Assalamualaikum dan salam
sejahtera…
Kali ni aku nak bercakap tentang
perasaan…Perasaan normal sebagai seorang manusia iaitu perasaan suka, sayang
dan cinta kepada seseorang yang berlawanan jantina…Bagi yang bercinta sejenis,
2 bukan cinta…Tapi hanya dorongan nafsu yang telah
terpesong…Nauzubillahiminzalik.
Kebetulan, program Semanis Kurma yang
diacarakan oleh Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah semalam bertajuk
‘Cinta selepas kahwin’…Agak menarik topik yang dibincangkan dengan tetamu
jemputannya ialah Ustaz Jazlan dan Diana Rafar.
Cinta sebelum atau selepas kahwin
kedua-duanya dibenarkan oleh Islam... Bagi yang bercinta sebelum berkahwin,
niat ketika mula2 bercinta haruslah kerana ingin menjadi pasangan hidup dan
saling melengkapi antara satu sama lain…Selain daripada tujuan berkenaan,
hubungan tersebut adalah HARAM.
Maksudnya, tiada istilah bercinta
kerana suka2…Cinta suka2 hanya akan menjadikan hubungan tersebut sia2, buang
masa, tiada arah tujuan dan kemungkinan untuk terlibat dalam maksiat sangatlah
besar.
Selain itu, cinta yang dijalinkan
sebelum berkahwin banyak dugaannya seperti menjaga batas2 pergaulan seperti
yang ditetapkan oleh syarak…Tiada sentuhan antara kulit ke kulit tanpa sebarang
lapik, bertentang mata sehingga menimbulkan syahwat dan lain2 lagi.
Kalau rasa tak mampu nak jaga
batas2 pergaulan, ELAKKAN bercinta sebelum kahwin…Perbuatan tersebut bukan
hanya mampu menjaga kesucian cinta tetapi dapat mengelakkan berlakunya sebarang
masalah seperti kehamilan di luar nikah dan lain2 lagi.
Bercinta selepas kahwin juga digalakkan.
Tetapi sudah menjadi trend remaja zaman kini untuk mengenali calon suami atau
isteri terlebih dahulu sebelum meniti alam perkahwinan…Alasannya adalah untuk
cuba mengenali pasangan masing2 dan memupuk keserasian terlebih dahulu…
Ada juga yang mengatakan bahawa
bercinta sebelum berkahwin adalah medan untuk menguji dan memilih pasangan yang
benar2 menepati kehendak dan ciri2 yang diinginkan…Katanya, agar tak tersalah
pilih…Benar ke?...
Batas2 yang ditetapkan dalam Islam
juga bertujuan untuk memelihara kedudukan wanita. Ramai yang telah sedia maklum
bahawa kedudukan wanita berada pada tahap paling rendah terutamanya pada zaman
Jahiliyah…
Begitu indahnya Islam yang
menitikberatkan segala hal dan menjaga kepentingan yang sama rata antara
jantina lelaki mahupun perempuan…Kedua-dua jantina mempunyai kelebihan dan
kekurangan masing2…Disebabkan itu, lelaki dan perempuan diciptakan untuk
melengkapi antara satu sama lain…
Berbalik kepada bab kahwin, kebaikan
bercinta selepas berkahwin yang paling utama ialah dapat mengelakkan dosa
maksiat yang mungkin dilakukan oleh pasangan yang belum berkahwin…Selepas
berkahwin, apa jua yang hendak dilakukan tiada batasan…
Mungkin pada mulanya, pasangan
yang tidak bercinta sebelum berkahwin akan berasa segan atau malu2 sejurus
selepas berkahwin…Perkara tersebut adalah lumrah…Mungkin mengambil masa
sedikit…Namun, jika pasangan tersebut benar2 berkahwin ikhlas kerana Allah,
semua perkara akan menjadi mudah…Kata orang, cinta juga boleh dipupuk..
Kesimpulannya, tak kiralah sama
ada bercinta ketika sebelum mahupun selepas berkahwin…Perkara terpenting adalah
niat masing2 sebelum memulakan langkah untuk membina hubungan…Andai hubungan
yang dibina adalah kerana Allah, pastinya permulaan dan pengakhirannya akan
menjadi baik…Cinta sampai ke syurga…InsyaALLAH…
Jadi, tepuk dada, tanya IMAN..
Wassalam…
![]() |
Bercintalah kerana Allah.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan