Isnin, 30 Januari 2012

Motto hidup

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apakah itu motto? hmm...pastinya bukan 'motosikal' ataupun 'aji no moto' yang selalu digunakan sebagai salah satu bahan dalam masakan... ;P  Motto hidup ni kira macam prinsip dalam hidup seseorang la...lain orang, lain motto dan gayanya...misal kata ada orang yang memang tak suka orang yang tak menepati janji...memang dia akan hangin satu badan kalau berhadapan dengan sesiapa yang tak menepati janji..

Motto hidup aku ialah 'TETAPKAN MATLAMAT, BULATKAN TEKAD, USAHA SAMPAI DAPAT'...motto ni wujud apabila aku berada dalam tingkatan 5...masing2 harus tulis motto hidup sendiri kat profil masing2 kat majalah sekolah...puas jugak aku berfikir nak letak motto apa...dalam hal macam ni, aku agak serius sebab memikirkan ada beberapa ribu orang termasuk famili aku yang akan baca profil aku lebih2 lagi aku ni adalah orang yang agak dikenali di sekolah (bukan  bangga diri, tapi nak bagi tahu kenyataan)...huhuhu..

Aku pun rujuk la majalah2 sekolah yang lepas2...aku tengok motto dorang...macam2...ada yang lawak, ada yang serius macam aku jugak...contoh yang lawak, ' Aku hidup dalam blues, Saya hensem'..hahaha...maybe dorang main2 je atau sengaja, tu aku tak tahulah...sebab aku tak tanya pun dorang..hehehe..contoh yang serius pulak, 'Katakanlah kebenaran walaupun pahit'...dah masuk bab agama dah..tapi memang bagus kalau dijadikan pegangan hidup..contoh lain, 'Tiada kejayaan tanpa usaha'...

Nak mencari motto, aku fikir apa yang aku nak buat dan sejauh mana kesungguhan aku...jadi, terhasillah motto milik aku seperti yang kat atas...benar, itulah yang menjadi pegangan aku sekarang iaitu aku akan tetapkan sesuatu matlamat...kemudian aku akan bertekad untuk capai matlamat tersebut dan akan berusaha sampailah aku dapat merealisasikannya...InsyaALLAH, kalau kita bersungguh2 dalam apa yang kita lakukan, kita akan berjaya...tapi dengan izin Allah la sebab Dia adalah sebaik2 perancang...so, apa motto hidup korang? kalau yang dah ada, bagus la..tapi mana yang belum ada, sila2 la fikirkan..bukan apa, biar motto tu boleh menjadi dorongan kepada kita untuk beroleh kejayaan...

Sekian...

Kasih Ibu Bawa Ke Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni aku nak bercakap pasal ibu...ada orang panggil ibu, mak, mama...kalau nak western skit panggil mummy..kalau nak arab, panggil ummi..tapi tak kisah la...apa2 pun panggilan, tetap membawa erti yang sama..MOTHER...iaitu orang yeng bertanggungjawab melahirkan kita setelah mengandung selama 9 bulan 10 hari..yang normal la..kalau ada yang lahir cepat tu, tu sebab korang dah tak sabar nak lihat dunia..hehehe

Semalam aku ada terbaca surat khabar, kisah yang agak menyayat hati..iaitu tentang seorang ibu yang maut akibat dilanggar setelah keluar untuk mencari 2 orang anaknya yang bermain futsal..kejadian ni berlaku kat melaka..

Kisahnya bermula apabila si ibu ni risau anak2 dia belum balik daripada main futsal..hari pun dah semakin lewat, so dia buat keputusan untuk cari anak2 dia di gelanggang futsal..masa tu memang dah tgh malam..so, disebabkan risaukan anak2 dia, dia keluar dalam kegelapan untuk panggil anak dia ni balik..sedangkan waktu dia keluar mencari tu, anak2 dia memang dah ada kat dalam bilik masing2..sedang tidur..

Si suami hanya sedar akan ketiadaan isterinya pada jam 4:00 pagi..dia pelik sebab isterinya takde kat rumah..jadi, si suami pun keluar mencari...alangkah luluhnya hati seorang suami apabila dia mendapat tahu yang isterinya ditemui mati dalam sebuah longkang setelah dilanggar oleh sebuah lori...yang si pemandu lori ni melarikan diri setelah melanggar si ibu ni tadi..kira kes langgar lari la..alangkah KEJAMnya...

Benarlah, ibu antara orang yang paling mudah risau kalau tak dengar khabar berita daripada anak...kita sebagai anak, janganlah sesekali buat ibu bapa kita risau...ke mana kita pergi, beritahu mereka..bukanlah sukar untuk menjaga hati ibu bapa...kalau ibu bapa larang apa yang kita nak buat, tu tandanya sebab mereka sayangkan kita..tak nak sesuatu yang buruk menimpa kita...

Jadi, sayangilah ibu dan bapa kita sementara mereka masih lagi bernyawa..hargai pengorbanan mereka selama ini...jangan sesekali sakitkan hati mereka hanya dengan kedegilan kita...bagi yang sudah tiada ibu atau bapa atau kedua2nya sekali, sebagai anak doakanlah kesejahteraan mereka...sedekahkanlah surah Al-Fatihah atau Yaasin kepada mereka..kerana tiada apa yang boleh menjadi bekal di alam barzakh  dan akhirat melainkan 3 perkara iaitu ILMU yang bermanfaat, SEDEKAH dan amal jariah dan DOA anak2 yg soleh dan solehah...

Wassalam...

Sayangi dan hargailah ibu ketika hayatnya masih ada.
Andai dia sudah pergi, panjatkanlah doa untuknya.



Sabtu, 28 Januari 2012

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali

Assalamualaikum...

Pernah dengar tak ayat macam tajuk kat atas ni? Siapa yang cakap tak pernah tu nampak benar menipunya..hehehe..Sekurang-kurangnya mesti pernah dengar sekali seumur hidup...Pernah terfikir tak apa maksud kata2 kat atas ni? Mungkin ada yang pernah mungkin ada yang malas nak fikir pun..tapi takpe..

Meh sini aku bagi tau...buat baik berpada2 tu maksudnya, kita boleh buat baik dengan sesiapa tapi haruslah berpada2..benda ni pernah berlaku kat aku..aku bagi contoh..dulu masa aku kerja sementara sambil2 tunggu panggilan ke IPTA, aku ada kerja kat 1 shopping complex ni..

Ex classmate aku kebetulan sama tempat kerja dengan aku..tapi kitorang ditempatkan kat department yang berlainan..tempat kerja tu terletak tengah2 antara umah aku dengan dia..mula2 aku tolong jemput dia dari rumah untuk ke tempat kerja n hantar dia balik lepas habis kerja..kira aku dah lalu kat tempat kerja, tapi aku still kena teruskan perjalanan untuk jemput dia...perkara tu berlaku dalam sebulan jugak la..

Ada jugak kawan2 aku yang lain marah sebab dorang cakap, aku baik sangat sampai nak menjemput bagai..sepatutnya biarkan dia berdikari..dah la duit minyak sikit pun tak sumbangkan..dorang cakap aku dah macam driver even aku naik motor je..hehehe..bukan apa, aku ni jenis mudah simpati kat orang..sampai la pada 1 hari, aku dengan kawan aku ni ada berselisih faham..

Situasinya macam ni, lepas je waktu kerja, aku ada hal nak kena selesaikan..dia ni sibuk nak balik dengan aku jugak wal hal ada je bas yang kalau dia naik, terus berhenti dekat2 dengan rumah dia..aku ajak dia ikut, dia tak nak..

So, aku cakap dengan dia, "ko tunggu jap, aku ada barang nak beli"..masa tu kalau tak silap, aku nak beli kasut futsal..dia cakap, okey..dia tunggu..sedang aku mencari2 kasut futsal, tiba2 kawan aku ni tadi hantar mesej.."F, lama lagi ke?"..aku reply la "tak pasti, aku tengah cari kasut yang sesuai"..tak sampai beberapa minit aku cari, dia mesej lagi.."lama lagi ke F?" aku jawab.."sabar, aku tengah try kasut ni"..lepas tu dia mesej,  "okey, aku bagi masa 10 minit"..

Dapat je mesej tu, aku terfikir..dalam hati je la..ni apsal pulak sampai bagi aku masa bagai..siapa tumpang siapa ni? aku suruh balik naik bas tak nak..so, tunggu je la..lepas je aku bayar harga kasut tu, aku terus pergi kat motor, tempat yang kitorang janjikan..tapi kawan aku ni takde pun...puas aku call n mesej tapi takde balasan..so, aku decide untuk terus balik..dalam hati aku tak nafikan yang aku agak bengang jugak la..

Esoknya, kitorang jumpa kat tempat kerja..pagi tu aku tak jemput pun dia..tengah bengang la katakan..hehehe..so, bila jumpa, aku tanya dia.."apsal ko tak tunggu aku semalam"..dia balas, "ko lama sangat..jadi, aku balik naik teksi"..aku pikir dalam hati, mak ai, banyak pulak duit sampai naik teksi..

So, aku pun cakap.."kan aku ajak, ko tak nak ikut..aku pilih kasut, mesti la nak cari yang paling sesuai,..takpe la, lepas ni ko pergi je la kerja n balik pun sendiri" dia dah terdiam..tapi memang sejak tu dia pergi n balik kerja sendiri...boleh pun dia berdikari..tapi tak bermakna perkara tu buat hubungan kitorang tak baik..kitorang masih contact cuma jarang atas sebab kesibukan masing2..

Jadi, kesimpulannya nak buat baik tu boleh, tapi berpada-pada..jangan sampai orang pijak kepala..


Buat jahat jangan sekali pulak bermaksud jangan buat jahat walaupun sekali..sebab sekali je buat jahat, sampai bila2 orang akan ingat kejahatan kita walaupun banyak kebaikan dah kita buat..kenapa? entah la..mungkin manusia memang macam tu kot..10 kebaikan kita akan terhapus dengan 1 je kejahatan yang kita buat..so, sentiasa la berwaspada dalam buat sesuatu tindakan..

Ni semua mak aku yang pesan..tengah makan malam, tiba2 je mak aku buka citer pasal ni..aku pun dengar je la..tapi bila aku pikir balik, betul jugak cakap mak...benarlah kata orang, orang2 lama ni memang banyak pengalaman..terlebih dulu makan garam la katakan..hehehe..

Wassalam...

Buat baik berpada-pada

Buat jahat jangan sekali

Rabu, 25 Januari 2012

Perlawanan PANAS

Hari sabtu minggu lepas bersamaan dengan 21 Januari 2012 aku, satu2nya abg aku n satu2nya adik aku pergi la ke STAR (Stadium Tuanku Abdul Rahman) dengan harapan nak tengok team favourite aku, Negeri Sembilan vs Felda United. Akhirnya aku berjaya mempengaruhi abg n adik aku gi sama. Sebab mana la best pergi stadium tengok bola sorang2..baik duk umah kalau macam tu kan? siap boleh buat aksi kuak lentang sambil makan n minum ape saje yang ada kat umah tu..takde siapa nak marah kan?hahaha

Kat stadium, makanan yang paling popular adalah burger n kuaci..kalau minuman pulak, air botol atau air dalam bungkusan plastik yang biasa kita boleh dapat kat gerai2 tepi jalan atau pasar malam. aku tak pernah beli pun. tapi kalau orang yang pergi dengan aku tu beli, aku 'pau' je la... hahaha..lagi pun korang bayangkan la..burger tu bukanlah dimasak dengan sempurna pun..roti burger tu macam amik dari plastik n terus letak daging yang digoreng ala kadar n bungkus. takde sebarang sayur pun...

Kalau air pulak, minum air laici, rasanya macam minum air masak je..tawar giler..aku pun tak paham jugak kepada sesiapa yang beli makanan n minuman kat stadium ni..mungkin disebabkan terlalu lapar, terlalu dahaga sebab banyak kuar suara (kebanyakannya menjerit n mengutuk team pasukan lawan n tak ketinggalan, pengadil), hahaha..orang lain, bukan aku okey? em, 1 sebab lagi mungkin disebabkan harga burger n air tadi tak la mahal sangat. kira kalau budak sekolah pergi stadium tu pun mampu beli. burger biasanya dijual RM1.50, kuaci n air pulak hanya RM1..

Berbalik kepada topik perlawanan N9 dgn Felda, macam biasa, aku sampai lewat sikit. lagu negeri pun dah dimainkan..semuanya sebab tunggu abang aku sampai sebab dia bertolak dari KL. so, lepas je parking kereta, aku terus ke pintu utama macam yang dijanjikan dengan beberapa sepupu aku yang pastinya sama macam aku, sokong N9.

Sebagai adik yang baik, aku pun beratur untuk belikan tiket bagi pihak abang aku..haha..tiket aku, adik n sepupu2 aku siang2 lagi dah beli..so, lepas masuk dari pintu utama yang diawasi 'pak guard'2 yang setia menjalankan tugasnya, kitorang pun cari tempat duduk. nak cari tempat duduk bukanlah senang sebab datang pun dah lambat...so, sampai2 je, kitorang semua decide untuk tengok dari tingkat 1 je..masing2 berdiri sebab tempat duduk dah penuh...sebenarnya banyak lagi tempat duduk kosong tapi yang tinggal hanya kat kawasan belakang gol n tingkat 2..disebabkan nak feel lebih, kitorang duduk kat tengah2..

Dalam game 2 jugak menyaksikan penampilan pertama Shukor Adan merangkap kapten N9 untuk musim ni selepas diketepikan gara2 kecederaan. aku dah rasa happy sebab confirm game yang aku akan tengok ni lebih menarik dengan adanya dia. macam biasa, kedua2 pasukan saling menyerang...tapi N9 lebih banyak menyerang maybe sebab main di hadapan penyokong sendiri...

Dekat sudut stadium, Ultras Nogori memang setia bersorak dari awal game sampai la perlawanan tamat...kadang2 terpikir jugak aku, tak penat ke dorang ni menyanyi n melompat lebih daripada 90 minit...banyak giler stamina dorang..pak cik yang duduk dekat2 dengan aku boleh tahan jugak dengan sorakan n komen2 pedas dia...lagi2 bila pemain mula hilang bola n terlepas peluang menjaringkan gol..sesekali aku tergelak jugak la bila dengar pak cik tu bersorak..aku agak frust jugak la kalau tengok peluang menjaringkan gol disia2kan begitu saje..rasa macam nak masuk je dalam padang tu n tunjukkan cara sebenar nak jaringkan gol...ceewaaah..berangan..haha

Sebelum wisel penamat untuk separuh masa ditiupkan, situasi panas mula tercetus. pemain kesayangan N9 dan juga kebangsaaan, S. Kunalan ditendang oleh pemain Felda iaitu Farid Ramli...jadi, keadaan mula tegang..penonton mula bersorak, bising2 sebab pemain kesayangan dorang dikasari..pemain kedua-dua pasukan jugak saling tolak-menolak..tak ketinggalan dengan seorang pemain Felda iaitu bekas pemain kebangsaan n Selangor, Hardi Jaafar...dia yang dari bangku simpanan berlari masuk padang n mencetuskan pergaduhan yang lebih besar...aku tengok dengan khusyuk sekali..1st time aku gi stadium ada player gaduh2 ni..hehe..pengadil dah tak tentu arah..sekejap dia berlari ke arah pemain n sekejap lari ke arah pembantu pengadil..lepas tu, pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada kedua2 player ni tadi...

Babak kedua bermula, 10 lawan 10..aku agak excited nak tengok corak permainan kedua2 team yang hanya memiliki 10 pemain kat atas padang...kedua2 pasukan masih menyerang n sesekali bertahan...sehinggalah minit keberapa, aku pun tak ingat, si Hardi Jaafar ni dimasukkan...masuk2 je dia dah kena 'boo' dengan penyokong N9 (termasuk aku) haha..tapi sikit je la..aku malas nak korbankan suara aku..kang tak pasal2 suara aku bertukar macam suara penyanyi rock..haha..suasana jadi gamat bila N9 mendahului dengan gol dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Shahurain Abu Samah...sorakan dari pihak N9 pun bertambah kuat..

Game berakhir dengan keputusan 1-0..ada segelintir penyokong dah mula berjalan keluar stadium..tapi aku stay lagi..sebab biasanya para pemain N9 akan berjalan ke arah penonton n bertepuk tangan sebagai tanda berterima kasih..dalam pada para pemain saling bersalaman antara satu sama lain, tiba-tiba Jean Emmanuel Effa Owona iaitu pemain import N9 disepak dari belakang..cuba teka siapa yang sepak dia? cepat2...siapa dapat teka memang hebat...hmm..tak lain tak bukan Hardi Jaafar la..

Aku tak pasti apsal tiba2 dia mengamuk...maybe dia marah sebab effa pegang kepala botak dia tu..sensitif agaknya..haha..aku ingat drama gaduh2 ni dah habis, tapi si Hardi Jaafar ni boleh pulak naik ke tempat duduk penonton..siap bergaduh dengan penyokong N9...adoi..aku kt tepi padang dah garu kepala dah..ni tengok bola ke 'kick boxing'..suasana memang tegang..sampaikan pasukan keselamatan n FRU pun dah campur tangan...akhirnya, si Hardi ni berjaya dibawak turun..

Tapi dengar2 dalam masa penjaga gol Felda iaitu Hamsani Ahmad nak ke bilik persalinan, dia pulak hampir bergaduh dengan penyokong N9..Tu la pengalaman pertama aku tengok depan mata sendiri, player bergaduh sama sendiri kat dalam padang..tak pasal2 kena hukum n persatuan bola sepak pulak didenda..kan rugi tu?..

Kesimpulannya di sini, pemain bola sepak kita belum betul2 profesional..tu la akibatnya bila biarkan diri dikuasai oleh emosi sampaikan pemikiran jadi cetek..main bola bukan hanya nak pandai jaringkan gol atau ada banyak skill, tapi kena pandai kawal emosi..tu paling penting sebab pemain harus berdepan dengan provokasi pihak lawan n penyokong2 tuan rumah..kalau tak sabar, memang meletup! yang penyokong pulak, haruslah terima kalau pasukan yang disokong kalah...mana ada team atau pasukan yang menang setiap masa...lagi 1, memang best kalau kutuk orang...macam mana pulak kalau kita yang kena kutuk? so, jangan kutuk orang kalau diri sendiri tak tahan kena kutuk...nak kritik boleh tapi haruslah kritikan yang membina n gunakan saluran yang betul.. :)

Wassalam...
S. Kunalan
Hardi Jaafar (ketika bersama Selangor)
Hamsani Ahmad
(ketika bersama Selangor)