Selasa, 20 Mac 2012

Pentingnya bola dalam hidup aku...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bola merupakan salah satu aspek atau perkara terpenting dalam hidup aku...Bola boleh diibaratkan sebagai oksigen untuk aku bernafas seterusnya menikmati kehidupan di muka bumi ini...Kedengaran pelik, tapi itulah hakikatnya...Kalau takde bola, rasa macam ada yang tak kena dalam kehidupan seharian aku....

Bola penting dalam hidup aku kerana bola membuatkan aku rapat dengan abang sulung aku yang aku panggil sebagai ALONG...Bukan Ah Long yang merupakan ceti haram tu...Hehehe...Dalam adik beradik aku, kami berdua je lelaki...3 yang lain ialah 2 kakak aku dan seorang adik perempuan...

Jarak usia aku dengan Along iaitu 11 tahun membataskan kami dalam banyak perkara...Dulu, aku dan Along tak begitu rapat...Mungkin disebabkan usia dan cara berfikir membuatkan kami begitu...Sehinggalah pada suatu hari, aku sedar kami mempunyai minat yang sama iaitu BOLA SEPAK...Ya, kami memang GILA BOLA...

Kami menghabiskan masa bersama dengan bermain permainan bola sepak seperti Championship Manager, FIFA, Winning Eleven dan PES...Kami juga menonton perlawanan bola sepak di rumah mahupun di warung, di stadium dan lain2 lagi...Andai tiada topik yang ingin dibincangkan, hal ehwal bola menjadi pilihan...

Ketika aku terpilih untuk mewakili sekolah dalam sukan bola sepak, Along menjadi penasihat aku...Dia banyak memberi tips2 berguna kepada aku...Dia juga adalah pemain bola sepak yang baik tetapi tidak mendapat peluang untuk mewakili sekolah kerana saiz tubuhnya yang sedikit kecil..

Antara tips2 yang diberikan kepada aku ialah sentiasa bermain dengan orang yang lebih dewasa supaya lebih cepat mahir dalam bermain bola sepak...Ya, ketika aku berusia 9 tahun, aku dah bermain bola sepak dengan orang yang lebih tua daripada aku....Dalam kalangan tersebut, ada yang sudah berada dalam sekolah menengah, dan ada yang telah bekerja...

Along juga meminta aku supaya  mengurangkan sepakan tonjol dan cuba menyepak menggunakan kaki kiri lantaran aku hanya boleh menyepak dengan menggunakan kaki kanan...Berkat daripada tips2 yang diberikan, aku kini boleh merembat dengan menggunakan kekura kaki dan lain2...Sepak tonjol hanya dalam keadaan terdesak...Penggunaan kaki kiri juga semakin baik walaupun tak sehebat kaki kanan...

Bola juga penting kerana mampu memberi aku kepuasan, menghilangkan stress, sedih dan meningkatkan kecergasan diri...Ketika aku berada dalam kesedihan, bola yang menjadi teman aku...Aku pernah bermain bola seorang diri...Aku rembat, aku juga yang kutip bola..Apabila penat, aku berhenti...

Bola juga menjadikan aku punyai ramai kawan...Kebanyakan lelaki minat bermain dan menonton perlawanan bola sepak...Jadi, bola boleh dijadikan sebagai salah satu topik perbincangan...Kawan aku juga bertambah lantaran kerap kali bermain bersama sama ada di padang mahupun di gelanggang FUTSAL...

Meskipun mak dan abah aku melarang aku daripada bermain bola, aku tetap berkeras...Bukan niat menderhaka, tapi itu adalah minat aku...Darah daging aku...Mak dan abah beritahu yang aku pernah terjatuh dan kaki aku pernah cedera ketika kecil...Ya, memang aku mudah cedera terutama di bahagian kaki...Tapi apabila bermain, aku tetap berhati2 meskipun kadangkala aku gagal mengelak terjahan atau tackle daripada pasukan lawan...

Kini, mak dan abah tak lagi melarang aku bermain bola sepak...Mungkin disebabkan kesungguhan yang aku tunjukkan...Medal dan pingat yang tersimpan di rumah juga kebanyakannya adalah hasil daripada sukan bola sepak...

Ya, bola sepak sememangnya penting dalam hidup aku...Dalam bola sepak, ia mengajar aku tentang penyatuan, kerjasama, disiplin, pengaruh, kekuatan mental dan fizikal, tanggung jawab, lasak dan lain2 lagi...Aku pernah bermain di pelbagai posisi kecuali penjaga gol...Bermula dengan pertahanan, aku seterusnya bermain sebagai  pemain tengah dan penyerang...

Kesimpulannya, sukan bola sepak banyak mengajar aku erti hidup...Di situ ada duka, di situ juga ada gembira...Usaha yang gigih disusuli dengan doa pastinya dapat membuatkan kita menjadi seorang yang berjaya...Bagi aku, Tak Guna Bercita2 Andai Tiada Usaha untuk Mengota....

Wassalam....

Team yang aku akan sokong selagi aku bernyawa...ARSENAL



Tiada ulasan:

Catat Ulasan