Rabu, 7 Mac 2012

Tuhan, aku sayang dia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku sedaya upaya cuba untuk menumpukan 100%  pada hal kerja tapi jemari aku terus ingin menari...Jadi, aku cuba luangkan masa untuk membuat coretan...Walaupun aku sedang selesema, pening kepala dan batuk, aku teruskan niat untuk membuat coretan ini sebagai sebuah lembaran dari hati yang asyik ingin berkata2...

Rasa bersalah bersarang dalam kotak fikiran aku...Aku sendiri tak tahu kenapa...Layanan Si Dia kepada aku adakalanya suram, tak seperti biasa...Puas aku korek kalau2 dia sedang berhadapan dengan masalah...Tetapi dia  sering mengatakan bahawa dia sedang berada dalam keadaan okey...Tiada masalah...

Aku ingin memohon maaf andainya terdapat kekurangan dalam diri aku yang mungkin aku sendiri tak menyedarinya...Aku hanya menjadi diri sendiri...Apa yang aku tonjolkan, itulah AKU...Andainya dia tak dapat menerima kekurangan aku, aku akan cuba memahaminya...

Tuhan, aku cuma melakukan apa yang aku rasa terbaik untuknya...Tuhan, benar aku sayangkan dia...Sayang aku kepadanya menyamai atau mungkin melebihi daripada sayang aku kepada diri sendiri...Disebabkan itu, aku memanggilnya dengan panggilan SAYANG...Agar aku sentiasa menyayanginya dalam apa jua keadaan, situasi atau emosi aku pada ketika itu...

Tuhan, aku tidak pernah menyayangi mana2 gadis atau perempuan seperti aku menyayanginya...Walaupun mungkin hanya aku yang punya perasaan sedemikian tetapi tidak bagi dirinya...Aku tahu, perasaan tidak boleh dipaksa...dan aku tidak pernah memaksa...

Tuhan, aku mengambil berat tentangnya bukan kerana aku cuba memenangi hatinya...Aku hanya menjadi diri sendiri..Mungkin perasaan sayang aku yang menebal kepadanya membuatkan aku bertindak sedemikian...Aku memohon maaf andai dia tidak berasa selesa dengan keadaan sedemikian...

Tuhan, perkenalan kami memang singkat...Tapi hati aku kuat  berkata2 bahawa dialah yang aku cari2 selama ini untuk mengisi kekosongan hati dan bersama2 aku dalam mencari redha-Mu, Tuhan sekalian alam...Aku benar2 yakin bahawa hanya dialah yang mampu membuat jiwa aku tenang dan terisi...Tidak lagi kosong seperti manusia yang tidak punya perasaan...

Tuhan, aku bukanlah yang terbaik untuknya...Tetapi, aku berjanji bahawa aku akan melakukan yang terbaik untuknya...Ingin aku membuatnya bahagia namun andai dia tidak merasainya, aku tidak tahu...Mungkin Engkau sedang menguji aku...

Tuhan, andainya benar dia adalah untukku dan aku untuknya, kau satukanlah hati kami...Aku akan sedaya upaya memimpinnya tanpa melanggar syariat-Mu....Apa yang aku inginkan adalah sebuah perhubungan yang suci sehingga ke gerbang perkahwinan...

Tuhan, aku telah, sedang dan akan terus berusaha untuk memiliknya...Doa dan tawakkal juga aku panjatkan kepada-Mu agar impian aku menjadi kenyataan...Kau permudahkanlah jalan cerita hidup kami...Sungguh, aku menyayanginya dengan setulus hatiku, ikhlas kerana-Mu Ya Allah, Ya Khaliq...

Aku akan sentiasa sabar menanti jawapan yang POSITIF daripadanya...

Wassalam...

Saya benar2 SAYANGkan awak dengan seikhlas hati...
Saya harap awak mengerti...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan