Ahad, 6 Januari 2013

Selamat Tahun Baru!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lebih sebulan aku tak menaip...Maklumlah, agak sibuk dengan bidang kerja yang baru aku ceburi...Siang kerja full time, malam pulak kerja part time...Keluar rumah masa matahari baru timbul, balik pulak bila ayam dah nak berkokok...

Kata orang, masa bujang ni la yang paling bagus untuk bekerja keras...Sebab kalau dah kahwin, kena bagi komitmen 100%...Yela, ada hati selain hati sendiri yang nak dijaga...Mungkin sebab tu la ramai lelaki yang kahwin lewat...Sebabnya nak kumpul harta...

Tapi bagi aku la, kalau nak kumpul harta, sampai ke tua pun takkan habis...Masa dah berkahwin pun boleh kumpul harta lagi apa? Sama2 cari rezeki dengan isteri...Lagi pun, orang yang dah berkahwin ni kan memang akan ada rezeki untuknya?

Berbalik kepada topik asal iaitu tahun baru iaitu 2013...Tak pasal2 aku melalut pasal kahwin pulak...Hehe...Mungkin sebab terbaca post seorang kawan aku kat facebook yang masih mencari teman istimewa...

Pada ambang tahun baru beberapa hari lepas, aku dan 3 orang kawan berkesempatan untuk menjadi salah seorang daripada yang dipilih Allah untuk menjadi tetamu ceramah ustaz yang paling popular di youtube...Siapa lagi kalau bukan Ustaz Azhar Idrus (UAI)...

Itulah kali pertama aku dengar ceramah UAI secara live...Selama ni kat youtube je...Ada ramai tetamu undangan iaitu Diana Amir, Kamal Adli, Pierre Andre, Malek Noor, Aziz M.Osman, Wan Zack Haikal, Ustaz Bollywood, Ustaz Sobuni dari Syria dan seorang gadis aka pelumba motor...Aku lupa pulak namanya...

Penonton yang datang seramai 120, 000 lebih...Sangat meriah...Aku tengok bola kat stadium pun paling ramai jumlah penonton dalam anggaran 80, 000-90, 000 je...Alhamdulillah, semakin ramai anak muda yang ingin mendekati Islam...Itu lebih baik daripada yang sibuk terkinja-kinja tengok konsert meraikan sambutan tahun baru...

Pelbagai isu dan pertanyaan diketengahkan oleh tetamu jemputan dan dijawab oleh UAI...Penonton termasuk aku sudah tentu tak kering gusi dek kerana lawak jenaka UAI...Tapi, dalam gelak2 tu, kena ingat jugak point2 yang disampaikan...Antara yang disentuh ialah perihal menutup aurat, pekerjaan yang halal dan lain2 lagi...

Kesimpulannya, sambutlah tahun baru dengan aktiviti yang berfaedah...Tak guna pergi ke konsert, terkinja2...Lepas tu sibuk nak countdown...Kira dari 10 sampai la nombor 1...Then, menjerit ramai2...So, apa kata lepas ni kita tukar? Pergi ceramah, mengaji, berkumpul dengan keluarga ke, ataupun buat benda2 yang berfaedah...Tahun baru, mestilah dengan azam baru...So, jom kita istiqamah...

Wassalam...

*Azam aku tahun ni, nak bekerja keras cari rezeki...InsyaALLAH...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan