Isnin, 4 Jun 2012

Cuti Sekolah: Berkhatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Cuti pertengahan tahun bagi mereka yang bergelar murid atau pelajar sekolah ada seminggu lagi...Bagi yang berumur 12 tahun dan ke bawah biasanya akan dikhatankan atau dalam bahasa mudahnya, SUNAT...Paling best bila dikhatankan beramai-ramai...

Yeke best? Aku dulu berkhatan masa berumur 8 tahun...15/ 12/ 1996...Siap ingat tarikh tu...Hehehe...Kiranya buka je sekolah bulan depan tu aku dah dalam darjah 3 la...Aku join seorang sepupu aku yang juga berkhatan kat taman perumahan dia...Kitorang join majlis berkhatan beramai-ramai...

Majlis tu siap dirasmikan oleh seorang YB lagi tu...Hehehe...Sebelum berkhatan, kitorang dijamu makan tengah hari...Lauknya time tu memang sedap2...Lepas tu kitorang solat berjemaah dan mula mencabut undi...Jumlah kanak2 yang join majlis tu ada lebih kurang dalam 15 orang termasuk aku...

Aku dapat no.9...Tak begitu cepat dan tak begitu lambat...Aku tersengih je bila dapat no tu...Yang sepupu aku ni tak perasan pulak giliran dia sebelum atau selepas aku...Tapi sepupu aku ni sempat bagi tahu yang aku adalah peserta yang jalan paling laju bila nak berjumpa dengan doktor untuk dikhatankan...Hahaha...

Mula2 tu agak risau jugak...Sebelum berkhatan, berapa kali aku keluar masuk tandas...Semua gara2 takut dengan kata2 si orang dewasa yang berkhatan ni menyakitkan...Ada yang cakap doktor atau tok mudim akan pakai parang dan pisau pemotong daging....Hush! Mahunya tak CUAK aku time tu...

Sebelum giliran aku, macam2 gelagat budak2 yang juga peserta aku nampak...Ada yang tersenyum, ada yang buat muka seperti sedang menahan kesakitan dan yang lebih teruk lagi ada yang meraung...Aku confuse sekejap time tu...

Tiba je giliran aku, punya la ramai abang2 yang nak tengok upacara korban aku...Rasa MALU SANGAT sebab kena buka kain depan semua orang yang nak tengok upacara tu...Dah la pembantu doktor tu perempuan...Haiyaa...

Selesai je upacara korban tu, aku berbaring dekat ruangan masjid...Kain pelikat mula diikat dan digantung...Ada beberapa orang dewasa yang datang dan bagi duit...Wah, part ni yang paling best...Tiba2 je rasa macam dapat duit raya...Siap orang yang kena datang kat kita sebab nak bagi duit...Hahaha...

Mula2 tu memang happy la sebab dapat duit segala...Lagi2 bila dilayan macam RAJA...Nak air atau makan, jerit dan order je...Kejap lagi mesti sampai punya...Hahaha...Tapi bila ubat bius dah mula habis, Fuh! Pedihnya tak terkata...Apa yang aku buat masa tu? Menangis ke tak? Yang tu tak boleh bagi tahu...Hahaha...

Apa2 pun kenangan berkhatan beramai2 memang best....Selain daripada mengurangkan rasa takut, ada jugak la orang yang teman baring sebelah kita...Boleh la jugak borak2...Tak la rasa keseorangan je..Hehehe.

Kesimpulannya bila dah berkhatan, secara automatiknya dah melangkah ke alam dewasa...Yang paling utama, dah tak boleh nak nakal2 sangat...Solat pun kena cuba penuhkan 5 waktu sehari...Yang baiknya, dah mula ada rasa tanggung jawab...

Wassalam...

Ni antara muka2 yang dah lepas berkhatan...
Mula2 memang happy...Tunggu la bila ubat bius habis...Haha..
Pernah dengar tak, ada doktor yang tersalah potong?
Ngeri wo kalau jadi macam tu...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan