Khamis, 9 Februari 2012

Tiada mood


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam aku tak tau kenapa aku takde mood. Nak buat kerja kat office pun rasa malas je. Tapi nak tak nak aku buat jugak. Sebab dah tanggungjawab. Lagi pun dalam Islam, kerja ni ibadah. So, aku pun buat la. Walaupun pergerakan jari aku agak lambat tak seperti biasa. Hehehe.

Sebelum tu, pagi2 lagi aku dah kena kejar dengan seekor anjing. Hari tu macam biasa. Sampai je aku dekat tempat letak motosikal, aku pun cari kat mana tempat yang kosong. Kebetulan hari ni banyak pulak motor kat situ. Dalam aku tercari-cari tu, tiba2 aku dengar bunyi anjing menyalak. Cari punya cari, rupa-rupanya anjing tu lebih kurang 1 meter je sebelah aku.

Nasib baik enjin motor aku belum dimatikan. So, aku pun memecut la. Si anjing ni masih lagi mengejar aku. Huhuhu. Dalam hati punya la cuak. Anjing tu kejar aku dalam jarak 60 meter. Aku siap masuk ke laluan bertentangan. Cuak punya pasal la katakan. Nasib baik takde kereta langsung masa tu. Lepas tu binatang tu pergi entah ke mana. Aku pun pergi balik kat tempat letak motor tadi dan terus letakkan motor aku. Cepat-cepat aku kunci motor dan terus masuk ke office.

Waktu balik kerja, aku bawak motor macam biasa. Cilok-mencilok ni dah jadi lumrah sebab waktu balik kerja memang banyak kereta. Nak2 aku ni memang sukakan kelajuan. Minyak motor dah semakin kering. So, aku pergi la isi minyak. Aku bayar RM5 kat nyonya ni dan terus isi minyak. Sedar2 je minyak yang aku isi dah melimpah keluar. Berangan punya pasal. Huhuhu. Aku tengok kiri kanan, nasib baik takde siapa2 nampak. So, aku pun lap bekas minyak yang tertumpah tadi dan terus memecut menuju ke rumah. 

Kesimpulannya, nak berangan boleh. Tapi biarlah di tempat yang betul. Kat mana tempat yang betul? Maybe kat rumah atau kat tepi sungai. Hehehe.

Wassalam...

Lebih kurang macam ni la rupa aku hari ni...
                                                     

Tiada ulasan:

Catat Ulasan