Jumaat, 8 Jun 2012

SMS sambil menunggang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

SMS atau nama panjangnya, Short Message Service biasa digunakan oleh kita semua terutamanya ketika nak save bajet...Hehehe...Yela, kalau asyik nak call je, kaya la syarikat telekomunikasi dan kedai2 yang jual prepaid card ataupun dalam bahasa mudahnya, topup...Kita pulak yang pokai...

Minggu lepas, dalam perjalanan nak pergi dan balik kerja, ada la dalam 3 kali aku terserempak dengan si penunggang motosikal yang sedang menaip mesej...Sebelah tangan pegang handle motor, sebelah lagi pegang handphone...Dan mata, sudah semestinya tertumpu pada skrin handphone...

Aku mampu menggeleng je tengok diorang ni...Sabar2 la nak balas SMS pun...Takkan masa tengah menunggang tu pun nak balas...Kan bahaya tu...Kalau nak balas jugak, berhenti la tepi jalan kejap...

Kalau SMS sambil memandu kereta pun agak bahaya tapi boleh dikatakan okey lagi berbanding dengan berSMS sambil menunggang motor...

Sebabnya, bawa kereta kalau mata kadang2 tertumpu kepada skrin handphone pun, perjalanan kat atas jalan raya tak lari jauh sebab kereta roda 4...Kebarangkalian yang ada hanyalah terbabas...

Bergantung kepada kelajuan pemanduan kereta tu jugak la...Kalau dah bawak lembab sangat tu, confirm kena hon dengan orang belakang...Hihihi

Tapi kalau berSMS sambil menunggang motor, silap2 boleh terbabas atau terjatuh...Sebabnya, roda motor hanya 2 je...Kalau tak stabil, memang mudah nak jatuh...

Itu belum lagi kalau terserempak dengan penunggang2 motor yang bercakap telefon semasa menunggang...Biasanya diorang akan selit handphone kat celah2 antara telinga dengan helmet...

Kalau ketat okey la...Tapi kalau longgar, silap2 handphone tu jatuh berkecai atas jalan raya...Kalau time tu baru nak menyesal memang tak berguna dah...Sebab benda dah jadi...

Kesimpulannya, kadang2 bahaya ni datangnya daripada diri kita sendiri...Kadang2 kita tahu benda tu salah tapi kita nak buat jugak...,Masa tak kena apa2 memang la okey...Tapi kalau dah kena, baru la menyesal...Kata orang2 tua, 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'...

*Aku pernah jugak memandu kereta sambil berSMS...Tapi TABIAT tu aku dah hentikan...Takut2 lama2 nanti jadi TEBIAT....Haha....My Sayang dah bising dah...Dia cakap, ingatlah orang yang terSAYANG...Hehehe...

Wassalam...

Siapa yang dapat balas mesej sambil menunggang
motor macam ni memang hebat...Hehehe..







Tiada ulasan:

Catat Ulasan