Isnin, 23 Julai 2012

Ramadhan Ya Ramadhan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni merupakan hari ketiga kita semua berpuasa...Pastinya ramai yang berasa gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan...Tak lain tak bukan kerana Ramadhan bulan yang setiap AMAL KEBAIKAN akan berlipat ganda dari segi pahalanya...

*Yang BESTnya...


Maka, berlumba-lumbalah mereka yang beriman untuk melakukan amal ibadah...Kalau bulan2 biasa, ada yang amalnya hanya biasa2 sahaja, namun bulan ini seolah2 berlaku suatu revolusi untuk memperoleh pahala semaksimum mungkin...

Antara aktiviti yang biasanya dilakukan apabila tibanya Ramadhan ialah tadarus Al-Quran, solat sunat dan lain2 lagi...Pendek kata, bulan ini juga adalah peluang untuk kita meningkatkan KECINTAAN kita kepada Allah S.W.T...

Pada waktu petang, ramai yang berjalan di bazar2 di sekitar taman perumahan masing2 hanya untuk membeli juadah berbuka...Waktu2 macam ni la, pelbagai menu yang tak pernah kita jumpa, kita akan jumpa...Ada nama pelik2  yang diberi oleh penjual makanan tersebut...

Perkara yang paling menarik ialah surau2 atau masjid2 akan menjadi PENUH...Sampaikan ada surau atau masjid yang terpaksa membentang tikar tambahan kerana jumlah jemaah yang terlalu ramai...Terasa meriahnya Solat Terawih...

*Yang TAK BESTnya...


Malangnya, keindahan dan kesucian bulan Ramadhan diragut oleh mereka yang masih meneruskan aktiviti yang tidak bermanfaat seperti bersosial dan lebih teruk lagi, masih melakukan maksiat...NAUZUBILLAHIMINZALIK!

Di bazar Ramadhan pula, ada peniaga yang tidak jujur...Mereka hanya memikirkan keuntungan semata-mata...Sehinggakan terlupa untuk beribadah kerana terlalu mengejar wang ringgit...Pembeli juga tak ketinggalan...Ada yang membeli-belah mengikut NAFSU...Membeli makanan dalam jumlah yang banyak akhirnya tak dapat menghabiskan makanan tersebut...MEMBAZIR!

Masjid ketika Solat Terawih memang penuh...Namun, malangnya perkara ini tidak kekal...Ada yang berpendapat, berakhirnya Ramadhan menandakan berakhirnya episod mengimarahkan surau mahupun masjid...Kenapa begitu? Mungkin sebab pahala pada bulan2 lain tak berganda seperti Ramadhan kot...Alangkah sedihnya kalau ada yang berfikiran sedemikian...

Kesimpulannya, TEPUK DADA TANYA IMAN...Bulan Ramadhan sebenarnya merupakan titik tolak kepada kita untuk melakukan perubahan...Kalau dulu amal yang kita lakukan sedikit, kita cuba gandakan...Sesungguhnya seseorang yang memperoleh KEMANISAN IMAN ialah mereka yang sentiasa suka melakukan amal ibadat...Apabila telah memperoleh kemanisan iman, insyaALLAH, kita akan ISTIQAMAH untuk terus mengekalkan prestasi dalam mengejar AKHIRAT...

Wassalam...

*Pesanan untuk kau (pembaca) dan aku...:)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan