Isnin, 16 Julai 2012

Kesakitan itu suatu pengajaran

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ini, sudah genaplah seminggu aku terlibat dalam kemalangan...Berbalik kepada peristiwa pada hari itu, sesudah menyempurnakan tugas, aku pun menunggang balik ke rumah...Di pertengahan jalan, hujan mulai turun...Daripada rintik2 kemudian terus bertukar menjadi renyai2...

Sejak menunggang motor baru, ini adalah kali pertama aku menunggang pulang ke rumah pada waktu malam...Kira2 lepas Isyak...Aku mula memecut...Satu-persatu kenderaan baik motor, kereta, bas mahupun lori aku potong...

Niat di hati bukan nak kejar apa...Cuma berharap tak basah lencun ditimpa dek hujan yang mulai turun  dengan kasar...Sampai di suatu jalan yang sedang dalam pembinaan, aku sedar aku terpaksa melalui 3 jambatan yang lantainya diperbuat daripada besi...

Jambatan pertama aku lalu tanpa ada apa2 halangan namun apabila sampai di jambatan kedua, terasa diri seperti melayang...Sedar2, aku telah berada di tengah2 jalan...Dengan tangan dan kaki kanan menjadi pelindung kepada anggota2 badan yang lain...

Aku rebah...Sambil motor menghempap seluruh anggota kanan aku...Dengan daya yang masih tersisa, aku bangun...Beg laptop aku capai dahulu sebelum memegang handle dan menolak motor ke tepi jalan...Sedang aku menolak motor, datang sebuah lori dari hadapan...Mujur, pemandunya sempat memperlahankan lori tersebut...

Aku terus menunggang dalam kesakitan...Tapak tangan yang sudah berdarah menghalang aku menunggang dengan baik...Cuma dua jari yang dapat digunakan untuk memulas minyak bagi menggerakkan motor...Jikalau tadi aku menunggang laju, melebihi 100km/j, kini aku hanya menunggang dengan kelajuan 60 km/j...

Setibanya di rumah, emak terkejut melihat aku masuk dalam keadaan terhincut-hincut...Baru aku perasan seluar yang aku pakai tadi telah koyak...Aku menukar pakaian...Kemudian, aku dihantar ke hospital...Di wad kecemasan, tekanan darah aku diperiksa...

Lalu aku dibawa oleh emak untuk mendaftar...Kemasukan aku menjadi perhatian penghuni hospital...Ada yang memandang tepat malah ada yang mengerling ke arah aku duduk...Aku cuma duduk diam sambil menahan kesakitan...Belum pernah aku memakai seluar pendek di hadapan umum..."Takpe, darurat"-Kata emak...

Sejam lebih aku menanti...Darah di tapak tangan dan kaki mulai kering...Setelah dipanggil doktor, aku diperiksa...Aku disuruh ke bilik X-ray...Kaki aku tidak dapat lagi melangkah...Doktor menasihatkan supaya aku duduk di atas kerusi roda dengan emak menolak dengan setia...

Keputusan X-ray menunjukkan tiada tulang aku yang patah...Yang kelihatan adalah tempurung lutut kedua-dua kaki yang bengkak...Kemudian, aku ke bilik untuk mencuci luka...Seorang pembantu doktor berjantina lelaki telah menanti...

Aku mula dicucuk di bahagian bahu...Kemudian, dia menyuruh aku meniarap...Tiba2 dia meminta aku melondehkan seluar...Rupa2nya di bahagian punggung juga perlu dicucuk...Aku melondehkan seluar walau tanpa rela...Huhuhu...

Kemudian, luka mula dicuci...Disebabkan luka telah kering, dia mencuci dengan kasar...Terasa ingin menjerit tetapi aku menahan...Sambil mengetap bibir, aku melihat sahaja segala perbuatan dia terhadap aku...Cebisan kulit2 aku yang terkoyak direntap dengan kasar ibarat mengoyak sekeping kertas...Aku hanya menahan kepedihan, berharap agar proses mencuci luka tersebut segera tamat...

Setelah mengambil ubat, aku pun dibawa pulang ke rumah...Aku diberi cuti selama dua hari dan mendapat lanjutan dua hari lagi...Semuanya berjumlah 4 hari...Pada malam itu, aku tidak dapat tidur dengan lena...Hampir setiap jam aku terjaga kerana luka di tangan dan kaki berdenyut2...Dalam kotak fikiran aku berfikir, mungkin inilah pembalasan akibat menunggang dengan laju...

*Semoga kejadian ini menjadi pengajaran buat kau (pembaca) dan aku...


Wassalam...
Papan tanda yang mempunyai 1001 makna...



Motosikal milik aku...(sebelum kejadian)



Tiada ulasan:

Catat Ulasan