Khamis, 16 Ogos 2012

Sampai Menutup Mata


Embun di pagi buta 
Menebarkan bau asa 
Detik demi detik ku hitung 
Inikah saat ku pergi
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku
bila terjadi 
Aku tak mudah mencintai
Aku tak mudah mengaku ku cinta
Aku tak mudah mengatakan
Aku jatuh cinta
Senandungku hanya untuk cinta
Tirakatku hanya untuk engkau
Tiada dusta sumpah ku cinta
Sampai ku menutup mata
Cintaku sampai ku menutup mata
Oh Tuhan ku cinta dia
Berikanlah aku hidup
Takkan ku sakiti dia
Hukum aku bila terjadi
Hanya dia di hati sehingga mata ini tertutup rapat,..
InsyaALLAH...



Rabu, 8 Ogos 2012

Janji Dikhianati

Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Sekali imbas tajuk entry aku kali ni lebih kurang macam tema Hari Kebangsaan pada tahun ni yang menimbulkan rasa tak puas hati kepada ramai pihak…Tapi aku bukan nak bercakap pasal tu…No politic here! Hehehe…

Tentu semua tahu apa yang dimaksudkan dengan janji…Janji sebenarnya boleh dikatakan seperti kita telah setuju atau confirmkan sesuatu perkara dengan seseorang…

Ada 2 jenis manusia bila dikaitkan dengan janji:
1. Yang sentiasa cuba untuk memenuhi atau mengotakan janjinya…
2. Yang pandai berjanji tapi tak pandai nak tepati…Golongan ni juga sering mencari alasan untuk menutup kesalahannya…

Aku dan pastinya korang yang juga merupakan pembaca pastinya tak suka bila seseorang memungkiri janji…Ada banyak sebab seseorang tak suka bila berdepan dengan situasi macam ni..

Antaranya:
1. Bila janji dimungkiri, habis rosak semua plan asal…
2. Kalau dimaklumkan lebih awal, mungkin kita boleh luangkan masa dengan orang lain yang nak luangkan masa bersama kita…
3. Mungkin kita telah buat pilihan untuk berjanji dengan dia sedangkan pada masa yang sama, ada banyak kerja yang kita kena setelkan…Dan bila dia mungkir, memang rasa tak puas hati akan wujud dengan serta merta…
4. Kita akan serik nak berjanji buat kedua kalinya dengan seseorang yang pernah mungkir janji dengan kita …
5. Kita akan mula hilang rasa percaya kepada mereka yang memungkiri janji…

Yang aku senaraikan kat atas ni antara 5 sebab utama orang paling tak suka bila ada orang lain yang mungkir janji dengan kita…Kalau ada yang lain, korang tolong la tambahkan…Hehehe…

Kesimpulannya, memang tak best bila janji dimungkiri atau dalam bahasa yang lebih tegas, dikhianati…1 perkara je yang boleh dimaafkan apabila kita berjanji iaitu ada halangan yang tak dapat dielak…Sebab bukan semua yang kita rancang akan menjadi kenyataan…Kadang2 ada je halangan…Tu namanya takde rezeki…Maklumkan kepada orang yang berjanji dengan kita lebih awal supaya dia tak rasa kecewa setelah mengharap apa yang dijanji akan dikotakan…

*Kita merancang, Allah juga merancang…Tetapi, Dia adalah sebaik2 perancang…



Janji ada banyak kategori...Ni contoh janji antara 2 sahabat...
Biasanya perempuan la..
  



Bertudung tapi telanjang


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Mula2 sekali aku nak mintak maaf sebab tajuk entry aku kali ni agak kasar…Al kisahnya macam ni…Semalam aku ke mesin ATM…Bila dah ke sana, semestinya untuk mengeluarkan duit, bank in dan lain2 lagi…

Akhirnya, aku sampai di bank yang dimaksudkan…Sampai2 je, punya la panjang barisan orang yang beratur…Nak tak nak aku terpaksa la beratur jugak…Nak potong line, tak elok…Kita kan orang Malaysia? Cewah…Hehe…

Mesin ATM hanya ada 2…Dalam aku duk beratur ni, aku perasan kat 1 mesin ATM, ada pasangan India…Berumur dalam lingkungan 40-an…Entah apa transaksi dia nak buat aku pun tak tahu…Tapi yang pasti, dah banyak kali dah mesin tu keluarkan resit…

Lepas tu aku tengok balik orang2 yang beratur kat depan aku…Melayu, Cina, India semua ada…Memang 1 Malaysia…Hohoho…Dalam aku duk memandang2 sebab kebosanan tu, aku terkejut bila nampak sorang awek ni…

Pandang dari atas memang dah cukup ayu bertudung…Masa tu aku tak nampak lagi la muka dia…Aku cakap ayu sebab bagi aku, perempuan yang bertudung ada keayuannya yang tersendiri…

Sekali baru aku perasan yang perempuan  tu pakai legging…Aku ulang lagi sekali, LEGGING…Terkejut beruk aku tengok perempuan tu…Ni la yang terjadi kalau tak faham apa yang dimaksudkan dengan menutup aurat…

Bila dah pakai legging, sah2 la nampak bentuk tubuhnya…Sekali imbas macam telanjang pun ada…Aku yang terpandang ni pulak yang rasa malu…Yang tuan punya badan buat dek je…Agaknya dia rasa dia hot kot…Tak tahulah…Anggap yang baik2 je…

Tak lama tu, si perempuan tu berjalan keluar dari bank…Sekali pandang muka dia, rasanya dah berumur lewat 20-an…Hmm…baru nak belajar menutup aurat kot…Takpelah, harap2 lepas ni dia akan lebih faham tentang aurat dan mula berubah…

Buat semua wanita di luar sana, menutup aurat ni bukanlah hanya menyembunyikan rambut atau melapik kepala daripada dilihat oleh lelaki bukan muhrim…Tapi termasuklah penampakan bentuk badan, dari hujung rambut sampailah ke hujung kaki…

Kesimpulannya, nak beramal bukan hanya sekadar amal…Tapi, kenalah ada ilmu di sampingnya…Kalau tak, takut yang dibuat tu hanya menjadi sia2 ibarat ‘mencangkul angin’

Wassalam… 

Macam ni la antara pakaian muslimah yang sebenar...
Menutup aurat dan tidak menampakkan bentuk tubuh...

Selasa, 7 Ogos 2012

Imam Muda...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas iaitu pada hari Selasa dan Sabtu, aku berbuka kat kampung...

Pada hari Selasa, aku, emak, abah dan adik berbuka di rumah atuk dan nenek...Nampak la yang atuk dan nenek aku gembira dengan kehadiran kitorang...Berselera diorang makan...

Lepas solat Maghrib, kami ke surau...Kalau nak tahu, atuk aku ni merupakan imam surau kat kampung tu...Aku yang berpakaian lengkap berbaju Melayu dan kain pelikat hanya datang ke surau dengan mood makmum je...

Selesai solat sunat Qabliah, tiba2 atuk aku berdiri kat saf pertama dan terus melaungkan iqamah...Aku mula pandang2 ke arah semua jemaah lelaki yang ada dalam surau tu...Kalau dah atuk aku yang iqamah, siapa pulak yang akan jadi imam? Sekali, semua jemaah pandang aku balik...Dan atuk aku pun bersuara, suruh aku jadi imam...

Agak terkejut jugak la pada mulanya...Tapi bila semua jemaah pun dah suruh aku jadi imam, dengan hati yang pada awalnya paksa rela aku pun berjalan ke tempat imam...Nasib baik la aku dah biasa jadi imam kat kolej dan sekolah dulu...Kalau tak, mahunya masak aku kat situ...Huhuhu...

Alhamdulillah, aku berjaya sempurnakan tugas jadi imam Isyak n Terawih....Solat Witir? Ha, yang tu aku pass kat atuk aku...Tak nak la aku rampas takhta atuk aku...Hehehe...

Pada hari Sabtu pulak, sekali lagi aku berbuka kat kampung...Tapi kali ni kami berbuka kat surau...Emak dan abah tak join sebab temankan adik aku yang demam...Kang kesian pulak berbuka sorang2...Hehehe...Kali ni aku bawak 2 orang budak praktikal kat ofis aku...

Tiba waktu berbuka, semua orang makan...Ada yang makan macam dah lama tak jumpa makanan...Hahaha...Tapi atuk aku hanya makan kurma dan minum segelas air...Dia cakap lepas solat Maghrib baru dia akan makan...Aku dah terbau sesuatu yang kurang best kat situ...Apa pulak helah atuk aku kali ni...Solat Maghrib malam tu, atuk aku yang imam...

Dipendekkan cerita, sebelum nak solat Isyak, sekali lagi aku disuruh menjadi imam...Pada hal jumlah jemaah yang ada malam tu lebih ramai dan ada jugak yang biasa jadi imam...Aku saje suruh atuk aku imam...Tapi dia jawab perut dia rasa hongeh...

Aku pandang 2 budak praktikal tadi, dua2 buat2 macam pandang kat tempat lain...Aku yang memang dah bersedia dari awal kali ni melangkah ke tempat imam dengan lebih yakin...Macam biasa, sebelum mula solat Witir, aku pass kat atuk aku...Jemaah yang ada tu hanya tersengih je tengok kitorang...Rasa macam kelakar pun ada...Macam saling nak mengenakan je...Hahaha...

Akhirnya, tibalah waktu moreh...Sedang aku dengan jemaah yang lain makan baki makanan berbuka tadi, sekali ada seorang nenek ni tanya siapa dia imam muda tadi?....Wah, imam muda tu...Aku hanya diam je...Sekali ada la 2-3 orang yang menunjuk ke arah aku...Aku cuma mampu tersenyum je...

Ni belum abis Ramadhan lagi...Nampaknya aku kena sentiasa bersedia la kalau solat kat surau kampung...Sebab kalau solat kat masjid dekat2 rumah aku ni, ada pegawai agama Islam Negeri Sembilan yang imamkan solat...So, memang aku jadi makmum yang setia je la...Hehehe...

Kesimpulannya, sentiasalah bersedia dengan apa jua kemungkinan...Bukan jadi imam solat je, tapi banyak lagi perkara yang sewaktu dengannnya...Aspek yang paling penting, sentiasa memperbaiki diri untuk jadi insan yang lebih baik...

Wassalam...

* Hongeh tu dialek Negeri Sembilan...Maksudnya, perut penuh atau kenyang yang teramat...Kalau berlari, kebarangkalian untuk muntah tersangatlah tinggi...Hehehe

Ni rancangan Imam Muda season 1...
Banyak lagi yang aku kena belajar untuk sampai ke tahap ni...





Rabu, 1 Ogos 2012

Rambut raya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku tengah bingung ni...Bingung sebab tak tahu nak buat style rambut yang macam mana...Ingat nak pergi gunting dalam minggu ni jugak...Masalah yang paling utama, kedai gunting rambut kat mana yang boleh potong style rambut macam yang aku nak...

Aku dah la masih fobia dengan seorang tukang gunting kat Kuala Pilah...Lain disuruh, lain pulak yang dipotong...Sebab tu kalau nak pergi kedai gunting pun, tukang guntingnya haruslah boleh dipercayai...Hehehe...

Al maklumlah, bukan semua tukang gunting faham style rambut macam mana yang kita nak...Kalau kat universiti dulu, kawan2 aku je yang gunting rambut aku...Diorang pun faham pasal fesyen2 rambut terkini...

Kalau dapat tukang gunting yang tua, memang silap la nak fesyen rambut terkini...Silap2 dia buat botak atau flat top, macam rambut askar tu...Tu yang aku seboleh2 nak elak tu...Tak sanggup den...Hahaha...

Aku pernah buat gaya rambut botak dulu...Kalau tak silap, masa aku darjah 3...Masa tu aku dan 2 orang sepupu botakkan kepala secara berjemaah...Hasilnya, kami bertiga dipanggil BUDAK TOYOL...Huhuhu...Lebih kurang 2 minggu jugak la gelaran tu melekat kat kami...

Wassalam...

*Sekarang, aku masih berfikir pasal style rambut yang patut aku buat menjelang raya ni...Berikut ada 3 style rambut pilihan aku untuk hari raya ni...PENING2...

Ni style yang PERTAMA...

Ni style yang KEDUA...
Mesti mak aku komplen kalau aku buat style ni...Hehe




Ni style yang KETIGA...




Persiapan raya...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kita semakin hampir berada di pertengahan Ramadhan...Ada yang membuat macam2 persiapan...Kalau yang perempuan, biasanya sibuk mengumpul keperluan terutamanya pakaian baru untuk kelihatan cantik pada hari raya...Bagi yang lelaki, semestinya nak kelihatan kacak pada hari berkenaan...Maklumlah, raya setahun sekali je...

Sesiapa yang suka buat persiapan awal tu, biasanya dah keluar membeli-belah pun...Ada yang cat rumah, beli langsir baru, kain kusyen atau sofa baru dan lain2...Pendek kata, semuanya baru la...

Bagi yang suka buat persiapan di saat2 akhir, semestinya minggu terahir Ramadhan akan menjadi detik untuk mereka membeli-belah...Bukan hanya kerana kemeriahan di semua pusat membeli-belah pada waktu itu, malah boleh dikatakan hampir setiap barangan, harganya akan menjadi semakin murah...Senang cerita, MEGASALE atau SUPERSALE...

Persiapan harus dibuat...Tak salah nak gantikan barangan yang lama dengan yang baru, tetapi masa untuk BERAMAL IBADAT jangan dilupakan...10 Ramadhan terakhir tu la yang dicari2...Bagi yang bernasib baik, dapat la bertemu dengan malam Lailatul Qadar...

Berbalik kepada persiapan raya, persiapan aku kali ni simple2 je...Maklumlah, bujang lagi...So, tak banyak sangat nak fikir...Walau bagaimanapun, kena la menyumbang sikit...Ye tak? Pada hari raya kali ni, insyaALLAH aku dan famili akan beraya di rumah kami iaitu di Kajang...Persiapan diatur oleh kakak2 dan abang aku...Aku ikut je...

Minggu lepas, aku dah terbeli baju raya iaitu sepasang baju Melayu dan sehelai jubah...Terbeli? Hahaha...Lebih kurang la...Sebab aku tak rancang pun...Tahu2 je lepas je waktu kerja minggu sudah, kakak aku call dan suruh ke satu mall ni...Katanya dah pilih baju raya untuk aku...Aku pun datang dan cuba baju yang dipilih tu...Warna tema kami 1 famili untuk tahun ni ialah KELABU...Kenapa kelabu? Entah, aku pun tak tahu...Hehehe...

Kesimpulannya, walau macam mana pun persiapan raya kali ni, pastikan beli mengikut kemampuan...Tak perlu la sampai berhutang semata2 nak tukar dan ganti semua yang lama dengan yang baru...Mana barang2 yang boleh guna tu, teruskan je guna...Takde salahnya...

*Biar kita hina di mata manusia, janji kita mulia di mata Yang Maha Pencipta, Allah S.W.T...

Wassalam...

Kerja...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Setiap yang bekerja pastinya menginginkan suasana kerja yang selesa dan kondusif...Kemudahan yang lengkap juga membuatkan kita berasa senang hati untuk melakukan tugas2 harian...

Tetapi apa yang akan  berlaku kalau kita dah tak rasa gembira dengan tugas2 yang kita buat? Senang cerita, kekurangan motivasi...Si majikan pulak tak reti nak ambil hati pekerja...

Perkara ni terjadi kepada seorang lelaki yang bekerja di salah sebuah negeri di Malaysia...Semakin hari, dia semakin kekurangan motivasi untuk bekerja...Tugas2 yang dia buat pun ala kadar je...

Sebenarnya bukan la ala kadar sangat...Dia tetap fokus dengan kerja dia...Ala kadar yang dimaksudkan, dia bekerja berbaloi dengan gaji yang dia dapat...Disebabkan gajinya rendah, kerja2 yang dilakukan pun biasa2 je...

Kemudahan kat pejabat pun sangatlah kurang...Kalau kat pejabat2 lain, biasanya akan ada 1 pantry...Biasanya kat pantry tu ada la macam2 jenis air yang boleh dipilih...Makanan sikit dan yang sewaktu dengannya...

Kat pejabat dia ni, takde pun benda2 tu...Kalau nak minum air, kena la bawa sendiri dari rumah takpun beli kat kedai...Nak makan? Pun sama jugak...Waima makanan ringan pun takde...Semua kena sediakan sendiri...

Syarikat tempat dia bekerja tu hanya buat potongan EPF...Socso takde...Panel klinik pun takde...Pendek kata, kalau sakit kena la pergi mana2 klinik...Sama je macam orang yang tak bekerja...Nak buat overtime, takde bayaran dia akan dapat...So, memang dia tak pernah buat overtime pun...Balik memang tepat pukul 5...

Dia ni dah pun apply banyak tempat kerja lain baik kerajaan mahupun swasta...Tapi rezeki belum ada...InsyaALLAH, kalau ada rezeki, dia akan cepat2 blah daripada kerja dia yang sekarang ni...

So, jom ramai2 doakan dia...Semoga dia dapat pekerjaan yang setimpal dengan kelulusan dia...Bukan macam sekarang ni, kelayakan je IJAZAH tapi gaji lebih rendah daripada SPM...

Kalau korang berada dalam keadaan macam dia ni, apa yang korang akan buat?

Wassalam...

*Dia yang dimaksudkan dalam cerita kat atas ni, AKU la...Huhuhu...


Macam ni je la lebih kurang muka aku kalau kat dalam pejabat...