana...Tengah2 cari idea, muncul beberapa kumpulan ibu bapa yang baru sampai...Aku pun ikut diorang dari belakang...Gaya macam peragut nak cari mangsa pun ada...Hehehe

Kami masuk melalui pintu lain...Niat di hati nak jugak lalu karpet merah...Tapi harapan tinggal harapan je la...Hahaha...Masuk je dalam dewan, aku tengok ibu bapa yang kat depan aku masing2 tunjukkan kad jemputan...Aku dah mula cuak..Nak tunjuk apa nanti? Mana ada kad jemputan...Kad pengenalan ada la..Hihihi

Sampai je giliran aku, ada sepasang petugas yakni penjaga pintu mula tahan aku..."Encik, ada kad jemputan tak?" Yang penjaga berjantina perempuan mula bertanya...Belum sempat aku menjawab, si lelaki pulak bercakap "Kalau takde kad jemputan tak boleh masuk encik"...

Aku terdiam selama beberapa saat..Akhirnya aku bersuara, " Kad jemputan ada kat mak saya, dia dah masuk tadi, saya keluar sekejap pergi ke tandas...Manalah mak saya ni?" sambil2 mata aku mencari 'mak' yang aku maksudkan tu...Yes! Misi berjaya...Aku dibenarkan masuk walaupun si penjaga perempuan ni agak ragu2...Hehehe...Terpaksa bohong sunat...Tapi, rasanya tak salah sebab banyak je kerusi yang masih kosong..

Aku pun duduk la dalam dewan tu...Agak boring jugak sebenarya sebab ucapan je tak henti2...Ada la dalam 2-3 orang yang berucap...Akhirnya, aku dapat jugak saksikan My Sayang terima scroll dia...Tapi yang bestnya, MC belum sebut nama aku dah tau yang tu dia...Tengok gaya jalan pun dah tau...Hehehehe

Macam2 gelagat ibu bapa aku dapat tengok...Ramai yang bertepuk apabila anak mereka yang naik ke pentas...Time anak orang lain yang naik, takde pulak diorang tepuk...Seorang pak cik yang duduk dekat barisan depan aku bertepuk siap bersorak lagi..Aku dah tersenyum...Happynye lain macam...Bertepuk mengikut muzik yang dimainkan...Macam nak menari dah aku tengok...Hahaha..

Tak lama lepas tu aku keluar...Mula mencari bunga untuk yang tersayang...Cahaya mentari mula membahang...Namun niat harus diteruskan...Setelah berjalan ke beberapa booth, aku tertarik melihat 1 bunga yang ada teddy bear kecil di dalamnya...Si Owner kedai sibuk dah suruh aku tengok yang lain...Tapi aku tetap berkenan dengan yang tu jugak...Hehe...Aku pun beli selepas selesai proses tawar-menawar...

Tunggu punya tunggu, akhirnya My Sayang keluar dari dewan...Aku dengan gaya seorang romeo berjalan ke arah dia...Hehehe...Aku bagi bunga tu pada dia...Dan dia cakap "THANKS"..Hmm...Dia ni suka ke tak? Macam takde ape2 je...Thanks je? (Aku cakap dalam hati)...Tapi bila tengok yang dia tersenyum, aku dapat agak yang dia suka dengan bunga tu...

Selesai jadi photographer untuk dia, kami pun singgah makan di sebuah restoran sebelum bertolak pulang...Tiba2 je aku rasa macam TAK ACI sebab masa aku konvo tahun lepas, dia tak datang pun....Oh, yela...Masa tu kitorang belum kenal lagi...Hehehe...Apa-apa pun, aku rasa gembira bila tengok My Sayang gembira...

Wassalam...

Contoh bunga untuk Hari Konvokesyen...
Rambang mata nak pilih...Hehe





Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru/ cikgu/ ustaz/ ustazah/ teacher/ sir dan lain2 lagi...Kalau nak sebut semua panggilan yang mungkin digunakan kepada seseorang guru memang banyak sangat...Ibu bapa pun guru kita juga...Mereka banyak mengajar kita sejak kita kecil sampai la dah besar panjang macam sekarang ni...

Ha, mungkin entry aku ni sedikit lambat...Eh, lambat banyak sebenarnya...Hehehe..Yela, Hari Guru kan sepatutnya disambut pada 16 Mei setiap tahun...Pada minggu lepas, aku agak sibuk jadi sampai terlupa nak buat entry tentang hari bahagia buat semua yang bergelar guru...

Jadi, pada kesempatan ini aku nak mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua insan yang bergelar guru...Walaupun seseorang tu hanya mengajar sepotong ayat, dia tetap guru...Pendek kata, walaupun sumbangan seseorang tu sangatlah kecil, dia juga boleh dianggap sebagai guru...

Dengan syarat, apa yang diajarkannya adalah tentang kebaikan...Kalau dia ajar teknik2 nak merompak ke, meragut ke, tu bukanlah guru...Tu nak menjahanamkan namanya...Jangan diikut pulak apa yang diajarkannya tu..Hehe...

Sebut pasal guru, aku teringat suatu kejadian pada tahun 1997...Pada masa tu, aku dalam darjah 3...Masa tu, tengah belajar subjek Bahasa Melayu...Cikgu yang mengajar ialah Cikgu Zarizi...Siap ingat lagi nama..Hahaha..Mesti la kena ingat...Sebab cikgu ni dah buat aku malu pada 1 kelas...Huhuhu...

Nak jadikan cerita, dalam kelas, cikgu suruh aku dan kawan2 yang lain buat karangan...Sedang buat karangan, tiba2 cikgu aku bersuara...Perhatian semua beralih kepada dia...Dia cakap dia nak keluar sekejap...Dekat papan hitam, dia dah tulis "BUKA BUKU TUTUP MULUT"...Seisi kelas dah mula diam...

Dalam diam2 tu, aku pun pergi ke papan hitam...Cuba korang teka aku buat apa?...Dengan rasa tak bersalah, aku padam apa yang cikgu tulis tadi, dan aku gantikan dengan "BUKA MULUT TUTUP BUKU"...Lepas tu aku terus duduk...Kawan2 aku yang perasan apa yang berubah kat papan hitam mula ketawa...Akhirnya, 1 kelas ketawa...

Aku tersenyum tengok kawan2 aku yang dah tak tumpukan perhatian pada karangan...Jahatnya aku...Hahaha...Belum sempat aku nak pergi tukar semula apa yang ditulis kat papan hitam, cikgu aku yang tadi dah masuk...Aku terus kecut perut...Mana taknya, Cikgu Zarizi ni boleh tahan garangnya...

Aku dan kawan2 diam menantikan tindakan seterusnya...Sekali cikgu aku bersuara "Ni sape yang punya keje ni? "...Semua membisu... Dalam 5 minit jugaklah kelas aku jadi sunyi sepi...Akhirnya, cikgu mula panggil seorang kawan aku yang terkenal dengan kenakalannya...Nama dia Zaid..."Zaid, siapa yang punya kerja ni?"

Zaid masih membisu...Dalam masa tu, sempat jugak dia jeling aku...Dia terus senyap...Memang baik punya cover...Zaid ni antara kawan rapat aku jugak masa tu...Cuma aku kurang nakal sikit daripada dia...Hehehe..Lepas tu, cikgu panggil lagi seorang kawan aku, lelaki...Nama dia aku dah tak ingat...

Yang kawan aku ni pun bangun...Lama cikgu tanya dia baru dia jawab...Jawapannya, "Saya tak tahu cikgu"...Cikgu masih tak puas hati...Dia tanya lagi kawan aku...Akhirnya, kawan aku yang tadi hanya menundukkan kepala mula menuding jari ke arah aku...

Bayangkanlah perasaan aku masa tu...Muka pucat lesi tiba2...Aku pun bangun bila cikgu dah sebut nama aku..Aku bangun slow motion je...Aku dah mula terasa ada bencana yang bakal menimpa...Bila cikgu tanya, aku hanya mengangguk pasrah...Mengaku je...Akhirnya, kami bertiga disuruh ke depan...

Cuba korang teka apa yang kami kena buat? Cikgu suruh kami menangis...Huwaa, Gila punya permintaan...Dah la dalam kelas aku boleh tahan jugak ramainya budak perempuan...Maunya jatuh saham aku...Huhuhu..

Aku cuma diam je..Yang cikgu aku ni dah mula tengking, suruh kami menangis...Zaid dan kawan aku yang seorang lagi terpaksa join aku sebab dituduh menipu dan bersubahat...Tak pasal2 terlibat sama hanya disebabkan kesalahan aku seorang...

7 minit dah berlalu, tapi tak seorang pun antara kami yang menangis...Sampai la cikgu aku mula panggil cikgu disiplin yang garangnya tahap gaban...Nama cikgu tu, Amran...1 sekolah kalau terserempak dengan dia confirm patah balik beb...Rela lalu jalan jauh daripada bertembung dengan dia kat tengah jalan...

Cikgu Amran pun datang, pandang muka dia je dah cukup buat Zaid dan kawan aku yang seorang lagi menangis...Terdengar la bunyi sedu-sedan dorang...Cikgu Zarizi ni tetap tak puas hati sebab aku belum menangis lagi...

Cikgu Amran mula bertempik...Akhirnya, mutiara jernih keluar jugak dari kelopak mata aku...Yes, aku menangis! Aku sempat tengok kawan2 aku yang lain...Ada yang tersenyum kambing, ada yang menahan gelak...Huhuhu...

Selepas cikgu berjaya membuli aku, Zaid dan seorang lagi kawan aku, kami disuruh duduk...Kerja karangan disuruh buat di rumah...Kami yang dibuli tadi terus didenda lagi...Kami kena tulis dalam buku, "SAYA TIDAK AKAN NAKAL LAGI" sebanyak 100 kali...Huhuhu

Kesimpulannya, betul la kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata atau perbuatan, buruk padahnya'...Kepada Zaid dan seorang lagi kawan aku tu, aku minta maaf sangat2...Disebabkan aku, tak pasal2 korang terlibat sama...Padan muka aku!!!

Wassalam...

Guru antara pekerjaan yang mulia...



Dulu2 rajin jugak aku buat kad ucapan untuk cikgu...
Tapi takdelah secantik ni...Hehe..








Jumaat, 18 Mei 2012

Selamat Berkonvo Sayang!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari konvo atau nama penuhnya konvokesyen adalah antara hari yang paling dinanti2kan oleh seseorang yang bergelar pelajar di institut pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik dan pelbagai institusi pelajaran yang lain...

Segala penat lelah dalam mentelaah pelajaran, menyiapkan tesis dan projek dirasakan berbaloi apabila berjaya menggenggam segulung diploma, ijazah, master dan peringkat lebih tinggi yang lain...

Tak keterlaluan rasanya kalau aku cakap hari konvo adalah hari yang bersejarah bagi semua pelajar...Gembiranya lebih kurang macam menang Piala Dunia la...Hehehe

Namun begitu, ada yang berjaya tamatkan pelajaran dalam tempoh yang ditetapkan dan ada juga yang terpaksa extend disebabkan tak lulus atau terkandas beberapa subjek...

Bagi yang cepat sedar dan bingkas bangkit daripada lamunan, kena la struggle untuk back up semula pointer yang cukup2 makan...Itu lebih baik daripada ada orang yang tak sedar dan terus terbuai2 dengan keindahan hidup enjoy dalam suasana kampus...

Malah lebih teruk lagi apabila ada yang terpaksa tamatkan pelajaran disebabkan selalu gagal dan dibuang universiti tanpa memperoleh sebarang sijil pun....So sad...Jadi berbaliklah kepada kata pepatah "sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya".

Aku pun pernah merasai suasana konvo...Rasa bahagia sekali...Terutamanya apabila dapat membanggakan ibu bapa dan ahli keluarga yang lain...Masa di dalam dewan konvo, dengan muzik yang dipasang ketika berjalan, rasa macam nak menangis pun ada...Hehehe...Dengar macam kelakar tapi itulah kebenarannya...

Dalam kesempatan ini, aku nak mengucapkan TAHNIAH kepada My Sayang  kerana berjaya tamatkan pelajarannya dan memperoleh segulung sijil bernama Diploma...

Wassalam...



* Abang dah ada ijazah, so abang cabar sayang untuk lawan abang...Hehehehe (gurau je)...


Macam ni la kot rupanya sijil diploma tu...Hehe
CONGRATULATIONS SAYANG!!!
Macam ni la agaknya rupa My Sayang masa hari konvo dia...Hehehe

Khamis, 17 Mei 2012

Hajat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Semalam bersamaan dengan 16 Mei aku berjaya menyempurnakan hajat seseorang...

Walaupun dia tak pernah meminta, tapi aku tahu yang dia memang teringin sangat nakkan benda tu...

Setelah puas mencari, akhirnya aku jumpa jugak...

Mula2 aku pelik jugak kenapa la susah sangat aku nak jumpa benda tu?...

Macam2 tempat aku pergi...

Kalau jumpa pun benda tu dah tak berapa nak elok...

Aku terus cari dan cari...

ALHAMDULILLAH, akhirnya aku berjaya jugak temui benda tu...

Nak tahu tak apa benda tu? Alamak...Rahsia la...Hehehe...

Tapi memang rasa BEST bila dapat sempurnakan hajat seseorang....

Cuba la...PEACE!!!...


Wassalam...

*Setakat ni, inilah entry aku yang paling pendek...Hehe


Kadang2 kita kena meminta untuk dapatkan sesuatu...
Tapi adakalanya tak perlu kalau dengan orang macam aku... :)

Isnin, 14 Mei 2012

Hari Keluarga

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam aku ke A' Famosa Water World, Melaka...Saje join Hari Keluarga yang dibuat oleh kakitangan kat tempat kerja kakak aku iaitu Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)...

Aku pun takde apa2 plan, so aku ikut je dengan harapan dapat la luangkan masa dengan emak dan anak2 buah aku...

Kalau dah Hari Keluarga tu, ada la beberapa acara sukaneka sebelum makan2 dan mandi...Aku ditempatkan dalam kumpulan Biru...Jumlah kumpulan yang terlibat ialah sebanyak 4 kumpulan.

Ada 3 jenis acara permainan yang disediakan iaitu boling kelapa, masukkan air ke dalam baldi dengan menggunakan getah paip dan maju atau undur mengikut nilai dadu yang dibaling oleh ketua kumpulan.

Maju atau undur bergantung kepada angka yang tertera pada dadu tersebut...Siapa yang sampai ke garisan penamat dulu akan menang..

Bagi game yang pertama dan ketiga, kumpulan aku jadi juara manakala pada game yang kedua, kami hanya mendapat tempat ketiga...

Ada satu acara tambahan untuk golongan dewasa...Aku dan emak berpasangan dalam permainan 'Lambung Kasih'...Mungkin ada yang pernah dengar mungkin ada yang tak...

Lambung Kasih ni adalah permainan melambung belon yang diisi dengan air...Seseorang akan membaling belon sementara seorang lagi akan cuba menangkap belon tersebut tanpa memecahkannya...

5 pemenang dicari daripada 11 pasangan yang bermain...Aku dan emak mendapat tempat ke-5 sekali gus layak untuk menerima hadiah daripada pihak penganjur...Hebat juga kombinasi kami...Hehehe...

Lepas tu, tibalah masa untuk bermandi-manda...Aku dan abang ipar aku mandi sakan...Sebenarnya berendam sekejap je...Naik benda alah yang macam gelongsor air tu yang banyak...

Walaupun nak kena mendaki tu tinggi, tapi bila dapat turun dengan gelongsor tu, memang best...Rasa puas...Macam terbang pun ada...Hehehe...

Tak lama lepas tu, kami pun balik...Kalau nak ikutkan, aktiviti semua tu taklah penting mana pun...Sebab yang paling penting ialah dapat bersama dengan orang yang tersayang...

Wassalam...

Ni la yang aku namakan gelongsor tu...Hehehe




Exam datang lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sabtu lepas bersamaan dengan 12 Mei aku kena pergi exam...Mula2 saje je tangan ni gatal duk daftar jawatan kosong kat Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA), tapi tak sangka aku dipanggil untuk menjalani exam bagi jawatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD)...

Exam tu bertempat kat Kajang...Disebabkan dah lama tak exam, aku gelabah tak tentu pasal...Nervous sangat...Sibuk nak cari buku...Kononnya nak tau tentang isu2 semasa dan pengetahuan am yang lain supaya aku boleh menjawab semua soalan yang ditanya...Kat internet pun aku cari sumber jugak...

Aku berjaga sampai pukul 3 pagi...Baca buku + sembang dengan kawan yang kebetulan dapat jugak panggilan untuk exam tu...Kitorang tak rancang pun...Tau2, sama2 dapat panggilan...So, kitorang decide pergi sama...Lagi pun, boleh la sama2 cari tempat exam tu...Exam pun start awal iaitu pukul 9 pagi...

Exam terbahagi kepada 5 section iaitu Pengetahuan Am Mengenai Malaysia dan Alam Sekeliling, Daya Menyelesaikan Masalah, Pengertian dan Kefahaman Esei, Esei Bahasa Melayu dan Esei Bahasa Inggeris... Aku okey dengan semua tu...Tapi yang tak okeynya, gap untuk setiap paper tersangatlah sekejap...

Masa untuk makan tengah hari takde...Kedai berdekatan nak beli makanan pun takde...Nasib baik la aku bawak roti...Jadi la, makan tu untuk alas perut...Walaupun perut aku adakalanya memainkan lagu keroncong...Haha

Semua paper boleh je aku jawab dengan mudah...Tapi sampai je tang section daya menyelesaikan masalah(matematik), aku dah mula risau...Sebab dah lama tak mengira...Lagi2 kitorang tak dibenarkan menggunakan kalkulator...

Memang kena mencongak je la...Nak2 pulak, kena jawab 40 soalan dalam masa 45 minit...Yes! ternyata aku dah kantoi untuk paper tu...Ada 8 soalan aku terpaksa main tembak je disebabkan tak cukup masa...Sebenarnya, agak ramai jugak yang mengalami nasib macam aku...Masa pengawas peperiksaan dah suruh letakkan pensel, masih ada yang berkerut2 dahi menjawab soalan...

Tapi untuk section esei, aku berjaya tulis dalam 4 muka surat walaupun masa yang diberi cuma sejam...Bilangan perkataan tak dihadkan...Tengah syok2 menulis, tak sedar pulak sampai 4 muka surat...Hehehe...

Kesimpulanya selesai je menjawab kesemua exam tu, otak aku jadi tepu...Lapar+ tak cukup tidur+ kecewa sebab tak semua paper aku dapat jawab dengan sempurna...Menyesal pulak baca buku dan berjaga sampai pukul 3 pagi...Sebab soalan yang ditanya takde satu pun berkaitan dengan apa yang aku baca...Huwaaaaa..

Wassalam...
Kalau aku tak dapat jawapan,
aku selalu termenung dulu...Dengan  harapan
jawapan tu datang...Hehehe


  
Kalau la exam dibenarkan meniru,
apa jadi agaknya ye? Haha...
.








Arsenal No.3!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku menaip ni dalam keadaan mengantuk...Tapi tetap nak buat entry sebab malam ni merupakan malam yang meriah buat semua pencinta bola sepak...

Mana taknya, malam ni merupakan perlawanan yang terakhir dan malam penentu kepada kelab2 seperti Man United, Man City, ARSENAL, Tottenham, Newcastle, QPR dan Bolton...

Masing2 nak berebut gelaran juara, layak ke Liga Juara2 dan elak daripada tersingkir ke liga bawahan...

Macam biasa, aku hampir2 terasa sakit jantung tengok game Arsenal tadi...Hampir2 je kehilangan 3 mata berharga..

Tapi dah memang rezeki diorang, so memang diorang la yang dapat...Arsenal menang 3-2 hasil jaringan Yossi Benayoun, Andre Santos dan Laurent Koscielny walaupun pada satu ketika ketinggalan 2-1...

Sebagai peminat setia, aku agak berbangga jugak la dengan pencapaian diorang sebab musim ni Arsenal bermula hambar...Mula2 asyik kalah je...

Lepas je Arsene Wenger iaitu pengurus Arsenal membeli beberapa orang pemain iaitu Per Mertesacker, Andre Santos, Park Chu Young, Mikel Arteta dan meminjam Yossi Benayoun, nasib Arsenal mula berubah...

Apa2 pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Arsenal aka Gunners/ Gooners...Harap2 tahun depan kita akan menang lebih banyak gelaran dan piala...

Tahniah jugak diucapkan kepada ketua pasukan Arsenal iaitu Robin Van Persie yang telah memenangi 3 anugerah iaitu Pemain Terbaik Inggeris, Pemain Pilihan Penulis2 Sukan dan  Penjaring Terbanyak...

Kepada peminat Man City, tahniah sebab juara...Peminat Man United jangan sedih2, musim depan ada lagi...Hehe..

Wassalam...


p/s: To My SAYANG, kena rajin2 tengok bola mulai sekarang...Pastikan team Arsenal menjadi pilihan k? Hehe..


Inilah dia Robin Van Persie...Ketua pasukan Arsenal...



Jumaat, 11 Mei 2012

Hujan oh hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam merupakan hari yang agak tragik bagi aku...Keluar je dari office, aku tengok langit dah gelap....Aku pun start motor dan terus bergerak...Niat di hati, memang nak buat RUTIN harian...Tapi sampai je kat tempat tu, aku tengok langit dah semakin gelap...Aku pun terus lalu jalan nak balik ke rumah...

Dalam perjalanan, motor aku dah mula bergoyang2...Angin bertiup kuat...Tambah2 lori pun ada jugak lalu sekali...Tak lama lepas tu, hujan turun...Sangat lebat...Badan dah sakit2 macam kena air pancut yang polis selalu pancutkan kat penunjuk perasaan, macam yang selalu kuar kat TV tu...Rasa macam kena jentik pun ada...Hehehe..

Aku bawak motor dengan kadar kelajuan yang biasa2 je...Sebab hujan...Lagipun SAYANG aku dah pesan awal2, bawak motor hati2...Kalau dia tak pesan, memang aku dah bawak laju2 dah...Hehehe...Sampai kat satu kawasan, aku terpaksa lalu kat jalan yang sempit...Tambah2 ada kerja2 pembinaan kat sepanjang jalan tu...

Air dah mula naik....Macam nak banjir pun ada...Lumpur2 dari arah bukit pun dah mula bercampur dengan air yang mula bertakung...Nak tak nak, aku kena redah...Sebab dah takde jalan lain...Time lori atau kereta lalu je kat laluan bertentangan, aku la yang jadi mangsa...Tak pasal2 kena simbah...3-4 kali jugak aku kena...Sampaikan ada sekali tu, air simbahan tu siap masuk dalam mulut aku lagi....Sabar je la..Nasib baik tak terminum...Tapi aku dapat jugak tau macam mana rasanya air lumpur...Haha...Tau tak apa rasanya? Cuba teka,...Rasanya, TAWAR...Hahaha...

Aku memang dah basah lencun la...Takde seinci pun bahagian badan aku yang kering...Sejak hampir setengah tahun aku kerja, ni la hujan yang paling lebat pernah aku redah...Tambah2 baju hujan lupa pulak nak bawak...Sejuknya, memang tak dapat nak cakap la...

Finally, aku sampai pun kat rumah...Tapi, kat rumah hujan rintik2 je...Tak payah pelik la, dah Allah yang punya kuasa...Dia boleh buat apa je yang Dia inginkan (aku cakap dalam hati) ...Abah aku senyum je tengok aku basah lencun...Tiba2 je aku rasa aku ni macam Awie yang dalam cerita Sembilu yang baru lepas main hujan tu...Tapi bezanya, dia naik motor besar la...Hahaha...

Kesimpulannya, rajin2 la tengok atau dengar ramalan cuaca...Tak semua yang diramalkan tu betul...Sebab dah nama pun ramalan...Semuanya, Allah yang punya kuasa...1 lagi, sediakan kelengkapan yang sepatutnya seperti baju hujan dan lain2...

Wassalam...

Gambar hiasan



Rabu, 9 Mei 2012

Like? Komen?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam zaman yang serba canggih ni, internet adalah salah satu medium atau perkara paling penting baik dalam sektor pekerjaan, pembelajaran dan lain2 lagi...Kiranya sehari tak dapat nak online tak sah...Rasa macam ada je yang tak kena...Ada orang celik je mata, terus online...Mandi dan lain2 belakang kira...

Ha, tadi tu pendahuluan je...Hehehe...Entry kali ni aku nak menyentuh tentang isu FACEBOOK...Korang ada tak? Kalau ada sila angguk, kalau takde sila geleng...Yang geleng tu kenapa? Takde ye? Ha, nampak beno menipunye...Hihihi...

Kalau nak cakap pasal facebook ni macam2 yang boleh diperkatakan. Tapi yang aku nak sentuh ni pasal LIKE...Sebut betul2, L.I.K.E...Ha, pandai pun eja...Kalau ada sape2 post kat wall sama ada dalam bentuk ayat ke, video ke, gambar ke, kan semua tu boleh di'like'...

Tapi yang aku tak faham kat sini kalau yang like tu adalah orang yang post benda alah tu sendiri...Ada orang tu, dia komen pastu dia yang like apa yang dia komen tadi...Bukan seorang dua yang macam tu...Ramai jugak la yang aku tengok...(Aku memang suka memerhati)...Rasa macam syok sendiri pun ada...Lagi pun, yang like tu bukan sepatutnya orang lain ke yang dalam erti kata lainnya, FRIEND???...

Lagi satu, bila ada je sape2 post sesuatu, maka datanglah beberapa orang makhluk yang mula komen...Komennya, '1st' ataupun, 'aku yang pertama'...La, ada orang kisah ke kau orang yang pertama komen ataupun last? Ada hadiah ke? Aku memang tergelak kalau tengok orang2 yang komen macam tu...Terserlah sifat kebudak-budakan dia...Hahaha...

Kesimpulannya, tolonglah hentikan 2 perkara yang aku sentuh tadi...Kalau ada sesiapa yang baru nak berjinak2, jangan la buang tebiat nak mulakan...Kepada yang terasa ataupun tak suka entry aku kali ni, seribu kemaafan dipinta...Lagi pun nak minta maaf tak semestinya hari raya je kan? Hehehe...PEACE!!! (sambil menampakkan kesemua gigi)...

Wassalam...

Like kalau betul2 suka...:)

Memburu Cicak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam masa nak amik mood untuk tidur, aku berbaring la...Nak tidur pun nak kena amik mood ke? Hahaha...Boleh je kot...Dalam masa aku duk baring2 tu aku tengok ada seekor cicak yang melekat kat siling rumah...Cicak tu tengah mencari mangsa untuk supper kot...Hihi...

Tiba2 aku teringat kenangan lama...Masa aku sekolah rendah, aku suka cari cicak...Disebabkan aku duk kat rumah flat, aku berjalan hampir kat setiap tingkat...Bukan apa, saje je mengisi masa lapang...Hahaha
Waktunya, lepas Isyak...Dalam pukul 9 atau 10 lebih macam tu...

Masa berburu ni, aku biasa buat sorang2 je...Adik aku kadang2 je join...Mula2 aku lastik pakai getah je..Tapi hasilnya tak memberangsangkan...Kadang2 kena tapi kebiasaanya, memang tak kena pada sasaran pun...Hehe

Lepas tu aku cuba kaedah baru...Aku mula menembak...Bukan tembak dengan pistol...Tapi tembak guna air...Ha, kalau nak tau cicak ni binatang yang alah dengan air...Tak percaya? Tu la kebenarannya...Spray yang biasa kakak2 aku guna untuk gosok baju, aku amik dan gunakan untuk spray cicak...Haha..

Sekali spray je cicak dah jatuh...Tapi mana2 cicak yang kebal tu, 2-3 kali spray jugak la baru dia jatuh....Mesti korang nak tau apa yang aku buat dengan cicak2 tu kan? Aku jual....Ada ke yang nak beli?Hahaha...Takde la...Bila cicak tu dah jatuh, aku terus bunuh...Dengan cara yang agak kejam jugak la iaitu PIJAK...

Macam kejam je bunyinya kan? Bunuh cicak dengan cara macam tu...Tapi better terus bunuh daripada seksa kan?Hmmm...Lagi pun masa tu aku dengar cakap orang je...Sunat hukumnya bunuh cicak ni...Konon2 nak kumpul pahala la...Hehe...

Kata orang, hukumnya sunat sebab tok nenek  cicak ni la yang hampir kantoikan waktu Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar bersembunyi kat dalam sebuah gua ketika diburu oleh orang2 kafir...Nasib baik ada labah2 yang membantu...

Tapi ada pulak ustazah aku yang cakap, tak elok bunuh2 binatang walaupun seekor cicak...Takkan disebabkan kesalahan tok nenek dia, dia pun kena hukum sama...Aku agak keliru time tu...Hmm, pernah tak korang terfikir hal ni?

Walau bagaimanapun, aku dah lama tinggalkan kerjaya pemburu aku tu...Cuma sekarang kalau teringat balik, memang aku tergelak sorang2...Yela, siap pergi ke setiap tingkat kat dalam flat aku tu semata2 nak memburu cicak...Sampai cicak pun dah takut bila terserempak dengan aku...Haha

Wassalam...

Kalau nak tau kat sesebuah rumah tu ada
orang atau tak, tengok ada cicak ke tak...
Kalau ada cicak, confirm rumah tu ada penghuni...






Selasa, 8 Mei 2012

Renungan Buat Insan


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Kemudian kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta selawat dan doa selepas Fatihah
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat seumur hidup?

Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Ayuh sekalian muslimin dan muslimat!
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Membawa pahala dan dosa

Tangislah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarkanlah dirimu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi menemui ajal

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi tuhan
Dan bumbungilah langit tuhan
Serta menikmati rezeki tuhan

Juteru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhir
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera 
Di alam sana yang bergelar akhirat

Sambutlah seruan’hayya ‘alas solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘hayya ‘alal falah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi teman dalam perjuangan
Menjadi bekal sepanjang jalan

Muhasabah Diri


Isnin, 7 Mei 2012

Korban

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tepat jam 9:50 malam bersamaan hari Sabtu, suatu upacara korban telah dilakukan...Bukan korban lembu, bukan jugak korban kambing....Tapi, korban RAMBUT...Huhuhu...

Aku pernah fobia nak gunting rambut...Dengar macam pelik kan? Tapi tu la hakikatnya...Kisahnya bermula pada bulan November tahun lepas...Aku gi kat sebuah kedai kat Kuala Pilah...Abang ipar aku pelanggan setia kedai tu. So, dia la yang recommend...

Mula2 aku masuk, si tukang gunting (berbangsa India) tanya aku nak potongan rambut yang macam mana...Aku pun jawab, "potong sikit je"...Masa tu rambut aku tak la panjang sangat pun...Tapi disebabkan baru je dapat kerja, aku pun saje la nak potong...Nak nampak kemas la katakan...Hehehehe.

Sekali, dalam masa si Macha ni gunting rambut aku, aku dah pelik tengok cara dia gunting...Macam banyak je rambut aku dia potong...Aku pulak dah tak boleh nak kata apa...Sebab dah potong pun...Tak dapat nak komplen dah...

Dan hasilnya, Jeng3!!!! Bukan dia potong sikit rambut aku...Tapi sikit je rambut aku yang dia tinggalkan...Adoi...Aku dah buat muka tak puas hati dah...Tapi tak boleh nak buat apa...Sebab terlajak perahu boleh la diundur, terlajak gunting, memang tak dapat nak sambung balik...Suka2 hati je ubah peribahasa...Hahaha...

Last2 masa aku bayar tu, aku gi jumpa bos dia, aku cakap aku tak puas hati dengan pekerja dia si Macha tadi...Yang si bos ni cuma senyum kambing je...Konon2 comel...Aku rasa macam nak muntah ada la...Hahaha...Tak pasal2 aku kena buat hairstyle PACAK...Sebab tu je yang paling okey dengan keadaan rambut macam tu...Sabar je la...

Jadi kelmarin, buat pertama kalinya aku gunting rambut setelah 6 bulan rambut tu aku 'bela'...Tu pun puas jugak la tahan telinga sebab ramai yang dah tegur terutamanya mak dengan kepanjangan rambut aku tu...Aku cuma cakap "takde duit nak gunting kat kedai" Hehehe...

Akhirnya, jumpa jugak tukang gunting yang memenuhi cita rasa aku...Kebetulan dia berbangsa Melayu...Lagi senang faham apa yang aku nak...Dia pun layan aku special skit...Dia gunting sikit, dia tanya, okey tak? 4-5 kali jugak la dia tanya macam tu...Mungkin jugak sebab aku pelanggan terakhir dia hari tu...Sebab kedai dia tutup pukul 10 malam...Masa gunting tu, kitorang berborak macam dah lama kenal...Topik utama yang kitorang bualkan apa lagi, pasal BOLA la...Hehehe...

Wassalam...

Macam ni la style rambut yang aku
mampu buat setelah Macha tu tersalah
potong...Huhuhu
Macam ni la rambut yang aku dah simpan
hampir setengah tahun tu...

Jumaat, 4 Mei 2012

Coretan 2


Pada saat dan bila ketika

Pada saat kuinginkan panas, hujan yang datang melanda
Pada saat kuinginkan hujan, mentari terik membakar ceria
Memulakan tugasnya

Bila ketika kudambakan bahagia, kekacauan mula tercipta
Bila ketika jiwaku kacau, bahagia tetap tak kunjung tiba
Menghulurkan rasa

Pada saat kumahukan gembira, kemasyghulan pula hadir menimpa
Pada saat hatiku sedih, tak siapa yang datang memberi ceria
Walau sedetik cuma

Bila ketika kuimpikan jaya, kegagalan sering menghantui
Bila ketika kuhadap gagal, tak siapa muncul menawar diri
Memberi bantuan

Pada saat kuhendakkan kasih sayang, kebencian yang kuterima
Pada saat kudibenci, tak siapa yang peduli
Melayangkan simpati

Bila ketika kuharapkan menang, kekalahan hadir menunjukkan diri
Bila ketika kutewas di medan tempur, banyak jari menuding ke mari
Langsung tidak menyokong

Pada saat kuperlukan cinta, tak siapa sudi memberi
Pada saat kumula rasakan bahangnya, tiba-tiba ia padam
Membawa perit semalam

Bila ketika kucarikan meriah, kesuraman mula menjelma
Bila ketika suram menyelubung, tak siapa datang menjenguk
Memujuk  agar sentiasa tabah

Kini,setelah pelbagai rasa kualami
Baru kutahu adat resamnya dunia
Tidak semua bersama kita
Datang dan pergi
Menongkah arus hidup berwarna-warni
Yang kadangkala dipayungi kepura-puraan
Begitulah kehidupan ini


   ++3/6/2007   5.25pm++                                         


Menulis selagi bernyawa...