Khamis, 8 Mac 2012

Kelu lidah

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku tak tahu kenapa setiap kali aku cuba bercakap dengan Si Dia melalui telefon, lidah aku seolah-olah kelu...Soalan yang aku nak tanya pada dia sebelum mula menelefon hampir hilang semuanya...Beberapa soalan je yang aku ingat...

Bila menelefon Si Dia, percakapan aku tidak lancar seperti biasa...Pertuturan aku tidak lagi tersusun...Tersekat-sekat...Kedengaran seperti kanak-kanak yang baru belajar berbicara...Adakalanya aku tersasul...

Kadang2, perbualan aku dan Si Dia terhenti buat beberapa ketika...Sambil dalam kepala ligat memikirkan segala jenis soalan yang ingin aku tanyakan kepada dia...Perbualan diteruskan dan adakalanya lancar seperti yang diharapkan...Sesekali kedengaran hilai tawanya...

Setiap kali berbual dengannya melalui telefon, aku berasa nervous...Terpempan buat seketika...Jantung aku mula bergerak dengan pantas...Berdebar-debar menanti respon daripadanya...Menanti dan beharap agar sentiasa mendapat respon yang baik daripadanya...

Kenapa semua ini berlaku? Aku sendiri tak dapat menjawabnya...Mungkin ini adalah satu rasa dan aturan   oleh Allah S.W.T...

Wassalam...
Macam ni la lebih kurang muka aku time bercakap telefon dengan Si Dia...Huhuhu


 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan