Selasa, 19 Jun 2012

Aku? Cemburu?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Sifat cemburu sering wujud dalam diri setiap manusia...Cemburu ni biasanya berkait rapat dengan sikap negatif...Tapi tak boleh jugak kalau tak ada sifat cemburu ni....Maksudnya, cemburu ni harus tetapi ada batasnya...

Antara cemburu yang dibolehkan adalah cemburu dengan kejayaan orang lain...Harus diingat, cemburu yang dimaksudkan ini tidaklah disertai dengan rasa iri hati mahupun dengki...

Cemburu yang dimaksudkan ialah kita berusaha untuk berjaya seperti orang lain...Kalau dalam kelas, andainya kita berada di tempat yang kurang baik, kita harus berusaha untuk mendapat tempat pertama...Tetapi dengan cara yang betul...

Kalau dari segi perhubungan, cemburu itu perlu...Kenapa seseorang harus berasa cemburu dengan pasangannya? Sebenarnya perasaan itu wujud sendiri...Adatlah, kita mesti tak nak kehilangan orang yang kita sayang kan?

Aku pun ada rasa CEMBURU tu...Tapi berpada-pada la...Tak la keterlaluan...Dan aku cemburu pun bersebab...Susah jugak kalau pasangan kita ni ada jugak orang lain yang minat kat dia pada masa yang sama...

Jadi, kalau ini berlaku, masing2 haruslah mainkan peranan...Kalau dah in a relationship tu, tak perlu la nak melayan lelaki atau perempuan lain...SETIA la kepada pasangan masing2...Tak susah pun...

Kesimpulannya, kedua-dua pihak harus saling percaya...Dan salah seorang daripada pasangan tersebut jangan sekali-kali memusnahkan kepercayaan pasangannya...

Wassalam...

*My Sayang cakap aku ni KUAT CEMBURU? Betul ke? Hmmmm....

Ni antara reaksi muka cemburu atau jealous...
Macam mana la rupa aku time jealous ek? Hehe..







Jumaat, 15 Jun 2012

4 game MISS!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni buka je surat khabar, internet, facebook dan lain2, ramai yang masih memperkatakan tentang Euro...Macam2 kejutan dah berlaku...

Pasukan pilihan aku iaitu Belanda yang terkenal dengan Total Football belum mendapat sebarang mata...Tapi peluang untuk layak masih ada sambil mengharapkan ihsan pasukan Jerman...

Aku pun tak terkecuali...Kalau tengok TV pun, pasal perkembangan Euro je...Kalau mak aku ada kat rumah, dia dah bising dah..."Asyik2 bola" katanya...Aku cuma tersenyum je...Hehehe..

Semalam buat kesekian kalinya aku terlepas nak tengok game Euro...Saje je tidur awal dengan niat nak bangun pukul 2:45 pagi tengok perlawanan Belanda VS Jerman...Tapi sedar2 je dah pukul 5 pagi...Buka2 TV, perlawanan dah tamat pun masa tu...Huhu..

Awal pagi hari ni pulak, berlaku lagi kejadian yang sama...Aku terlepas perlawanan Itali VS Croatia dan Sepanyol VS Ireland...Kali ni lebih hebat...Bangun2 je dah pukul 6 pagi...Dah Subuh pun...Adoi...Terlepas lagi...

Kiranya dah 4 perlawanan aku missed nak tengok ni...Malam ni, England VS Sweden dan Ukraine VS Perancis...Best jugak tu...Harap2 tak terlepas lagi la...

Bagi yang rajin bangun awal pagi sebab nak tengok bola tu, tengok la...Takde masalah...Tapi apa salahnya kalau kita gi buat solat sunat sekejap...(Tahajjud, Taubat, Hajat dan Witir)...Tak lama pun nak buat semua tu...

Bola kita tengok, ibadat sunat pun kita buat...Dalam rasa excited nak menyaksikan perlawanan bola sepak, dapat jugak kita mengabdikan diri kepada Allah...

Wassalam...

Ni contoh baju yang dipakai oleh Robin Van Persie
ataupun, RVP...Tapi pelik, kenapa dia pakai no.16?..Hmm...



Selasa, 12 Jun 2012

Mengantuknya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni aku rasa sangat mengantuk...Mata aku pun terasa macam separuh terbuka je...Ni semua gara2 EURO la ni...Aku tengok perlawanan yang pukul 12 sampai la pukul 2 pagi antara England VS Perancis sampai habis...

Tamat je perlawanan tu, aku sambung tengok perlawanan Ukraine VS Sweden...Walaupun ni bukanlah perlawanan tumpuan, tapi aku saje nak tengok sebab ada ramai pemain yang aku kenal dalam kedua2 pasukan ni...Diorang je yang tak kenal aku...Hahaha

Mula2 je semangat nak tengok...Last2 macam biasa, TV yang tengok aku...Abang ipar aku yang kat sebelah dah lama pun tersadai kat depan TV... Hahaha...

Dah mengantuk punya pasal, hari ni lepas je solat subuh aku terus tidur balik...Sedar2 je dah pukul 8...Tu pun anak buah aku kejut banyak kali...Nasib baik jugak la dia kejut...Aku dah la tak set alarm...Huhuhu...

Masa rehat tadi, lepas solat zuhur sempat jugak la aku lelapkan mata...Tapi 5 minit je la...Tak boleh lama2...Kang terlajak, tak ke haru? Huhuhu

Malam ni ada lagi 2 perlawanan....Campur friendly Malaysia VS Singapura jadi 3...Perlawanan Malaysia confirm aku kena tengok punya...Perlawanan EURO nak tengok ke tak? Hmm...Bergantung kepada kondisi mata aku nanti...Hehehe...

Wassalam...

Nasib baik la aku tak sampai ke tahap ni...Huhu

Isnin, 11 Jun 2012

Luahan HATI

Assalamualaikum dan salam sejahtera...


Semalam aku dah buat satu pengakuan dan luahan tentang perasaan aku kepada seseorang...

Seseorang yang amat aku SAYANG...

Lama aku simpan, akhirnya semalam aku berjaya luahkan...

Ada satu RAHSIA yang aku dah ceritakan...

Apa yang aku beritahu dia selama ni, semuanya bersebab....

Dan semalam aku beritahu sebabnya yang sebenar...

Supaya dia benar2 FAHAM...

Walaupun sukar dan adakalanya kata2 aku terhenti, namun bertukar menjadi mudah sebab semua yang aku katakan IKHLAS dari hati aku...

Aku cakap apa yang aku rasakan selama ini...

Dan semalam juga, aku BUANG rasa malu aku untuk luahkan segala yang tersimpan...

Kini, aku mula berasa lega setelah meluahkan kepada Si Dia...

Wassalam...


* Tuhan, benar aku CINTA dia...




 
Benar...Abang terlalu sayangkan Sayang...





Sabtu, 9 Jun 2012

EURO datang lagi!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Seperti yang semua orang sedia maklum, EURO 2012 baru sahaja membuka tirai tengah malam semalam waktu Malaysia...Perlawanan pembukaan telah melibatkan tuan rumah bersama selain Ukraine iaitu Poland...

Masing2 tentunya ada pasukan pilihan untuk menjuarai Euro pada edisi kali ini...Antara yang menjadi pilihan ramai ialah pasukan Sepanyol, Belanda, Jerman, Itali dan lain2 lagi...

Sepanjang minggu lepas, heboh di internet tentang satu komen yang diutarakan oleh seorang gadis bila ditanya tentang pasukan pilihannya untuk Euro kali ini...

Cuba korang teka apa jawapannya bila ditanya pasal tu?Hmm, dengan bangganya dia cakap yang dia yakin Brazil akan menjuarai Euro kali ni lebih2 lagi Brazil dah pernah menang Euro banyak kali...Hahaha..

Tu la...Kalau tak tahu, jangan la nak tunjuk pandai...Brazil tu bukan negara Eropah...Dah tu, tang bilanya dia jadi juara? Kan dah jadi bahan lawak...Lebih baik cakap TAK TAHU daripada BUAT2 TAHU...

Kepada sesiapa yang tak tahu, Brazil adalah negara dari Benua Amerika iaitu Amerika Selatan...Sama la dengan Argentina, Uruguay, Paraguay dan lain2...So, tersangatlah MUSTAHIL untuk negara2 tersebut join dalam kejohanan Euro...Hehehe...

Bagi perlawanan malam tadi, Poland 1-1 Greece...Russia 4-1 Republik Czech...Malam ni, ada banyak perlawanan lain yang lebih menarik akan berlangsung...Mesti ramai yang akan menonton...

Aku pun tak terkecuali...Confirm akan ada kat depan TV je nanti...Hehehe...Harap2 Belanda menang untuk edisi kali ni...

Wassalam...
Ni la maskot dan logo untuk Euro kali ni...

Jumaat, 8 Jun 2012

SMS sambil menunggang

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

SMS atau nama panjangnya, Short Message Service biasa digunakan oleh kita semua terutamanya ketika nak save bajet...Hehehe...Yela, kalau asyik nak call je, kaya la syarikat telekomunikasi dan kedai2 yang jual prepaid card ataupun dalam bahasa mudahnya, topup...Kita pulak yang pokai...

Minggu lepas, dalam perjalanan nak pergi dan balik kerja, ada la dalam 3 kali aku terserempak dengan si penunggang motosikal yang sedang menaip mesej...Sebelah tangan pegang handle motor, sebelah lagi pegang handphone...Dan mata, sudah semestinya tertumpu pada skrin handphone...

Aku mampu menggeleng je tengok diorang ni...Sabar2 la nak balas SMS pun...Takkan masa tengah menunggang tu pun nak balas...Kan bahaya tu...Kalau nak balas jugak, berhenti la tepi jalan kejap...

Kalau SMS sambil memandu kereta pun agak bahaya tapi boleh dikatakan okey lagi berbanding dengan berSMS sambil menunggang motor...

Sebabnya, bawa kereta kalau mata kadang2 tertumpu kepada skrin handphone pun, perjalanan kat atas jalan raya tak lari jauh sebab kereta roda 4...Kebarangkalian yang ada hanyalah terbabas...

Bergantung kepada kelajuan pemanduan kereta tu jugak la...Kalau dah bawak lembab sangat tu, confirm kena hon dengan orang belakang...Hihihi

Tapi kalau berSMS sambil menunggang motor, silap2 boleh terbabas atau terjatuh...Sebabnya, roda motor hanya 2 je...Kalau tak stabil, memang mudah nak jatuh...

Itu belum lagi kalau terserempak dengan penunggang2 motor yang bercakap telefon semasa menunggang...Biasanya diorang akan selit handphone kat celah2 antara telinga dengan helmet...

Kalau ketat okey la...Tapi kalau longgar, silap2 handphone tu jatuh berkecai atas jalan raya...Kalau time tu baru nak menyesal memang tak berguna dah...Sebab benda dah jadi...

Kesimpulannya, kadang2 bahaya ni datangnya daripada diri kita sendiri...Kadang2 kita tahu benda tu salah tapi kita nak buat jugak...,Masa tak kena apa2 memang la okey...Tapi kalau dah kena, baru la menyesal...Kata orang2 tua, 'Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya'...

*Aku pernah jugak memandu kereta sambil berSMS...Tapi TABIAT tu aku dah hentikan...Takut2 lama2 nanti jadi TEBIAT....Haha....My Sayang dah bising dah...Dia cakap, ingatlah orang yang terSAYANG...Hehehe...

Wassalam...

Siapa yang dapat balas mesej sambil menunggang
motor macam ni memang hebat...Hehehe..







Selasa, 5 Jun 2012

ATM Breakdown!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam lepas je solat Maghrib, aku dan mak pergi ke pekan Kuala Pilah dengan niat nak membayar bil Astro...Bil Astro pulak tak sampai2 ke rumah...

Ni dah masuk bulan kedua...Tapi pihak Astro ni bukan ambik kira pasal tu pun...Yang diorang tahu, POTONG...

Euro 2012 dah dekat...Tak sanggup rasanya ketinggalan tengok game2 penting...Malaysia tak bertanding sebab bukan negara Eropah...So aku sokong Belanda...Salah satu sebab aku sokong Belanda kerana adanya Robin Van Persie, kapten Arsenal dalam pasukan tu...Hehehe...

Berbalik kepada pencarian mesin ATM tadi, aku  ada banyak kad bank...Public Bank, RHB, Bank Islam dan  BSN...So, semalam aku mula dengan Public Bank...Sekali sistem breakdown la...Adoi...

Lepas tu aku ke RHB...Pun sama jugak...Aku tak putus asa...Terus pergi ke Bank Islam...Hmm...Sama jugak...Ape la nasib...Dah la jarak setiap mesin ATM tu boleh tahan jauhnya...Nak pergi ke BSN, tak boleh bayar bil melalui mesin ATM...

Kesudahannya, aku tak bayar bil Astro pun semalam...Time nak bayar ni la ada je macam2 masalah...Time lain tu, ok je semuanya...Memandangkan aku dah ada kat pekan, aku singgahlah kat kedai 1Malaysia...Capai dua kotak soya, bayar  then terus balik...

Pergi sebab nak buat benda lain, benda lain pulak yang aku buat...Takpe la, at least buat sesuatu kan...Yang aku pelik, apsal la boleh pulak mesin ATM breakdown  secara berjemaah ni...Hmm...Mungkin bukan rezeki aku malam tadi kot...Redha je la....

Wassalam...

Kadang2 ada banyak kad bank ni pun boleh buat pening jugak...
Selalu nak kena kemas kini...Kalau tak, dah tak boleh guna...