Sabtu, 11 Februari 2012

Hutang



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Mesti semua pernah dengar perkataan ‘hutang’ kan? Hutang ni ada macam2…hutang antara manusia sesama manusia dan hutang antara manusia kepada Yang Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T…

Hutang kepada Allah contohnya kalau kita tertinggal solat dan lain2. Meninggalkan solat sama ada secara sengaja atau tak, haruslah diganti iaitu lebih dikenali sebagai qada’. Agak2 ada tak manusia kat dalam dunia ni yang tak pernah tinggal solat? 

Solat yang telah ditinggalkan, haruslah diganti dan sentiasa cuba untuk istiqamah. Bukan susah pun nak cukupkan solat 5 waktu sehari. Kita harus didik diri sendiri dan tetapkan tekad di hati supaya takkan sekali2 meninggalkan solat. Jom sama2 kita cukupkan solat 5 kali sehari… J

Hutang sesama manusia? Terbahagi kepada 3…yang aku dengar2 la yang orang2 tua selalu sebut iaitu hutang nyawa, hutang budi dan hutang duit. Hehehe. Kalau kat dalam buku sastera, banyak sangat hal2 yang menyentuh tentang hutang. Kalau tak percaya, sila la buka buku. :P

Sebut pasal hutang duit, aku pernah terkena. Bukan sekali tapi dua kali. Orang yang hutang dengan aku susah sangat nak bayar duit aku yang telah diorang pinjam. Mungkin silap aku juga sebab mudah percayakan orang. Tapi aku buat tu semua sebab aku simpati…

Mungkin tu memang kelemahan aku. Mula2 si D jumpa aku untuk pinjam duit. Agak2 berapa? Hmm…RM700. Masa tu aku baru je masuk U. Biasa la. Budak freshie baru je dapat duit PTPTN sebanyak RM 1500++. Dia ni ketua kolej dan agak dikenali oleh ramai orang. So, disebabkan simpati, aku bagi dia RM700 macam tu je. Dia janji, dia akan bayar balik beberapa minggu kemudian.

Hari demi hari berlalu dan sampai la pada hari yang dijanjikan. Aku dah excited nak dapat duit hari tu seperti yang dijanjikan selama ni. Tapi aku hampa. Janji hanya tinggal janji. Kebetulan pada masa yang sama, aku dah dengar macam2 cerita tentang dia. Rupa2nya si D ni kaki hutang. Hutang keliling pinggang. Aku dah risau. Kawan baik aku yang tau pasal ni pun dah mula marah2 aku sebab mudah percayakan orang.

Kawan aku suruh aku mintak duit daripada si D. Aku pula jenis susah nak minta2 kat orang ni walaupun tu duit aku. Puas aku fikir, last2 aku mesej D. Aku cakap aku nak guna duit sangat. Sebab nak buat final project. Akhirnya D bayar balik duit aku walaupun sebanyak 2 kali. Aku lega. Tapi aku dengar pula, duit aku yang dia bayar tu dia pinjam daripada orang lain. Hmm. Macam ni punya manusia pun ada.

Bagi kes kedua, ada seorang lagi pinjam duit kat aku. Aku namakan dia sebagai Y. Aku dengan dia agak rapat pada mulanya. Sebab dia selalu minta pandangan dan nasihat aku pasal hubungan dia dengan pakwe dia. Aku cakap la apa yang aku tau. Nak kata standard macam Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah tu tak la..Hehehe.

Pada satu hari, aku online kat library. Tiba- tiba si Y call. Dia cakap dia ada kat muka pintu library. Ada hal penting sangat. So, aku pun keluar. Dia cakap, dia accident. Kereta sewa yang dia guna rosak. Yang tuan punya kereta pulak dah mintak duit ganti rugi untuk baiki kereta dia.

Dia cakap dengan aku siap nangis2 lagi. Dah la ramai yang lalu-lalang kat situ. Aku dah rasa serba salah dah. Kang apa pula yang budak2 ni fikirkan. Huhuhu. Dia cakap dia perlukan RM150 untuk bayar pada empunya kereta. Dia janji dia akan bayar dalam masa sebulan.

Malangnya, sampai ke hari ni dia tak bayar langsung duit aku. Dah masuk 4 tahun dah. Lama tak? Paling hampeh, bila berselisih atau terserempak dengan dia, dia boleh lari daripada aku. Nombor telefon pun dia tukar. Memang tak dapat la aku nak contact dia. Lagi satu, dia ni perempuan. Kalau lelaki, dah lama aku pergi bilik dia. Aku bukanlah jenis yang suka bergaduh. Kalau berjumpa pun, insyaALLAH aku akan minta baik2.

Kesimpulannya, jangan mudah percaya dan simpati pada orang. Bukanlah aku nak menggalakkan kita bertindak kejam. Sebab dalam Islam, membantu orang yang berada dalam kesusahan sangat digalakkan. Tapi haruslah berhati-hati dan berpada-pada agar tak jadi macam kes aku. Last2 diri sendiri yang dikejami. Hehehe.

Wassalam…
Dalam banyak2 ni, ada la
duit aku beberapa helai..Hehe




Tiada ulasan:

Catat Ulasan