Assalamualaikum dan salam
sejahtera..
Hari ni aku nak citer pasal
pengalaman aku masuk pub…ala, yang macam dalam TV atau filem
tu…Chop2!!!...Jangan salah sangka…Aku masuk pub bukan sebab saje2...Aku terpaksa
masuk ke sana sebab buat kerja…
Pergi pub buat kerja? Biar betul?
Kerja apa yang ada kat situ? Halal ke?
Hmm…Ni la yang aku nak
cerita…Mungkin macam2 andaian yang bermain kat minda korang kan? Ya, tempat
tersebut bukanlah tempat yang baik bagi orang Islam…Ya, aku pun tau
tu..Sebenarnya, aku masuk ke pub tersebut sebab penggambaran atau shooting
dijalankan di situ…
Shooting apa sampai kat pub?
Hmm…Macam ni… Aku bekerja kat
salah sebuah syarikat produksi ataupun dalam bahasa omputihnya, production
house…Jadi, terlibat dengan shooting ni, kebetulan ada scene atau babak dalam
pub..So, terpaksa la buat..
Em, lupa nak bagi tau.. Aku shoot
video muzik sebenarnya…Trend orang sekarang, buat muzik video ketika majlis
perkahwinan…Muzik video yang dah siap diedit akan ditayangkan ketika majlis perkahwinan
sebenar diadakan…
Apa tujuan diorang?
Hmm…entahlah..Aku pun tak pasti..
Client atau pelanggan aku ni
merupakan pasangan kaum Cina…Lagu yang digunakan untuk muzik video mereka
adalah lagu nyanyian kumpulan Black Eyed Peas iaitu The Time…Jadi, pemilihan
pub sebagai salah satu lokasi difikirkan bersesuaian…
Kenapa tak pilh lokasi lain?
Hmm…lokasi ni pengarah muzik video aku yang juga berketurunan Cina yang
tentukan..
Masa penggambaran dijalankan, aku
hanya bertindak sebagai 2nd cameraman…Maklum la, budak baru masuk ke dunia pekerjaan..Tapi
takpe, aku tak kisah…Biar mula dari bawah..Pengalaman yang diraih tu paling
penting…
Penggambaran dilakukan di 3
lokasi iaitu rumah, hotel dan pub…Alhamdulillah, kerja2 penggambaran tersebut
hanya dijalankan dalam masa sehari sahaja…Lagi pun aku memang kalau boleh nak
balik cepat..Sebab malam tu ada game Malaysia vs Bahrain untuk kelayakan ke
Olimpik..Hahaha..
Apa yang aku nak kongsikan kat sini,
tingkah laku mereka yang berada di pub..Bila aku tengok semua tu, rasa macam
kat zaman Jahiliyah pun ada…Tapi takpe la, diorang semua tu kafir..Memang gaya
hidup diorang macam tu…
Mula2 diorang minum…Agak2 diorang
minum apa? Fresh orange? Coke? Soya? Haha, kalau tu tekaan korang, ternyata
korang silap..Mereka minum 'air kencing syaitan' atau dalam bahasa yang lebih
mudah arak…
Lepas je diorang minum, diorang
merokok..Masa tu, berkepul-kepul la asap memenuhi ruang legar pub tersebut…Puas
merokok, diorang mengajak pasangan masing2 menari…Ha, part menari ni aku selalu
nampak dalam TV…
Sambil2 buat kerja, aku tengok
jugak la tingkah laku diorang…Aku nak tengok, apa je yang diorang buat kat
dalam pub ni…Ada masa, aku perhati…Selebihnya, mengikut arahan pengarah untuk
ambil shot2 yang berkenaan..
Setelah pemerhatian dijalankan…Cewaah..Macam
buat kajian pulak..Hehehe…Aku tengok memang 3 perkara tu je la yang diorang
buat…Minum-à
Merokok à
Menari..Lepas tu ulang balik benda2 yang sama..Hmm…Takdelah best mana pun
suasana di pub ni..Baik main futsal…Hahaha..Bola lagi..
Jadi, kepada remaja2 Islam di
luar sana, sentiasalah menjaga sahsiah diri… Tak payah la sampai nak pergi ke
pub ni…Kalau boleh, jangan ada keinginan pun…Ada yang cakap, gi pub minum coke
je..Duduk2…Lepas tu balik..Pergi ke sana sebab nak jumpa kawan2.. Betul ke?
Ala, macam takde tempat lain yang
boleh dijadikan lokasi untuk berjumpa dan bergembira bersama kawan2..Tak perlu
la mendekati tempat2 yang tak elok..Sekali pergi mungkin tak terjebak..Kalau 2
kali pergi? 3 kali pergi dan seterusnya? Agak2 terjebak tak dengan kegiatan tak
bermoral ni?
Tepuk dada, tanya la iman…
Kesimpulannya, cari la kawan,
rakan, sahabat atau teman yang mempunyai sahsiah terpuji dan baik…Yang boleh
mendorong kita ke arah kebaikan…Kata orang, kawan2 adalah cermin kepada diri
kita sendiri…
Wassalam…
![]() |
Bergaullah dengan orang2 yang baik2 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan