Assalamualaikum
dan salam sejahtera...
Pernah
tak kesabaran korang dicabar? Pernah tak korang berdiri lama, menanti sesuatu
yang tak pasti? Pernah tak korang ditaburi janji2 manis? Hmm..aku ada 1 cerita
nak kongsi...
Pada Ahad
lepas, aku diberi cuti sehari...Shooting hanya akan dijalankan pada keesokan
harinya...Aku memang mengharapkan cuti tu jadi kenyataan sebab kawan baik aku
yang aku kenal sejak umur 9 tahun akan berkahwin...Majlis resepsi dia akan
diadakan pada hari itu bertempat di sebuah pantai yang tidak berombak iaitu
Pantai Dalam...Hehehe
Aku yang
ketika itu berada di Nilai terpaksa menaiki komuter...Setelah selesai membeli
tiket, aku berdiri menunggu tren...Tempat duduk semuanya sudah terisi dengan
manusia...Beberapa minit telah berlalu...Aku buat keputusan untuk ke
tandas...Nak tunggu tren rasanya lama lagi...
Sedang
aku di dalam tandas, aku terdengar macam bunyi tren datang...Aku cepat2
keluar...Malangnya, tren tu berlalu dengan pantasnya...Terasa bunyi tren
yang nyaring seolah-olah sedang mengejek aku yang tertinggal...Kelihatan
beberapa orang asing yang tadinya berlari2 mengejar tren mula mematikan langkah
mereka...Dalam hati aku berkata 'kita senasib'...
Aku
tengok jadual tren yang seterusnya...30 minit lagi...Adoi, lama lagi tu...Aku
dah la kejar masa...Jam kat tangan dah menunjukkan pukul 12 tengah
hari...Tunggu punya tunggu, tren pun sampai...Aku naik dengan bangganya...Perlu
ke bangga? Hahaha...
Aku duduk
kat sebelah seorang pak cik n brader yang dari tadi leka dengan surat
khabar...Sesekali aku menjeling kalau2 ada tajuk2 berita yang best...Duduk
berhadapan dengan aku, anak mami yang dari tadi tak sudah2 bercakap dengan mak
dia...Adakalanya dia menjeling ke arah aku..Aku hanya menundukkan kepala dan
memandang ke arah lain…
Komuter
terus bergerak…Sampai je kat stesen Bangi, tren tiba2 berhenti..Penyaman udara
atau air cond yang dari tadi
menyejukkan aku dan penumpang lain mula berhenti beroperasi…Semua penumpang
mula tertanya2 situasi yang sedang berlaku…Tiba2 kedengaran pengumuman
menyatakan tren mengalami masalah teknikal…Bekalan elektrik terputus..Jadi,
kami terpaksa berpindah ke seberang untuk menaiki tren lain…
Tangga yang menjadi penghubung hanya boleh digunakan separuh kerana kerja2 pembaikan sedang dijalankan…Dengan jumlah orang yang ramai, agak lama juga masa yang diperlukan untuk ke seberang..Ada juga beberapa orang yang melintas tanpa menggunakan tangga…Ada ketika kedengaran suara pengawal keselamatan yang memarahi penumpang2 tersebut…
Tangga yang menjadi penghubung hanya boleh digunakan separuh kerana kerja2 pembaikan sedang dijalankan…Dengan jumlah orang yang ramai, agak lama juga masa yang diperlukan untuk ke seberang..Ada juga beberapa orang yang melintas tanpa menggunakan tangga…Ada ketika kedengaran suara pengawal keselamatan yang memarahi penumpang2 tersebut…
Setelah
hampir 20 minit menanti, tren yang dinantikan tidak muncul2…Tiba2 kedengaran
sebuah pengumuman yang menyatakan tren akan tiba dalam masa 3 minit…Aku berasa
sedikit lega..Penumpang lain yang tadinya duduk di atas lantai, ada yang
bersila dan ada yang bertinggung mula bangun…Ada yang datang dari belakang dan
terus ke depan…Konon2nya untuk menjadi orang pertama yang masuk ke dalam tren…
15 belas
minit menanti, tren tidak juga tiba…Aku mula berasa gelisah…Tak pasti aku
sempat sampai ke Pantai Dalam pada waktunya…Kedengaran keluhan daripada
beberapa penumpang…Dengan cuaca yang panas, berat beban beg yang ditanggung, macam2
bau dan lain2 lagi…Kedengaran lagi sebuah pengumuman..Kali ni dia menyatakan
bahawa tren akan sampai dalam masa 4 minit lagi..
Aku dan
beberapa penumpang lain ketawa..Tadi cakap lagi 3 minit, tak sampai2 pun tren
yang dinanti…Lepas tu cakap lagi 4 minit…Terdapat beberapa penumpang yang dari
golongan tua mula berleter…Mungkin terasa dipermainkan…Entahlah..
Penantian
diteruskan..Tren masih lagi tak kelihatan…Pengumuman seterusnya menyatakan
bahawa tren yang sedang dalam perjalanan juga sedang menghadapi masalah..Aku
yang sejak tadi berdiri mula duduk di bangku yang mulai kosong kerana hampir
separuh daripada penumpang yang sama2 menanti bersama aku mula keluar dari
stesen…Ada yang menaiki bas dan ada yang menaiki teksi dan lain2…
Aku yang
tak begitu familiar dengan kawasan Bangi
hanya sabar menanti…2 jam pun berlalu…Bayang tren masih tak kelihatan…Aku
beralih tempat duduk…Sesekali melihat kerenah orang yang pelbagai..Agak ramai
juga orang asing yang menaiki tren..Terasa macam bukan di negara sendiri…
Pengumuman
kedengaran lagi..Semua penumpang diminta kembali menyeberang..Aku dan penumpang
lain hanya menurut arahan…Beberapa minit kemudian, kami diminta memenuhi
tren..Aku menurut..Kelihatan seperti tren tersebut sudah boleh digunakan
seperti sediakala..Aku membelek jam di tangan…Jarum menunjukkan pukul 3
petang..
Aku mula
berfikir bila aku akan sampai ke kenduri kahwin kawan baik aku..Biasa paling
lewat pun aku pergi kenduri adalah pukul 2 petang..Kali ni pukul 3, masih dalam
perjalanan…Tren menyusur laju..Aku tak pasti bilakah masanya aku terlelap…Apabila
sedar, ada kepala terlentok di bahu aku…Budak lelaki yang lengkap berpakaian
sukan sedang lena tidur..Aku hanya membiarkan dia landing di bahu aku…Aku tak
bergerak, bimbang dia akan terjaga..
Sejam
berlalu, aku akhirnya tiba di KL Sentral…Jam sudah menunjukkan pukul 4…Aku
menunaikan kewajipan dan terus menuju ke Pantai Dalam...Alhamdulillah, aku
berjaya sampai ke tempat yang dituju…Dari kejauhan aku nampak kawan baik aku
dan pasangannya di atas pelamin sedang bergambar…Kedua2nya nampak bahagia
sekali…Aku tersenyum, tumpang gembira melihat kawan2 bahagia…Riak2 gembira
terlakar di wajah kawan aku…Sebab dia pernah cakap, ‘orang lain tak datang
takpe tapi bukan kau’…Meskipun aku tiba hanya pada pukul 4:30 petang…DUGAAN...
Komuter punya pasal, tak perasan yang tulisan aku kali ni dah macam ayat2 dalam novel...Hehehe
Komuter punya pasal, tak perasan yang tulisan aku kali ni dah macam ayat2 dalam novel...Hehehe
Wassalam…
![]() |
Ni la komuter...bagi yang tak tahu...hehehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan