Selasa, 17 Julai 2012

G.A.G.A.L

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Gagal ialah apabila kita tidak mendapat sesuatu yang diinginkan...Kegagalan biasanya dikaitkan dengan kejayaan...Bila berjaya, pastinya ramai yang berasa gembira. Berlainan apabila seseorang mengalami kegagalan, tentunya ramai yang berasa kecewa...

Gagal atau berjaya, adalah takdir yang maha Esa...Kita hanya mampu berusaha melakukan sesuatu yang terbaik...Kita merancang, Allah juga merancang...Namun, perancangan-Nya adalah yang terbaik untuk kita semua...

Aku juga tak pernah terlepas daripada mengalami kegagalan...Seperti yang terjadi pada minggu lepas, setelah melakukan persediaan dan memberikan yang terbaik, keputusannya masih tidak berpihak kepada aku...

Memang kecewa...Aku tak suka gagal...Tapi walau bagaimanapun, semua itu harus diterima dengan hati yang terbuka...Kegagalan bukan menandakan segala-galanya telah berakhir...Kegagalan harus diambil sebagai salah satu perkara positif supaya kita dapat membuat sesuatu yang lebih baik...

Perkara yang paling penting adalah sabar...Kejayaan takkan datang dengan mudah...Adakalanya memerlukan pengorbanan dan masa yang lama sebelum benar2 berjaya...Kegagalan dan kejayaan juga merupakan suatu ujian...Apabila gagal, jangan mudah berputus asa...Sekiranya berjaya, ingatlah bahawa kejayaan itu bersifat sementara yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita...

Andai gagal, ingatlah Allah...Andai berjaya, tetap ingat Allah...
Ingatlah Allah bila2 masa tak kira di mana jua kita berada...

Wassalam...

Gagal atau berjaya, segalanya bermula daripada diri kita sendiri...
Jangan mudah menyalahkan takdir...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan