Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Apakah itu bakat? Bakat ialah satu anugerah istimewa Tuhan
kepada hamba2-Nya.. Tak semua orang ada bakat yang sama. Misalnya menyanyi.
Semua orang boleh menyanyi. Tapi tak semua boleh menyanyi dengan baik.
Cerita bermulanya macam ni. Masa aku kat Universiti dulu, semua
pelajar diwajibkan memilih salah satu kelab sukan atau persatuan sebagai
aktiviti senggang atau dalam bahasa biasanya, ko-kurikulum.
Masa untuk mendaftar bermula pukul 9 pagi. Tapi aku cuma
pergi mendaftar pada pukul 12 tengah hari disebabkan aku ada kelas sebelum tu.
Aku bersama seorang kawan aku berjalan-jalan mencari kelab bola sepak. Yes,
akhirnya jumpa pun kelab bola bola sepak. Tapi malangnya, dah takde kekosongan.
Kuota hanyalah 100 orang je. Ramai pulak la orang yang suka main bola kat sini.
Aku pun jalan lagi.
Kemudian, aku sampai kat kelab futsal. Takpe la. Bola sepak
tak dapat, futsal pun jadi la. Aku pun capai pen. Belum sempat aku tulis nama,
AJK kelab tu dah bersuara. Takde kosong lagi. Sekali lagi aku hampa. Aku dengan
kawan aku ni pun berbincang. Nak masuk kelab apa je macam ni. Yang tinggal cuma
bola jaring, sepak takraw, bola tampar, bola baling, kayak dan lain-lain lagi.
Dipendekkan cerita, kitorang pilih untuk masuk ke kelab bola
baling. Kawan aku ni okey la sebab dia pernah main bola baling. Aku? Pegang
bola baling pun tak pernah. Ni pulak nak main. So, nak tak nak aku pun pilih
kelab bola baling. Takpe la. Janji bola. Hehehe.
Seminggu kemudian, perjumpaan diadakan. Pada akhir
perjumpaan, kitorang semua mula bermain bola baling. Dari situ aku belajar
sesuaikan diri dengan sukan baru. Biasa main bola sepak guna kaki tapi kali ni
guna tangan. Mula2 aku rasa kekok la jugak.
Beberapa minggu lepas tu, salah seorang pelopor sukan bola
baling di universiti aku datang masa perjumpaan kelab. Kebetulan dia sambung buat
Master kat situ. Dia cakap pemilihan untuk mewakili universiti akan diadakan. Aku
cuma dengar je. Tak ambil pot sangat sebab tak berminat pun. Lagi2 aku sedar
kebolehan aku.
Tapi si budak Master ni datang kat aku. Dia minta aku datang
ke pemilihan tu. Aku terpaksa setuju sebab dia cakap dia perlukan pemain yang
tinggi. Kebetulan aku ni dalam golongan yang agak tinggi iaitu 180 cm. Yang
kawan aku masa sama2 daftar tu dah hilang. Tak datang perjumpaan langsung dah.
Tinggal la aku meneruskan perjuangan. Cewaah..hehehe
Pemilihan pun dijalankan. Apa yang diorang buat, semua aku
buat. Pemilihan dijalankan hanya selama 2 minggu. Bila nama yang terpilih nak
diumumkan, aku dah bersedia je. Confirm aku tak terpilih. Aku cakap dalam hati
la. Hehe.
Nama seorang demi seorang disebut. Akhirnya nama aku pun
disebut. Perghh, memang aku tak sangka yang aku pun terpilih. Aku tak tau nak
kata apa masa tu. Aku pura2 cool. Walaupun dalam hati bangga la jugak. Hahaha.
Yela, orang lain main bertahun-tahun. Aku pulak main baru 2 bulan dah terpilih.
Latihan dijalankan setiap petang. Sesiapa yang ada kelas
petang dikecualikan. Selama hampir 2 bulan kitorang berlatih untuk masuk ke
MASUM ataupun Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia.
Dalam kitorang berlatih tu, tiba2 dapat berita yang kami
tidak dihantar untuk ke MASUM. Aku tengok seorang teammate aku dah tepuk dahi
dah. Aku punya reaksi? Perghh kecewa habis.
Aku tanya kenapa kitorang tak
dihantar? Diorang cuma jawab yang pihak perngurusan universiti tak bagi sebab sukan bola baling dah
lama tak bawa kejayaan untuk universiti kitorang.
Lagi pun sebab kos penerbangan dan penginapan untuk ke kejohanan yang diadakan di semenanjung tu agak
tinggi. Mungkin sebab universiti kitorang yang terletak di Borneo..Tu pun boleh dijadikan alasan? Hmm...entah apa2..
Aku rasa bengang jugak la. Buang masa je aku berlatih
petang2. Baik la aku pergi main street soccer dengan housemates aku. Tapi
kitorang semua akan dihantar ke kejohanan lain yang bertempat di Sarawak.
Sedikit sebanyak terubat jugak la kecewa kitorang.
Pertandingan pun bermula. Disebabkan aku ni budak baru, aku
duduk kat bench je. Hampeh. Hahaha. Tapi takpe la. Aku pun nervous jugak. Aku
hanya main sebagai pemain simpanan. Sesekali aku dimasukkan. Not bad la kan.
Percubaan pertama la katakan. Dalam
pertandingan tu, kitorang dapat tempat keempat ke ketiga. Lupa pulak aku.
Hahaha. Tapi kitorang masih dapat pingat. Ada la sesuatu untuk aku banggakan.
Hehehe.
Kat universiti, tak lama lepas tu ada kejohanan antara fakulti.
Aku terpilih secara automatik sebab status sebagai pemain yang telah mewakili universiti. Aku sempat
membuat kemunculan selama 2 musim untuk kejohanan antara fakulti. Untuk kemunculan
pertama, posisi aku tak tentu. Kadang2 aku main utama kadang2 aku masuk sebagai
super sub je. Kapten punya planning. Aku ikut je la. Malas nak banyak cerita. Dalam pertandingan tu, kami dapat tempat keempat je. Kecewa jugak la aku
walaupun aku dapat jaringkan gol jugak.
Pada musim kedua, budak2 senior ni dah takde. Sebab bagi
peluang kepada orang lain. Yela.. dah 3 tahun diorang main. So, aku agak happy
la sebab dah takde orang yang gila kuasa dalam pasukan. Aku sebagai salah
seorang pemain utama pasukan.
Dipendekkan cerita, kitorang berjaya masuk ke final selepas
menang hampir semua perlawanan sebelum tu. Aku rasa bangga jugak sebab berjaya
jaringkan gol-gol penting dalam perjalanan untuk ke final. Dalam perlawanan final atau akhir, seperti yang dijangkakan
pasukan kitorang kalah sebab pasukan opponent atau lawan, hampir semua pemain
diorang adalah pemain yang mewakili universiti yakni teammate aku jugak la.
Lebih teruk, dalam
perlawanan akhir tu aku siap missed penalti. Hahaha. Nervous punya pasal. Sebab
penonton ramai sangat kot masa tu. Hehehe. Walaupun kalah, aku agak bangga
jugak la. Tak sangka sukan yang aku tak pernah main, rupa2nya aku ada bakat
untuk bermain sukan tu. Kapten aku yang gila kuasa pada musim sebelumnya turut
hadir masa pelawanan akhir tu. Dia berterus terang yang dia kagum dengan
kitorang. Dia cakap sepanjang dia main bola baling, dia tak pernah masuk final.
Kesimpulannya, kita kena berani mencuba sesuatu yang baru.
Mana la tau kita ada bakat terhadap sesuatu tapi kita masih tak tau sampai
sekarang sebab tak pernah mencuba. Sebab belum cuba belum tahu...So, selamat mencuba! Harap2 keluar la satu
bakat yang dipanggil BAKAT YANG TAK KETAHUAN. Hehehe.
Wassalam...
 |
Fikir tentang bakat yang mungkin ada dalam diri |