Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Kuliah
subuh yang diadakan semalam, seperti biasa sangat menarik…Isi kuliah memang
sangat berguna...Lebih2 lagi disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan
yang sememangnya bijak berbicara dan berkomunikasi dengan para jemaah yang
hadir…Kuliah yang diberikan sering diselangi dengan lawak jenaka walaupun
kadangkala terdapat unsur2 sindiran…Sindir bukan sekadar sindir, tetapi sindir secara
halus yang boleh dikatakan membina…
Aku
tertarik dengan hujah2 ustaz tersebut tentang ‘haram memberi’…Apakah yang
dimaksudkan dengan haram memberi? Beri apa? Hmm..Dalam Islam, kita digalakkan
untuk membantu sesiapa yang berada dalam kesusahan..Bantuan yang diberikan
sekurang2nya mampu meringankan beban oleh si penerima…Si pemberi pula akan menerima
ganjaran pahala sekiranya pemberian yang dilakukan disertai dengan niat yang
ikhlas…
Bantuan
yang diberikan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan,
khidmat nasihat, tenaga dan lain2 lagi…Namun, sesuatu bantuan akan menjadi
HARAM sekiranya si penerima bantuan menyalahgunakan bantuan yang
diberi...Sekiranya si pemberi dapat tahu akan hal tersebut, dia haruslah
menghentikan segala bantuan yang diberikan…
Contohnya,
si pemberi memberi bantuan kewangan…Tetapi si penerima menggunakan duit yang
diterima dengan membeli nombor ekor, membeli arak, membeli rokok dan segala
perbuatan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat malah membinasakan diri si
penerima tadi…
Sekiranya
si pemberi tahu akan hal tersebut, dia haruslah menghentikan segala pemberiannya
kerana usahanya hanyalah sia2 kerana si penerima tidak menghargai jasa2nya
malah mensia2kan sumbangan yang diberi..
Sekiranya
si pemberi meneruskan sumbangan, perbuatan si pemberi adalah seperti
menggalakkan si penerima melakukan perkara2 yang tidak berfaedah dan
memudaratkan dirinya sendiri...Bimbang kita akan secara tak langsung dikira bersubahat dengan si penerima dalam melakukan kegiatannya yang tidak baik...
Jadi,
sekiranya kita ingin memberi sumbangan, kita haruslah mengetahui keadaan dan
aktiviti yang sering dilakukan oleh si penerima…Memanglah kita disuruh
bersangka baik…Tetapi jika kita telah mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh
si penerima, andai bertentang dengan hukum syarak, sumbangan yang diberikan
haruslah dihentikan dengan serta-merta…
Wassalam...
Wassalam...
![]() |
Didik anak sejak mereka kecil... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan