Isnin, 30 April 2012

S.A.B.A.R

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni aku nak bercakap pasal sabar... Apa maksud sabar? Biasanya, orang selalu kaitkan sabar dengan marah...Ramai yang tak sedar sebenarnya sabar ni besar skopnya...Sabar bukan hanya menahan diri daripada marah, malah banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan sabar...

Antara berikut merupakan perkara2 yang boleh dikaitkan dengan sabar :-

1. Menahan diri daripada berasa marah
Ni aspek yang paling penting..Apabila berlaku sesuatu, jangan sesuka hati nak marah2...Fikir dulu rasional dan  apa akibat daripada marah tu...Jangan biarkan emosi menguasai diri...

2. Sabar andai berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan hati
Ada orang selalu je mudah terpengaruh dengan berita yang disampaikan oleh seseorang atau melalui pembacaan contohnya gosip...Sabar dan selidiklah dulu akan kebenaran cerita yang disampaikan kerana tak mustahil si penyampai maklumat sengaja mereka-reka cerita atau berbohong...

3. Sabar menyelesaikan masalah
Misalnya, kita ada masalah dengan seseorang...Jangan bermasam muka...Jangan pulak menuduh yang bukan2 tak tentu pasal...Dengarlah dulu penjelasan si empunya diri barulah buat kesimpulan...Masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan...

4. Sabar menanti
Ramai orang yang tak suka menanti...Sebab tu la terciptanya ayat 'penantian merupakan suatu penyeksaan'...Ya, memang tak dinafikan penantian boleh merosakkan emosi seseorang...Daripada  happy, boleh jadi jemu...Daripada tenang, boleh jadi marah...Cuba sabar dulu...Mungkin Si Dia yang kita tunggu tu ada sebab yang tak dielakkan yang buat dia jadi lambat...Kalau berjanji dengan seseorang, silalah tepati masa...Dengan sesiapa pun...Kalau rasa akan sampai lewat, bagi tau awal2...Call or mesej je...Supaya tak timbul salah faham...

5. Bersabar apabila ditimpa musibah, ujian atau dugaan
Bila sesuatu berlaku, baik atau buruk, tu semua sebenarnya ujian daripada Allah...Sabar dan bersangka baiklah dengan Allah...Allah takkan beri ujian yang melebihi kemampuan hamba2-Nya...Berdoa dan pohonlah pertolongan daripada-Nya..

6. Bersabar setelah berdoa dengan Allah
Ada orang yang mudah putus asa setelah berdoa...Katanya, doa dah macam2, tapi belum diperkenankan oleh Allah...Perbuatan tersebut dibimbangi boleh mengakibatkan seseorang tu putus asa dengan Allah yang akhirnya boleh membawa kepada syirik kecil...Sepatutnya, seseorang tu harus sabar...Berdoa ni pun kena ikhlas...

Setelah korang semua baca tentang 6 perkara berkaitan dengan sabar ni, apa yang korang rasa? Susah ke nak semaikan sifat sabar dalam diri? Tak pun kan? Sebenarnya mudah...Macam yang aku cakap, yang paling penting kena berfikir dengan rasional...Jangan ikutkan emosi sangat...Kalau ikut emosi, syaitan akan datang menyemarakkan lagi emosi kita terutamanya bila kita marah...Sebab tu la sabar ni banyak hikmahnya...Sebab itu jugaklah dalam Islam, selalu je korang dengar yang sabar ni sebahagian daripada IMAN kan? Kalau rasa macam susah jugak nak sabar, silalah PUASA...Kalau sedang puasa pun tetap tak dapat nak bersabar, maksudnya kena la BERMUHASABAH DIRI...Sebab mungkin ada sesuatu yang tak kena dalam diri tu...InsyaALLAH, Allah akan permudahkan...

Jadi, tepuklah dada, tanyalah IMAN...

Wassalam...

Seseorang yang sabar akan disenangi oleh orang lain...



Lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah S.W.T...




Andai tak mampu, mohonlah pertolongan daripada Allah S.W.T...

Rabu, 25 April 2012

Bingkisan buat SAYANG


Sayang,
Panggilan yang ku cipta khas buatmu
Kendati yang datang beribu
Kau tetap pilihanku
Hanya kau yang satu

Sayang,
Dari sinar matamu
Kumengerti ada sesuatu
Seorang teman amat kau perlu
Insan yang mungkin bernama aku

Sayang,
Tak ku duga, tak ku pinta
Kepadamu, terbitnya rasa
Suka, sayang, kasih dan cinta
Anugerah Yang Maha Kuasa

Sayang,
Rasaku padamu sangat dalam
Aku dan dia
                                     
Menyinar hati yang pernah kelam
Andai mata ini terpejam
Hanya kau yang ku idam

Sayang,
Akan ku jaga anugerah ini
Mencintaimu sepenuh hati
Setia itu sudah pasti
Berharap kau turut merasai

Sayang,
Akan ku sunting dirimu
Bila tiba saat itu
Membawa hubungan ini ke mercu
Tanda kasih kau dan aku

Sayang,
Andai waktu itu tiba
Ku harap kau kan sedia
Bersama membina mahligai bahagia
Dengan redha Yang Maha Esa

*Khas buat seseorang yang ku panggil SAYANG


Aku VS Karamjit Singh VS Alex Yoong

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila korang baca tajuk entry aku kali ni, mesti ada yang pelik kan? Macam mana pulak aku boleh berlumba dengan Karamjit Singh dan Alex Yoong? Hahaha...Sebenarnya saje nak bagi GEMPAK...Tapi kalau tak berapa nak gempak tu, sori la beb...Hehehe

Kepada sesiapa yang tak tahu atau tak kenal siapa 2 orang yang aku maksudkan ni, meh sini aku terangkan serba sikit tentang diorang...Karamjit Singh ni pelumba kereta rally...Dia pernah jadi juara dunia...Alex Yoong pulak, dia pernah jadi pelumba F1 untuk pasukan KL Minardi walaupun pencapaian dia biasa2 je...Walau bagaimanapun, kita tetap harus berbangga dengan pencapaian dorang...

Dah tu apa kaitannya dengan aku? Hmm, macam ni...Ahad lepas bersamaan dengan 22 April, aku terpaksa memandu kereta dengan laju...Al kisahnya, sebab aku kena hantar adik aku balik ke asrama kat Port Dickson (PD)...Dia kena sampai sana sebelum pukul 7 pm...Masa tu pulak, dah pukul 5 lebih...Jarak ke PD tu agak jauh jugak la...Sebab aku gerak dari Putrajaya...

Adik aku yang duduk kat seat belakang dah membebel + risau...Dia risau tak sempat sampai sebelum pukul 7...Kalau sampai lambat, kena denda la jawabnya...Lagi2 dia dah tahun akhir kat situ...Aku cakap kat dia  'Tak yah nak risau la...Tengok la siapa yang bawak kereta"...Aku bagi jaminan...Dalam hati, aku agak risau jugak la..Habis aku kalau sampai lambat...Hehehe

Aku pandu dengan laju sekali...Sepanjang pengalaman aku memandu, ni la yang paling laju...Kelajuan masa tu lebih kurang 140 km/j ke atas...Kalau nak ikutkan, aku memang dah langgar undang2 jalan raya pun...Abah aku cuma diam je...Sesekali dia tengok jugak meter kereta tu...Mak aku pun diam je...Biasa kalau aku pandu 80 km/j pun mak aku dah bising...Kali ni mak dengan abah macam merelakan je aku pandu laju...Yela, takut terlewat...Hihihi...

Akhirnya, aku sampai kat pagar asrama adik aku dalam pukul 6:25 pm...Dengan nada bangga aku cakap kat adik, " Ha, kan dah cakap...Tak lambat punya"...Hahaha..Adik aku cuma menjeling je..Lepas bersalam, dia terus masuk...

Biasa kalau dah pandu laju, pasang air cond lagi, minyak memang cepat kering...Isi minyak la yang paling tak best berbanding menghabiskan...Hehehe..Mungkin ada yang pernah pandu kereta lebih laju daripada yang aku pandu...Tapi, dalam apa jua keadaan pun, haruslah berhati2...

Kesimpulannya, rancang masa dan perjalanan dengan baik...Hargailah nyawa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita...Ingatlah orang yang tersayang...Bak kata orang2 tua, 'Beringat sebelum terkena'...

Wassalam...

Ni la kereta lumba KL Minardi





Ni pulak kereta yang pernah digunakan oleh Karamjit
untuk perlumbaan rally







Isnin, 23 April 2012

Rimas & Lemas...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Korang pernah tak ada pengalaman yang buat korang rasa rimas dan lemas?...Mungkin ada yang rasa macam tu bila terpaksa tempuh kesesakan, bila berasak2 dengan ramai orang dan lain2 lagi...Kali ni aku nak cerita tentang sesuatu yang aku hadapi dalam masa beberapa bulan ni...

Kisahnya bermula macam ni,  ada seorang perempuan yang dulunya study sama U dengan aku...Tapi aku tak pernah tegur dia...Sebab dia study course lain...Lagi pun, aku tak rasa ada keperluan untuk aku bercakap atau kenal dengan dia...

Ada satu hari ni, dia add aku kt FB...Disebabkan tau dia ni satu U dengan aku, aku pun approved la...Tapi aku tak pernah chat atau mesej apa2 dengan dia je...Ada masa, dia komen jugak status aku...Aku tak anggap apa2...Orang komen, takkan nak marah pulak kan...Lagi pun takde sebab...

Awal tahun ni, tiba2 dia SMS aku...Aku pelik jugak dari mana dia dapat nombor aku...Setelah aku tanya, dia cakap dapat daripada kawan aku...Dia cakap dia SMS sebab nak minta pendapat aku..Okey, aku layan je..Dengan niat, nak membantu...Dia cakap, pakwe dia dah kahwin dengan orang lain...Agak sadis jugak la dengar cerita dia...

Condition dia sangat teruk...Dia tak boleh terima kenyataan yang pakwe dia dah kahwin dengan orang lain..Dia memang give up habis...Rasa macam nak mati dan lain2...Aku simpati dan cuba bagi kata2 nasihat yang sepatutnya, terutama suruh dia ingatkan Allah dan famili dia...Aku pun pernah alami macam yang dia alami...Tapi alhamdulillah, aku masih kuat...Aku teruskan hidup macam biasa sampai takde siapa pun yang sedar apa yang aku alami...

Berbalik kepada kes dia, condition dia masih sama...Mungkin lebih teruk sebab dia siap masuk hospital...Banyak SMS yang di hantar kat aku...Tapi semuanya ayat yang patah semangat...Aku suruh dia jadi lebih kuat tapi dia cakap tak mampu dan banyak kata2 negatif yang lain...Aku dah mula rimas melayan dia dan aku cakap, "kalau nak mati tu boleh, tapi dah banyak sangat ke bekalan pahala yang nak dibawa ke sana?"...Dia terkedu..Tak sangka aku akan cakap macam tu...Aku dah mula rimas dengan dia...Nak orang tolong, tapi dia yang tak nak tolong diri sendiri...Memang kena sembur la...

Sejak tu, dia kerap SMS aku tapi aku tak layan...Hampir setiap hari dia SMS aku...Sampaikan satu hari, aku balas mesej dia dan ajak dia berbincang...Apa yang dia nak daripada aku sebenarnya? Tu soalan aku yang pertama...Rupa2nya dia dah lama simpan perasaan kat aku...Sejak 1st year aku kat U...

Aku tolak dia dengan baik...Aku cakap, aku takde perasaan pada dia langsung...Lagi pun, aku dah ada SAYANG aku...Aku tak mungkin duakan 'sayang' aku yang sorang tu...Tapi dia ni tak boleh terima dengan penjelasan aku...Aku cakap, buka hati tu untuk orang lain...Hati aku dah dimiliki pun...Paling banyak yang aku boleh buat, anggap dia sebagai kawan je...Tak lebih daripada tu...

Dia ada jugak SMS aku beberapa hari lepas tu...Tapi aku tak layan...Dan sekarang dia pun dah hentikan segala SMS dia tu...Alhamdulillah...Hilang semak kat kepala aku ni...Daripada mula2 nak tolong, last2 aku yang pening...

Kesimpulannya, bila seseorang yang berlainan jantina dengan kita perlukan nasihat, nasihat berpada2 je..Kalau tak nak ambil risiko, cuba elakkan...Ikut situasi...Bukan bermaksud kita pentingkan diri sendiri, tapi takut kes dia jadi macam kes aku la...LEMAS & RIMAS...

Wassalam...

Cuba korang tenung gambar ni lama2...Ada rasa pening tak?
Ha, lagi pening kalau layan dia yang aku maksudkan dalam entry kali ni...
Macam ni la peningnya aku melayan kerenah dia...
Nasib baik dah berakhir...

Sabtu, 21 April 2012

Makanan paling sedap di dunia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nak tau tak apa makanan yang paling sedap di dunia? Apa menu yang bermain2 dalam fikiran korang?
1. Nasi ayam? -SALAH
2. KFC?- SALAH
3. Mc Donald? - SALAH
4. Burger? -SALAH
5. Big Apple?- SALAH
6. Pizza?- SALAH
7. Roti canai?- SALAH
8. Mee bandung? -SALAH
9. Laksa? - SALAH
10. Ikan masak 3 rasa? - pun SALAH jugak...

Habis tu apa yang betul?

Jawapannya ialah.........MEE SEGERA...hehe..

Kenapa? Tak percaya?

Okey bagi yang tak percaya, kat sini aku nak bagi beberapa bukti:-

1. Mee segera terutamanya MAGGI sentiasa menjadi pilihan kepada kebanyakan keluarga yang membeli barang dapur di pasar raya...Paling kurang, sebungkus besar mee segera...

2. Kebanyakan pelajar yang tinggal berjauhan dengan keluarga terutamanya yang menginap di asrama, mee segera sentiasa menjadi pilihan...Sekurang2nya seminggu sekali, mesti makan mee segera...Ada antara pelajar yang makan mee segera secara berjemaah (dalam gayung, baldi dan sebagainya)...

3. Ramai orang memilih mee segera kerana mudah disediakan...Jerang air, kemudian masukkan mee dan bila mee mula kembang, masukkan perencah dan makan..- Ni cara orang yang malas....
Malah, ada yang makan macam tu je..Macam makan keropok...- Ni cara orang yang PALING malas...

4. Ada segelintir orang yang apabila di restoran pun, tetap memilih mee segera sebagai menu untuk santapan...

5. Harga mee segera boleh dikatakan murah walaupun setiap tahun, harganya semakin meningkat...Setiap golongan mampu untuk membelinya...

6. Hampir semua peringkat umur mampu menyediakan mee segera sendiri...Jangan terkejut apabila ternampak kanak2 berusia 7 tahun menyediakan mee segeranya sendiri...

7. Apabila seseorang sedang sakit, tiada selera untuk makan, mee segera boleh meningkatkan selera makannya...

8. Dalam jangka masa sebulan, pasti ada keinginan dalam diri seseorang untuk menikmati mee segera walaupun terdapat banyak lagi makanan lain di rumah...

9. Mee segera menjadi makanan pilihan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah di pelosok dunia...Bintang bola sepak, David Beckham antara yang gemar memakan mee segera...Setiap kali keluar membeli-belah, dia pasti akan membeli stok mee segera...

10. Anda sedang memakan mee segera ketika membaca entry ini...Hahahahaha....

* Ada satu fakta berkaitan dengan mee segera yang ramai tak tahu...Faktanya ialah kaum lelaki lebih hebat memasak mee segera berbanding dengan wanita...

P/S  Entry ni hanya pendapat peribadi berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku...Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...PEACE...Sekian...

Wassalam...

                  
Mee segera yang paling popular di Malaysia...


Contoh hidangan mee segera...

David Beckham sedang memasak...
Tapi bukan mee segera rasanya ni...Hehehe


Khamis, 19 April 2012

Malaysia = Syurga?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ada apa dengan makanan? Ya, setiap manusia perlu makan untuk teruskan hidup selain membekalkan tenaga kepada tubuh...Malaysia dikenali sebagai syurga makanan...Diulang, SYURGA MAKANAN, bukan Syurga Idaman macam lagu Azizah Mohamad, isteri A. Rahman Hassan yang juga ahli kumpulan Nirwana tu...Jangan salah faham...Hehehe

Maklum la, kat Malaysia ni ada macam2 kaum atau etnik...Jadi, memang banyak sangat jenis makanan...Itu belum dicampur lagi dengan makanan dari Barat, (antaranya Pizza, KFC, Mc Donald), makanan Arab, Thai dan banyak lagi...Pendek kata, semua ada..Tinggal pilih je..

Kat Malaysia ni, sesiapa yang berniaga menjual makanan memang akan untung...Dari pagi sampai la ke lewat malam, ada je orang kita yang mencari makanan...Oleh itu, tak hairanlah kalau banyak restoran 24 jam dibuka kat mana2 je...

Jadi, disebabkan tu jugak la orang Malaysia ramai yang mengalami masalah OBESITI atau berat badan yang berlebihan atau dalam bahasa yang kurang berlapik, GEMUK...Mana taknya, anak2 sejak kecik lagi dah dibawa ke restoran makanan segera...Mereka seolah2 terdidik dengan makan makanan yang mempunyai lemak dan kolesterol yang tinggi...Konon2 kalau anak kecik yang tembam dan berbadan bulat, mereka akan dianggap comel..

Disebabkan dari kecik dah berbadan bulat dan tembam, bila usia anak tersebut semakin meningkat, berat badannnya tak lagi normal seperti yang sepatutnya...Jadi, anak2 tersebut mula la menjadi bahan ejekan dan akhirnya mempunyai perasaan rendah diri...

Jadi, ibu bapa adalah insan yang paling penting dalam mendidik anak sejak mereka kecik lagi..Mendidik bukan hanya perlu beri bimbingan dan didikan agama, malah cara pemakanan yang betul dan nilai2 murni yang lain...Kalau setiap minggu duk usung anak pergi ke restoran makanan segera, memang tu la makanan yang akan menjadi pilihan anak2 bila mereka menginjak usia dewasa...

Pemilihan makanan juga penting untuk memastikan minda anak2 berkembang dengan baik...Dalam Islam, panduan tentang pemilihan makanan juga sangat penting, makanan tersebut bukan sahaja perlu halal, malah perlu suci dan tiada sebarang keraguan padanya...

Halal adalah satu kata nama bahasa Arab yang berasal dari kata kerjanya iaitu halla, yahillu, hillan yang membawa maksud membebaskan, melepaskan, memecahkan, membubarkan dan membolehkan...Dalam Islam, ia membawa kepada 2 maksud iaitu yang pertama, seseorang itu tidak akan dihukum jika menggunakannya dan kedua, sesuatu yang boleh dikerjakan mengikut syarak...

Kesimpulannya, pemilihan makanan sangat penting terutamanya dari segi kesihatan dan perkembangan mental seseorang...Hal ini kerana setiap makanan yang dimasukkan ke dalam tubuh akan menjadi darah daging...Bukan bermaksud tak boleh langsung makan makanan segera, tetapi haruslah diambil sekali-sekala sahaja...Jangan dijadikan menu wajib setiap kali ingin menjamah makanan...Pemakanan yang seimbang penting bagi mengekalkan kesihatan luaran dan dalaman...

Wassalam...

Ni la yang akan terjadi kalau banyak sangat
 makan makanan Mc Donald..Hehehe

Masa kecik2 macam ni, ramai yang cakap comel..
Bila budak2 ni besar, agak2 apa yang orang akan cakap?









Isnin, 16 April 2012

Terima Kasih Sayang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Ramai yang cakap hari lahir ni merupakan hari kebesaran...Kalau orang2 besar macam Agong, siap ada cuti peristiwa sempena kelahirannya...Bagi umat Islam, hari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W atau lebih dikenali dengan nama Maulidur Rasul akan disambut dengan meriah demi menunjukkan kecintaan kepada baginda...Ceramah dan perarakan akan diadakan sambil berselawat...Sepanduk2 juga akan dihias dengan kata-kata pujian kepada baginda...

Hari ni merupakan hari lahir aku...Ya, usia aku semakin meningkat...Bak kata pujangga, semakin bertambah usia kita, semakin dekat kita dengan kematian...Oleh itu, sentiasalah perbaiki diri agar dapat menjadi insan yang lebih baik dari hari ke hari (pesanan buat diri sendiri dan semua pembaca)

Pagi2 tadi aku terjaga dalam pukul 5 lebih...Aku terima SMS daripada Si Dia...Dia mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada aku...Aku gembira dengan ucapannya...Ya, dia adalah insan pertama yang mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada aku...Dalam mesej tu, dia ada nyatakan yang dia minta maaf sebab dia tak dapat sediakan apa2 hadiah untuk aku pun...

Biasanya setiap pagi lepas masuk pejabat, aku akan buka blog dia...Tapi hari ni, aku tak buka blog dia seperti yang biasa aku buat...Aku hanya berbalas SMS dengan dia...Dalam SMS tu, aku ada bergurau yang aku tak dapat apa2 hadiah daripada dia pun...Dia cakap, buka blog dan tengok hadiah yang dia dah sediakan...Lantas aku membuka blog dia...

Aku terkedu setelah melihat blog dia...Aku hanya terpaku sambil bebola mata aku bergerak menyudahkan pembacaan...Berulang kali aku membaca entry dia...Sungguh, aku terharu...Aku tak tau nak ucapkan apa2 melainkan terima kasih yang tak terhingga....Aku rasa dihargai...

-Sayang, kat sini Abang nak bagi tau yang Abang tak harapkan apa2 hadiah daripada Sayang pun...Menyayangi dan disayangi oleh Sayang adalah hadiah yang paling bermakna dan berharga bagi Abang...InsyaALLAH, Abang akan buat yang terbaik demi kesucian hubungan kita...Abang akan cuba jadi pemimpin atau imam yang baik untuk Sayang sebagai makmumnya...


Terima kasih Sayang...



Semoga hubungan yang kita bina diberkati oleh-Nya...

Selasa, 10 April 2012

Bila Si Kecil Bersuara

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kelmarin, aku dan emak kesayangan ke Putrajaya, melawat abang ipar aku yang sedang kena campak...Siapa yang campak dia? Hahaha...Ni bukan kena campak yang boleh disamaertikan dengan perbuatan membaling sesuatu...Maksud aku, dia kena DEMAM CAMPAK...

Dah tua2 pun boleh kena demam campak...Tak la tua sangat...Umur dia baru 36 tahun...Habis la satu badan dia berbintik2...Agak kesian jugak aku tengok keadaan dia yang macam tu...Terpaksa bercuti panjang...Kata orang, demam campak ni boleh berjangkit...Tapi aku dah pernah kena dulu...So, tak risau sangat sebab kebarangkalian untuk dijangkiti tersangatlah rendah...Kata orang jugak, demam campak ni akan menjangkiti kita sekali je seumur hidup...

Setibanya kat rumah kakak, aku disambut oleh anak buah aku yang berusia 6 tahun...Namanya Fikri...Bukan main manja lagi dia...Nampak je muka aku, dia terus panggil 'PAK CIK' dan terus peluk kaki aku...Agak lama jugak la masa yang aku ambil untuk rungkaikan pelukan dia kat kaki aku...Yang si adiknya Mirza, 1 tahun lebih dah tersengih2 pandang aku dan mak...Mak aku hulur tangan nak salam, tapi dia terus minta dukung...Rindu sangat dia kat 'WAN' dia...Maklum la, mak aku pernah jaga dia sejak dia baru lahir...Em, untuk pengetahuan semua, Wan adalah panggilan yang bermaksud nenek...Orang Negeri 9 memang panggil macam tu...

Si Fikri ni semakin petah berkata2...Maklum la, dah semakin membesar... Dah sekolah pun...Alhamdulillah, perkembangan yang baik...Kadang2 Si Fikri ni lawak jugak. Mengikut penceritaan kakak aku, Fikri pernah tanya pasal kahwin...Hahaha...Aku pun tak berani nak buka cerita pasal kahwin lagi..

Situasinya macam ni :-


Fikri: Umi, nanti dah besar Jiji (Fikri) akan kahwin dengan siapa?
Umi: ?????
Fikri: Nanti Jiji nak kawin dengan kawan Jiji...
Umi: Siapa?
Fikri: Kawan kat sekolah la...Tapi kan, masa Jiji dah kahwin nanti, Umi mesti dah tua...Ntah2 dah mati...
Umi: @*&?$%*


Hahahaha....

Aku kat umah kakak tak lama...Selepas Maghrib, aku bertolak balik dengan mak...Tapi sebelum tu, Si Fikri ni sempat tegur aku..."Pak Cik dah gemuk la" (sambil tepuk perut aku)...Adoi...Terkena aku...Hmm, bila si kecil pun dah cakap macam tu, sesuatu harus dilakukan...Bermula semalam, aku dah kembali menjalani rutin yang dah lama aku tinggalkan iaitu Joging...Pada masa yang sama, aku kena diet...Aku dah pun minta nasihat daripada seorang pakar kesihatan....Harap2 usaha aku ni berterusan...Istiqamah...Yeah!!!

Wassalam...

Ni la Treadmill...Aku selalu guna ni kt gym time belajar kat U dulu...
Sekarang kena joging cara manual je...



Sabtu, 7 April 2012

Dugaan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku baru je selesai shooting pada Khamis lepas...Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar...Shooting dapat disiapkan dalam masa yang disasarkan iaitu selama 11 hari...Shooting kali ni adalah berkenaan dengan program majalah wanita untuk terbitan RTM....Tugas aku yang agak berat iaitu Assistant Director dapat dilakukan dengan baik...Syukur ke hadrat Allah...

Nak dijadikan cerita, masuk hari ke-8 shooting, aku mula jatuh sakit...Mula2 hanya sekadar pening, kemudian aku mula batuk2, selesema dan kemuncaknya, DEMAM...Walaupun dalam keadaan macam tu, kerja tetap kena teruskan...Dah nama pun tugas...

Selepas selesai shooting untuk hari tu, aku dinner makan bubur je...Kalau nak ikutkan, takde selera pun...Tapi demi nak cari tenaga, aku makan jugak...Suara aku malam tu memang dah lain...Jadi garau tiba2...Rasa diri ni dah macam giant pun ada...Hehehe...

Esoknya, shooting diteruskan...Malangnya, sakit aku bertambah teruk..Tak cukup dengan sakit yang aku ada ketika tu, aku diserang pula dengan sakit yang baru iaitu diarrhea...Nak sebut dalam BM, macam teruk sangat bunyinya...Hehehe...

Tengah2 shooting, aku banyak lari2...Bukan lari daripada jalankan tugas, tapi lari sebab nak mencari bilik termenung...Bayangkan, dalam masa 2 hari, aku terpaksa ulang-alik ke bilik termenung lebih daripada 10 kali...Pening kepala aku pun semakin teruk...Rasa nak tumbang pun ada...Sampaikan aku terpaksa tinggalkan set penggambaran untuk rehat sekejap di dalam van...

Selepas 20 minit berehat, aku keluar dan menyambung semula tugas...Tapi bila tiba saatnya, aku terpaksa lari lagi...Macam biasa, aku mencari bilik termenung yang terdekat...Seksanya berulang-alik macam tu, hanya Allah je yang tau...Masa tu dah pukul 4 petang...Aku mencari makanan tengah hari iaitu nasi ayam yang runner dah belikan tadi...Malangnya, nasi aku dah ada orang lain tibai...Buka polisterin, tinggal nasi yang hanya beberapa butir n tulang2 ayam...Entah siapa punya keje, aku pun tak tau...Memang berlapar la aku time tu..

Krew2 lain tengok aku macam pelik dah...Kejap ada, kejap takde...Macam biskut...Kebetulan shooting hari tu, tamat sebelum Maghrib...Selesai menunaikan perintah-Nya, aku, beberapa krew dan artis pergi dinner...Aku makan nasi ayam...Ganti balik nasi aku yang kena tibai tadi...Diorang tergelak tengok telatah aku...Haha, lantak la...Janji aku tak kempunan...

Malam tu, kepala aku pening lagi..Kali ni bertambah teruk...Pengarah dan krew2 lain ajak keluar tapi aku tolak...Aku muntah sebanyak 2 kali...Habis nasi ayam yang aku makan terbuang...Badan aku tersangatlah lemah...Aku pun decide untuk terus tidur...Agak awal juga aku tidur masa tu...Aku makan ubat dan terus baring...

Puas aku fikir macam mana aku boleh sakit sampai macam tu sekali...Nak kata salah makan, aku makan apa yang krew2 lain makan...Nak kata tidur dan rehat tak cukup, mungkin juga...Nak kata banyak sangat berfikir, ada betulnya juga...Tapi aku lebih senang menganggap ini adalah ujian Allah kepada hamba-Nya yang bernama aku...

Kesimpulannya, jaga pemakanan, jaga kesihatan dan jaga ibadat kita...Walau di mana kita berada, jangan sekali-kali melupakan Dia...Mak aku pernah pesan, walau di mana kita berada, jangan sekali-kali tinggalkan solat walau 1 waktu...Itulah prinsip yang aku pegang dari dulu sampai sekarang...Menjadi anak seni memang banyak ujian dan dugaan yang harus ditempuh...Semoga aku cekal menghadapi semuanya...

Wassalam...

Makanan kesukaan aku...NASI AYAM...








Coretan 1


Suatu Penyesalan

Dia kelihatan bungkam
Dalam kesamaran malam
Tika cahaya sinarnya berbalam-balam
Namun,tetap tidak terhenti mulutnya
Mengucapkan kata zikrullah
Menenangkan hati yang terasa parah
Walaupun dulu dia tidak pernah
Sekalipun bersimpuh di tikar sejadah
Menunaikan perintah Allah

Dulu…
Tak pernah dia berasa kecil diri
Cabaran tinggi mengggunung tetap ditawani           
Kerana egonya tegak berdiri

Menepis kebenaran yang selalu mendahului                        
Mencari kepuasan diri
Meski terhambur darah di sana-sini
Meneruskan perjuangan yang tiada abadi
Meratah daging bangsa sendiri
Yang berjuang demi mempertahankan watan
Bukan seperti dia,gunting dalam lipatan
Seronok amat melihat mayat bergelimpangan
Yang pasti tiada bernisan

Tapi kini belum terlambat
Untuk menuju ke pintu taubat
Meski diri berasa penat
Walau bernafas tersekat-sekat
Walau dibenci seluruh umat
Walau Izrail kian menghambat
Menuju hari kiamat
Untuk ke syurga yang tujuh peringkat
Atau neraka yang tersenyum kelat
Menanti,menanti dan menanti
Umat yang luhur atau jahat


Tulisan ini tercipta ketika hujan renyai2...Aku mengambil pen lalu mula mencoret di atas sehelai kertas...Segala komen dan kritikan membina amat dialu2kan...

-28/5/2007