Khamis, 9 Februari 2012

Bakat yang tak ketahuan


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apakah itu bakat? Bakat ialah satu anugerah istimewa Tuhan kepada hamba2-Nya.. Tak semua orang ada bakat yang sama. Misalnya menyanyi. Semua orang boleh menyanyi. Tapi tak semua boleh menyanyi dengan baik.

Cerita bermulanya macam ni. Masa aku kat Universiti dulu, semua pelajar diwajibkan memilih salah satu kelab sukan atau persatuan sebagai aktiviti senggang atau dalam bahasa biasanya, ko-kurikulum.
Masa untuk mendaftar bermula pukul 9 pagi. Tapi aku cuma pergi mendaftar pada pukul 12 tengah hari disebabkan aku ada kelas sebelum tu.

Aku bersama seorang kawan aku berjalan-jalan mencari kelab bola sepak. Yes, akhirnya jumpa pun kelab bola bola sepak. Tapi malangnya, dah takde kekosongan. Kuota hanyalah 100 orang je. Ramai pulak la orang yang suka main bola kat sini. Aku pun jalan lagi.

Kemudian, aku sampai kat kelab futsal. Takpe la. Bola sepak tak dapat, futsal pun jadi la. Aku pun capai pen. Belum sempat aku tulis nama, AJK kelab tu dah bersuara. Takde kosong lagi. Sekali lagi aku hampa. Aku dengan kawan aku ni pun berbincang. Nak masuk kelab apa je macam ni. Yang tinggal cuma bola jaring, sepak takraw, bola tampar, bola baling, kayak dan lain-lain lagi.

Dipendekkan cerita, kitorang pilih untuk masuk ke kelab bola baling. Kawan aku ni okey la sebab dia pernah main bola baling. Aku? Pegang bola baling pun tak pernah. Ni pulak nak main. So, nak tak nak aku pun pilih kelab bola baling. Takpe la. Janji bola. Hehehe.

Seminggu kemudian, perjumpaan diadakan. Pada akhir perjumpaan, kitorang semua mula bermain bola baling. Dari situ aku belajar sesuaikan diri dengan sukan baru. Biasa main bola sepak guna kaki tapi kali ni guna tangan. Mula2 aku rasa kekok la jugak.

Beberapa minggu lepas tu, salah seorang pelopor sukan bola baling di universiti aku datang masa perjumpaan kelab. Kebetulan dia sambung buat Master kat situ. Dia cakap pemilihan untuk mewakili universiti akan diadakan. Aku cuma dengar je. Tak ambil pot sangat sebab tak berminat pun. Lagi2 aku sedar kebolehan aku.

Tapi si budak Master ni datang kat aku. Dia minta aku datang ke pemilihan tu. Aku terpaksa setuju sebab dia cakap dia perlukan pemain yang tinggi. Kebetulan aku ni dalam golongan yang agak tinggi iaitu 180 cm. Yang kawan aku masa sama2 daftar tu dah hilang. Tak datang perjumpaan langsung dah. Tinggal la aku meneruskan perjuangan. Cewaah..hehehe

Pemilihan pun dijalankan. Apa yang diorang buat, semua aku buat. Pemilihan dijalankan hanya selama 2 minggu. Bila nama yang terpilih nak diumumkan, aku dah bersedia je. Confirm aku tak terpilih. Aku cakap dalam hati la. Hehe.

Nama seorang demi seorang disebut. Akhirnya nama aku pun disebut. Perghh, memang aku tak sangka yang aku pun terpilih. Aku tak tau nak kata apa masa tu. Aku pura2 cool. Walaupun dalam hati bangga la jugak. Hahaha. Yela, orang lain main bertahun-tahun. Aku pulak main baru 2 bulan dah terpilih.

Latihan dijalankan setiap petang. Sesiapa yang ada kelas petang dikecualikan. Selama hampir 2 bulan kitorang berlatih untuk masuk ke MASUM ataupun Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia.
Dalam kitorang berlatih tu, tiba2 dapat berita yang kami tidak dihantar untuk ke MASUM. Aku tengok seorang teammate aku dah tepuk dahi dah. Aku punya reaksi? Perghh kecewa habis.

Aku tanya kenapa kitorang tak dihantar? Diorang cuma jawab yang pihak perngurusan universiti tak bagi sebab sukan bola baling dah lama tak bawa kejayaan untuk universiti kitorang.  Lagi pun sebab kos penerbangan dan penginapan untuk ke kejohanan yang diadakan di semenanjung tu agak tinggi. Mungkin sebab universiti kitorang yang terletak di Borneo..Tu pun boleh dijadikan alasan? Hmm...entah apa2..

Aku rasa bengang jugak la. Buang masa je aku berlatih petang2. Baik la aku pergi main street soccer dengan housemates aku. Tapi kitorang semua akan dihantar ke kejohanan lain yang bertempat di Sarawak. Sedikit sebanyak terubat jugak la kecewa kitorang.

Pertandingan pun bermula. Disebabkan aku ni budak baru, aku duduk kat bench je. Hampeh. Hahaha. Tapi takpe la. Aku pun nervous jugak. Aku hanya main sebagai pemain simpanan. Sesekali aku dimasukkan. Not bad la kan. Percubaan pertama la katakan.  Dalam pertandingan tu, kitorang dapat tempat keempat ke ketiga. Lupa pulak aku. Hahaha. Tapi kitorang masih dapat pingat. Ada la sesuatu untuk aku banggakan. Hehehe.

Kat universiti, tak lama lepas tu ada kejohanan antara fakulti. Aku terpilih secara automatik sebab status sebagai pemain yang telah mewakili universiti. Aku sempat membuat kemunculan selama 2 musim untuk kejohanan antara fakulti. Untuk kemunculan pertama, posisi aku tak tentu. Kadang2 aku main utama kadang2 aku masuk sebagai super sub je. Kapten punya planning. Aku ikut je la. Malas nak banyak cerita. Dalam pertandingan tu, kami dapat tempat keempat je. Kecewa jugak la aku walaupun aku dapat jaringkan gol jugak.

Pada musim kedua, budak2 senior ni dah takde. Sebab bagi peluang kepada orang lain. Yela.. dah 3 tahun diorang main. So, aku agak happy la sebab dah takde orang yang gila kuasa dalam pasukan. Aku sebagai salah seorang pemain utama pasukan.

Dipendekkan cerita, kitorang berjaya masuk ke final selepas menang hampir semua perlawanan sebelum tu. Aku rasa bangga jugak sebab berjaya jaringkan gol-gol penting dalam perjalanan untuk ke final. Dalam perlawanan final atau akhir, seperti yang dijangkakan pasukan kitorang kalah sebab pasukan opponent atau lawan, hampir semua pemain diorang adalah pemain yang mewakili universiti yakni teammate aku jugak la.

Lebih teruk, dalam perlawanan akhir tu aku siap missed penalti. Hahaha. Nervous punya pasal. Sebab penonton ramai sangat kot masa tu. Hehehe. Walaupun kalah, aku agak bangga jugak la. Tak sangka sukan yang aku tak pernah main, rupa2nya aku ada bakat untuk bermain sukan tu. Kapten aku yang gila kuasa pada musim sebelumnya turut hadir masa pelawanan akhir tu. Dia berterus terang yang dia kagum dengan kitorang. Dia cakap sepanjang dia main bola baling, dia tak pernah masuk final.

Kesimpulannya, kita kena berani mencuba sesuatu yang baru. Mana la tau kita ada bakat terhadap sesuatu tapi kita masih tak tau sampai sekarang sebab tak pernah mencuba. Sebab belum cuba belum tahu...So, selamat mencuba! Harap2 keluar la satu bakat yang dipanggil BAKAT YANG TAK KETAHUAN. Hehehe.

Wassalam...

Fikir tentang bakat yang mungkin ada dalam diri



  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan