Khamis, 25 Oktober 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Esok merupakan perayaan kedua yang akan disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia...Perayaan tersebut ialah Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban...Berapa kali atau daaa...

Kalau nak cerita pasal peristiwa Hari Raya Aidiladha ni, rasanya korang semua dah tau pasal apa kot...Tapi aku tetap nak sentuh sikit iaitu tentang pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S...

Kepatuhan Nabi Ibrahim A.S kepada Allah S.W.T sangatlah dahsyat sehinggakan sanggup mengetepikan perasaan sayang terhadap anak sendiri sebelum akhirnya Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas...

Bila sebut pasal pengorbanan, agaknya apa pengorbanan yang telah kita lakukakan? Agak2 ada tak? Ke, orang lain je yang sentiasa berkorban untuk kita? Bila kena tang kita, kita buat dek je...Harap2 bukan macam tu la ye...

Hari ni, My Sayang telah melakukan suatu pengorbanan yang cukup besar bagi aku...Aku sendiri tak pernah jangka dia akan berkorban sampai macam tu sekali...Dia berkorban apa? Em, biar aku, dia  dan Allah sahaja la yang tau k?

Dalam kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di mana jua korang berada...Kepada yang memandu atau menunggang tu, hati2 la di jalan raya...Bukan ingat insan yang tersayang je, tapi ingatlah diri sendiri sekali...Hidup ini cuma sekali...

Kesimpulannya, semoga Hari Raya Aidiladha ni disambut dengan penuh pengertian...Jangan ingat nak makan daging je tau! Hehehe...

*To My Sayang, thanks for everything...:)

Jom ramai2 lapah daging esok? 

Selasa, 23 Oktober 2012

Solat: Perkara yang sering diremehkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama aku tak mencoret...Hari ni, aku nak bercerita sikit pasal tabiat orang kita dalam beribadat(solat)...Aku tak la layak sangat nak berbicara pasal ni...Tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman untuk dijadikan iktibar oleh kita semua...

Bila sebut pasal solat, ramai yang cakap senang je...Tapi berapa ramai yang buat? Di Malaysia yang lebih dikenali sebagai negara Islam, mengikut statistik lebih daripada 80% orang Islam yang tidak solat penuh 5 waktu untuk sehari...Sangat menyedihkan...

Kenapa? Entahlah...Mungkin sebab leka dengan hal duniawi...Ada orang yang belajar, tinggi ilmunya tentang agama tapi tak melaksanakan suruhan Allah pun...Sebab tu la bila ada ilmu, sepatutnya disertai dengan amal...

Biasanya kalau berjalan jauh, aku akan singgah di banyak tempat untuk bersolat...Kalau lebih 2 marhalah (90 km), boleh la solat jamak...Kalau tak, solat macam biasa je...Antara tempat yang popular, kat stesen minyak Petronas...Tu kalau dah tak jumpa masjid or surau terdekat la...Hehehe...

Aku nak cerita pasal pengalaman aku solat kat Masjid Putra (Putrajaya) pada minggu lepas...Aku singgah untuk solat Asar...Time tu dah dekat2 pukul 5...Aku masuk ke dalam dewan solat...Aku tengok ada orang berjemaah...Aku rasa nak join dorang...Tapi di sudut yang berlainan, ada orang lain yang sedang berjemaah jugak...Ah sudah!

Aku dah hairan dah...Jemaah yang tu solat apa? Jemaah yang lagi satu tu solat apa? Kalau nak tau, kes2 macam ni banyak berlaku di negara kita...Ada sampai 2-3 jemaah solat pada waktu yang sama di tempat yang sama...Walhal sepatutnya semua orang hanya boleh solat 1 jemaah je pada satu2 masa...Aku terus garu kepala...

Pengalaman lain, aku pernah solat kat surau daerah Kajang dan di KL...Disebabkan sampai sejurus selepas azan, aku berpeluang berjemaah kat situ...Suara imamnya punyalah sedap...Menusuk kalbu...Tapi yang tak bestnya, banyak hukum tajwid dan makhraj yang tergelincir...

Antara syarat2 utama menjadi imam haruslah tidak cedera bacaannya... Cedera bacaan bermaksud membaca beberapa surah dalam solat dengan tidak menepati hukum tajwid dan makhrajnya...Contohnya mad asli yang panjangnya 2 harkat dijadikan 4, 6 atau sebagainya...

Itu belum tengok lagi dengan hukum ikhfak, izhar, iqlab, mad wajib muttasil dan lain2 lagi...Adakalanya terdapat orang yang tak boleh bezakan antara huruf 'alif' dan huruf 'ain'...Dua huruf tu boleh pulak bacaannya sama je...Kalau dah baca pun salah, kekhusyukan makmum mula hilang...Agak pelik jugak macam mana mereka boleh jadi imam tetap dengan bacaan yang sedemikian rupa...

1 lagi, seringkali kita lihat, bila time orang kita mengambil wuduk, air yang dipasang bukan main laju lagi...Dah macam air terjun pun ada...Sepatutnya buka air perlahan je...Cukup sekadar untuk mengalirkan air ke tempat2 yang ingin diratakan air ke atasnya...Hal ini juga dapat mengelakkan pembaziran...Tapi jangan la buka paip tu terlalu kecil sampai dah ramai orang queue kat belakang...

Ada lagi 1 peristiwa, hal ni terjadi kat kampung aku sendiri...Kat kampung aku, setiap kali solat jumaat, ada la bilangan jemaah dalam 12-15 orang pada satu2 masa...Kalau ada ceramah or bacaan yaasin ke, lebih ramai la lagi...

Biasanya orang kampung aku ke masjid dengan menaiki motor...Mana yang rumah dekat2 situ, ramai yang jalan kaki je la...Majoriti orang kampung yang solat kat masjid datang berkain pelikat...Cuma yang tak bestnya ialah bila waktu diorang datang or nak balik dari masjid...

Sebabnya, bila naik motor, habis kain pelikat diselak sampai nampak lutut...Ada yang siap nampak peha lagi...Hal tu bukan terjadi dalam kalangan jemaah biasa je, malah pak imam pun terbabit sama...Kadang2 depan jemaah perempuan pun selamba je diorang tayang lutut dan peha...Mungkin diorang tak perasan akan hal tu kot...Nak tegur, macam susah sebab semua tu kebanyakannya orang2 veteran...Huhuhu...

Bila time solat Jumaat pulak, selesai je imam bagi salam, berduyun-duyun jemaah yang bangun dan terus berjalan keluar dari masjid...Dari umur yang muda sampai la ke tua...Apa la salahnya berdoa dulu? Rasanya banyak je yang kita nak minta daripada Allah...Jangan hanya berdoa apabila dilanda kesusahan je...

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga adab dan etika bukan sahaja ketika bersolat, bahkan sebelum dan selepas solat...Apabila semuanya terjaga, barulah sempurna solat kita...Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya kita ambil mudah...Setiap kali lepas solat, rajin2lah berdoa...Tak perlu nak SOMBONG dengan Allah...Semoga coretan aku kali ini menjadi iktibar buat aku dan korang semua...Mana yang baik kita jadikan tauladan, mana yang buruk kita jadikan sempadan...

Wassalam...

Umat Islam akan bertambah kuat kalau
jemaah solat Subuh ramainya seperti ketika solat Jumaat


Rabu, 3 Oktober 2012

Jangan pandang rendah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entry aku kali ni berkisar kepada kisah manusia yang sering memandang rendah kepada orang lain... Hal ni terjadi kepada aku sendiri...Kejadiannya adalah pada 23 September lepas...

Ceritanya macam ni...Aku dan kawan2 joined pertandingan futsal pada tarikh yang aku sebut tadi...4 team termasuk team aku diletakkan dalam 1 kumpulan...Hanya juara dan naib juara yang akan layak ke pusingan kedua...

Perlawanan pertama kami kalah 4-1...Sebenarnya team lawan tak la kuat mana pun...Kami yang main berterabur...Takde sistem...Memang patut kalah...

Salah satu daripada team yang ada dalam kumpulan kami tak datang...Jadi, sesiapa yang melawan mereka akan mendapat kemenangan percuma iaitu 3-0...

Seterusnya, team yang satu lagi menentang team yang dapat mengalahkan kami 4-1 tadi...Kami menonton perlawanan tersebut...Keputusan perlawanan antara diorang adalah seri...Jadi, perlawanan seterusnya, kami perlu menang untuk layak ke pusingan kedua...Seri akan mengakibatkan kami tersingkir...

Team lawan kami yang seterusnya dilihat agak kuat kerana mampu seri dengan team yang membelasah kami sebelum tu...So, kami mengubah plan...Aku yang tadinya bermain sebagai defend berubah posisi kepada penyerang...

Sebelum perlawanan dimulakan, referee memanggil kapten bagi kedua2 pasukan...Aku berjalan dekat dengan referee...Tapi kapten team lawan hanya melaung dari jauh "Takpe ref, bagi diorang yang start dulu....Kitorang pilih tempat"...Katanya dengan nada sombong...

Aku diam dan malas nak panjang cerita, terima je...Kami memulakan kick off...Kalau dengan team sebelumnya, team lawan kami sekarang main bertahan dan man-marking...Tapi dengan kami, diorang main menyerang...Kadang2 hanya penjaga gol diorang je yang ada kat bawah...Yang lain semua dah kat atas...

Kami mendahului 2-0...Tak lama lepas tu diorang berjaya menjadikan kedudukan 2-1...Kami menggandakan serangan dan berjaya mendahului 4-1...Aku yang menjaringkan 2 gol keluar dengan digantikan teammate aku yang lain...

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 4-2...Kami berjaya melangkah ke pusingan kedua...Team yang tewas dengan kami tadi keluar dari court dengan rasa hampa...Ada riak2 penyesalan di wajah masing2...

Aku tersenyum melihat diorang...Bukan sebab team aku berjaya kalahkan diorang, tapi sebab kami semua berjaya menunjukkan keupayaan sebenar kami walaupun pada suatu ketika dipandang rendah oleh team lawan...

Kesimpulannya, jangan sesekali memandang rendah terhadap keupayaan orang lain...Kalau kita hebat, ada orang lain yang lebih hebat daripada kita...Kalau hebat mana pun kita, semua tu adalah milik Allah yang dipinjamkan sementara kepada kita...

Wassalam...





Kecewa tahap SUPER

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam ni aku pulang dengan kekecewaan setelah menghabiskan masa beberapa jam di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi...Sebabnya, bukan kerana N9 kalah...Tapi kerana permainan yang disajikan...TERUK...Memang patut kalah pun...Kalah pulak kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

Sepanjang perlawanan aku berdiri dek kerana jumlah penyokong yang terlalu ramai....Lebih dari jangkaan aku...Ingatkan dengan kehadiran jumlah penyokong yang lebih ramai daripada biasa mampu menyemarakkan semangat para pemain. Rupa2nya TIDAK...

Dalam masa hampir ke hujung perlawanan, ada beberapa penonton yang kurang ajar...Kenapa kurang ajar? Sebab diorang baling bom asap yang berwarna merah...Hampir sesak nafas aku dibuatnya...Ada sebilangan penyokong yang beralih tempat kerana tak tahan dek terhidu asap...

Tak lama lepas tu, ada pulak yang bakar bunga api...Bukan bunga api biasa, tapi bunga api yang besar...Percikannya hampir mengenai penonton2 yang lain...Akibatnya, ramai penonton yang marah dengan si pencetus percikan bunga api tadi...

Bila perlawanan tamat, aku bergegas ke tempat letak motosikal...Sebenarnya, tadi adalah kali pertama aku tunggang motor untuk ke stadium...Disebabkan jumlah penyokong sangat luar biasa, jadi aku mengambil masa untuk mendapatkan motor aku...

Selepas mendapatkan motor, aku menghidupkan enjin...Pertama kali aku terperangkap dalam kesesakan dengan menaiki motor...Bergerak pun hanya sedikit2...Jumlah motor2 lain di kiri kanan aku sangat banyak...Jaraknya pula sangat rapat...Agak lama aku berada dalam situasi tersebut...

Akhirnya, aku berjaya mengeluarkan diri dari kesesakan yang GILA...Aku pulang dengan melalui jalan lain...Setibanya di rumah, kaki aku berasa lenguh kerana terlalu penat berdiri dan terperangkap dalam kesesakan...

Penat yang sangat tidak berbaloi...Memang aku kecewa tahap super...N9 tersingkir daripada Piala Malaysia setelah 3 kali tidak pernah gagal melayakkan diri berturut2 di pentas perlawanan akhir...Takpelah, takde rezeki...Tahun depan cuba lagi...

Wassalam...

*KALAH atau MENANG, selamanya aku sokong N9...



Negeri tercinta...