Isnin, 21 Mei 2012

Selamat Hari Guru!

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru/ cikgu/ ustaz/ ustazah/ teacher/ sir dan lain2 lagi...Kalau nak sebut semua panggilan yang mungkin digunakan kepada seseorang guru memang banyak sangat...Ibu bapa pun guru kita juga...Mereka banyak mengajar kita sejak kita kecil sampai la dah besar panjang macam sekarang ni...

Ha, mungkin entry aku ni sedikit lambat...Eh, lambat banyak sebenarnya...Hehehe..Yela, Hari Guru kan sepatutnya disambut pada 16 Mei setiap tahun...Pada minggu lepas, aku agak sibuk jadi sampai terlupa nak buat entry tentang hari bahagia buat semua yang bergelar guru...

Jadi, pada kesempatan ini aku nak mengucapkan 'Selamat Hari Guru' kepada semua insan yang bergelar guru...Walaupun seseorang tu hanya mengajar sepotong ayat, dia tetap guru...Pendek kata, walaupun sumbangan seseorang tu sangatlah kecil, dia juga boleh dianggap sebagai guru...

Dengan syarat, apa yang diajarkannya adalah tentang kebaikan...Kalau dia ajar teknik2 nak merompak ke, meragut ke, tu bukanlah guru...Tu nak menjahanamkan namanya...Jangan diikut pulak apa yang diajarkannya tu..Hehe...

Sebut pasal guru, aku teringat suatu kejadian pada tahun 1997...Pada masa tu, aku dalam darjah 3...Masa tu, tengah belajar subjek Bahasa Melayu...Cikgu yang mengajar ialah Cikgu Zarizi...Siap ingat lagi nama..Hahaha..Mesti la kena ingat...Sebab cikgu ni dah buat aku malu pada 1 kelas...Huhuhu...

Nak jadikan cerita, dalam kelas, cikgu suruh aku dan kawan2 yang lain buat karangan...Sedang buat karangan, tiba2 cikgu aku bersuara...Perhatian semua beralih kepada dia...Dia cakap dia nak keluar sekejap...Dekat papan hitam, dia dah tulis "BUKA BUKU TUTUP MULUT"...Seisi kelas dah mula diam...

Dalam diam2 tu, aku pun pergi ke papan hitam...Cuba korang teka aku buat apa?...Dengan rasa tak bersalah, aku padam apa yang cikgu tulis tadi, dan aku gantikan dengan "BUKA MULUT TUTUP BUKU"...Lepas tu aku terus duduk...Kawan2 aku yang perasan apa yang berubah kat papan hitam mula ketawa...Akhirnya, 1 kelas ketawa...

Aku tersenyum tengok kawan2 aku yang dah tak tumpukan perhatian pada karangan...Jahatnya aku...Hahaha...Belum sempat aku nak pergi tukar semula apa yang ditulis kat papan hitam, cikgu aku yang tadi dah masuk...Aku terus kecut perut...Mana taknya, Cikgu Zarizi ni boleh tahan garangnya...

Aku dan kawan2 diam menantikan tindakan seterusnya...Sekali cikgu aku bersuara "Ni sape yang punya keje ni? "...Semua membisu... Dalam 5 minit jugaklah kelas aku jadi sunyi sepi...Akhirnya, cikgu mula panggil seorang kawan aku yang terkenal dengan kenakalannya...Nama dia Zaid..."Zaid, siapa yang punya kerja ni?"

Zaid masih membisu...Dalam masa tu, sempat jugak dia jeling aku...Dia terus senyap...Memang baik punya cover...Zaid ni antara kawan rapat aku jugak masa tu...Cuma aku kurang nakal sikit daripada dia...Hehehe..Lepas tu, cikgu panggil lagi seorang kawan aku, lelaki...Nama dia aku dah tak ingat...

Yang kawan aku ni pun bangun...Lama cikgu tanya dia baru dia jawab...Jawapannya, "Saya tak tahu cikgu"...Cikgu masih tak puas hati...Dia tanya lagi kawan aku...Akhirnya, kawan aku yang tadi hanya menundukkan kepala mula menuding jari ke arah aku...

Bayangkanlah perasaan aku masa tu...Muka pucat lesi tiba2...Aku pun bangun bila cikgu dah sebut nama aku..Aku bangun slow motion je...Aku dah mula terasa ada bencana yang bakal menimpa...Bila cikgu tanya, aku hanya mengangguk pasrah...Mengaku je...Akhirnya, kami bertiga disuruh ke depan...

Cuba korang teka apa yang kami kena buat? Cikgu suruh kami menangis...Huwaa, Gila punya permintaan...Dah la dalam kelas aku boleh tahan jugak ramainya budak perempuan...Maunya jatuh saham aku...Huhuhu..

Aku cuma diam je..Yang cikgu aku ni dah mula tengking, suruh kami menangis...Zaid dan kawan aku yang seorang lagi terpaksa join aku sebab dituduh menipu dan bersubahat...Tak pasal2 terlibat sama hanya disebabkan kesalahan aku seorang...

7 minit dah berlalu, tapi tak seorang pun antara kami yang menangis...Sampai la cikgu aku mula panggil cikgu disiplin yang garangnya tahap gaban...Nama cikgu tu, Amran...1 sekolah kalau terserempak dengan dia confirm patah balik beb...Rela lalu jalan jauh daripada bertembung dengan dia kat tengah jalan...

Cikgu Amran pun datang, pandang muka dia je dah cukup buat Zaid dan kawan aku yang seorang lagi menangis...Terdengar la bunyi sedu-sedan dorang...Cikgu Zarizi ni tetap tak puas hati sebab aku belum menangis lagi...

Cikgu Amran mula bertempik...Akhirnya, mutiara jernih keluar jugak dari kelopak mata aku...Yes, aku menangis! Aku sempat tengok kawan2 aku yang lain...Ada yang tersenyum kambing, ada yang menahan gelak...Huhuhu...

Selepas cikgu berjaya membuli aku, Zaid dan seorang lagi kawan aku, kami disuruh duduk...Kerja karangan disuruh buat di rumah...Kami yang dibuli tadi terus didenda lagi...Kami kena tulis dalam buku, "SAYA TIDAK AKAN NAKAL LAGI" sebanyak 100 kali...Huhuhu

Kesimpulannya, betul la kata pepatah, 'Terlajak perahu boleh diundur, tapi kalau terlajak kata atau perbuatan, buruk padahnya'...Kepada Zaid dan seorang lagi kawan aku tu, aku minta maaf sangat2...Disebabkan aku, tak pasal2 korang terlibat sama...Padan muka aku!!!

Wassalam...

Guru antara pekerjaan yang mulia...



Dulu2 rajin jugak aku buat kad ucapan untuk cikgu...
Tapi takdelah secantik ni...Hehe..








Tiada ulasan:

Catat Ulasan