Isnin, 30 Januari 2012

Kasih Ibu Bawa Ke Syurga

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni aku nak bercakap pasal ibu...ada orang panggil ibu, mak, mama...kalau nak western skit panggil mummy..kalau nak arab, panggil ummi..tapi tak kisah la...apa2 pun panggilan, tetap membawa erti yang sama..MOTHER...iaitu orang yeng bertanggungjawab melahirkan kita setelah mengandung selama 9 bulan 10 hari..yang normal la..kalau ada yang lahir cepat tu, tu sebab korang dah tak sabar nak lihat dunia..hehehe

Semalam aku ada terbaca surat khabar, kisah yang agak menyayat hati..iaitu tentang seorang ibu yang maut akibat dilanggar setelah keluar untuk mencari 2 orang anaknya yang bermain futsal..kejadian ni berlaku kat melaka..

Kisahnya bermula apabila si ibu ni risau anak2 dia belum balik daripada main futsal..hari pun dah semakin lewat, so dia buat keputusan untuk cari anak2 dia di gelanggang futsal..masa tu memang dah tgh malam..so, disebabkan risaukan anak2 dia, dia keluar dalam kegelapan untuk panggil anak dia ni balik..sedangkan waktu dia keluar mencari tu, anak2 dia memang dah ada kat dalam bilik masing2..sedang tidur..

Si suami hanya sedar akan ketiadaan isterinya pada jam 4:00 pagi..dia pelik sebab isterinya takde kat rumah..jadi, si suami pun keluar mencari...alangkah luluhnya hati seorang suami apabila dia mendapat tahu yang isterinya ditemui mati dalam sebuah longkang setelah dilanggar oleh sebuah lori...yang si pemandu lori ni melarikan diri setelah melanggar si ibu ni tadi..kira kes langgar lari la..alangkah KEJAMnya...

Benarlah, ibu antara orang yang paling mudah risau kalau tak dengar khabar berita daripada anak...kita sebagai anak, janganlah sesekali buat ibu bapa kita risau...ke mana kita pergi, beritahu mereka..bukanlah sukar untuk menjaga hati ibu bapa...kalau ibu bapa larang apa yang kita nak buat, tu tandanya sebab mereka sayangkan kita..tak nak sesuatu yang buruk menimpa kita...

Jadi, sayangilah ibu dan bapa kita sementara mereka masih lagi bernyawa..hargai pengorbanan mereka selama ini...jangan sesekali sakitkan hati mereka hanya dengan kedegilan kita...bagi yang sudah tiada ibu atau bapa atau kedua2nya sekali, sebagai anak doakanlah kesejahteraan mereka...sedekahkanlah surah Al-Fatihah atau Yaasin kepada mereka..kerana tiada apa yang boleh menjadi bekal di alam barzakh  dan akhirat melainkan 3 perkara iaitu ILMU yang bermanfaat, SEDEKAH dan amal jariah dan DOA anak2 yg soleh dan solehah...

Wassalam...

Sayangi dan hargailah ibu ketika hayatnya masih ada.
Andai dia sudah pergi, panjatkanlah doa untuknya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan