Assalamualaikum dan salam sejahtera…
S.A.Y.A.N.G…Satu perkataan tetapi banyak maknanya...Satu
perkataan ni mampu mengubah bermacam2 perkara dan situasi mengikut kesesuaian
penggunaannya…
Hati, perasaan dan jiwa seseorang mampu diubah hanya dengan panggilan
‘sayang’…Tetapi, perkataan ini seharusnya diungkap andai si pelantunnya benar2
ikhlas…
Bagi aku, ungkapan ini sangat berharga dan bermakna…Ia hanya
boleh diungkapkan kepada yang berhak, bukan boleh diungkap kepada sesiapa
sahaja…
Sejak pertengahan bulan 3 yang lepas, secara rasminya aku
telah menggelar seseorang dengan panggilan ‘sayang’…Dia yang dimaksudkan ialah
kekasih hati aku, ‘My Sayang’…Dia satu2nya wanita yang aku cintai…
Kenapa aku panggil dia ‘sayang’? Sebabnya, aku nak sentiasa
rasa sayangkan dia tak kira pada bila2 masa mahupun keadaan emosi aku ketika
itu…
Andai kata aku sedang marah, secara automatik perasaan marah
tu akan bertukar menjadi lebih cool atau baik dengan hanya panggilan ‘sayang’
tu…Pendek kata, aku akan sentiasa sayangkan dia walau dalam keadaan apa pun
termasuklah ketika sedang marah…
Perasaan sayang yang menebal dalam hati aku terhadapnya
membuatkan aku kalau boleh, sentiasa nak mengungkapkan sayang aku pada dia…Bagi
sesetengah orang, perkara tu mungkin boleh membosankan lantaran kerana terlalu kerap
mengungkapkannya…
Berlainan dengan aku…Aku kalau boleh nak ucapkan aku sayang
dia pada setiap detik supaya dia tak akan pernah lupa yang aku sangat2
sayangkan dia…Bagi aku, kalau ungkapkan sayang dengan kerap, rasa sayang antara
kami akan sentiasa mekar dan membuatkan perasaan tu kian menebal dalam diri
masing2…
Kesimpulannya, masing2 ada cara untuk ekspresikan rasa
sayang kepada orang yang disayangi…Tak kiralah macam mana pun, janji hubungan
tersebut akan menjadi lebih rapat, serasi seterusnya berjaya bukan sahaja di
dunia malah di syurga kelak…InsyaALLAH…
*I will always LOVE you Sayang… Jangan pernah bosan dengan panggilan itu...
![]() |
Semoga CINTA itu akan terus mekar dan sentiasa berada dalam redha-Mu Ya Allah... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan