Rabu, 25 Januari 2012

Perlawanan PANAS

Hari sabtu minggu lepas bersamaan dengan 21 Januari 2012 aku, satu2nya abg aku n satu2nya adik aku pergi la ke STAR (Stadium Tuanku Abdul Rahman) dengan harapan nak tengok team favourite aku, Negeri Sembilan vs Felda United. Akhirnya aku berjaya mempengaruhi abg n adik aku gi sama. Sebab mana la best pergi stadium tengok bola sorang2..baik duk umah kalau macam tu kan? siap boleh buat aksi kuak lentang sambil makan n minum ape saje yang ada kat umah tu..takde siapa nak marah kan?hahaha

Kat stadium, makanan yang paling popular adalah burger n kuaci..kalau minuman pulak, air botol atau air dalam bungkusan plastik yang biasa kita boleh dapat kat gerai2 tepi jalan atau pasar malam. aku tak pernah beli pun. tapi kalau orang yang pergi dengan aku tu beli, aku 'pau' je la... hahaha..lagi pun korang bayangkan la..burger tu bukanlah dimasak dengan sempurna pun..roti burger tu macam amik dari plastik n terus letak daging yang digoreng ala kadar n bungkus. takde sebarang sayur pun...

Kalau air pulak, minum air laici, rasanya macam minum air masak je..tawar giler..aku pun tak paham jugak kepada sesiapa yang beli makanan n minuman kat stadium ni..mungkin disebabkan terlalu lapar, terlalu dahaga sebab banyak kuar suara (kebanyakannya menjerit n mengutuk team pasukan lawan n tak ketinggalan, pengadil), hahaha..orang lain, bukan aku okey? em, 1 sebab lagi mungkin disebabkan harga burger n air tadi tak la mahal sangat. kira kalau budak sekolah pergi stadium tu pun mampu beli. burger biasanya dijual RM1.50, kuaci n air pulak hanya RM1..

Berbalik kepada topik perlawanan N9 dgn Felda, macam biasa, aku sampai lewat sikit. lagu negeri pun dah dimainkan..semuanya sebab tunggu abang aku sampai sebab dia bertolak dari KL. so, lepas je parking kereta, aku terus ke pintu utama macam yang dijanjikan dengan beberapa sepupu aku yang pastinya sama macam aku, sokong N9.

Sebagai adik yang baik, aku pun beratur untuk belikan tiket bagi pihak abang aku..haha..tiket aku, adik n sepupu2 aku siang2 lagi dah beli..so, lepas masuk dari pintu utama yang diawasi 'pak guard'2 yang setia menjalankan tugasnya, kitorang pun cari tempat duduk. nak cari tempat duduk bukanlah senang sebab datang pun dah lambat...so, sampai2 je, kitorang semua decide untuk tengok dari tingkat 1 je..masing2 berdiri sebab tempat duduk dah penuh...sebenarnya banyak lagi tempat duduk kosong tapi yang tinggal hanya kat kawasan belakang gol n tingkat 2..disebabkan nak feel lebih, kitorang duduk kat tengah2..

Dalam game 2 jugak menyaksikan penampilan pertama Shukor Adan merangkap kapten N9 untuk musim ni selepas diketepikan gara2 kecederaan. aku dah rasa happy sebab confirm game yang aku akan tengok ni lebih menarik dengan adanya dia. macam biasa, kedua2 pasukan saling menyerang...tapi N9 lebih banyak menyerang maybe sebab main di hadapan penyokong sendiri...

Dekat sudut stadium, Ultras Nogori memang setia bersorak dari awal game sampai la perlawanan tamat...kadang2 terpikir jugak aku, tak penat ke dorang ni menyanyi n melompat lebih daripada 90 minit...banyak giler stamina dorang..pak cik yang duduk dekat2 dengan aku boleh tahan jugak dengan sorakan n komen2 pedas dia...lagi2 bila pemain mula hilang bola n terlepas peluang menjaringkan gol..sesekali aku tergelak jugak la bila dengar pak cik tu bersorak..aku agak frust jugak la kalau tengok peluang menjaringkan gol disia2kan begitu saje..rasa macam nak masuk je dalam padang tu n tunjukkan cara sebenar nak jaringkan gol...ceewaaah..berangan..haha

Sebelum wisel penamat untuk separuh masa ditiupkan, situasi panas mula tercetus. pemain kesayangan N9 dan juga kebangsaaan, S. Kunalan ditendang oleh pemain Felda iaitu Farid Ramli...jadi, keadaan mula tegang..penonton mula bersorak, bising2 sebab pemain kesayangan dorang dikasari..pemain kedua-dua pasukan jugak saling tolak-menolak..tak ketinggalan dengan seorang pemain Felda iaitu bekas pemain kebangsaan n Selangor, Hardi Jaafar...dia yang dari bangku simpanan berlari masuk padang n mencetuskan pergaduhan yang lebih besar...aku tengok dengan khusyuk sekali..1st time aku gi stadium ada player gaduh2 ni..hehe..pengadil dah tak tentu arah..sekejap dia berlari ke arah pemain n sekejap lari ke arah pembantu pengadil..lepas tu, pengadil membuat keputusan untuk melayangkan kad merah kepada kedua2 player ni tadi...

Babak kedua bermula, 10 lawan 10..aku agak excited nak tengok corak permainan kedua2 team yang hanya memiliki 10 pemain kat atas padang...kedua2 pasukan masih menyerang n sesekali bertahan...sehinggalah minit keberapa, aku pun tak ingat, si Hardi Jaafar ni dimasukkan...masuk2 je dia dah kena 'boo' dengan penyokong N9 (termasuk aku) haha..tapi sikit je la..aku malas nak korbankan suara aku..kang tak pasal2 suara aku bertukar macam suara penyanyi rock..haha..suasana jadi gamat bila N9 mendahului dengan gol dijaringkan oleh pemain kebangsaan, Shahurain Abu Samah...sorakan dari pihak N9 pun bertambah kuat..

Game berakhir dengan keputusan 1-0..ada segelintir penyokong dah mula berjalan keluar stadium..tapi aku stay lagi..sebab biasanya para pemain N9 akan berjalan ke arah penonton n bertepuk tangan sebagai tanda berterima kasih..dalam pada para pemain saling bersalaman antara satu sama lain, tiba-tiba Jean Emmanuel Effa Owona iaitu pemain import N9 disepak dari belakang..cuba teka siapa yang sepak dia? cepat2...siapa dapat teka memang hebat...hmm..tak lain tak bukan Hardi Jaafar la..

Aku tak pasti apsal tiba2 dia mengamuk...maybe dia marah sebab effa pegang kepala botak dia tu..sensitif agaknya..haha..aku ingat drama gaduh2 ni dah habis, tapi si Hardi Jaafar ni boleh pulak naik ke tempat duduk penonton..siap bergaduh dengan penyokong N9...adoi..aku kt tepi padang dah garu kepala dah..ni tengok bola ke 'kick boxing'..suasana memang tegang..sampaikan pasukan keselamatan n FRU pun dah campur tangan...akhirnya, si Hardi ni berjaya dibawak turun..

Tapi dengar2 dalam masa penjaga gol Felda iaitu Hamsani Ahmad nak ke bilik persalinan, dia pulak hampir bergaduh dengan penyokong N9..Tu la pengalaman pertama aku tengok depan mata sendiri, player bergaduh sama sendiri kat dalam padang..tak pasal2 kena hukum n persatuan bola sepak pulak didenda..kan rugi tu?..

Kesimpulannya di sini, pemain bola sepak kita belum betul2 profesional..tu la akibatnya bila biarkan diri dikuasai oleh emosi sampaikan pemikiran jadi cetek..main bola bukan hanya nak pandai jaringkan gol atau ada banyak skill, tapi kena pandai kawal emosi..tu paling penting sebab pemain harus berdepan dengan provokasi pihak lawan n penyokong2 tuan rumah..kalau tak sabar, memang meletup! yang penyokong pulak, haruslah terima kalau pasukan yang disokong kalah...mana ada team atau pasukan yang menang setiap masa...lagi 1, memang best kalau kutuk orang...macam mana pulak kalau kita yang kena kutuk? so, jangan kutuk orang kalau diri sendiri tak tahan kena kutuk...nak kritik boleh tapi haruslah kritikan yang membina n gunakan saluran yang betul.. :)

Wassalam...
S. Kunalan
Hardi Jaafar (ketika bersama Selangor)
Hamsani Ahmad
(ketika bersama Selangor)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan