Assalamualaikum
dan salam sejahtera…
Hari
ni merupakan hari pening sedunia..Baru je diwartakan dalam kalender dunia..Tak
percaya? Pergi check surat khabar atau laman web yang berkaitan sekarang…La,
tak percaya lagi? Ha, memang betul la…Betul aku tipu…Mustahil ada hari pening
sedunia kan? Hahaha…
Macam
ni, aku saje je nak kongsi pasal kerja yang aku kena handle dalam masa beberapa
hari ni…Pasal benda ni la aku pening…Bukan pening biasa2, tapi pening tahap
gaban…Tau tak ape kerja yang aku kena buat? Ha, ni nak cerita…
Aku baru
je lepas shooting tentang perayaan Chingay…Pernah dengar tak pasal perayaan tu?
Okey, kepada yang tak tahu, meh aku terangkan…Perayaan Chingay adalah perayaan
yang disambut oleh kaum Cina di seluruh dunia…Perayaan Chingay ni merupakan
perayaan kemuncak Cap Goh Meh…
Cap
Goh Meh ni merupakan hari penutup bagi sambutan Tahun Baru Cina iaitu biasanya
pada hari ke-15… Kaum Cina hanya raikan selama setengah bulan je..Hal ni
berbeza dengan kita. Kalau Hari Raya Adilfitri, kita raikan selama sebulan…
Tapi
di Johor Bahru, sambutan Cap Goh Meh dipanjangkan…Kenapa? Hmm, aku tak dapat
nak pastikan..Sebab memang sejak dulu lagi, sambutan di Johor Bahru adalah yang
paling lewat di samping perayaan Chingay…Perayaan Chingay dah disambut sejak
142 tahun dahulu lagi..Perayaan tersebut hanya terhenti sekali iaitu ketika
Jepun menyerang Tanah Melayu…
Dalam
perayaan Chingay tu, terdapat persembahan tarian naga, singa dan
perarakan…Ketika perarakan, mereka akan membawa bendera2 yang besar yang
tiangnya diperbuat daripada buluh yang kuat dan keras…Kalau tak keras, buluh tu
akan lebih mudah melentur dan mungkin akan mencederakan orang ramai…Silap2,
tukang bawak bendera tu pun cedera…
Jadi,
nama Chingay ni diambil sempena perarakan sambil membawa bendera besar…Sambutan
perayaan Chingay baru2 ni turut dihadiri oleh PM kita iaitu Dato’ Seri Najib
bin Tun Abdul Razak… Jadi, ramailah pihak media yang datang..
Masa
hari tu, aku ditugaskan untuk mengambil gambar(still photo) dan sebagai 2nd
cameraman…Berbaris sebelah kanan aku adalah media dari TV3, nTV7 dan Astro... Kat sebelah kiri aku pula, pihak RTM
dan lain2 lagi..Mereka pun buat benda yang sama..
Betul2
sebelah aku, pembaca berita TV3 iaitu Pang Chin Fei (maaf kalau salah eja)
sedang melakukan lintas langsung…Kalu aku giler glamour, memang aku dah enter
frame…Tapi disebabkan profesional, aku buat2 tak tau je la…(Profesional la
sangat) Hahaha..
Jadi,
bila dah masuk office, aku ditugaskan untuk cover balik sejarah perayaan
Chingay dan Johor Bahru dalam bahasa Melayu yang lengkap...Segala yang dirakam
akan dijadikan bahan dokumentari…Aku cari info..Tapi tak banyak sangat..Aku
terus mencari dan mencari…Agak pening lalat la aku masa tu..
Lepas
tu, officemate kira macam penyelia aku bagi info… Dia bagi soft copy untuk aku
cover research aku tu…Hmm, buat research dah macam masa zaman aku belajar kat U
dulu2 dah…Aku ingat nasib aku dah baik..Sekali, info yang dia bagi tu dalam
bahasa Cina..Adoi, mana la aku faham…Huhuhu..Tapi ye tak ye jugak..Dah sejarah
Cina…Tentulah dalam bahasa Cina…
Aku
cuba translate ke bahasa Melayu guna google translate…Bijak tak aku? Hmm, tak
la bijak mana pun…Sebab google translate tu pun merapu jugak..Bukan semua yang
ditranslatekan betul dan tepat…Makin pening aku bila baca bahasa Melayu yang
tunggang-langgang..
Aku
nak suruh officemate aku yang berbangsa Cina translate, dia awal2 lagi dah
cakap bahasa Melayu dia teruk..Puas aku fikir..Last2 aku minta jugak dia tolong
baca, aku taip…Dia baca bahasa Cina, translate ke Bahasa Inggeris..Dalam masa
yang sama, aku dengar dia baca dalam
bahasa Inggeris dan aku taip dalam bahasa Melayu…
Tapi
dia tolong aku sekejap je..Sebab dia kena cover bahagian lain…Lepas tu suami
dia yang kerja satu office dengan kitorang pulak tolong…Dia baca dan terus
translatekan ke bahasa Melayu…Tapi serius, aku lebih pening…Sebab bahasa Melayu
dia berterabur..Ada beberapa ketika, dia tak tahu pun perkataan yang sesuai nak
terangkan kat aku…
Setelah
beberapa ketika aku menaip, baru je selesai 2 muka surat…Sedangkan ada lagi 14
muka surat yang nak disudahkan…Ha, aku akan pening lagi bila office buka hari…Tapi nak tak nak kena hadap jugak la..Dah tugas...Huhuhu…
Kesimpulannya,
tak salah kalau belajar bahasa asing…Ada kebaikannya…Lagi pun belajar bahasa
asing pun salah satu daripada ilmu..Dulu masa kat U, aku masuk ke kelas Mandarin sebagai percubaan
untuk penuhkan jam kredit..Tapi tu la kali pertama dan terakhir aku masuk kelas
Mandarin..Hehehe
Aku
tak jadi masuk kelas Mandarin sebab aku lebih berminat masuk kelas Arab..Tapi aku
sempat la belajar beberapa perkataan iaitu (Hen hau, Duibuqi, Ni Hou Ma) dan
lain2 lagi…Perkataan (Wo ai ni) pun ada…Tapi aku yakin, semua orang dah tau
pasal maksud ‘ Wo ai ni’ tu kan? Tak payah pergi kelas pun confirm tau..Em, tak
tau? TIPU la tu…Hehehe
Wassalam…
![]() |
Jom belajar bahasa Mandarin... ;) |
asssalamualaikum. ada tak lagi info pasal perayaan chingay nie. saya amat memerlukan maklumat berkenaan perayaan ni.
BalasPadam