Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Kali
ni aku nak cerita pasal samseng kampung…Samseng tu dalam bahasa Melayu la…Kalau
dalam bahasa Jepun, dipanggil Yakuza…Dalam bahasa Inggeris pulak, dipanggil Gangster…Dalam bahasa Itali, dipanggil Mafia dan lain2 lagi…Lain2 negara lain
la panggilan dia…
Aku
tertarik nak cerita pasal samseng ni sebab tiba2 je aku teringat peritiwa zaman
muda2 dulu yakni zaman sekolah…Aku bersekolah di salah sebuah sekolah di Kuala
Lumpur..Aku mula jadi pengawas sekolah sejak tingkatan 2...
Masa
tingkatan 4 dan 5, aku berubah haluan sekejap…Jadi pengawas perpustakaan atau
dalam bahasa Inggerisnya, librarian…Masa tingkatan 6, aku kembali jadi pengawas
sekolah…Tapi kali ni, tugas aku lebih berat..Sebab jadi ketua pengawas…Walaupun
dalam keadaan terpaksa, aku terima jugak tugas tu sebab tak larat lagi nak lari
daripada kena kejar dengan cikgu pengawas pada masa tu..
Tugas
sebagai pengawas lebih2 lagi sebagai ketua sangatlah mencabar…Selain selalu
kena berkomunikasi dengan cikgu2 termasuk pengetua, aku kena mengawasi disiplin
semua pelajar kat dalam sekolah terutamanya pelajar2 yang nakal dan bermasalah…
So,
pada satu hari, pada waktu rehat, macam biasa, aku pusing2 sekolah…Tengok
keadaan anak2 buah aku yang menjaga kawasan masing2…Antara kawasan yang dijaga
ialah pagar sekolah, kantin, tandas, dewan, belakang bengkel, padang, surau dan
lain2 lagi…
Antara
tempat yang terlindung seperti surau, belakang bengkel, tandas dan padang selalu
menjadi tempat atau port pelajar2 nakal merokok…Ada yang merokok seorang diri
dan ada yang merokok secara berjemaah…Kalau solat berjemaah tu bagus la jugak…Yang
hisap rokok, kongsi2 pun ada…Tu biasa...
Sedang
aku pusing2 seorang diri, aku tengok ada sekumpulan pelajar tengah merokok…Macam
best je aku tengok diorang masa tu…Siap gelak2 lagi..So, aku pun menunjukkan
diri…Ada la sorang dua yang terus cabut lari…Tapi yang lain2 stay…Dengan gaya
samsengnya…
Aku
tengok anak2 buah aku yang jaga kat kawasan tu…Diorang hanya mengadu yang tak
mampu nak halang budak2 tu daripada merokok…Mungkin sebab yang merokok tu lebih
senior kot…Aku cuba arahkan budak2 yang merokok tu supaya berhenti merokok dan
pergi ke tempat yang sepatutnya…Ada yang beredar dan ada yang masih
berdegil..So, aku terpaksa bertindak dengan lebih tegas…
Akhirnya
diorang semua beredar…Tapi dalam diorang beredar tu, ada sorang budak ni bagi
warning kat aku…Dia cakap, kalau dia jumpa aku kat luar, dia akan belasah
aku..Kawan2 dia dah bersorak…Aku tak kata apa2…Cuma senyum je…
Ditakdirkan
Allah, pada suatu hari, aku balik sekolah macam biasa, agak lambat berbanding
dengan pelajar2 lain…Keluar je pagar sekolah, aku terserempak dengan budak
samseng yang warning nak belasah aku hari tu…Dia sorang2 je..Aku pandang je
dia…Dalam hati, aku bersedia jugak kot2 dia nak serang aku ke…
Tapi, perkara
yang sebaliknya berlaku…Dia lalu berhampiran dengan aku dan tegur aku sambil angkat tangan…Aku dah pelik...Dalam
hati, aku cakap sorang2..Mimpi ke aku?...Hari tu samseng sangat…Rupa2nya
samseng bila ramai je…Masa sorang2, hilang terus samseng dia.. Hahaha…Kelakar
betul…
Rupa2nya,
kat situ aku belajar yang budak2 ni hanya berani cakap je…Sebab ramai…Kalau
sorang2, memang tak berani pun…Kira macam cakap besar la ni…Aku pun bukan la
cakap yang aku ni berani sangat..Aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi
kalau budak tu betul2 nak belasah aku…Sebab kat dalam surat khabar pun selalu
keluar cerita pasal budak kena buli dan belasah termasuk la pengawas…
Tapi
aku bernasib baik sebab hanya ditemukan dengan samseng kampung…Kampung mana?
Pastinya bukan kampung Dusun…Hehehe…Jadi, kita kena la ikhlas dan jujur dalam
menjalankan tugas…Kalau berhadapan dengan samseng, kita jangan jadi samseng jugak...Kena cool...
Kita kena cuba tegur secara berhemah...Sebab kata2 yang lembut dan baik dapat melembutkan hati seseorang yang keras..Kita juga harus bersedia menghadapi segala kemungkinan yang
kita akan diuji sebelum berjaya melaksanakan tugas yang diberi…
Wassalam…
![]() |
Contoh mafia: Versi comel...Hehehe... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan