Isnin, 14 Mei 2012

Arsenal No.3!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku menaip ni dalam keadaan mengantuk...Tapi tetap nak buat entry sebab malam ni merupakan malam yang meriah buat semua pencinta bola sepak...

Mana taknya, malam ni merupakan perlawanan yang terakhir dan malam penentu kepada kelab2 seperti Man United, Man City, ARSENAL, Tottenham, Newcastle, QPR dan Bolton...

Masing2 nak berebut gelaran juara, layak ke Liga Juara2 dan elak daripada tersingkir ke liga bawahan...

Macam biasa, aku hampir2 terasa sakit jantung tengok game Arsenal tadi...Hampir2 je kehilangan 3 mata berharga..

Tapi dah memang rezeki diorang, so memang diorang la yang dapat...Arsenal menang 3-2 hasil jaringan Yossi Benayoun, Andre Santos dan Laurent Koscielny walaupun pada satu ketika ketinggalan 2-1...

Sebagai peminat setia, aku agak berbangga jugak la dengan pencapaian diorang sebab musim ni Arsenal bermula hambar...Mula2 asyik kalah je...

Lepas je Arsene Wenger iaitu pengurus Arsenal membeli beberapa orang pemain iaitu Per Mertesacker, Andre Santos, Park Chu Young, Mikel Arteta dan meminjam Yossi Benayoun, nasib Arsenal mula berubah...

Apa2 pun, sekalung tahniah diucapkan kepada Arsenal aka Gunners/ Gooners...Harap2 tahun depan kita akan menang lebih banyak gelaran dan piala...

Tahniah jugak diucapkan kepada ketua pasukan Arsenal iaitu Robin Van Persie yang telah memenangi 3 anugerah iaitu Pemain Terbaik Inggeris, Pemain Pilihan Penulis2 Sukan dan  Penjaring Terbanyak...

Kepada peminat Man City, tahniah sebab juara...Peminat Man United jangan sedih2, musim depan ada lagi...Hehe..

Wassalam...


p/s: To My SAYANG, kena rajin2 tengok bola mulai sekarang...Pastikan team Arsenal menjadi pilihan k? Hehe..


Inilah dia Robin Van Persie...Ketua pasukan Arsenal...



Jumaat, 11 Mei 2012

Hujan oh hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam merupakan hari yang agak tragik bagi aku...Keluar je dari office, aku tengok langit dah gelap....Aku pun start motor dan terus bergerak...Niat di hati, memang nak buat RUTIN harian...Tapi sampai je kat tempat tu, aku tengok langit dah semakin gelap...Aku pun terus lalu jalan nak balik ke rumah...

Dalam perjalanan, motor aku dah mula bergoyang2...Angin bertiup kuat...Tambah2 lori pun ada jugak lalu sekali...Tak lama lepas tu, hujan turun...Sangat lebat...Badan dah sakit2 macam kena air pancut yang polis selalu pancutkan kat penunjuk perasaan, macam yang selalu kuar kat TV tu...Rasa macam kena jentik pun ada...Hehehe..

Aku bawak motor dengan kadar kelajuan yang biasa2 je...Sebab hujan...Lagipun SAYANG aku dah pesan awal2, bawak motor hati2...Kalau dia tak pesan, memang aku dah bawak laju2 dah...Hehehe...Sampai kat satu kawasan, aku terpaksa lalu kat jalan yang sempit...Tambah2 ada kerja2 pembinaan kat sepanjang jalan tu...

Air dah mula naik....Macam nak banjir pun ada...Lumpur2 dari arah bukit pun dah mula bercampur dengan air yang mula bertakung...Nak tak nak, aku kena redah...Sebab dah takde jalan lain...Time lori atau kereta lalu je kat laluan bertentangan, aku la yang jadi mangsa...Tak pasal2 kena simbah...3-4 kali jugak aku kena...Sampaikan ada sekali tu, air simbahan tu siap masuk dalam mulut aku lagi....Sabar je la..Nasib baik tak terminum...Tapi aku dapat jugak tau macam mana rasanya air lumpur...Haha...Tau tak apa rasanya? Cuba teka,...Rasanya, TAWAR...Hahaha...

Aku memang dah basah lencun la...Takde seinci pun bahagian badan aku yang kering...Sejak hampir setengah tahun aku kerja, ni la hujan yang paling lebat pernah aku redah...Tambah2 baju hujan lupa pulak nak bawak...Sejuknya, memang tak dapat nak cakap la...

Finally, aku sampai pun kat rumah...Tapi, kat rumah hujan rintik2 je...Tak payah pelik la, dah Allah yang punya kuasa...Dia boleh buat apa je yang Dia inginkan (aku cakap dalam hati) ...Abah aku senyum je tengok aku basah lencun...Tiba2 je aku rasa aku ni macam Awie yang dalam cerita Sembilu yang baru lepas main hujan tu...Tapi bezanya, dia naik motor besar la...Hahaha...

Kesimpulannya, rajin2 la tengok atau dengar ramalan cuaca...Tak semua yang diramalkan tu betul...Sebab dah nama pun ramalan...Semuanya, Allah yang punya kuasa...1 lagi, sediakan kelengkapan yang sepatutnya seperti baju hujan dan lain2...

Wassalam...

Gambar hiasan



Rabu, 9 Mei 2012

Like? Komen?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dalam zaman yang serba canggih ni, internet adalah salah satu medium atau perkara paling penting baik dalam sektor pekerjaan, pembelajaran dan lain2 lagi...Kiranya sehari tak dapat nak online tak sah...Rasa macam ada je yang tak kena...Ada orang celik je mata, terus online...Mandi dan lain2 belakang kira...

Ha, tadi tu pendahuluan je...Hehehe...Entry kali ni aku nak menyentuh tentang isu FACEBOOK...Korang ada tak? Kalau ada sila angguk, kalau takde sila geleng...Yang geleng tu kenapa? Takde ye? Ha, nampak beno menipunye...Hihihi...

Kalau nak cakap pasal facebook ni macam2 yang boleh diperkatakan. Tapi yang aku nak sentuh ni pasal LIKE...Sebut betul2, L.I.K.E...Ha, pandai pun eja...Kalau ada sape2 post kat wall sama ada dalam bentuk ayat ke, video ke, gambar ke, kan semua tu boleh di'like'...

Tapi yang aku tak faham kat sini kalau yang like tu adalah orang yang post benda alah tu sendiri...Ada orang tu, dia komen pastu dia yang like apa yang dia komen tadi...Bukan seorang dua yang macam tu...Ramai jugak la yang aku tengok...(Aku memang suka memerhati)...Rasa macam syok sendiri pun ada...Lagi pun, yang like tu bukan sepatutnya orang lain ke yang dalam erti kata lainnya, FRIEND???...

Lagi satu, bila ada je sape2 post sesuatu, maka datanglah beberapa orang makhluk yang mula komen...Komennya, '1st' ataupun, 'aku yang pertama'...La, ada orang kisah ke kau orang yang pertama komen ataupun last? Ada hadiah ke? Aku memang tergelak kalau tengok orang2 yang komen macam tu...Terserlah sifat kebudak-budakan dia...Hahaha...

Kesimpulannya, tolonglah hentikan 2 perkara yang aku sentuh tadi...Kalau ada sesiapa yang baru nak berjinak2, jangan la buang tebiat nak mulakan...Kepada yang terasa ataupun tak suka entry aku kali ni, seribu kemaafan dipinta...Lagi pun nak minta maaf tak semestinya hari raya je kan? Hehehe...PEACE!!! (sambil menampakkan kesemua gigi)...

Wassalam...

Like kalau betul2 suka...:)

Memburu Cicak

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam masa nak amik mood untuk tidur, aku berbaring la...Nak tidur pun nak kena amik mood ke? Hahaha...Boleh je kot...Dalam masa aku duk baring2 tu aku tengok ada seekor cicak yang melekat kat siling rumah...Cicak tu tengah mencari mangsa untuk supper kot...Hihi...

Tiba2 aku teringat kenangan lama...Masa aku sekolah rendah, aku suka cari cicak...Disebabkan aku duk kat rumah flat, aku berjalan hampir kat setiap tingkat...Bukan apa, saje je mengisi masa lapang...Hahaha
Waktunya, lepas Isyak...Dalam pukul 9 atau 10 lebih macam tu...

Masa berburu ni, aku biasa buat sorang2 je...Adik aku kadang2 je join...Mula2 aku lastik pakai getah je..Tapi hasilnya tak memberangsangkan...Kadang2 kena tapi kebiasaanya, memang tak kena pada sasaran pun...Hehe

Lepas tu aku cuba kaedah baru...Aku mula menembak...Bukan tembak dengan pistol...Tapi tembak guna air...Ha, kalau nak tau cicak ni binatang yang alah dengan air...Tak percaya? Tu la kebenarannya...Spray yang biasa kakak2 aku guna untuk gosok baju, aku amik dan gunakan untuk spray cicak...Haha..

Sekali spray je cicak dah jatuh...Tapi mana2 cicak yang kebal tu, 2-3 kali spray jugak la baru dia jatuh....Mesti korang nak tau apa yang aku buat dengan cicak2 tu kan? Aku jual....Ada ke yang nak beli?Hahaha...Takde la...Bila cicak tu dah jatuh, aku terus bunuh...Dengan cara yang agak kejam jugak la iaitu PIJAK...

Macam kejam je bunyinya kan? Bunuh cicak dengan cara macam tu...Tapi better terus bunuh daripada seksa kan?Hmmm...Lagi pun masa tu aku dengar cakap orang je...Sunat hukumnya bunuh cicak ni...Konon2 nak kumpul pahala la...Hehe...

Kata orang, hukumnya sunat sebab tok nenek  cicak ni la yang hampir kantoikan waktu Rasulullah dengan Saidina Abu Bakar bersembunyi kat dalam sebuah gua ketika diburu oleh orang2 kafir...Nasib baik ada labah2 yang membantu...

Tapi ada pulak ustazah aku yang cakap, tak elok bunuh2 binatang walaupun seekor cicak...Takkan disebabkan kesalahan tok nenek dia, dia pun kena hukum sama...Aku agak keliru time tu...Hmm, pernah tak korang terfikir hal ni?

Walau bagaimanapun, aku dah lama tinggalkan kerjaya pemburu aku tu...Cuma sekarang kalau teringat balik, memang aku tergelak sorang2...Yela, siap pergi ke setiap tingkat kat dalam flat aku tu semata2 nak memburu cicak...Sampai cicak pun dah takut bila terserempak dengan aku...Haha

Wassalam...

Kalau nak tau kat sesebuah rumah tu ada
orang atau tak, tengok ada cicak ke tak...
Kalau ada cicak, confirm rumah tu ada penghuni...






Selasa, 8 Mei 2012

Renungan Buat Insan


Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

Kemudian kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakan solat jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta selawat dan doa selepas Fatihah
Sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat seumur hidup?

Apakah solat jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Ayuh sekalian muslimin dan muslimat!
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan ulat

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke pusara
Membawa pahala dan dosa

Tangislah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarkanlah dirimu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi menemui ajal

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi tuhan
Dan bumbungilah langit tuhan
Serta menikmati rezeki tuhan

Juteru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhir
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patuk itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera 
Di alam sana yang bergelar akhirat

Sambutlah seruan’hayya ‘alas solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘hayya ‘alal falah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi teman dalam perjuangan
Menjadi bekal sepanjang jalan

Muhasabah Diri


Isnin, 7 Mei 2012

Korban

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Tepat jam 9:50 malam bersamaan hari Sabtu, suatu upacara korban telah dilakukan...Bukan korban lembu, bukan jugak korban kambing....Tapi, korban RAMBUT...Huhuhu...

Aku pernah fobia nak gunting rambut...Dengar macam pelik kan? Tapi tu la hakikatnya...Kisahnya bermula pada bulan November tahun lepas...Aku gi kat sebuah kedai kat Kuala Pilah...Abang ipar aku pelanggan setia kedai tu. So, dia la yang recommend...

Mula2 aku masuk, si tukang gunting (berbangsa India) tanya aku nak potongan rambut yang macam mana...Aku pun jawab, "potong sikit je"...Masa tu rambut aku tak la panjang sangat pun...Tapi disebabkan baru je dapat kerja, aku pun saje la nak potong...Nak nampak kemas la katakan...Hehehehe.

Sekali, dalam masa si Macha ni gunting rambut aku, aku dah pelik tengok cara dia gunting...Macam banyak je rambut aku dia potong...Aku pulak dah tak boleh nak kata apa...Sebab dah potong pun...Tak dapat nak komplen dah...

Dan hasilnya, Jeng3!!!! Bukan dia potong sikit rambut aku...Tapi sikit je rambut aku yang dia tinggalkan...Adoi...Aku dah buat muka tak puas hati dah...Tapi tak boleh nak buat apa...Sebab terlajak perahu boleh la diundur, terlajak gunting, memang tak dapat nak sambung balik...Suka2 hati je ubah peribahasa...Hahaha...

Last2 masa aku bayar tu, aku gi jumpa bos dia, aku cakap aku tak puas hati dengan pekerja dia si Macha tadi...Yang si bos ni cuma senyum kambing je...Konon2 comel...Aku rasa macam nak muntah ada la...Hahaha...Tak pasal2 aku kena buat hairstyle PACAK...Sebab tu je yang paling okey dengan keadaan rambut macam tu...Sabar je la...

Jadi kelmarin, buat pertama kalinya aku gunting rambut setelah 6 bulan rambut tu aku 'bela'...Tu pun puas jugak la tahan telinga sebab ramai yang dah tegur terutamanya mak dengan kepanjangan rambut aku tu...Aku cuma cakap "takde duit nak gunting kat kedai" Hehehe...

Akhirnya, jumpa jugak tukang gunting yang memenuhi cita rasa aku...Kebetulan dia berbangsa Melayu...Lagi senang faham apa yang aku nak...Dia pun layan aku special skit...Dia gunting sikit, dia tanya, okey tak? 4-5 kali jugak la dia tanya macam tu...Mungkin jugak sebab aku pelanggan terakhir dia hari tu...Sebab kedai dia tutup pukul 10 malam...Masa gunting tu, kitorang berborak macam dah lama kenal...Topik utama yang kitorang bualkan apa lagi, pasal BOLA la...Hehehe...

Wassalam...

Macam ni la style rambut yang aku
mampu buat setelah Macha tu tersalah
potong...Huhuhu
Macam ni la rambut yang aku dah simpan
hampir setengah tahun tu...

Jumaat, 4 Mei 2012

Coretan 2


Pada saat dan bila ketika

Pada saat kuinginkan panas, hujan yang datang melanda
Pada saat kuinginkan hujan, mentari terik membakar ceria
Memulakan tugasnya

Bila ketika kudambakan bahagia, kekacauan mula tercipta
Bila ketika jiwaku kacau, bahagia tetap tak kunjung tiba
Menghulurkan rasa

Pada saat kumahukan gembira, kemasyghulan pula hadir menimpa
Pada saat hatiku sedih, tak siapa yang datang memberi ceria
Walau sedetik cuma

Bila ketika kuimpikan jaya, kegagalan sering menghantui
Bila ketika kuhadap gagal, tak siapa muncul menawar diri
Memberi bantuan

Pada saat kuhendakkan kasih sayang, kebencian yang kuterima
Pada saat kudibenci, tak siapa yang peduli
Melayangkan simpati

Bila ketika kuharapkan menang, kekalahan hadir menunjukkan diri
Bila ketika kutewas di medan tempur, banyak jari menuding ke mari
Langsung tidak menyokong

Pada saat kuperlukan cinta, tak siapa sudi memberi
Pada saat kumula rasakan bahangnya, tiba-tiba ia padam
Membawa perit semalam

Bila ketika kucarikan meriah, kesuraman mula menjelma
Bila ketika suram menyelubung, tak siapa datang menjenguk
Memujuk  agar sentiasa tabah

Kini,setelah pelbagai rasa kualami
Baru kutahu adat resamnya dunia
Tidak semua bersama kita
Datang dan pergi
Menongkah arus hidup berwarna-warni
Yang kadangkala dipayungi kepura-puraan
Begitulah kehidupan ini


   ++3/6/2007   5.25pm++                                         


Menulis selagi bernyawa...