Bersihkanlah
dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah
kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan
solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah
auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain
kafan yang serba putih
Pada waktu
itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun
orang yang hadir itu merintih
Kemudian
kamu akan diletak di atas lantai
Lalu
dilaksanakan solat jenazah
Dengan
empat kali takbir dan satu salam
Berserta
selawat dan doa selepas Fatihah
Sebagai
memenuhi tuntutan fardu kifayah
Tapi apakah
empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa
meninggalkan solat seumur hidup?
Apakah
solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat
membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh
tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Ayuh
sekalian muslimin dan muslimat!
Usunglah
dirimu ke tikar solat
Sebelum
kamu diusung ke liang lahad
Menjadi
makanan cacing dan ulat
Iringilah
dirimu ke masjid
Sebelum
kamu diiringi ke pusara
Membawa
pahala dan dosa
Tangislah
dosa-dosamu di dunia
Kerana
tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah
dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarkanlah
dirimu sebelum kamu disedarkan
Dengan
panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah
kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana
ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang
pergi menemui ajal
Beristighfarlah
kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun
ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di
mana saja kamu berada
Kamu tetap
memijak bumi tuhan
Dan
bumbungilah langit tuhan
Serta
menikmati rezeki tuhan
Juteru bila
Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia
memanggilmu buat kali yang terakhir
Ingatlah
kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu
menjadi segumpal darah
Lalu
menjadi seketul daging
Lalu daging
itu membaluti tulang
Lalu
jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah
asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau
jatuh ke tanah
Ayam tak
patuk itik tak sudu
Tapi Allah
mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih
agung dari malaikat
Lahirmu
bukan untuk dunia
Tapi
gunakanlah ia buat melayar bahtera
Di alam
sana yang bergelar akhirat
Sambutlah
seruan’hayya ‘alas solaah’
Dengan
penuh rela dan bersedia
Sambutlah
seruan ‘hayya ‘alal falah’
Jalan
kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah
yang kekal ialah amal
Menjadi
teman dalam perjuangan
Menjadi
bekal sepanjang jalan
![]() |
Muhasabah Diri |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan