Assalamualaikum dan salam sejahtera
Semalam merupakan antara hari yang sibuk bagi aku…Tarikh
untuk shooting dah semakin hampir…Jadi, macam2 persediaan harus dibuat. Aku
diberi tanggung jawab sebagai “Prop Master” dengan seorang lagi krew yang
dipanggil ‘Boy’.
Macam2 tugas aku terpaksa buat. Call artis, cari
lokasi dan lain2… Aku punya la tak suka nak call2 orang…Sebab orang ni macam2
kerenah. Kalau tak, takde la peribahasa “ Banyak udang banyak garam, banyak orang
banyak ragam”..Cewaah…Dah macam Karamsingh Walia la pulak…Hahaha.
Semalam, aku ditugaskan untuk design banner…Mula2
aku terkejut jugak la..Hal design2 ni dah lama aku tinggalkan…Kalau design pun,
poster je…Bukan banner…Last aku mendesign masa final year kat U dulu..Tu pun
dengan bantuan rakan2 satu kolej…
Jadi, bila dah lama tak design, macam2 benda aku
lupa…Macam mana nak buat style macam ni, macam mana nak buat style macam tu,
tekan butang apa…Yang Si Director ni pulak nak aku siapkan hari tu jugak…Perggh..Ingat
senang ke…Dah la lama aku tinggalkan benda alah tu…Nak catch up balik perlukan
masa jugak la…
Seharian aku design banner tu…Tu pun dengan bantuan
officemate…Yang Si officemate aku ni busy jugak…Jadi, masa dia busy, kebetulan datang
sorang mamat ni… Dia ada meeting dengan bos aku…Last2 mamat ni turut jadi
mangsa aku.. Tak pasal2 kena tolong aku…Hahaha..
Hari semakin lewat…Maghrib kian menghampiri…Kerja
baru siap 97% …Jadi, aku buat keputusan untuk balik…Pandai2 la aku sambung
kerja tu kat rumah…Tapi keluar je office, hujan la pulak…Aku dah la naik
motor..Kalau redah, confirm basah..So, aku decide pergi lepak kedai mamak
jap..Lagi pun perut aku dah berbunyi…Macam2 lagu dah...Dah la masa lunch aku makan nugget n sosej
je…Berapa lama la makanan tu bertahan dalam perut…Huhuhu..
Dipendekkan cerita, malam semalam aku sambung balik
buat design banner tu…Aku berjaya siapkan…So, aku pun masukkan terus dalam
pendrive dan terus simpan dalam beg…Takut2 aku lupa nak bawak esoknya…
Jadi, hari ni aku masuk ke office cuma bawa pendrive
je…Tak bawak laptop pun..Aku pun dengan bangganya nak tunjukkan banner yang
sudah siap didesign kat Si Director…Tapi, malangnya banner aku tu, file missing…Tak
boleh nak buka…Huhuhu..
Ya, kini aku sedar aku lupa…Lupa nak masukkan semua
file dalam satu folder..Sekarang aku tengah fikir macam mana cara nak balik ke
rumah, dapatkan laptop…Motor takde, kereta pun takde…Harap2 budak runner dapat tolong aku...semuanya angkara 'lupa'...Huhuhu
Kesimpulannya, kalau buat sesuatu pastikan semuanya lengkap...Pastikan semak semula kerja2 yang dah dibuat...Sebab manusia ni bersifat LUPA...
Kesimpulannya, kalau buat sesuatu pastikan semuanya lengkap...Pastikan semak semula kerja2 yang dah dibuat...Sebab manusia ni bersifat LUPA...
Wassalam…
![]() |
Macam mana la aku boleh lupa...Nasib2... |
kesian...lain kali check dulu...ngeeeee~
BalasPadamwahhh...orang pertama komen ni...hehe..
pengajaran utk diri sendiri...insyaALLAH, lepas ni akan lebih teliti dlm m'buat sesuatu perkara...
BalasPadamTahniah sebab jadi org pertama yang memberi komen..Hadiah akan dihantar dlm masa 2 minggu dari skrg..Sila sertakan nama penuh dan alamat...:P