Jumaat, 30 November 2012

Hari Terakhir

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni merupakan hari yang aku rasa bengang, marah dan sedih...Semuanya bercampur-baur...Mungkin memang macam tu la perasaan sesiapa apabila terasa dianiaya...

Setelah macam2 yang aku alami kat pejabat, bekerja dengan syarikat yang bosnya ada pertalian kekeluargaan dengan pekerja2nya, aku kini nekad untuk berhenti berkhidmat...

Setelah perbincangan yang ringkas dengan bos sebelum solat Jumaat tadi, kami telah mencapai kata sepakat...Win2 situation kata bos aku...Banyak la...

Perbincangan yang hangat telah berakhir...Aku pun dah setuju dalam keterpaksaan terutamanya soal gaji...Gaji yang kononnya akan dinaikkan hanya janji tinggal janji...

Dalam pada itu, aku rasa bersyukur jugak...Sebab akhirnya aku dah buat keputusan walaupun agak sukar...Aku akan cari rezeki di tempat lain...Kerana aku yakin, Allah yang memberi rezeki...Bukan bos atau orang lain...

Harap2 lepas ni aku dapat kerja yang sesuai dengan jiwa dan kelayakan akademik aku...Penat dah kerja dengan gaji yang tarafnya macam budak SPM je...Dah la rumah kat Selangor, kerja pulak kat N9...Gaji yang dapat habis untuk bayar minyak dan tol je...

Jadi, mulai esok aku akan giat mencari kerja2 lain bagi terus menampung kehidupan...Harap2 tak dapat dah bos yang kedekut...

Bos aku cakap, tak boleh nak naikkan gaji aku sebab syarikat tak mampu...Yang dia pergi melancong tiap2 bulan ke luar negara tu ada duit plak...Dasar kedekut + lidah bercabang!!!

Wassalam...

*Hari ni bukan hari terakhir dalam bulan November je, tapi hari terakhir aku bekerja sebagai Eksekutif Produksi...Selamat Tinggal Seremban!!!



Khamis, 25 Oktober 2012

Salam Aidiladha

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Esok merupakan perayaan kedua yang akan disambut oleh semua umat Islam di seluruh dunia...Perayaan tersebut ialah Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Haji atau Hari Raya Korban...Berapa kali atau daaa...

Kalau nak cerita pasal peristiwa Hari Raya Aidiladha ni, rasanya korang semua dah tau pasal apa kot...Tapi aku tetap nak sentuh sikit iaitu tentang pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan anaknya Nabi Ismail A.S...

Kepatuhan Nabi Ibrahim A.S kepada Allah S.W.T sangatlah dahsyat sehinggakan sanggup mengetepikan perasaan sayang terhadap anak sendiri sebelum akhirnya Nabi Ismail digantikan dengan seekor kibas...

Bila sebut pasal pengorbanan, agaknya apa pengorbanan yang telah kita lakukakan? Agak2 ada tak? Ke, orang lain je yang sentiasa berkorban untuk kita? Bila kena tang kita, kita buat dek je...Harap2 bukan macam tu la ye...

Hari ni, My Sayang telah melakukan suatu pengorbanan yang cukup besar bagi aku...Aku sendiri tak pernah jangka dia akan berkorban sampai macam tu sekali...Dia berkorban apa? Em, biar aku, dia  dan Allah sahaja la yang tau k?

Dalam kesempatan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam bukan sahaja di Malaysia, malah di mana jua korang berada...Kepada yang memandu atau menunggang tu, hati2 la di jalan raya...Bukan ingat insan yang tersayang je, tapi ingatlah diri sendiri sekali...Hidup ini cuma sekali...

Kesimpulannya, semoga Hari Raya Aidiladha ni disambut dengan penuh pengertian...Jangan ingat nak makan daging je tau! Hehehe...

*To My Sayang, thanks for everything...:)

Jom ramai2 lapah daging esok? 

Selasa, 23 Oktober 2012

Solat: Perkara yang sering diremehkan...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Dah lama aku tak mencoret...Hari ni, aku nak bercerita sikit pasal tabiat orang kita dalam beribadat(solat)...Aku tak la layak sangat nak berbicara pasal ni...Tapi aku cuma nak berkongsi pengalaman untuk dijadikan iktibar oleh kita semua...

Bila sebut pasal solat, ramai yang cakap senang je...Tapi berapa ramai yang buat? Di Malaysia yang lebih dikenali sebagai negara Islam, mengikut statistik lebih daripada 80% orang Islam yang tidak solat penuh 5 waktu untuk sehari...Sangat menyedihkan...

Kenapa? Entahlah...Mungkin sebab leka dengan hal duniawi...Ada orang yang belajar, tinggi ilmunya tentang agama tapi tak melaksanakan suruhan Allah pun...Sebab tu la bila ada ilmu, sepatutnya disertai dengan amal...

Biasanya kalau berjalan jauh, aku akan singgah di banyak tempat untuk bersolat...Kalau lebih 2 marhalah (90 km), boleh la solat jamak...Kalau tak, solat macam biasa je...Antara tempat yang popular, kat stesen minyak Petronas...Tu kalau dah tak jumpa masjid or surau terdekat la...Hehehe...

Aku nak cerita pasal pengalaman aku solat kat Masjid Putra (Putrajaya) pada minggu lepas...Aku singgah untuk solat Asar...Time tu dah dekat2 pukul 5...Aku masuk ke dalam dewan solat...Aku tengok ada orang berjemaah...Aku rasa nak join dorang...Tapi di sudut yang berlainan, ada orang lain yang sedang berjemaah jugak...Ah sudah!

Aku dah hairan dah...Jemaah yang tu solat apa? Jemaah yang lagi satu tu solat apa? Kalau nak tau, kes2 macam ni banyak berlaku di negara kita...Ada sampai 2-3 jemaah solat pada waktu yang sama di tempat yang sama...Walhal sepatutnya semua orang hanya boleh solat 1 jemaah je pada satu2 masa...Aku terus garu kepala...

Pengalaman lain, aku pernah solat kat surau daerah Kajang dan di KL...Disebabkan sampai sejurus selepas azan, aku berpeluang berjemaah kat situ...Suara imamnya punyalah sedap...Menusuk kalbu...Tapi yang tak bestnya, banyak hukum tajwid dan makhraj yang tergelincir...

Antara syarat2 utama menjadi imam haruslah tidak cedera bacaannya... Cedera bacaan bermaksud membaca beberapa surah dalam solat dengan tidak menepati hukum tajwid dan makhrajnya...Contohnya mad asli yang panjangnya 2 harkat dijadikan 4, 6 atau sebagainya...

Itu belum tengok lagi dengan hukum ikhfak, izhar, iqlab, mad wajib muttasil dan lain2 lagi...Adakalanya terdapat orang yang tak boleh bezakan antara huruf 'alif' dan huruf 'ain'...Dua huruf tu boleh pulak bacaannya sama je...Kalau dah baca pun salah, kekhusyukan makmum mula hilang...Agak pelik jugak macam mana mereka boleh jadi imam tetap dengan bacaan yang sedemikian rupa...

1 lagi, seringkali kita lihat, bila time orang kita mengambil wuduk, air yang dipasang bukan main laju lagi...Dah macam air terjun pun ada...Sepatutnya buka air perlahan je...Cukup sekadar untuk mengalirkan air ke tempat2 yang ingin diratakan air ke atasnya...Hal ini juga dapat mengelakkan pembaziran...Tapi jangan la buka paip tu terlalu kecil sampai dah ramai orang queue kat belakang...

Ada lagi 1 peristiwa, hal ni terjadi kat kampung aku sendiri...Kat kampung aku, setiap kali solat jumaat, ada la bilangan jemaah dalam 12-15 orang pada satu2 masa...Kalau ada ceramah or bacaan yaasin ke, lebih ramai la lagi...

Biasanya orang kampung aku ke masjid dengan menaiki motor...Mana yang rumah dekat2 situ, ramai yang jalan kaki je la...Majoriti orang kampung yang solat kat masjid datang berkain pelikat...Cuma yang tak bestnya ialah bila waktu diorang datang or nak balik dari masjid...

Sebabnya, bila naik motor, habis kain pelikat diselak sampai nampak lutut...Ada yang siap nampak peha lagi...Hal tu bukan terjadi dalam kalangan jemaah biasa je, malah pak imam pun terbabit sama...Kadang2 depan jemaah perempuan pun selamba je diorang tayang lutut dan peha...Mungkin diorang tak perasan akan hal tu kot...Nak tegur, macam susah sebab semua tu kebanyakannya orang2 veteran...Huhuhu...

Bila time solat Jumaat pulak, selesai je imam bagi salam, berduyun-duyun jemaah yang bangun dan terus berjalan keluar dari masjid...Dari umur yang muda sampai la ke tua...Apa la salahnya berdoa dulu? Rasanya banyak je yang kita nak minta daripada Allah...Jangan hanya berdoa apabila dilanda kesusahan je...

Kesimpulannya, kita haruslah menjaga adab dan etika bukan sahaja ketika bersolat, bahkan sebelum dan selepas solat...Apabila semuanya terjaga, barulah sempurna solat kita...Ada banyak perkara yang tidak sepatutnya kita ambil mudah...Setiap kali lepas solat, rajin2lah berdoa...Tak perlu nak SOMBONG dengan Allah...Semoga coretan aku kali ini menjadi iktibar buat aku dan korang semua...Mana yang baik kita jadikan tauladan, mana yang buruk kita jadikan sempadan...

Wassalam...

Umat Islam akan bertambah kuat kalau
jemaah solat Subuh ramainya seperti ketika solat Jumaat


Rabu, 3 Oktober 2012

Jangan pandang rendah!

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Entry aku kali ni berkisar kepada kisah manusia yang sering memandang rendah kepada orang lain... Hal ni terjadi kepada aku sendiri...Kejadiannya adalah pada 23 September lepas...

Ceritanya macam ni...Aku dan kawan2 joined pertandingan futsal pada tarikh yang aku sebut tadi...4 team termasuk team aku diletakkan dalam 1 kumpulan...Hanya juara dan naib juara yang akan layak ke pusingan kedua...

Perlawanan pertama kami kalah 4-1...Sebenarnya team lawan tak la kuat mana pun...Kami yang main berterabur...Takde sistem...Memang patut kalah...

Salah satu daripada team yang ada dalam kumpulan kami tak datang...Jadi, sesiapa yang melawan mereka akan mendapat kemenangan percuma iaitu 3-0...

Seterusnya, team yang satu lagi menentang team yang dapat mengalahkan kami 4-1 tadi...Kami menonton perlawanan tersebut...Keputusan perlawanan antara diorang adalah seri...Jadi, perlawanan seterusnya, kami perlu menang untuk layak ke pusingan kedua...Seri akan mengakibatkan kami tersingkir...

Team lawan kami yang seterusnya dilihat agak kuat kerana mampu seri dengan team yang membelasah kami sebelum tu...So, kami mengubah plan...Aku yang tadinya bermain sebagai defend berubah posisi kepada penyerang...

Sebelum perlawanan dimulakan, referee memanggil kapten bagi kedua2 pasukan...Aku berjalan dekat dengan referee...Tapi kapten team lawan hanya melaung dari jauh "Takpe ref, bagi diorang yang start dulu....Kitorang pilih tempat"...Katanya dengan nada sombong...

Aku diam dan malas nak panjang cerita, terima je...Kami memulakan kick off...Kalau dengan team sebelumnya, team lawan kami sekarang main bertahan dan man-marking...Tapi dengan kami, diorang main menyerang...Kadang2 hanya penjaga gol diorang je yang ada kat bawah...Yang lain semua dah kat atas...

Kami mendahului 2-0...Tak lama lepas tu diorang berjaya menjadikan kedudukan 2-1...Kami menggandakan serangan dan berjaya mendahului 4-1...Aku yang menjaringkan 2 gol keluar dengan digantikan teammate aku yang lain...

Perlawanan berakhir dengan kedudukan 4-2...Kami berjaya melangkah ke pusingan kedua...Team yang tewas dengan kami tadi keluar dari court dengan rasa hampa...Ada riak2 penyesalan di wajah masing2...

Aku tersenyum melihat diorang...Bukan sebab team aku berjaya kalahkan diorang, tapi sebab kami semua berjaya menunjukkan keupayaan sebenar kami walaupun pada suatu ketika dipandang rendah oleh team lawan...

Kesimpulannya, jangan sesekali memandang rendah terhadap keupayaan orang lain...Kalau kita hebat, ada orang lain yang lebih hebat daripada kita...Kalau hebat mana pun kita, semua tu adalah milik Allah yang dipinjamkan sementara kepada kita...

Wassalam...





Kecewa tahap SUPER

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Malam ni aku pulang dengan kekecewaan setelah menghabiskan masa beberapa jam di Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR) Paroi...Sebabnya, bukan kerana N9 kalah...Tapi kerana permainan yang disajikan...TERUK...Memang patut kalah pun...Kalah pulak kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM)...

Sepanjang perlawanan aku berdiri dek kerana jumlah penyokong yang terlalu ramai....Lebih dari jangkaan aku...Ingatkan dengan kehadiran jumlah penyokong yang lebih ramai daripada biasa mampu menyemarakkan semangat para pemain. Rupa2nya TIDAK...

Dalam masa hampir ke hujung perlawanan, ada beberapa penonton yang kurang ajar...Kenapa kurang ajar? Sebab diorang baling bom asap yang berwarna merah...Hampir sesak nafas aku dibuatnya...Ada sebilangan penyokong yang beralih tempat kerana tak tahan dek terhidu asap...

Tak lama lepas tu, ada pulak yang bakar bunga api...Bukan bunga api biasa, tapi bunga api yang besar...Percikannya hampir mengenai penonton2 yang lain...Akibatnya, ramai penonton yang marah dengan si pencetus percikan bunga api tadi...

Bila perlawanan tamat, aku bergegas ke tempat letak motosikal...Sebenarnya, tadi adalah kali pertama aku tunggang motor untuk ke stadium...Disebabkan jumlah penyokong sangat luar biasa, jadi aku mengambil masa untuk mendapatkan motor aku...

Selepas mendapatkan motor, aku menghidupkan enjin...Pertama kali aku terperangkap dalam kesesakan dengan menaiki motor...Bergerak pun hanya sedikit2...Jumlah motor2 lain di kiri kanan aku sangat banyak...Jaraknya pula sangat rapat...Agak lama aku berada dalam situasi tersebut...

Akhirnya, aku berjaya mengeluarkan diri dari kesesakan yang GILA...Aku pulang dengan melalui jalan lain...Setibanya di rumah, kaki aku berasa lenguh kerana terlalu penat berdiri dan terperangkap dalam kesesakan...

Penat yang sangat tidak berbaloi...Memang aku kecewa tahap super...N9 tersingkir daripada Piala Malaysia setelah 3 kali tidak pernah gagal melayakkan diri berturut2 di pentas perlawanan akhir...Takpelah, takde rezeki...Tahun depan cuba lagi...

Wassalam...

*KALAH atau MENANG, selamanya aku sokong N9...



Negeri tercinta...


Rabu, 26 September 2012

Rupa vs perangai...Mana lagi penting?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam, aku lepak kat sebuah kedai mamak...Makan dengan officemate...Yang makan, officemate aku je...Aku dah makan siap2 kat office...Makan makanan yang mak aku bekalkan...Hehehe...Aku minum je la...

Aku dan officemate duduk di tempat aircond...Sebab kami tak merokok, so memang selalu lepak kat situ...Suasana agak sunyi...Hanya 5-6 pelanggan je yang ada masa tu...

Tiba2 lalu seorang perempuan...Ada rupa..Perutnya pulak besar...Mengandung rasanya...Aku terpandang sebab dia lalu sebelah aku..Dia lalu tu sebab nak basuh tangan...Kebetulan sinki selang 2-3 meja je dari tempat aku duduk...

Dia (free hair) duduk berborak dengan dua orang kawannya yang bertudung...Dalam suasana yang sunyi tu, tiba2 aku terdengar dialog "Alamak, rasa nak berak la pulak"...Terus kepala aku berpusing ke belakang dengan lajunya...

Woi! Agak2 la nak cakap tu...Dah la suara kuat...Tak pasal2 ciri2 sopan yang patut ada dalam diri setiap yang bergelar perempuan/ wanita hilang macam tu je...Aku dah geleng2 kepala dah...Tak lama lepas tu diorang keluar dari kedai mamak tu...Nasib baik la dia bukan lepak dengan aku...Kalau tak, abis aku yang malu...Huhuhu...

*Kepada perempuan/ gadis/ wanita, jagalah tingkah laku dan perkataan yang keluar dari mulut anda...Kita kan orang timur yang penuh dengan kesantunan? :) 

Wassalam...

Kena banyakkan kempen macam ni..Hehehe..



Khamis, 20 September 2012

Mentaliti penduduk flat

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Minggu lepas aku berkesempatan ke rumah abang aku yang terletak di Bangsar...Dulu itulah rumah aku... Tapi sejak aku ikut mak abah aku berpindah, abang aku, isteri dan anak dia tinggal kat situ...Rumah pangsa tu sememangnya menyimpan banyak kenangan antara aku dan famili...

Ketika sedang menonton TV, tiba2 aku terdengar orang bawah menjerit2...Aku dengar sebab abang aku tinggal kat tingkat 6...Tak la tinggi sangat...Aku pun pergi ke beranda dan tengok apa yang berlaku...Rupa2nya ada orang dari tingkat atas baling bawang ke bawah dan nyaris mengenai mereka yang duduk melepak...

Sebelum tu, ada orang dari tingkat atas baling telur...Hmm...macam2...Jadi, orang yang kat bawah ni pulak bertempik...Marahkan orang yang membaling segala macam barang dari tingkat atas...Sambil tu diorang ni mencabar si pembaling supaya tunjukkan muka...Siap mencarut2 lagi...

Yang si pembaling ni sah2 la sorok muka...Kalau tunjuk muka, memang siap la...Ada la tetamu yang ketuk pintu rumah nanti...Bukan susah pun nak cari...Inilah perbuatan yang orang kata 'baling batu sembunyi tangan'...Buat berani, mengaku jauh sekali...

Itu antara barangan yang dibaling oleh penduduk flat yang boleh dikatakan masih berada dalam minda kelas ketiga...Dulu, aku pun pernah jadi mangsa balingan dari atas...Ada sekali tu, aku nak pergi ke sekolah...Ketika aku lalu kat bawah tu, tiba2 je ada air jatuh membasahkan seluar aku...Rupa2nya ada orang baling air yang diisi dalam plastik...

Aku rasa geram jugak la...Nasib baik tak kena kepala...Kalau tak, tak pasal2 aku kuyup...Disebabkan basah sikit, aku pun pergi jugak la ke sekolah tanpa berpatah balik...Sambil berjalan tu, kepala aku mendongak je...Nak jugak tengok siapa si pembaling tu...

Ada satu kejadian yang paling teruk, masa aku berjalan ke arah motor, tiba2 aku rasa ada benda melayang kat sebelah...Hampir2 mengenai kepala aku...Memang nasib baik la sebab tak kena... Tahu2 je benda tu jatuh dan pecah kat depan aku....Nak tahu apa yang dibaling tu?

P.A.S.U...gila tak? Baling pasu ke bawah...Nasib baik la tak kena...Kalau kena tu, mahu bocor kepala aku...Takpun, masuk hospital...Confirm dapat beberapa jahitan tu...Huhuhu...Silap2 boleh koma atau hilang ingatan...Yang tu memang aku betul2 marah...Tapi tak la sampai tahap memekik...Aku cuma mendongak dari bawah...Agak lama jugak aku mendongak tu...Si pembaling tadi tak tunjuk muka pun...Tahu pun takut...

Ada tu pulak, baling batu bata daripada atas...Pernah keluar kat surat khabar dulu...Seorang budak mati akibat dibaling dengan batu bata dari atas...Masa tu, budak tu berjalan kaki nak ke motor sebelum bergerak ke sekolah...Kesian budak tu...Walaupun dihantar ke hospital dengan segera, dia gagal diselamatlkan...

Selain itu, macam2 lagi la barangan yang dibaling dari atas flat ni...Kalau baling sampah dari atas tu memang dh biasa sangat dah...Sesiapa yang tinggal kat flat mesti tau...Baru2 ni ada pulak kes baling bayi dari atas...Bayi tu masih bertali pusat lagi tu...Memang manusia dah semakin gila...Berdasarkan siasatan yang dijalankan, ketika bayi tersebut dibaling dari atas, bayi tu masih hidup...KEJAMnya kan?

Dalam entry  kali ni, aku bukan nak kata penduduk flat ni semuanya perangai teruk...Ada yang okey, baik...Cuma sebilangan je yang masih mempunyai tahap pemikiran dan kesedaran yang sangat rendah...Itu belum lagi dengan kes kencing dalam lif, conteng, rosakkan public phone dan lain2 lagi...

Kesimpulannya, walau di mana kita berada, kita mestilah amalkan budaya berbudi bahasa...Kalau kita tak nak orang buat sesuatu benda yang tak elok kat kita, kita jangan la buat orang macam tu...Benda ni simple je...So, muhasabah diri, dan mula berfikir tentang orang lain...Jangan pentingkan diri sendiri je...

Wassalam...

*Masa aku kecik2 dulu, aku cukup suka buat kapal terbang kertas dan baling dari atas...Best bila tengok kapal terbang buatan sendiri terbang di udara...Kalau rajin, aku kutip balik bila dah jatuh...Kalau tak, takde la...Tapi tu masa kecik je la...Sekarang tak lagi...Hehehe


Contoh plastik berisi air yang kerap
dilempar dari atas...
Contoh pasu yang dibaling dari atas...
Kalau lebih besar daripada ni, memang kena kepala aku kot...
Bukan sipi lagi dah...