Jumaat, 15 Jun 2012

4 game MISS!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni buka je surat khabar, internet, facebook dan lain2, ramai yang masih memperkatakan tentang Euro...Macam2 kejutan dah berlaku...

Pasukan pilihan aku iaitu Belanda yang terkenal dengan Total Football belum mendapat sebarang mata...Tapi peluang untuk layak masih ada sambil mengharapkan ihsan pasukan Jerman...

Aku pun tak terkecuali...Kalau tengok TV pun, pasal perkembangan Euro je...Kalau mak aku ada kat rumah, dia dah bising dah..."Asyik2 bola" katanya...Aku cuma tersenyum je...Hehehe..

Semalam buat kesekian kalinya aku terlepas nak tengok game Euro...Saje je tidur awal dengan niat nak bangun pukul 2:45 pagi tengok perlawanan Belanda VS Jerman...Tapi sedar2 je dah pukul 5 pagi...Buka2 TV, perlawanan dah tamat pun masa tu...Huhu..

Awal pagi hari ni pulak, berlaku lagi kejadian yang sama...Aku terlepas perlawanan Itali VS Croatia dan Sepanyol VS Ireland...Kali ni lebih hebat...Bangun2 je dah pukul 6 pagi...Dah Subuh pun...Adoi...Terlepas lagi...

Kiranya dah 4 perlawanan aku missed nak tengok ni...Malam ni, England VS Sweden dan Ukraine VS Perancis...Best jugak tu...Harap2 tak terlepas lagi la...

Bagi yang rajin bangun awal pagi sebab nak tengok bola tu, tengok la...Takde masalah...Tapi apa salahnya kalau kita gi buat solat sunat sekejap...(Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir)...Tak lama pun nak buat semua tu...

Bola kita tengok, ibadat sunat pun kita buat...Dalam rasa excited nak menyaksikan perlawanan bola sepak, dapat jugak kita mengabdikan diri kepada Allah...

Wassalam...

Ni contoh baju yang dipakai oleh Robin Van Persie
ataupun, RVP...Tapi pelik, kenapa dia pakai no.16?..Hmm...



Tiada ulasan:

Catat Ulasan