Sabtu, 28 Julai 2012

Bila kucing masuk masjid

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah, pagi tadi aku berkesempatan menunaikan solat Subuh secara berjemaah di masjid di kampung aku...Kalau dah waktu Subuh, jumlah jemaah dah boleh diagak pun...Tak akan seramai macam solat Terawih...

Sampai2 je, muazzin atau bilal baru je selesai melaungkan azan...Kalau bukan sebab motor aku yang payah nak start, maybe aku akan sampai lebih awal...

Selesai je bilal iqamah, masing2 memenuhkan saf...Rupa2nya tak sampai penuh satu saf pun...Agak mengecewakan jugak la dengan kehadiran jemaah...

Kami semua ada dalam lebih kurang 10-12 orang je...Tengah2 solat, tiba2 kaki aku rasa geli...Macam ada sesuatu yang menggesel2kan sesuatu pada kaki aku...Aku mula berasa lain macam...

Tiba2 aku terdengar bunyi mengiau...Rupa2nya kucing...Si kucing ni pulak seronok je berjalan ke kiri dan ke kanan...Sampai kat tempat imam pun dia berjalan...Yang kelakarnya, siapa yang pakai kain pelikat macam aku memang akan rasa geli la..Hahaha...

Ni semua salah orang yang masuk last tadi...Sebab tak tutup pintu masjid...Sebab tu la anak kucing tu boleh masuk...Habis je solat, terus sorang Tok Siak ni ambil dan hantar kucing tu keluar...

Berakhir sudah episod kucing di dalam masjid..Hehehe...Tak pasal2 kurang khusyuk semua jemaah dibuatnya...

*Kucing pun ada niat nak masuk dalam masjid...MANUSIA bila lagi? Peace!

Wassalam...

Minyak wangi tumpah melanda!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minyak wangi tumpah melanda? Macam pernah dengar je ayat ni kan?...Aku copy daripada iklan sos tu...Cuma tukar sos dengan minyak wangi je...Hehe

Semalam, kakak aku (Angah) balik...Seperti biasa dengan ditemani oleh suami dan dua orang anaknya...Diorang sampai2 je memang dah masuk waktu berbuka pun...Kiranya langkah kanan la...

Lepas je solat Maghrib, aku ada bau sesuatu yang sangat wangi...Mula2 aku tak perasan...Mungkin sebab selesema...Hidung tersumbat...Hehehe...

Aku pun tercari2 dari mana datangnya bau tu...Jalan punya jalan, sampai la dekat2 dengan almari aku...Rupa2nya habis minyak wangi aku dikerjakan oleh si Mirza, anak buah aku yang berusia setahun lebih...Patut la wangi giler...

Minyak wangi yang baru setengah botol guna, habis macam tu je...Huhuhu...Takpelah Mirza, nasib baik kecik lagi...So, memang tak marah pun...

Tapi yang kelakarnya, badan si Mirza memang wangi giler...Habis bau minyak wangi melekat kat seluruh badan dia dek kerana tumpahan minyak wangi tadi...Hehehe...

Nampaknya kejap lagi nak kena cari minyak wangi baru la pulak...Semua tu kena ada RM$$$$...Kalau la minyak wangi tu boleh dapat free je...Huhuhu...

Moral of the story, simpanlah minyak wangi kat tempat yang tinggi...Tak la budak2 kecik dapat capai...

Wassalam...

Antara minyak wangi kegemaran aku...


Selasa, 24 Julai 2012

Misi Mustahil: Sempurna

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam aku baru je menyudahkan misi mustahil...iaitu misi membuat kejutan kepada seseorang yang istimewa dalam hidup aku, pada hari istimewa dia...

Aku kata misi mustahil sebab aku terpaksa tempuh perjalanan yang panjang dalam masa yang singkat, hadapi kesesakan jalan raya yang teruk dan membuat bukan satu tapi tiga kejutan untuk dia...

Disebabkan perangai atau fiil aku yang suka buat kejutan, aku dengan bangganya mengatur strategi dan perancangan sejak sebulan yang lalu...

Macam awal sangat je aku rancang kan? Tapi tu la aku...Nak buat sesuatu, kena buat betul2...Nanti kalau tak jadi, rugi...

Alhamdulillah, segala yang dirancang berjalan dengan lancar...terima kasih Allah...


Wassalam...

Gembira bila dia pun gembira... :)

Isnin, 23 Julai 2012

Selamat Hari Lahir Sayang!

Happy 21st Birthday!!!


Assalamualaikum...

Sayang, 'Selamat Hari Lahir yang ke-21!' Nak je Abang nyanyikan lagu Happy Birthday kat Sayang tapi Sayang bukan ada depan mata Abang...

Nak nyanyi through phone macam tak best la pulak...Sebab kat phone bukan suara ori...Nanti tak sedap...Macam la suara Abang ni sedap sangat kan? Hahaha...Perasan je lebih...

Cepat2 dapatkan lesen kereta...Nanti boleh abang relaks pulak...Asyik Abang je drive, yang Sayang pulak seronok je tidur kat sebelah...Nak sekeh tak sampai hati...Hehehe...

By the way, Abang nak ucapkan semoga pertambahan umur ni akan membuatkan Sayang lebih matang, dipanjangkan umur, murah rezeki, sukses dan sentiasa berada dalam keberkatan Allah S.W.T...

Diharap, hubungan dan kasih sayang antara kita akan berkekalan sehingga ke syurga dengan redha daripada-Nya...Jaga mata, hati dan iman...2 tahun lagi, InsyaALLAH...

Terima kasih kerana hadir dalam hidup Abang...Terima kasih jugak sebab jadi kekasih yang baik untuk Abang...

Abang benar2 cintakan Sayang...I will LOVE you FOREVER..

Wassalam...




Terimalah kek daripada Abang...
Makan kenyang2 tau! Hehe..













Ramadhan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni merupakan hari ketiga kita semua berpuasa...Pastinya ramai yang berasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan...Tak lain tak bukan kerana Ramadhan bulan yang setiap AMAL KEBAIKAN akan berlipat ganda dari segi pahalanya...

*Yang BESTnya...


Maka, berlumba-lumbalah mereka yang beriman untuk melakukan amal ibadah...Kalau bulan2 biasa, ada yang amalnya hanya biasa2 sahaja, namun bulan ini seolah2 berlaku suatu revolusi untuk memperoleh pahala semaksimum mungkin...

Antara aktiviti yang biasanya dilakukan apabila tibanya Ramadhan ialah tadarus Al-Quran, solat sunat dan lain2 lagi...Pendek kata, bulan ini juga adalah peluang untuk kita meningkatkan KECINTAAN kita kepada Allah S.W.T...

Pada waktu petang, ramai yang berjalan di bazar2 di sekitar taman perumahan masing2 hanya untuk membeli juadah berbuka...Waktu2 macam ni la, pelbagai menu yang tak pernah kita jumpa, kita akan jumpa...Ada nama pelik2  yang diberi oleh penjual makanan tersebut...

Perkara yang paling menarik ialah surau2 atau masjid2 akan menjadi PENUH...Sampaikan ada surau atau masjid yang terpaksa membentang tikar tambahan kerana jumlah jemaah yang terlalu ramai...Terasa meriahnya Solat Terawih...

*Yang TAK BESTnya...


Malangnya, keindahan dan kesucian bulan Ramadhan diragut oleh mereka yang masih meneruskan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti bersosial dan lebih teruk lagi, masih melakukan maksiat...NAUZUBILLAHIMINZALIK!

Di bazar Ramadhan pula, ada peniaga yang tidak jujur...Mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata...Sehinggakan terlupa untuk beribadah kerana terlalu mengejar wang ringgit...Pembeli juga tak ketinggalan...Ada yang membeli-belah mengikut NAFSU...Membeli makanan dalam jumlah yang banyak akhirnya tak dapat menghabiskan makanan tersebut...MEMBAZIR!

Masjid ketika Solat Terawih memang penuh...Namun, malangnya perkara ini tidak kekal...Ada yang berpendapat, berakhirnya Ramadhan menandakan berakhirnya episod mengimarahkan surau mahupun masjid...Kenapa begitu? Mungkin sebab pahala pada bulan2 lain tak berganda seperti Ramadhan kot...Alangkah sedihnya kalau ada yang berfikiran sedemikian...

Kesimpulannya, TEPUK DADA TANYA IMAN...Bulan Ramadhan sebenarnya merupakan titik tolak kepada kita untuk melakukan perubahan...Kalau dulu amal yang kita lakukan sedikit, kita cuba gandakan...Sesungguhnya seseorang yang memperoleh KEMANISAN IMAN ialah mereka yang sentiasa suka melakukan amal ibadat...Apabila telah memperoleh kemanisan iman, insyaALLAH, kita akan ISTIQAMAH untuk terus mengekalkan prestasi dalam mengejar AKHIRAT...

Wassalam...

*Pesanan untuk kau (pembaca) dan aku...:)






Selasa, 17 Julai 2012

G.A.G.A.L

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gagal ialah apabila kita tidak mendapat sesuatu yang diinginkan...Kegagalan biasanya dikaitkan dengan kejayaan...Bila berjaya, pastinya ramai yang berasa gembira. Berlainan apabila seseorang mengalami kegagalan, tentunya ramai yang berasa kecewa...

Gagal atau berjaya, adalah takdir yang maha Esa...Kita hanya mampu berusaha melakukan sesuatu yang terbaik...Kita merancang, Allah juga merancang...Namun, perancangan-Nya adalah yang terbaik untuk kita semua...

Aku juga tak pernah terlepas daripada mengalami kegagalan...Seperti yang terjadi pada minggu lepas, setelah melakukan persediaan dan memberikan yang terbaik, keputusannya masih tidak berpihak kepada aku...

Memang kecewa...Aku tak suka gagal...Tapi walau bagaimanapun, semua itu harus diterima dengan hati yang terbuka...Kegagalan bukan menandakan segala-galanya telah berakhir...Kegagalan harus diambil sebagai salah satu perkara positif supaya kita dapat membuat sesuatu yang lebih baik...

Perkara yang paling penting adalah sabar...Kejayaan takkan datang dengan mudah...Adakalanya memerlukan pengorbanan dan masa yang lama sebelum benar2 berjaya...Kegagalan dan kejayaan juga merupakan suatu ujian...Apabila gagal, jangan mudah berputus asa...Sekiranya berjaya, ingatlah bahawa kejayaan itu bersifat sementara yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita...

Andai gagal, ingatlah Allah...Andai berjaya, tetap ingat Allah...
Ingatlah Allah bila2 masa tak kira di mana jua kita berada...

Wassalam...

Gagal atau berjaya, segalanya bermula daripada diri kita sendiri...
Jangan mudah menyalahkan takdir...



Isnin, 16 Julai 2012

Kesakitan itu suatu pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini, sudah genaplah seminggu aku terlibat dalam kemalangan...Berbalik kepada peristiwa pada hari itu, sesudah menyempurnakan tugas, aku pun menunggang balik ke rumah...Di pertengahan jalan, hujan mulai turun...Daripada rintik2 kemudian terus bertukar menjadi renyai2...

Sejak menunggang motor baru, ini adalah kali pertama aku menunggang pulang ke rumah pada waktu malam...Kira2 lepas Isyak...Aku mula memecut...Satu-persatu kenderaan baik motor, kereta, bas mahupun lori aku potong...

Niat di hati bukan nak kejar apa...Cuma berharap tak basah lencun ditimpa dek hujan yang mulai turun  dengan kasar...Sampai di suatu jalan yang sedang dalam pembinaan, aku sedar aku terpaksa melalui 3 jambatan yang lantainya diperbuat daripada besi...

Jambatan pertama aku lalu tanpa ada apa2 halangan namun apabila sampai di jambatan kedua, terasa diri seperti melayang...Sedar2, aku telah berada di tengah2 jalan...Dengan tangan dan kaki kanan menjadi pelindung kepada anggota2 badan yang lain...

Aku rebah...Sambil motor menghempap seluruh anggota kanan aku...Dengan daya yang masih tersisa, aku bangun...Beg laptop aku capai dahulu sebelum memegang handle dan menolak motor ke tepi jalan...Sedang aku menolak motor, datang sebuah lori dari hadapan...Mujur, pemandunya sempat memperlahankan lori tersebut...

Aku terus menunggang dalam kesakitan...Tapak tangan yang sudah berdarah menghalang aku menunggang dengan baik...Cuma dua jari yang dapat digunakan untuk memulas minyak bagi menggerakkan motor...Jikalau tadi aku menunggang laju, melebihi 100km/j, kini aku hanya menunggang dengan kelajuan 60 km/j...

Setibanya di rumah, emak terkejut melihat aku masuk dalam keadaan terhincut-hincut...Baru aku perasan seluar yang aku pakai tadi telah koyak...Aku menukar pakaian...Kemudian, aku dihantar ke hospital...Di wad kecemasan, tekanan darah aku diperiksa...

Lalu aku dibawa oleh emak untuk mendaftar...Kemasukan aku menjadi perhatian penghuni hospital...Ada yang memandang tepat malah ada yang mengerling ke arah aku duduk...Aku cuma duduk diam sambil menahan kesakitan...Belum pernah aku memakai seluar pendek di hadapan umum..."Takpe, darurat"-Kata emak...

Sejam lebih aku menanti...Darah di tapak tangan dan kaki mulai kering...Setelah dipanggil doktor, aku diperiksa...Aku disuruh ke bilik X-ray...Kaki aku tidak dapat lagi melangkah...Doktor menasihatkan supaya aku duduk di atas kerusi roda dengan emak menolak dengan setia...

Keputusan X-ray menunjukkan tiada tulang aku yang patah...Yang kelihatan adalah tempurung lutut kedua-dua kaki yang bengkak...Kemudian, aku ke bilik untuk mencuci luka...Seorang pembantu doktor berjantina lelaki telah menanti...

Aku mula dicucuk di bahagian bahu...Kemudian, dia menyuruh aku meniarap...Tiba2 dia meminta aku melondehkan seluar...Rupa2nya di bahagian punggung juga perlu dicucuk...Aku melondehkan seluar walau tanpa rela...Huhuhu...

Kemudian, luka mula dicuci...Disebabkan luka telah kering, dia mencuci dengan kasar...Terasa ingin menjerit tetapi aku menahan...Sambil mengetap bibir, aku melihat sahaja segala perbuatan dia terhadap aku...Cebisan kulit2 aku yang terkoyak direntap dengan kasar ibarat mengoyak sekeping kertas...Aku hanya menahan kepedihan, berharap agar proses mencuci luka tersebut segera tamat...

Setelah mengambil ubat, aku pun dibawa pulang ke rumah...Aku diberi cuti selama dua hari dan mendapat lanjutan dua hari lagi...Semuanya berjumlah 4 hari...Pada malam itu, aku tidak dapat tidur dengan lena...Hampir setiap jam aku terjaga kerana luka di tangan dan kaki berdenyut2...Dalam kotak fikiran aku berfikir, mungkin inilah pembalasan akibat menunggang dengan laju...

*Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kau (pembaca) dan aku...


Wassalam...
Papan tanda yang mempunyai 1001 makna...



Motosikal milik aku...(sebelum kejadian)



Isnin, 9 Julai 2012

Melayu: Belum tentu dapat menguasai bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bergelar Melayu bukan merupakan tiket untuk menguasai bahasa Melayu...Benarkah? Mungkin ada yang setuju dengan kenyataan ni barangkali ada yang tidak...

Selama 24 tahun aku hidup ni, dah bermacam2 ragam orang yang aku jumpa...Kawan2 seperjuangan dari mula2 aku menjejakkan kaki di bangku sekolah sehinggalah ke universiti...

Ramai kawan aku yang berbangsa Melayu tapi tak dapat menguasai bahasa Melayu...Hal ni dapat dibuktikan dengan penggunaan ayat melalui tatabahasa dan kosa kata yang digunakan oleh mereka ketika membuat tugasan, atau pembentangan dan lain2 lagi...

Aku pernah diminta untuk memperbetulkan bahasa Melayu kawan2 sama ada tugasan biasa sampai la ke benda yang paling besar iaitu TESIS...

Dan bila dah kerja ni, rupa2nya aku kena buat perkara yang sama...Betulkan bahasa Melayu kawan2 sepejabat dan yang terbaru, betulkan bahasa Melayu budak2 praktikal...

Antara kesalahan yang sering dilakukan oleh mereka ni ialah penggunaan Kata Ganti Nama, Kata Hubung, ATM (Arah, Tempat dan Masa), Hukum DM (Diterangkan dan Menerangkan) dan lain2 lagi...

1 lagi kesalahan yang paling kerap adalah penggunaan ayat yang berjela-jela...Sepatutnya ada TANDA BACA seperti koma, noktah dan lain2 lagi...

Semalam, hampir 2 jam masa yang aku ambil untuk mengedit dan memperbetulkan proposal salah seorang kawan sepejabat aku...

Kat sini, aku nak kongsikan sedikit tips buat panduan kita semua...

Bagaimana nak menguasai bahasa Melayu?
1. Banyakkan membaca bahan ilmiah berbahasa Melayu.
2. Rajin menulis dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul.
3. Praktis berbual dengan menggunakan kosa kata dan tatabahasa yang betul.

Kesimpulannya, lahir sebagai Melayu belum tentu membuatkan kita menguasai bahasa Melayu...Jom berusaha untuk menguasai bahasa Melayu...Kalau dah menguasai bahasa Melayu barulah dengan megahnya kita boleh laungkan 'Takkan Melayu Hilang Di Dunia'... :)

Wassalam...

Dalam pada nak menguasai bahasa Inggeris,
ada yang terlupa untuk menguasai bahasa Melayu...
Sedihnya kalau hal macam tu berlaku...





Sabtu, 7 Julai 2012

Bakar Lemang: Kepenatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni kat kampung aku ada buat kenduri doa selamat...Sepatutnya hari ni la upacara memasak dan bakar lemang...Tapi semalam, tiba2 je hati aku tergerak nak balik ke kampung...

Rupa2nya semalam diorang dah mula bakar lemang...Aku nampak atuk dan seorang sepupu aku tengah sibuk menjaga api...Aku pun terus datang dan menghulurkan bantuan...Dengan pakai kain pelikat dan berbaju Melayu pulak tu...Gasak je lah...

Jadi, aku pun take over la jaga api ni...Sekali sepupu aku yang tadi dah masuk rumah...Tinggallah aku dan atuk je...Lepas tu atuk aku pulak masuk ke rumah...Terus terkontang-kanting aku sorang2 jaga api...Hahaha...

Selama hampir 2 jam jugak la proses membakar lemang ni...Sebabnya buluh lemang yang kali ni tebal...Kalau guna buluh yang nipis, sekejap je lemang dah masak...

Mesti ada yang pelik sebab apa famili aku bakar lemang kan? Jangan kata raya, puasa pun belum lagi...Bakar lemang ni sebenarnya dah jadi tradisi famili aku...Lebih2 lagi kalau ada kenduri yang agak besar dan untuk menyambut bulan Ramadhan dan Syawal...

Hampir 2 jam aku bertarung dengan api...Panasnya, dah macam duduk dalam sauna je...Dengan api yang menyala dan bara2...Terus terfikir macam mana la agaknya panas api neraka...Kiranya dalam membakar lemang ni, keinsafan pun datang...Hehehe...

Bila lemang dah siap dibakar, aku rasa la sikit..Not bad...Terer jugak aku jaga api...Terpuji diri sendiri pulak...Hahaha...Dengan baju yang dah basah akibat peluh daripada bahang api tadi, aku pun balik...

Penatnya menjaga api lemang...Tapi rasa puas bila dapat rasa hasilnya dan tengok orang berpuas hati dengan hasil lemang yang dibakar tu...Memang BEST! Tapi semalam, disebabkan penat aku tertidur...Kesian My Sayang....

Wassalam...

*Sayang, sori tau! Tak tahu pulak bakar lemang sorang2 ni rupanya penat...PEACE!

Lemang...Makanan tradisi orang Melayu...



Ragam Budak Praktikal

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hampir semua syarikat tak kira swasta mahupun kerajaan mengambil pelajar2 dari kolej dan universiti di seluruh pelosok negara untuk menjalani praktikal ataupun latihan industri...

Bagi yang bernasib baik tu, dapat la elaun...Malah, ada yang dapat tempat tinggal percuma lagi..Mana yang tidak bernasib baik tu tak dapat apa2 waima duit poket pun...Takpe la, yang penting dapat sesuatu yang lebih berharga iaitu pengalaman...

Kat office aku pun ada ambil pelajar2 praktikal...2 lelaki dan 2 perempuan...Yang 2 orang perempuan ni masuk awal sikit..Jadi diorang sempat la join aku dan lain2 masa shooting hari tu...

Jadi, bila dah ramai2 dalam office ni, macam2 perangai aku dapat tengok...Ada yang suka bertanya, ada yang emo (sikit2 nak marah), ada yang happy go lucky dan ada yang pendiam (buat kerja sendiri)...

Pengambilan budak2 praktikal ni semuanya aku yang kena uruskan...Ingatkan untuk pengambilan je...Sekali bila diorang semua dah masuk, aku kena bertindak sebagai supervisor diorang pulak...

Tiap2 hari aku kena supervise diorang...Kadang2 pening jugak...Time2 aku nak buat kerja, time tu la diorang datang bertanya...Ada yang minta aku check kan kerja diorang pun...Takpe, layan je...Lagi pun diorang ada kat sini cuma dalam 2 bulan...

Sementara diorang semua kat sini, aku pun boleh belajar sesuatu daripada diorang...Omputih kata sharing is caring...Hehehe...Disebabkan jarak umur kitorang tak la jauh mana, so banyak jugak la pengetahuan yang boleh dikongsi...Aku pulak banyak berkongsi pengalaman...Pengalaman bekerja dan pengalaman sewaktu aku praktikal dulu...

Kejap tadi baru je datang seorang budak praktikal kat meja aku...Mintak signature...Rasa macam artis pulak...Hahaha...Sebenarnya pengesahan laporan...Tapi tetap kena sign...Hehehe...

Walau bagaimanapun, kehadiran budak2 praktikal ni dapat la juga menceriakan suasana kat office yang selama ni suram...Maklum la, kat office aku ni kebanyakan pekerjanya orang tua...Sikit2 cerita pasal politik...Pening kepala aku nak melayan...Huhuhu...

Wassalam...

Kanak2 riang di office







Khamis, 5 Julai 2012

Menuju ke alam perkahwinan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila bercakap soal kahwin, biasanya isu ni menjadi topik perbualan yang hangat...Topik kahwin bukan sahaja melibatkan golongan dewasa....Malah, golongan remaja pun ada yang dah berfikir ke arah tu...Perancangan pada masa hadapan la katakan...Hehehe...

Biasanya kalau naik motor, bila pecut laju sikit, kawan yang membonceng kat belakang mesti bising..Antara dialog yang biasa kedengaran ialah "Weh, bawa slow2 sikit! Aku tak kahwin lagi"...Sama la jugak kalau tengah memandu kereta pun...Mesti dialog yang sama juga yang keluar...Betul tak?

Dalam usia aku yang sekarang ni, ramai kawan aku yang dah berkahwin...Kawan baik aku yang sama2 main bola untuk team sekolah dulu pun dah kahwin...Malah, ada kawan aku yang dah ada anak 3 pun...Tu yang aku tahu sepanjang tahun lepas la...Tahun ni tak tahu lagi kot2 ada tambah lagi sorang ke...Kalau ada, Alhamdulillah....Rezeki tu...

Tak dinafikan ramai yang dah bertanya soal kahwin kat aku...Soalan ni popular sejak aku bergraduat dari salah sebuah universiti pada tahun lepas...Kalau aku pergi ke majlis perkahwinan, lagi teruk la aku kena asak dengan soalan ni walaupun ada yang bertanya sekadar untuk bergurau je...*Gurau2 pun kadang2 pedih jugak...Huhuhu...

Aku dulu pernah juga terfikir pasal kahwin...Sebenarnya, sekarang pun ada terfikir untuk ke arah tu...Hehehe...Aku pernah target untuk kahwin pada usia 25 tahun...Kira nak ikut sunnah la...Rasulullah S.A.W kan kahwin pada usia 25 tahun...

Tapi kalau nak kahwin kena la ada pasangan kan? Jangan jadi macam seorang perempuan yang kat China...Boleh pulak dia kahwin sorang2...Al kisahnya sebab dia dah hilang percaya pada kaum lelaki...Mungkin sebab pakwe2 dia sebelum ni berlaku curang kot...

Alhamdulillah, aku dah jumpa dengan perempuan yang aku sayang dan cinta...Dialah yang menjadi pilihan aku...She is My Sayang...Bila dah ada kekasih ni,  memang aku nak bawa hubungan ni ke peringkat yang seterusnya iaitu menjadi kekasih halal (kahwin)...

Tapi aku tak boleh la suka2 je buat keputusan nak kahwin...Kena dapatkan persetujuan daripada famili juga...Minta pandangan diorang...Yang paling penting, My Sayang sendiri kena la setuju...Jadi, itulah yang aku dan dia  sedang buat iaitu berbincang...

InsyaALLAH, My Sayang akan sambung pengajiannya ke peringkat Degree kemungkinan besar dalam bulan 9 ni...Jadi, mungkin dia terpaksa buat keputusan yang sukar untuk bergelar pelajar dan pada masa yang sama isteri orang...Hmmm...

Sememangnya aku dah bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan...Cuma yang menjadi masalahnya sekarang ialah faktor kewangan...Aku memang sedang sibuk mengumpul duit untuk merealisasikan hasrat aku pada masa yang sama, menanti My Sayang...

InsyaALLAH, andai ada jodoh, pasti tak ke mana...Hanya mampu berdoa setelah berusaha...Harap2 My Sayang adalah wanita terakhir dalam hidup aku...InsyaALLAH, aku sasarkan dalam tempoh 2 tahun dari sekarang...

Wassalam...

*To My Sayang, jom kita sama2 berdoa agar jodoh kita kuat dan dapat menjadi KEKASIH HALAL bila tiba masanya nanti...Abang CINTAKAN Sayang dengan sepenuh hati Abang...Abang akan tempuh segala halangan dan ujian demi hubungan kita...Abang harap Sayang pun macam tu juga...Semoga hubungan kita diberkati oleh-Nya...Amin...


2 tahun dari sekarang...InsyaALLAH...

Rabu, 4 Julai 2012

Usia

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Usia atau dalam bahasa mudahnya umur merujuk kepada tempoh masa seseorang lahir dan hidup di dunia...Daripada usia, wujudlah beberapa peringkat iaitu bayi, kanak2, remaja, dewasa dan tua...

Dalam dunia ni, ada pelbagai ragam manusia...Ada yang berfikiran terbuka, sempit dan lain2 lagi...Kalau yang berfikiran terbuka, mereka tak kisah untuk memberitahu usia mereka apabila ditanya oleh seseorang...

Aku sendiri pun tak faham bila ada je orang yang seboleh2nya nak mengelak bila orang tanya tentang usia...Artis biasanya antara golongan yang sering merahsiakan usia mereka...Bimbang dicop tua kot...

Bila dah nama pun manusia, tentu ada masa kita akan mengagak usia seseorang hanya dengan melihat wajah atau perawakan seseorang...Ada masa tekaan tu betul dan adakalanya silap...

Beberapa minggu lepas, aku dan My Sayang keluar bersama...Bila dah masuk waktu Zuhur, kami pun singgah solat di sebuah masjid di  Bangsar...

Seperti biasa, aku akan siap solat dulu...My Sayang  siap agak lewat sikit...Biasa la, perempuan...Nak solat kena pakai telekung dulu...Bila dah siap solat, kena lipat telekung then betulkan tudung, tengok2 cermin dan lain2 lagi la...Apa yang lain2? Hanya diorang je yang tahu...Hahaha...

Nak dijadikan cerita, sedang aku menunggu My Sayang kat perkarangan masjid, datang seorang perempuan bertudung labuh lalu menyapa aku..."Pak cik, tempat wuduk perempuan kat mana?"...Aku agak terkejut jugak la...Bukan terkejut dengan soalan dia tapi terkejut dengan panggilan dia ke atas aku iaitu 'pak cik'...Huhuhu....Aku baru je 24 tahun kot...

Nak kata aku ni nampak tua sangat tak la...Cuma time perempuan bertudung labuh tu tegur aku, aku masih dengan kopiah kat atas kepala dan penampilan aku yang berjanggut...Adakah sebab tu dia terus panggil aku pak cik? Hmm...

Lepas My Sayang siap solat, aku pun cerita kat dia pasal peristiwa tadi tu...Dia terkekek2 je gelak...Yang kes My Sayang ni lain pulak...Mesti kalau sesiapa tengok dia orang akan cakap dia lebih muda daripada usia sebenar...Untung la...

Aku ni pulak kalau pergi je mana2, tak pernah la orang cakap usia aku tepat...Mesti lebih tua daripada usia aku sebenar...Paling muda orang teka usia aku 25 tahun...Tetap tua jugak walaupun setahun...Tekaan usia aku yang paling tua jangan cakap la...Ada yang cakap usia aku 28...Tapi kalau nak ikut majoriti, ramai yang teka umur aku 26 tahun...

*Hey, I'm just 24 la !!!....Huhuhu....

Wassalam

She and me

Isnin, 2 Julai 2012

Char Kuey Teow Peluh

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni aku nak kongsi sikit pengalaman aku sewaktu nak membeli makan malam semalam...Aku bersama kakak, abang ipar, adik dan 2 orang anak buah aku makan di restoran WARISAN bertempat di Putrajaya...

Kalau sesiapa yang familiar dengan Putrajaya mesti tahu tempat ni kat mana... Dalam pada nak order makanan, tiba2 aku terpandang menu BAKSO...Aku tak la minat sangat bakso tapi tiba2 je rasa nak cuba, then aku buat keputusan untuk order...

Aku pun pergi ke kedai yang dimaksudkan lantas order bakso...Tapi si tukang masak a.k.a pelayan ni cakap dah habis...Aku pun tanya apa je yang ada lagi...Dia pun cakap Char Kuey Teow...Aku tengok orang dah ramai yang beratur... Dalam hati aku terdetik, "sedaplah kot kalau dah ramai yang beratur". Aku pun order...

Nak dijadikan cerita sambil aku menunggu giliran, aku duk perhatikan si tukang masak ni...Lelaki dan berusia dalam awal 30-an...Sambil memasak, dia tak pakai topi pun...Aku okey lagi..Dalam aku duk tengok setiap pergerakan dia, aku nampak dia amik kuey teow dengan tangan kiri dia..

Mata aku masih memerhatikan si tukang masak...Sambil tangan kanan dia menari-nari dengan senduk, tiba2 aku ternampak tangan kiri dia kesat peluh yang ada kat dagu dan sekitar pipi dia...Yup kesat peluh TANPA sebarang alas atau lapik...Baru tadi aku ternampak dengan tangan kiri tu la dia masukkan kuey teow...Tekak aku dah mula kembang...

Kemudian, dia buka kuey teow dari paket baru dan terus masukkan ke dalam kuali...Ha! 1 lagi pembuktian yang dia tak basuh kuey teow tu sebelum dimasukkan ke dalam kuali...Aku mula pandang2 pelanggan lain yang setia menunggu...Aku pun bergerak ke depan dan mula memanggil si tukang masak...

"Bang, cancel!" tu dialog aku...Tapi si tukang masak ni tak dengar...Aku terpaksa kuatkan suara untuk batalkan order aku tadi...Dia cakap char kuey teow aku dah siap...Aku suruh je dia bagi kat orang lain yang tengah ramai menunggu...Dengan tak tunggu reaksi daripada dia aku pun blah...Aku lebih rela tak makan daripada makan makanan yang tak bersih...Angkuh tak ayat aku? Hahaha...

Tapi lepas tu aku pun ke kedai lain dan order nasi goreng kampung...Nasib baik la aku ni tak memilih sangat kalau bab makan...Kalau nak makan sesuatu tu tak dapat, aku boleh je tukar ke menu lain...Sebab ada sesetengah orang ni, kalau dia nak makan satu2 jenis makanan ni, memang menu tu la yang dia akan cari sampai dapat...

Kesimpulannya, kalau nak makan tu pastikan pilih kedai dan tinjau2 la tahap kebersihan sesuatu premis...Maklumlah, ada peniaga yang hanya memikirkan keuntungan....Kalau tersalah makan boleh buat kita jadi sakit seperti keracunan makanan dan lain2 lagi...Lebih baik lagi kalau makan makanan yang dimasak sendiri di rumah...Confirm tahap kebersihannya tip-top...

Wassalam...

Kalau lapar sangat pun, cari la tempat makan yang bersih...
Jangan diikutkan nafsu sangat...Apa salahnya bersabar?
Ni la contoh Char Kuey Teow...Nampak macam sedap kan?
Tapi biarlah persekitaran restoran atau premis yang menyediakannya bersih dan dijamin halal...




Ahad, 1 Julai 2012

Aku? Zombie?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama jemari aku tak menari kat ruangan blog ni...Sebabnya aku baru je balik dari shooting...Lokasinya adalah di sekitar Melaka dan Negeri Sembilan...

Pada shooting kali ni, posisi aku adalah sebagai Assistant Director atau singkatannya, AD...Posisi yang kalau boleh ramai yang nak mengelak...Termasuklah AKU...

Sebabnya, semua hal pra produksi dan pasca produksi nak kena setelkan...Pendek kata, AD adalah tulang belakang di sebalik kejayaan sesuatu program...

Dan bila menjadi AD dan bekerja dengan pelakon dan krew produksi yang lebih senior membuat aku berasa sedikit rendah diri...Mujurlah mereka tak lokek ilmu dan banyak membantu...

Menjadi seorang AD membuatkan aku tak pernah cukup tidur...My Sayang kata aku hidup dah macam ZOMBIE...Habis je shooting dalam satu2 hari tu, aku la yang akan tidur paling lewat dan akulah yang akan bangun paling awal...Semuanya AKU...

Belum lagi dengan TEKANAN ketika di set dan hal2 yang berkaitan...Kalau ada masalah, pasti aku yang dicari dan akulah yang kena setelkan masalah tu...

Dalam sehari aku cuma tidur 2-4 jam je...Sedangkan ketika aku berjaga, orang2 lain sedang nyenyak tidur...Selama seminggu lebih aku macam tu...

Sekarang, shooting dah berakhir...Aku agak lega sikit...Semalam, aku BALAS DENDAM...Lepas je subuh, aku sambung tidur semula..Dekat2 pukul 11 jugak la aku bangun...Hehehe...

*Jangan lupa saksikan telemovie yang baru je lepas aku shoot ni...Tayangan dijangka pada malam kita menyambut Hari Kemerdekaan untuk tahun ini... :)

Wassalam...

Ni la contoh Zombie...Nampak macam teruk je kan?Hehehe