Sekali imbas tajuk entry
aku kali ni lebih kurang macam tema Hari Kebangsaan pada tahun ni yang
menimbulkan rasa tak puas hati kepada ramai pihak…Tapi aku bukan nak bercakap
pasal tu…No politic here! Hehehe…
Tentu semua tahu apa yang dimaksudkan dengan janji…Janji
sebenarnya boleh dikatakan seperti kita telah setuju atau confirmkan sesuatu perkara dengan seseorang…
Ada 2 jenis manusia bila dikaitkan dengan janji:
1. Yang
sentiasa cuba untuk memenuhi atau mengotakan janjinya…
2. Yang
pandai berjanji tapi tak pandai nak tepati…Golongan ni juga sering mencari
alasan untuk menutup kesalahannya…
Aku dan pastinya korang yang juga merupakan pembaca pastinya
tak suka bila seseorang memungkiri janji…Ada banyak sebab seseorang tak suka
bila berdepan dengan situasi macam ni..
Antaranya:
1. Bila
janji dimungkiri, habis rosak semua plan
asal…
2. Kalau
dimaklumkan lebih awal, mungkin kita boleh luangkan masa dengan orang lain yang
nak luangkan masa bersama kita…
3. Mungkin
kita telah buat pilihan untuk berjanji dengan dia sedangkan pada masa yang
sama, ada banyak kerja yang kita kena setelkan…Dan bila dia mungkir, memang
rasa tak puas hati akan wujud dengan serta merta…
4. Kita
akan serik nak berjanji buat kedua kalinya dengan seseorang yang pernah mungkir
janji dengan kita …
5. Kita
akan mula hilang rasa percaya kepada mereka yang memungkiri janji…
Yang aku senaraikan kat atas ni antara 5 sebab utama orang
paling tak suka bila ada orang lain yang mungkir janji dengan kita…Kalau ada
yang lain, korang tolong la tambahkan…Hehehe…
Kesimpulannya, memang tak best bila janji dimungkiri atau
dalam bahasa yang lebih tegas, dikhianati…1 perkara je yang boleh dimaafkan
apabila kita berjanji iaitu ada halangan yang tak dapat dielak…Sebab bukan
semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan…Kadang2 ada je halangan…Tu
namanya takde rezeki…Maklumkan kepada orang yang berjanji dengan kita lebih
awal supaya dia tak rasa kecewa setelah mengharap apa yang dijanji akan
dikotakan…
*Kita merancang, Allah juga merancang…Tetapi, Dia adalah
sebaik2 perancang…
![]() |
Janji ada banyak kategori...Ni contoh janji antara 2 sahabat... Biasanya perempuan la.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan