Suatu Penyesalan
Dia kelihatan
bungkam
Dalam
kesamaran malam
Tika cahaya
sinarnya berbalam-balam
Namun,tetap
tidak terhenti mulutnya
Mengucapkan kata
zikrullah
Menenangkan
hati yang terasa parah
Walaupun dulu
dia tidak pernah
Sekalipun
bersimpuh di tikar sejadah
Menunaikan
perintah Allah
Dulu…
Tak pernah dia
berasa kecil diri
Cabaran tinggi
mengggunung tetap ditawani
Kerana egonya
tegak berdiri
![]() |
Menepis
kebenaran yang selalu mendahului
Mencari
kepuasan diri
Meski
terhambur darah di sana-sini
Meneruskan perjuangan
yang tiada abadi
Meratah daging
bangsa sendiri
Yang berjuang
demi mempertahankan watan
Bukan seperti
dia,gunting dalam lipatan
Seronok amat
melihat mayat bergelimpangan
Yang pasti
tiada bernisan
Tapi kini
belum terlambat
Untuk menuju
ke pintu taubat
Meski diri
berasa penat
Walau bernafas
tersekat-sekat
Walau dibenci
seluruh umat
Walau Izrail
kian menghambat
Menuju hari
kiamat
Untuk ke
syurga yang tujuh peringkat
Atau neraka
yang tersenyum kelat
Menanti,menanti
dan menanti
Umat yang
luhur atau jahat
Tulisan ini tercipta ketika hujan renyai2...Aku mengambil pen lalu mula mencoret di atas sehelai kertas...Segala komen dan kritikan membina amat dialu2kan...
-28/5/2007
Tiada ulasan:
Catat Ulasan