Khamis, 3 Mei 2012

Kejadian Pelik...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Beberapa hari lepas, aku keluar ke bandar...Bila masuk waktu maghrib, aku singgah di sebuah masjid untuk solat...Kalau boleh, memang nak solat jemaah...Tapi aku terlambat...Siap je berwuduk, imam dan jemaahnya  dah pun berada pada rakaat kedua...

Tapi aku pelik sebab ramai orang yang dah siap berwuduk, tak menyertai pun jemaah yang sedang solat...Diorang hanya berdiri di koridor masjid...Ada yang siap bersandar kat tiang lagi...Ramainya orang di dalam masjid tu hampir menyamai jumlah orang yang ingin menunaikan solat jumaat...

Aku bertambah pelik, sebab yang hanya berjemaah mengikut imam tak sampai pun satu saf...Aku pun tak nak buang masa, aku terus masuk ke dalam jemaah yakni saf yang pertama...Masa aku masuk jemaah tu, imam sedang membaca 1 surah selepas dia membaca Al-Fatihah...

Aku solat seperti biasa...Imam tu baca surah punya la panjang...Aku tak dapat nak tangkap imam tu baca surah apa...Tapi sangat panjang...Berapa juzuk dia baca aku pun tak tahu...Kaki aku dah naik lenguh dah tunggu bila masanya imam nak rukuk...

Sejam pun berlalu...Tapi imam masih lagi dengan surahnya...Masih lagi di rakaat kedua...Kaki aku dah semakin lenguh...Dalam hati aku mula berfikir macam2...Khusyuk aku dah hilang dengan sendirinya...Tak pernah pun aku solat berjemaah lama sampai macam tu sekali...1 rakaat dah lama macam ni, kalau 3 rakaat macam mana la agaknya...

Dalam aku berfikir, akhirnya aku tertidur...Tiba2 kedengaran suara mak aku, "Bang, bangun bang! Subuh"...Astaghfirullahalazim...Rupa2nya aku berMIMPI...Huhuhu...Sampai sekarang aku masih teringatkan mimpi tu...Apakah maknanya?

Sorry la kalau ada yang kecewa bila baca entry aku kali ni sebab last2 baru aku bagi tahu yang semua ni adalah mimpi...Kepada sesiapa yang tahu mentafsir mimpi, sila la bagi tahu aku kalau tahu akan makna mimpi aku tu...

Wassalam...

Ini adalah antara mimpi pelik yang pernah aku alami...

Rabu, 2 Mei 2012

Soalan oh soalan...???

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hidup kat dunia ni, sentiasa penuh dengan persoalan...Adakalanya tak perlu nak persoalkan pun...Misalnya bila terserempak dengan seseorang kat pasar...Maka keluarlah dialog ni, "Milah, beli ikan ke?" Pada hal Si Milah ni memang tengah pegang ikan,yang pastinya untuk dibeli...Takkan nak buat main pulak...

Agaknya, rakyat Malaysia memang peramah sangat kot...Selalu je nak bercakap...Kadang2 tanya soalan yang dah memang tahu jawapan...Lagi satu, sibuk je nak tahu hal orang sedangkan hal sendiri tak terjaga...Bak kata orang, 'jaga tepi kain orang' sedangkan kain sendiri terlondeh...

Aku nak berkongsi satu cerita...Soalan yang pastinya takkan habis...Senang cerita, selagi hayat seseorang tu masih ada...Masa usia kanak2, orang akan tanya, "Bila nak sekolah?" ...Bila dah habis sekolah, orang tanya lagi, "Bila nak masuk universiti?"...Bila dah graduate dengan jayanya, orang akan tanya, "Bila nak kerja?"...Bila dah kerja, orang akan tanya, "Bila nak ada kahwin?"...Bila dah kahwin orang akan tanya lagi, "Bila nak ada anak?"...Bila dah ada anak, orang akan tanya, "Bila nak bermenantu?"...Bila dah ada menantu, orang akan tanya, "Bila nak ada cucu?"...Bila dah ada cucu, orang akan tanya, "Bila nak ada cicit?" ...Aiyoo...

Rasa macam pelik je tapi itulah realitinya...Dari seseorang tu kecik sampai la menginjak tua, ada je soalan2 yang ditanya kat dia...Yang si tukang soal/ tanya ni pun satu hal...Sibuk je nak tahu pasal orang...Macam aku ni pun, dah ramai yang tanya bila aku nak kahwin? Soalan yang agak memeningkan jugak la...Tahan telinga je la...Telinga ni pun dah naik tebal dah...Hahaha...

Kesimpulannya, biarlah semuanya berlaku secara natural/ semula jadi...Perancangan tu sememangnya penting, tapi haruslah bersesuaian dengan keadaan dan masa...Tak perlu nak dengar cakap orang sangat...Asalkan diri sendiri tahu apa yang dibuat, tu pun dah cukup...Bak kata orang, 'mulut tempayan boleh ditutup, mulut orang memang tak dapat la'...So, jadilah diri sendiri...Tu yang terbaik...

Kadang2 pening nak jawab semua soalan yang ditanya...



Isnin, 30 April 2012

S.A.B.A.R

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ni aku nak bercakap pasal sabar... Apa maksud sabar? Biasanya, orang selalu kaitkan sabar dengan marah...Ramai yang tak sedar sebenarnya sabar ni besar skopnya...Sabar bukan hanya menahan diri daripada marah, malah banyak lagi perkara yang boleh dikaitkan dengan sabar...

Antara berikut merupakan perkara2 yang boleh dikaitkan dengan sabar :-

1. Menahan diri daripada berasa marah
Ni aspek yang paling penting..Apabila berlaku sesuatu, jangan sesuka hati nak marah2...Fikir dulu rasional dan  apa akibat daripada marah tu...Jangan biarkan emosi menguasai diri...

2. Sabar andai berlaku sesuatu yang kurang menyenangkan hati
Ada orang selalu je mudah terpengaruh dengan berita yang disampaikan oleh seseorang atau melalui pembacaan contohnya gosip...Sabar dan selidiklah dulu akan kebenaran cerita yang disampaikan kerana tak mustahil si penyampai maklumat sengaja mereka-reka cerita atau berbohong...

3. Sabar menyelesaikan masalah
Misalnya, kita ada masalah dengan seseorang...Jangan bermasam muka...Jangan pulak menuduh yang bukan2 tak tentu pasal...Dengarlah dulu penjelasan si empunya diri barulah buat kesimpulan...Masalah boleh diselesaikan melalui perbincangan...

4. Sabar menanti
Ramai orang yang tak suka menanti...Sebab tu la terciptanya ayat 'penantian merupakan suatu penyeksaan'...Ya, memang tak dinafikan penantian boleh merosakkan emosi seseorang...Daripada  happy, boleh jadi jemu...Daripada tenang, boleh jadi marah...Cuba sabar dulu...Mungkin Si Dia yang kita tunggu tu ada sebab yang tak dielakkan yang buat dia jadi lambat...Kalau berjanji dengan seseorang, silalah tepati masa...Dengan sesiapa pun...Kalau rasa akan sampai lewat, bagi tau awal2...Call or mesej je...Supaya tak timbul salah faham...

5. Bersabar apabila ditimpa musibah, ujian atau dugaan
Bila sesuatu berlaku, baik atau buruk, tu semua sebenarnya ujian daripada Allah...Sabar dan bersangka baiklah dengan Allah...Allah takkan beri ujian yang melebihi kemampuan hamba2-Nya...Berdoa dan pohonlah pertolongan daripada-Nya..

6. Bersabar setelah berdoa dengan Allah
Ada orang yang mudah putus asa setelah berdoa...Katanya, doa dah macam2, tapi belum diperkenankan oleh Allah...Perbuatan tersebut dibimbangi boleh mengakibatkan seseorang tu putus asa dengan Allah yang akhirnya boleh membawa kepada syirik kecil...Sepatutnya, seseorang tu harus sabar...Berdoa ni pun kena ikhlas...

Setelah korang semua baca tentang 6 perkara berkaitan dengan sabar ni, apa yang korang rasa? Susah ke nak semaikan sifat sabar dalam diri? Tak pun kan? Sebenarnya mudah...Macam yang aku cakap, yang paling penting kena berfikir dengan rasional...Jangan ikutkan emosi sangat...Kalau ikut emosi, syaitan akan datang menyemarakkan lagi emosi kita terutamanya bila kita marah...Sebab tu la sabar ni banyak hikmahnya...Sebab itu jugaklah dalam Islam, selalu je korang dengar yang sabar ni sebahagian daripada IMAN kan? Kalau rasa macam susah jugak nak sabar, silalah PUASA...Kalau sedang puasa pun tetap tak dapat nak bersabar, maksudnya kena la BERMUHASABAH DIRI...Sebab mungkin ada sesuatu yang tak kena dalam diri tu...InsyaALLAH, Allah akan permudahkan...

Jadi, tepuklah dada, tanyalah IMAN...

Wassalam...

Seseorang yang sabar akan disenangi oleh orang lain...



Lakukan sesuatu ikhlas kerana Allah S.W.T...




Andai tak mampu, mohonlah pertolongan daripada Allah S.W.T...

Rabu, 25 April 2012

Bingkisan buat SAYANG


Sayang,
Panggilan yang ku cipta khas buatmu
Kendati yang datang beribu
Kau tetap pilihanku
Hanya kau yang satu

Sayang,
Dari sinar matamu
Kumengerti ada sesuatu
Seorang teman amat kau perlu
Insan yang mungkin bernama aku

Sayang,
Tak ku duga, tak ku pinta
Kepadamu, terbitnya rasa
Suka, sayang, kasih dan cinta
Anugerah Yang Maha Kuasa

Sayang,
Rasaku padamu sangat dalam
Aku dan dia
                                     
Menyinar hati yang pernah kelam
Andai mata ini terpejam
Hanya kau yang ku idam

Sayang,
Akan ku jaga anugerah ini
Mencintaimu sepenuh hati
Setia itu sudah pasti
Berharap kau turut merasai

Sayang,
Akan ku sunting dirimu
Bila tiba saat itu
Membawa hubungan ini ke mercu
Tanda kasih kau dan aku

Sayang,
Andai waktu itu tiba
Ku harap kau kan sedia
Bersama membina mahligai bahagia
Dengan redha Yang Maha Esa

*Khas buat seseorang yang ku panggil SAYANG


Aku VS Karamjit Singh VS Alex Yoong

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Bila korang baca tajuk entry aku kali ni, mesti ada yang pelik kan? Macam mana pulak aku boleh berlumba dengan Karamjit Singh dan Alex Yoong? Hahaha...Sebenarnya saje nak bagi GEMPAK...Tapi kalau tak berapa nak gempak tu, sori la beb...Hehehe

Kepada sesiapa yang tak tahu atau tak kenal siapa 2 orang yang aku maksudkan ni, meh sini aku terangkan serba sikit tentang diorang...Karamjit Singh ni pelumba kereta rally...Dia pernah jadi juara dunia...Alex Yoong pulak, dia pernah jadi pelumba F1 untuk pasukan KL Minardi walaupun pencapaian dia biasa2 je...Walau bagaimanapun, kita tetap harus berbangga dengan pencapaian dorang...

Dah tu apa kaitannya dengan aku? Hmm, macam ni...Ahad lepas bersamaan dengan 22 April, aku terpaksa memandu kereta dengan laju...Al kisahnya, sebab aku kena hantar adik aku balik ke asrama kat Port Dickson (PD)...Dia kena sampai sana sebelum pukul 7 pm...Masa tu pulak, dah pukul 5 lebih...Jarak ke PD tu agak jauh jugak la...Sebab aku gerak dari Putrajaya...

Adik aku yang duduk kat seat belakang dah membebel + risau...Dia risau tak sempat sampai sebelum pukul 7...Kalau sampai lambat, kena denda la jawabnya...Lagi2 dia dah tahun akhir kat situ...Aku cakap kat dia  'Tak yah nak risau la...Tengok la siapa yang bawak kereta"...Aku bagi jaminan...Dalam hati, aku agak risau jugak la..Habis aku kalau sampai lambat...Hehehe

Aku pandu dengan laju sekali...Sepanjang pengalaman aku memandu, ni la yang paling laju...Kelajuan masa tu lebih kurang 140 km/j ke atas...Kalau nak ikutkan, aku memang dah langgar undang2 jalan raya pun...Abah aku cuma diam je...Sesekali dia tengok jugak meter kereta tu...Mak aku pun diam je...Biasa kalau aku pandu 80 km/j pun mak aku dah bising...Kali ni mak dengan abah macam merelakan je aku pandu laju...Yela, takut terlewat...Hihihi...

Akhirnya, aku sampai kat pagar asrama adik aku dalam pukul 6:25 pm...Dengan nada bangga aku cakap kat adik, " Ha, kan dah cakap...Tak lambat punya"...Hahaha..Adik aku cuma menjeling je..Lepas bersalam, dia terus masuk...

Biasa kalau dah pandu laju, pasang air cond lagi, minyak memang cepat kering...Isi minyak la yang paling tak best berbanding menghabiskan...Hehehe..Mungkin ada yang pernah pandu kereta lebih laju daripada yang aku pandu...Tapi, dalam apa jua keadaan pun, haruslah berhati2...

Kesimpulannya, rancang masa dan perjalanan dengan baik...Hargailah nyawa yang dipinjamkan oleh Allah kepada kita...Ingatlah orang yang tersayang...Bak kata orang2 tua, 'Beringat sebelum terkena'...

Wassalam...

Ni la kereta lumba KL Minardi





Ni pulak kereta yang pernah digunakan oleh Karamjit
untuk perlumbaan rally







Isnin, 23 April 2012

Rimas & Lemas...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Korang pernah tak ada pengalaman yang buat korang rasa rimas dan lemas?...Mungkin ada yang rasa macam tu bila terpaksa tempuh kesesakan, bila berasak2 dengan ramai orang dan lain2 lagi...Kali ni aku nak cerita tentang sesuatu yang aku hadapi dalam masa beberapa bulan ni...

Kisahnya bermula macam ni,  ada seorang perempuan yang dulunya study sama U dengan aku...Tapi aku tak pernah tegur dia...Sebab dia study course lain...Lagi pun, aku tak rasa ada keperluan untuk aku bercakap atau kenal dengan dia...

Ada satu hari ni, dia add aku kt FB...Disebabkan tau dia ni satu U dengan aku, aku pun approved la...Tapi aku tak pernah chat atau mesej apa2 dengan dia je...Ada masa, dia komen jugak status aku...Aku tak anggap apa2...Orang komen, takkan nak marah pulak kan...Lagi pun takde sebab...

Awal tahun ni, tiba2 dia SMS aku...Aku pelik jugak dari mana dia dapat nombor aku...Setelah aku tanya, dia cakap dapat daripada kawan aku...Dia cakap dia SMS sebab nak minta pendapat aku..Okey, aku layan je..Dengan niat, nak membantu...Dia cakap, pakwe dia dah kahwin dengan orang lain...Agak sadis jugak la dengar cerita dia...

Condition dia sangat teruk...Dia tak boleh terima kenyataan yang pakwe dia dah kahwin dengan orang lain..Dia memang give up habis...Rasa macam nak mati dan lain2...Aku simpati dan cuba bagi kata2 nasihat yang sepatutnya, terutama suruh dia ingatkan Allah dan famili dia...Aku pun pernah alami macam yang dia alami...Tapi alhamdulillah, aku masih kuat...Aku teruskan hidup macam biasa sampai takde siapa pun yang sedar apa yang aku alami...

Berbalik kepada kes dia, condition dia masih sama...Mungkin lebih teruk sebab dia siap masuk hospital...Banyak SMS yang di hantar kat aku...Tapi semuanya ayat yang patah semangat...Aku suruh dia jadi lebih kuat tapi dia cakap tak mampu dan banyak kata2 negatif yang lain...Aku dah mula rimas melayan dia dan aku cakap, "kalau nak mati tu boleh, tapi dah banyak sangat ke bekalan pahala yang nak dibawa ke sana?"...Dia terkedu..Tak sangka aku akan cakap macam tu...Aku dah mula rimas dengan dia...Nak orang tolong, tapi dia yang tak nak tolong diri sendiri...Memang kena sembur la...

Sejak tu, dia kerap SMS aku tapi aku tak layan...Hampir setiap hari dia SMS aku...Sampaikan satu hari, aku balas mesej dia dan ajak dia berbincang...Apa yang dia nak daripada aku sebenarnya? Tu soalan aku yang pertama...Rupa2nya dia dah lama simpan perasaan kat aku...Sejak 1st year aku kat U...

Aku tolak dia dengan baik...Aku cakap, aku takde perasaan pada dia langsung...Lagi pun, aku dah ada SAYANG aku...Aku tak mungkin duakan 'sayang' aku yang sorang tu...Tapi dia ni tak boleh terima dengan penjelasan aku...Aku cakap, buka hati tu untuk orang lain...Hati aku dah dimiliki pun...Paling banyak yang aku boleh buat, anggap dia sebagai kawan je...Tak lebih daripada tu...

Dia ada jugak SMS aku beberapa hari lepas tu...Tapi aku tak layan...Dan sekarang dia pun dah hentikan segala SMS dia tu...Alhamdulillah...Hilang semak kat kepala aku ni...Daripada mula2 nak tolong, last2 aku yang pening...

Kesimpulannya, bila seseorang yang berlainan jantina dengan kita perlukan nasihat, nasihat berpada2 je..Kalau tak nak ambil risiko, cuba elakkan...Ikut situasi...Bukan bermaksud kita pentingkan diri sendiri, tapi takut kes dia jadi macam kes aku la...LEMAS & RIMAS...

Wassalam...

Cuba korang tenung gambar ni lama2...Ada rasa pening tak?
Ha, lagi pening kalau layan dia yang aku maksudkan dalam entry kali ni...
Macam ni la peningnya aku melayan kerenah dia...
Nasib baik dah berakhir...

Sabtu, 21 April 2012

Makanan paling sedap di dunia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Nak tau tak apa makanan yang paling sedap di dunia? Apa menu yang bermain2 dalam fikiran korang?
1. Nasi ayam? -SALAH
2. KFC?- SALAH
3. Mc Donald? - SALAH
4. Burger? -SALAH
5. Big Apple?- SALAH
6. Pizza?- SALAH
7. Roti canai?- SALAH
8. Mee bandung? -SALAH
9. Laksa? - SALAH
10. Ikan masak 3 rasa? - pun SALAH jugak...

Habis tu apa yang betul?

Jawapannya ialah.........MEE SEGERA...hehe..

Kenapa? Tak percaya?

Okey bagi yang tak percaya, kat sini aku nak bagi beberapa bukti:-

1. Mee segera terutamanya MAGGI sentiasa menjadi pilihan kepada kebanyakan keluarga yang membeli barang dapur di pasar raya...Paling kurang, sebungkus besar mee segera...

2. Kebanyakan pelajar yang tinggal berjauhan dengan keluarga terutamanya yang menginap di asrama, mee segera sentiasa menjadi pilihan...Sekurang2nya seminggu sekali, mesti makan mee segera...Ada antara pelajar yang makan mee segera secara berjemaah (dalam gayung, baldi dan sebagainya)...

3. Ramai orang memilih mee segera kerana mudah disediakan...Jerang air, kemudian masukkan mee dan bila mee mula kembang, masukkan perencah dan makan..- Ni cara orang yang malas....
Malah, ada yang makan macam tu je..Macam makan keropok...- Ni cara orang yang PALING malas...

4. Ada segelintir orang yang apabila di restoran pun, tetap memilih mee segera sebagai menu untuk santapan...

5. Harga mee segera boleh dikatakan murah walaupun setiap tahun, harganya semakin meningkat...Setiap golongan mampu untuk membelinya...

6. Hampir semua peringkat umur mampu menyediakan mee segera sendiri...Jangan terkejut apabila ternampak kanak2 berusia 7 tahun menyediakan mee segeranya sendiri...

7. Apabila seseorang sedang sakit, tiada selera untuk makan, mee segera boleh meningkatkan selera makannya...

8. Dalam jangka masa sebulan, pasti ada keinginan dalam diri seseorang untuk menikmati mee segera walaupun terdapat banyak lagi makanan lain di rumah...

9. Mee segera menjadi makanan pilihan bukan sahaja rakyat Malaysia, malah di pelosok dunia...Bintang bola sepak, David Beckham antara yang gemar memakan mee segera...Setiap kali keluar membeli-belah, dia pasti akan membeli stok mee segera...

10. Anda sedang memakan mee segera ketika membaca entry ini...Hahahahaha....

* Ada satu fakta berkaitan dengan mee segera yang ramai tak tahu...Faktanya ialah kaum lelaki lebih hebat memasak mee segera berbanding dengan wanita...

P/S  Entry ni hanya pendapat peribadi berdasarkan pengalaman dan pembacaan aku...Tiada kaitan dengan sesiapa yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia...PEACE...Sekian...

Wassalam...

                  
Mee segera yang paling popular di Malaysia...


Contoh hidangan mee segera...

David Beckham sedang memasak...
Tapi bukan mee segera rasanya ni...Hehehe