Sabtu, 9 Jun 2012

EURO datang lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seperti yang semua orang sedia maklum, EURO 2012 baru sahaja membuka tirai tengah malam semalam waktu Malaysia...Perlawanan pembukaan telah melibatkan tuan rumah bersama selain Ukraine iaitu Poland...

Masing2 tentunya ada pasukan pilihan untuk menjuarai Euro pada edisi kali ini...Antara yang menjadi pilihan ramai ialah pasukan Sepanyol, Belanda, Jerman, Itali dan lain2 lagi...

Sepanjang minggu lepas, heboh di internet tentang satu komen yang diutarakan oleh seorang gadis bila ditanya tentang pasukan pilihannya untuk Euro kali ini...

Cuba korang teka apa jawapannya bila ditanya pasal tu?Hmm, dengan bangganya dia cakap yang dia yakin Brazil akan menjuarai Euro kali ni lebih2 lagi Brazil dah pernah menang Euro banyak kali...Hahaha..

Tu la...Kalau tak tahu, jangan la nak tunjuk pandai...Brazil tu bukan negara Eropah...Dah tu, tang bilanya dia jadi juara? Kan dah jadi bahan lawak...Lebih baik cakap TAK TAHU daripada BUAT2 TAHU...

Kepada sesiapa yang tak tahu, Brazil adalah negara dari Benua Amerika iaitu Amerika Selatan...Sama la dengan Argentina, Uruguay, Paraguay dan lain2...So, tersangatlah MUSTAHIL untuk negara2 tersebut join dalam kejohanan Euro...Hehehe...

Bagi perlawanan malam tadi, Poland 1-1 Greece...Russia 4-1 Republik Czech...Malam ni, ada banyak perlawanan lain yang lebih menarik akan berlangsung...Mesti ramai yang akan menonton...

Aku pun tak terkecuali...Confirm akan ada kat depan TV je nanti...Hehehe...Harap2 Belanda menang untuk edisi kali ni...

Wassalam...
Ni la maskot dan logo untuk Euro kali ni...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan