Sabtu, 26 Mei 2012

Manja, Mengada-ngada @ Gedik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

MANJA, MENGADA-NGADA dan GEDIK...Ungkapan yang sering digunakan untuk kaum hawa...Lelaki pun ada yang termasuk dalam kategori berkenaan tapi jumlahnya sedikit...Kalau ada pun lelaki yang terkenal dengan 'keLEMBUTANnya'...Hehehe

Antara ketiga2 perkataan tersebut, yang manakah sikap yang boleh diterima dan ditolak oleh lelaki? Berdasarkan pengalaman aku dengan rakan2 lelaki yang lain selain pembacaan pelbagai artikel dan bahan bacaan yang lain, lelaki tersangatlah MENYAMPAH dengan wanita yang mempunyai sikap gedik..

1. Apakah interpretasi lelaki terhadap GEDIK? Gedik ialah sikap wanita yang paling tidak disukai iaitu mereka akan berbuat sesuatu untuk menarik perhatian lelaki dengan sikap yang lebih melampau jika dibandingkan dengan mengada-ngada...

   -Hal ini boleh dilihat dari cara seseorang wanita berjalan dan caranya melayan lelaki...Contoh gaya jalan wanita yang gedik ialah berjalan terkedek-kedek macam 'itik pulang petang' sambil mata disepetkan sedikit...Kononnya untuk menonjolkan keseksian tapi sebenarnya keSEKSAan...

   -Kalau bab melayan lelaki, wanita jenis gedik akan melayan lelaki dengan cara yang melampau...Dia akan bercakap dengan nada suara yang tersangatlah manja, memujuk rayu dan bahasa tubuh 'body language' demi menarik perhatian lelaki...

2. MENGADA-NGADA ialah suatu sikap yang melebihi daripada manja...Tujuan mengada-ngada ni adalah untuk tidak melakukan sesuatu walaupun mampu untuk melakukannya...Hal ni biasanya boleh dilihat pada wanita yang mempunyai pasangan sama ada teman lelaki, tunang atau suami...

- Pernah tak tengok pasangan atau couple yang berjalan berdua-duaan? Mesti pernah kan? Ada tak nampak si lelaki yang membawa beg tangan perempuan? Ataupun lelaki yang memegang payung walaupun tangan dia yang sebelah lagi dah sarat dengan pelbagai barangan lain? Yang si pasangan ni pulak jalan berlenggang je...Ish3..

- Contoh lain, si wanita ni kalau makan nak berteman je...Walaupun pasangan dia dah makan, dia tetap akan memaksa untuk makan sama...Kalau tak nak makan, dia pun tak nak makan...Jadi pakwe, tunang, suami dia ni terpaksa la makan lagi hanya untuk memastikan si makwe, tunang atau isteri dia ni makan jugak..Lebih teruk lagi, kalau tiap2 kali makan tu nak bersuap je sampai ke sudah...

- Ada lelaki boleh terima dan ada yang tak boleh terima kalau pasangannya ada sifat mengada-ngada ni...Kalau yang boleh terima pun, mula2 dia layan la jugak...Sebab sayang kan...Tapi kalau dah melampau sangat, silap2 pasangan ni kena SEMBUR dengan si lelaki ni tadi...Malah lebih teruk, ada wanita yang diTINGGALkan disebabkan si lelaki tadi dah tak tahan dengan sikap mengada-ngada pasangannya...

3. Bagi wanita yang ada sikap MANJA, ramai lelaki yang boleh terima keadaan tersebut...Sebab memang fitrah wanita mempunyai ciri2 manja sejak azali...Lelaki pun ada suatu ketika, manja jugak..Perkara tersebut boleh dikategorikan sebagai normal...

- Manja yang boleh diterima ni semestinya tak berlebihan... Sangat berlawanan dengan mengada-ngada atau gedik...Contohnya kalau pergi ke Mc Donald, si lelaki adalah majoriti yang  membawa tray yang dah berisi dengan burger, air ataupun ayam...Itu kebiasaan...Kalau perempuan tak nak bawa tray tu bukanlah jadi satu masalah pun...

- Ada wanita kalau naik dan keluar kereta nak pakwe, tunang atau suami yang bukakan pintu...Hal ni bukanlah jadi kesalahan...Lelaki pun dapatlah menunjukkan keGENTLEMAN dia...Tapi hal ni jarang berlaku dengan orang kita...Biasanya si perempuan yang buka sendiri...Hehehe...

- Kalau keluar berdua, biasanya wanita jenis manja ni akan bawa barangan yang dia beli sendiri...Cuma kalau barang tu berat sangat barulah dia akan bagi pasangan dia yang bawa...Maklumlah, lelaki kan GAGAH...Aku sebagai lelaki pun tak sanggup nak tengok perempuan bawa barang yang berat...Kesian pun ada...

- Ada banyak lagi ciri2 wanita yang manja tapi tak dapat aku nak senaraikan...Senang cerita, hal yang lelaki tak kisah sangat kalau seseorang wanita buat...Sebenarnya, lelaki yang penyayang tak kisah pun kalau nak manjakan pasangan dia...Kalau bukan dia, siapa lagi yang nak manjakan kan?Hehehe...


Kesimpulannya, sikap wanita yang disenangi lelaki adalah MANJA...Bukan MENGADA-NGADA atau GEDIK...Kalau anda tergolong dalam kategori yang manja, kenyit mata sikit...Kalau anda adalah dari kalangan yang mengada-ngada atau gedik, sila ubah sikap anda tu...

*Maaf kepada sesiapa yang terasa...Hanya berkongsi semata-mata... :)

Wassalam...

Manja dan dimanjakan adakalanya perlu...
Cuma jangan melampaui batas dah la... :)




2 ulasan:

  1. saya nak Tanya pendapat awak sikit.

    saya selalu apabila jalan dengan kawan perempuan (kawan baik) saya akan peluk/ pegang tangan dia. kadang2 saya bersandar kat bahu dia. Dan saya selalu kena sindir apabila saya berkata-kata sedangkan cara percakapan saya memang manja sejak kecil.

    ramai yang menyampah dengan saya.
    saya nak Tanya, saya ni di kategori yang mana?

    BalasPadam
  2. But saya still tak suka perempuan manja. Well, diorang kena pandai berdikari sendiri. Kalau kebanyakan benda nak harapkan pasangan or family, naya beb. So, perempuan buanglah sikap mengada-ngada dan gedik tu sepenuhnya. Tapi, kemanjaan tu biar berpada. But most of the time, sila jadi orang yang matang dan tegas. Itu pendapat saya je.

    BalasPadam