Isnin, 27 Februari 2012

Sedih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


'Senyum tak bererti gembira...Kadang2 di sebaliknya tersembunyi 1001 rasa duka dan lara'...Ini merupakan ungkapan yang muncul di fikiran aku hari ni. Aku sendiri tak pasti macam mana boleh terkeluar dari kotak fikiran aku. Mungkin perasaan itu yang aku rasai sekarang.


Setiap orang akan mengalami saat2 sukar. Mungkin telah, sedang dan akan menghadapi saat2 sukar tersebut. Biasanya sesiapa yang berada dalam keadaan tersebut akan berasa sedih. Ada yang menangisinya dan tidak kurang juga yang sedaya upaya menahan diri daripada mengalirkan mutiara jernih bernama air mata. 


Wanita biasanya lebih mudah mengalirkan air mata. Mereka berasakan bahawa dengan menangis, kesedihan dapat dikurangkan. Sekurang2nya, tangisan tersebut dapat menghilangkan stress daripada terus memikirkan tentang dugaan yang dihadapi. Namun, sedikit berbeza dengan golongan lelaki yang sedaya upaya menahan diri daripada mengalirkan air mata. Mungkin kerana fitrah lelaki yang mempunyai ego ataupun dalam bahasa yang lebih berlapik, 'nilai diri'.


Fitrah manusia andai rasa sedih itu muncul. Namun, kita tidak harus membiarkan kesedihan tersebut terus menyelubungi diri. Jika mahu menangis, menangislah sepuas2nya. Tetapi, pastikan tangisan tersebut adalah yang terakhir. Tekadkan dalam diri untuk menjadi seorang yang kuat dan mampu menghadapi rintangan yang pelbagai.


Langkah untuk menghilangkan kesedihan ialah dengan melakukan aktiviti yang disukai. Contohnya, kalau gemar bersukan, cuba penuhi masa dengan melakukan aktiviti2 tersebut. Perkara yang paling penting, jangan bersendirian. Hal ini demikian kerana dengan bersendirian, tidak mustahil kita akan terkenang dan sering memikirkan permasalahan yang dihadapi. Sebaliknya, cuba bersosial. Berjumpa dengan rakan2, bercuti bersama keluarga dan lain2. Elakkan mengurung diri.


Bagi memperoleh ketenangan diri, ingatlah kepada Sang Pencipta iaitu Allah S.W.T. Dia takkan menguji di luar kemampuan hamba2-Nya. Banyakkanlah berzikir dan membaca kalam suci iaitu Al-Quran. Tempuhilah segalanya dengan tabah. Jangan berputus asa. Yakinlah bahawa setiap dugaan dan ujian yang didatangkan kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya.


Ramai yang tidak sedar bahawa nikmat kesenangan dan kegembiraan juga merupakan salah satu daripada ujian Allah S.W.T kepada hamba2-Nya. Acapkali kita lihat ramai yang terbuai2 dengan kesenangan dan kegembiraan yang diberi sehingga ada yang melupai-Nya. 


Kesimpulannya, dalam keadaan senang, gembira mahupun sedih, sentiasalah mengingati Allah S.W.T kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan sebaik2 perancang. Hidup dan matilah hanya kerana-Nya.


Wassalam...


Hapuslah air matamu...


Senyum mampu menghilangkan stress.
Jadi, senyumlah selalu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan