Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Ada
apa dengan surprise? Best ke? Aku sendiri tak mampu nak menjawabnya…Hehehe…
Aku
adalah seorang yang suka buat surprise…Rasanya bukan sekadar hobi, malah dah
memang jadi identiti diri kot…Aku sendiri tak tahu kenapa aku suka surprisekan
orang…Kebanyakan surprise berlaku dengan jayanya…
Mungkin
sebab pengalaman aku pernah kena surprise kot…Famili aku pernah buat surprise
untuk raikan hari jadi aku…(Idea kakak2 aku)…Tapi hari jadi keberapa, aku dah
lupa…Kalau ingat balik saat tu, memang aku akan tersenyum…
Golongan
sasaran untuk aku surprisekan ni pelbagai…Antara yang selalu menjadi mangsa
ialah famili aku sendiri terutamanya mak…Hehehe…Tapi kalau surprisekan mak,
surprise tu berpada2 la…“Mak, jangan marah abang…Abang takde niat nak
terkejutkan mak”…Saje suka2…Mengaplikasikan idea kreatif yang ada je…Hehehe.
Disebabkan
aku belajar di salah sebuah universiti di Borneo, aku memang jarang balik ke
rumah (semenanjung)…Kalau balik pun sebab ada peristiwa penting seperti hari
raya atau cuti semester…Ada suatu ketika ni, aku balik ke rumah tanpa beritahu
mak..Aku berpakat dengan seorang kakak dan abang ipar yang menjemput aku dari
KLIA…
Sampai
je kat rumah, tiba2 aku bagi salam dan terus masuk…Mak aku punya la
terkejut..Sedangkan pada hari semalam, dia baru je telefon aku tanya khabar dan
lain2…Sedar2 je hari ni dah ada depan mata…Mak aku memandang aku sambil
terkebil2…Aku pun terus salam dan cium tangan mak…Dalam terkebil2 tu, mak aku
akhirnya tersenyum…Hehehe…
Baru2
ni, aku berjaya surprisekan si dia…Aku pergi ke tempat kerja dia tanpa beritahu
dia…Sedar2 dah muncul kat depan mata dia..Sebelum ni kitorang tak pernah pun
berjanji untuk berjumpa kat mana2…Dan dia memang terkejut habis..Macam nampak
hantu pun ada…Nasib baik dia takde lemah jantung…(Sebab takde lemah jantung,
aku buat la yang ekstrim sikit)..Hehehe..
Tapi
aku pun kena surprise dengan dia jugak…Boleh pulak dia lari2 daripada aku…Makin
aku dekat makin dia jalan laju…Mungkin dia terkejut + malu…Dalam keadaan tu,
aku rasa kalau dia wakil Malaysia untuk pertandingan jalan kaki boleh la dapat kedudukan
top three…Hehehe..
Disebabkan
dia sedang bekerja, aku segera tamatkan drama kejar-mengejar tu…Aku tak nak la
ganggu emosi dia..(Rasanya dah ganggu pun)…Hehehe…Nanti tak dapat pulak dia
fokus pada kerja disebabkan aku..Dengan perut yang boleh tahan lapar, aku berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang walaupun di dalam hati, meronta2 niat nak toleh belakang...Hehehe
Antara
surprise yang tak berjaya, aku pernah pergi ke rumah sepupu aku…Konon2 sebelum
pergi tak nak bagi tahu…Sekali sampai2 je kat rumah, dia takde pulak…Rumah siap berkuci lagi...Dah la
sebelum tu, aku terpaksa tempuh jalan yang sesak untuk ke rumah dia..Last2, aku
sendiri yang hampa..Aku cuma mampu gelakkan diri sendiri.. Tu la, nak surprisekan
orang sangat….Last2 sendiri yang terkena…
Wassalam...
![]() |
Menganga tu boleh...Tapi jangan lama2... Nanti lalat masuk... :P |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan