Selasa, 23 Oktober 2012

Solat: Perkara yang sering diremehkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama aku tak mencoret...Hari ni, aku nak bercerita sikit pasal tabiat orang kita dalam beribadat(solat)...Aku tak la layak sangat nak berbicara pasal ni...Tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman untuk dijadikan iktibar oleh kita semua...

Bila sebut pasal solat, ramai yang cakap senang je...Tapi berapa ramai yang buat? Di Malaysia yang lebih dikenali sebagai negara Islam, mengikut statistik lebih daripada 80% orang Islam yang tidak solat penuh 5 waktu untuk sehari...Sangat menyedihkan...

Kenapa? Entahlah...Mungkin sebab leka dengan hal duniawi...Ada orang yang belajar, tinggi ilmunya tentang agama tapi tak melaksanakan suruhan Allah pun...Sebab tu la bila ada ilmu, sepatutnya disertai dengan amal...

Biasanya kalau berjalan jauh, aku akan singgah di banyak tempat untuk bersolat...Kalau lebih 2 marhalah (90 km), boleh la solat jamak...Kalau tak, solat macam biasa je...Antara tempat yang popular, kat stesen minyak Petronas...Tu kalau dah tak jumpa masjid or surau terdekat la...Hehehe...

Aku nak cerita pasal pengalaman aku solat kat Masjid Putra (Putrajaya) pada minggu lepas...Aku singgah untuk solat Asar...Time tu dah dekat2 pukul 5...Aku masuk ke dalam dewan solat...Aku tengok ada orang berjemaah...Aku rasa nak join dorang...Tapi di sudut yang berlainan, ada orang lain yang sedang berjemaah jugak...Ah sudah!

Aku dah hairan dah...Jemaah yang tu solat apa? Jemaah yang lagi satu tu solat apa? Kalau nak tau, kes2 macam ni banyak berlaku di negara kita...Ada sampai 2-3 jemaah solat pada waktu yang sama di tempat yang sama...Walhal sepatutnya semua orang hanya boleh solat 1 jemaah je pada satu2 masa...Aku terus garu kepala...

Pengalaman lain, aku pernah solat kat surau daerah Kajang dan di KL...Disebabkan sampai sejurus selepas azan, aku berpeluang berjemaah kat situ...Suara imamnya punyalah sedap...Menusuk kalbu...Tapi yang tak bestnya, banyak hukum tajwid dan makhraj yang tergelincir...

Antara syarat2 utama menjadi imam haruslah tidak cedera bacaannya... Cedera bacaan bermaksud membaca beberapa surah dalam solat dengan tidak menepati hukum tajwid dan makhrajnya...Contohnya mad asli yang panjangnya 2 harkat dijadikan 4, 6 atau sebagainya...

Itu belum tengok lagi dengan hukum ikhfak, izhar, iqlab, mad wajib muttasil dan lain2 lagi...Adakalanya terdapat orang yang tak boleh bezakan antara huruf 'alif' dan huruf 'ain'...Dua huruf tu boleh pulak bacaannya sama je...Kalau dah baca pun salah, kekhusyukan makmum mula hilang...Agak pelik jugak macam mana mereka boleh jadi imam tetap dengan bacaan yang sedemikian rupa...

1 lagi, seringkali kita lihat, bila time orang kita mengambil wuduk, air yang dipasang bukan main laju lagi...Dah macam air terjun pun ada...Sepatutnya buka air perlahan je...Cukup sekadar untuk mengalirkan air ke tempat2 yang ingin diratakan air ke atasnya...Hal ini juga dapat mengelakkan pembaziran...Tapi jangan la buka paip tu terlalu kecil sampai dah ramai orang queue kat belakang...

Ada lagi 1 peristiwa, hal ni terjadi kat kampung aku sendiri...Kat kampung aku, setiap kali solat jumaat, ada la bilangan jemaah dalam 12-15 orang pada satu2 masa...Kalau ada ceramah or bacaan yaasin ke, lebih ramai la lagi...

Biasanya orang kampung aku ke masjid dengan menaiki motor...Mana yang rumah dekat2 situ, ramai yang jalan kaki je la...Majoriti orang kampung yang solat kat masjid datang berkain pelikat...Cuma yang tak bestnya ialah bila waktu diorang datang or nak balik dari masjid...

Sebabnya, bila naik motor, habis kain pelikat diselak sampai nampak lutut...Ada yang siap nampak peha lagi...Hal tu bukan terjadi dalam kalangan jemaah biasa je, malah pak imam pun terbabit sama...Kadang2 depan jemaah perempuan pun selamba je diorang tayang lutut dan peha...Mungkin diorang tak perasan akan hal tu kot...Nak tegur, macam susah sebab semua tu kebanyakannya orang2 veteran...Huhuhu...

Bila time solat Jumaat pulak, selesai je imam bagi salam, berduyun-duyun jemaah yang bangun dan terus berjalan keluar dari masjid...Dari umur yang muda sampai la ke tua...Apa la salahnya berdoa dulu? Rasanya banyak je yang kita nak minta daripada Allah...Jangan hanya berdoa apabila dilanda kesusahan je...

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga adab dan etika bukan sahaja ketika bersolat, bahkan sebelum dan selepas solat...Apabila semuanya terjaga, barulah sempurna solat kita...Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya kita ambil mudah...Setiap kali lepas solat, rajin2lah berdoa...Tak perlu nak SOMBONG dengan Allah...Semoga coretan aku kali ini menjadi iktibar buat aku dan korang semua...Mana yang baik kita jadikan tauladan, mana yang buruk kita jadikan sempadan...

Wassalam...

Umat Islam akan bertambah kuat kalau
jemaah solat Subuh ramainya seperti ketika solat Jumaat


Tiada ulasan:

Catat Ulasan