Assalamualaikum dan salam
sejahtera…
Cikgu, guru, ustaz atau ustazah
adalah insan yang mulia…Semuanya dalam kategori pendidik…Mereka adalah insan
yang memikul tanggungjawab untuk mendidik anak2 bangsa…Jadi, tak hairanlah bila
ramai ibu bapa yang suruh anak2 mereka memilih kerjaya sebagai pendidik…
Ibu bapa aku yang aku panggil mak
dan abah juga tak terkecuali…Masa mula2 aku isi borang UPU dulu, mereka dah
suruh aku pilih kos atau program pendidikan sebagai salah satu daripada 8
pilihan..Aku hanya terbayangkan jadi cikgu sukan je time tu...Hehehe..
Aku menuruti kehendak mereka…Tapi
aku cuma buat program pendidikan sebagai pilihan keempat atau
kelima…Hehehe..Program pertama yang aku pilih adalah kaunseling…Mungkin sebab
aku suka mendengar masalah orang dan cuba bagi jalan penyelesaian terbaik
sehingga masalah tersebut berjaya diselesaikan…
Sebenarnya, aku tak la minat nak
jadi cikgu sangat…Aku sendiri tak dapat bayangkan macam mana kalau aku jadi
cikgu..Rasa macam kelakar…Macam tak sesuai pun ada..Kata orang, belum cuba
belum tahu…Tapi aku tak naklah jadi macam sesetengah remaja atau siswazah yang
lain yang menjadikan kerjaya cikgu sebagai pilihan terakhir…Bagi aku, nak buat
sesuatu biarlah kerana minat dan kebolehan yang seiring…
Seorang budak perempuan pernah
menangis disebabkan aku…Puncanya, sebab masa aku mengajar, dia main2…Aku ajar
apa? Ha, macam ni ceritanya..Macam ni, mak aku merupakan seorang guru mengaji..Dia
mengajar budak2 dari iqra’, muqaddam sampailah ke Al-Quran…Kira macam ustazah
jugak la..
Anak murid dia taklah ramai
sangat…Dalam 3-4 orang je..Semua tu anak2 jiran 1 blok..Diorang minta mak aku
ajar anak2 diorang setelah selalu dengar mak aku ajar anak2 dia termasuk aku
mengaji..Kalau tak silap, masa tu umur aku 12 tahun yakni darjah 6..Mak aku tak
minta bayaran..Mengajar ikhlas…Kadang2, diorang bagi jugak duit yang boleh
dikatakan macam yuran…Sampai paksa mak aku ambil duit tu..
Kadang2 bila time budak2 tu
datang mengaji, mak busy. So, aku la yang jadi cikgu ganti…Diorang ni pun tak
faham bahasa jugak…Mak aku dah cakap, kalau nak datang mengaji, datang la
selepas asar..Ni tak, datang ikut suka..
Bayangkanlah…Pukul 12 tengah hari pun
boleh diorang datang sebab nak mengaji..Dah confirm2 mak aku tengah
masak..Jadi, aku la yang menjadi galang gantinya…Kadang2, malam diorng
datang..Aku tak tau nak cakap apa dah..Orang datang sebab nak mengaji, so ajar
jugak la…
Biasa time2 macam tu,
adik-beradik aku yang lain tengok TV…Yang budak ni datang bawa Al- Quran…Sekali
baca tersekat-sekat…Sampai ada huruf tak reti nak bunyikan pun..So, sampai kat
aku memang silap la..Time tu jugak aku keluarkan muqaddam..Suruh dia baca tu
je…Tu pun masih tersekat-sekat lagi..Last2 bagi iqra’ je..Ha, kali ni baru okey
sikit..Hehehe
Aku bukan la sengaja nak kenakan
dia..Kira macam turun pangkat la..Tapi dah tak boleh baca…Nak buat macam mana
kan? Lagi pun Al-Quran ni Kalamullah ataupun dalam bahasa Melayunya kata2
Allah…So, tak boleh la dibuat main2…
Dia pun mengaji la..Tak dapat
sebut dengan betul, so aku betulkan..Tapi mata dia bukan pandang ke iqra’
tu…Tapi duk pandang TV..Aku pun tegur la..Suruh tumpukan pada bacaan…Tapi dia
sibuk curi2 pandang TV..Banyak kali jugak dia buat macam tu…Last2 aku cakap,
kalau nak tengok TV, tak payah mengaji…Tengok je TV..
Lepas tu dia tunduk…Dia diam..Aku
pulak ternanti-nanti je reaksi seterusnya daripada dia…Dalam hati, aku dah
tertanya-tanya…Apahal pulak budak ni? Senyap tiba2…Sekali, keluar cecair jernih
yakni air mata dari kelopak mata dia…Aku dah buat perempuan menangis?
Huhuhu…Tiba2 je aku jadi risau..
Aku fikir balik, aku takde pun
tengking2 dia…Nada suara aku pun biasa je..Tapi apsal dia menangis? Aku siap
tanya adik aku yang mengajar budak lain mengaji..Mak aku yang perasan dah mula
bising2 dah..Mak aku sibuk pujuk dia supaya berhenti menangis dan sambung
mengaji tetapi gagal..Tangisan dia jadi makin kuat…Kawan2 lain yang tengah
mengaji pun berhenti..Perasaan aku time tu? Giler cuak..Dalam hati, aku rasa
macam nak jerit ayat ‘AKU TAK BERSALAH’ je…Hehehe..
Rupa2nya, itulah minggu terakhir
budak tu mengaji dengan mak aku…Disebabkan aku..Yeke? Entah la..Hehehe..Tapi
aku tetap rasa aku tak salah..Budak tu yang sengaja cari pasal kot…Huhuhu…Jadi,
sampai sekarang aku masih berfikir layak ke aku nak jadi cikgu???
Takpelah…Kalau tak ajar secara
formal pun takpe…InsyaALLAH, kalau aku kahwin dan ada anak nanti, aku akan ajar
diorang segala ilmu yang aku ada termasuk mengaji..Sebab ilmu mengaji ni bagi
aku tersangatlah penting… Dari segi tajwid, makhrajnya dan lain2..Tak boleh
ambil mudah atau ambil ringan…
Ramai ibu bapa yang terlepas
pandang akan kepentingan mengaji dan ilmu2 akhirat ni…Kalau ada yang sedar
kepentingannya pun akan hantar anak mengaji kat rumah orang…Kenapa tak diri
sendiri je yang ajar anak2???
Hmm..Tepuk dada tanya iman…
Wassalam…
![]() |
Guru- Kerjaya yang mulia |
![]() |
Kitab suci Al- Quran (Jangan jadikan sekadar hiasan di rumah) |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan