Assalamualaikum dan salam sejahtera…
Apabila disebut tentang perasaan, biasanya melibatkan antara
jantina yang berlainan…Kalau sesama jantina, tu abnormal namanya…
Perasaan ada 4 jenis:
-Minat
-Suka
-Sayang
-Cinta
Biasanya kalau ikut step, 4 langkah ni akan berjalan secara
berturutan…Namun, ada yang langkau step…Ada yang terus jatuh cinta walaupun
baru pertama kali berjumpa dengan seseorang yang berlainan jantina…Sebab tu
wujudnya ‘Cinta pandang pertama’…
Perasaan adalah kurniaan Allah kepada hamba2-Nya…Setiap yang
dijadikan di dunia ini berpasangan dan saling melengkapi antara satu sama
lain…Setiap orang akan ada rasa untuk menyayangi dan disayangi…Itu semua
lumrah…
Perasaan juga boleh dipupuk…Tapi tak mudah…Lebih2 lagi dalam
zaman sekarang…Kebanyakan orang lebih senang untuk mempunyai hubungan dengan seseorang
dan berkahwin mengikut pilihannya sendiri…
Berlainan dengan zaman ibu bapa kita, ramai yang berkahwin
dan hanya mengenali pasangannya pada hari perkahwinan…Soal jodoh kebanyakannya
diserah bulat2 kepada ibu bapa…Malah, ada juga ibu bapa yang membuat keputusan
sendiri untuk menjodohkan anak2 mereka…
Pendek kata, kita berhak menentukan siapa gerangan orang
yang akan menjadi pasangan kita…Mencari pasangan yang baik bukanlah
mudah…Berkawanlah dahulu sebelum mempunyai hubungan yang serius dengan pasangan
sehinggalah ke tahap melangsungkan perkahwinan…
Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda, pilihlah pasangan
dengan 4 ciri iaitu:
-Kecantikan
-Harta
-Keturunan
-Agama
Antara 4 ciri tersebut, pilihlah agama sebagai ciri yang
utama…Jika seseorang tersebut mempunyai pegangan agama, insyaALLAH perjalanan
hubungan tersebut akan berjalan dengan lancar dan dapat menjalani hidup dengan
aman dan bahagia…Barulah sesuai dengan slogan ‘Rumahku Syurgaku’ atau ‘Baiti
Jannati’…
Kesimpulannya, pilihan di tangan kita sendiri…Jodoh
sememangnya ketentuan Yang Maha Esa terhadap hamba2-Nya sejak peringkat Loh
Mahfuz lagi…Namun, kita tak disuruh berdiam diri, menanti jodoh turun dari
langit…Kita haruslah berusaha untuk mencari pasangan agar dapat mengecap
kebahagiaan di dunia dan akhirat…InsyaALLAH…
Wassalam…
![]() |
Alangkah indahnya andai dapat mencintai dan dicintai sesama pasangan... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan