Isnin, 27 Februari 2012

Sedih

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


'Senyum tak bererti gembira...Kadang2 di sebaliknya tersembunyi 1001 rasa duka dan lara'...Ini merupakan ungkapan yang muncul di fikiran aku hari ni. Aku sendiri tak pasti macam mana boleh terkeluar dari kotak fikiran aku. Mungkin perasaan itu yang aku rasai sekarang.


Setiap orang akan mengalami saat2 sukar. Mungkin telah, sedang dan akan menghadapi saat2 sukar tersebut. Biasanya sesiapa yang berada dalam keadaan tersebut akan berasa sedih. Ada yang menangisinya dan tidak kurang juga yang sedaya upaya menahan diri daripada mengalirkan mutiara jernih bernama air mata. 


Wanita biasanya lebih mudah mengalirkan air mata. Mereka berasakan bahawa dengan menangis, kesedihan dapat dikurangkan. Sekurang2nya, tangisan tersebut dapat menghilangkan stress daripada terus memikirkan tentang dugaan yang dihadapi. Namun, sedikit berbeza dengan golongan lelaki yang sedaya upaya menahan diri daripada mengalirkan air mata. Mungkin kerana fitrah lelaki yang mempunyai ego ataupun dalam bahasa yang lebih berlapik, 'nilai diri'.


Fitrah manusia andai rasa sedih itu muncul. Namun, kita tidak harus membiarkan kesedihan tersebut terus menyelubungi diri. Jika mahu menangis, menangislah sepuas2nya. Tetapi, pastikan tangisan tersebut adalah yang terakhir. Tekadkan dalam diri untuk menjadi seorang yang kuat dan mampu menghadapi rintangan yang pelbagai.


Langkah untuk menghilangkan kesedihan ialah dengan melakukan aktiviti yang disukai. Contohnya, kalau gemar bersukan, cuba penuhi masa dengan melakukan aktiviti2 tersebut. Perkara yang paling penting, jangan bersendirian. Hal ini demikian kerana dengan bersendirian, tidak mustahil kita akan terkenang dan sering memikirkan permasalahan yang dihadapi. Sebaliknya, cuba bersosial. Berjumpa dengan rakan2, bercuti bersama keluarga dan lain2. Elakkan mengurung diri.


Bagi memperoleh ketenangan diri, ingatlah kepada Sang Pencipta iaitu Allah S.W.T. Dia takkan menguji di luar kemampuan hamba2-Nya. Banyakkanlah berzikir dan membaca kalam suci iaitu Al-Quran. Tempuhilah segalanya dengan tabah. Jangan berputus asa. Yakinlah bahawa setiap dugaan dan ujian yang didatangkan kepada kita pasti ada hikmah disebaliknya.


Ramai yang tidak sedar bahawa nikmat kesenangan dan kegembiraan juga merupakan salah satu daripada ujian Allah S.W.T kepada hamba2-Nya. Acapkali kita lihat ramai yang terbuai2 dengan kesenangan dan kegembiraan yang diberi sehingga ada yang melupai-Nya. 


Kesimpulannya, dalam keadaan senang, gembira mahupun sedih, sentiasalah mengingati Allah S.W.T kerana Dialah yang Maha Berkuasa dan sebaik2 perancang. Hidup dan matilah hanya kerana-Nya.


Wassalam...


Hapuslah air matamu...


Senyum mampu menghilangkan stress.
Jadi, senyumlah selalu...

Jumaat, 24 Februari 2012

Surprise!!!



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Ada apa dengan surprise? Best ke? Aku sendiri tak mampu nak menjawabnya…Hehehe…
Aku adalah seorang yang suka buat surprise…Rasanya bukan sekadar hobi, malah dah memang jadi identiti diri kot…Aku sendiri tak tahu kenapa aku suka surprisekan orang…Kebanyakan surprise berlaku dengan jayanya…

Mungkin sebab pengalaman aku pernah kena surprise kot…Famili aku pernah buat surprise untuk raikan hari jadi aku…(Idea kakak2 aku)…Tapi hari jadi keberapa, aku dah lupa…Kalau ingat balik saat tu, memang aku akan tersenyum…

Golongan sasaran untuk aku surprisekan ni pelbagai…Antara yang selalu menjadi mangsa ialah famili aku sendiri terutamanya mak…Hehehe…Tapi kalau surprisekan mak, surprise tu berpada2 la…“Mak, jangan marah abang…Abang takde niat nak terkejutkan mak”…Saje suka2…Mengaplikasikan idea kreatif yang ada je…Hehehe.

Disebabkan aku belajar di salah sebuah universiti di Borneo, aku memang jarang balik ke rumah (semenanjung)…Kalau balik pun sebab ada peristiwa penting seperti hari raya atau cuti semester…Ada suatu ketika ni, aku balik ke rumah tanpa beritahu mak..Aku berpakat dengan seorang kakak dan abang ipar yang menjemput aku dari KLIA…

Sampai je kat rumah, tiba2 aku bagi salam dan terus masuk…Mak aku punya la terkejut..Sedangkan pada hari semalam, dia baru je telefon aku tanya khabar dan lain2…Sedar2 je hari ni dah ada depan mata…Mak aku memandang aku sambil terkebil2…Aku pun terus salam dan cium tangan mak…Dalam terkebil2 tu, mak aku akhirnya tersenyum…Hehehe…

Baru2 ni, aku berjaya surprisekan si dia…Aku pergi ke tempat kerja dia tanpa beritahu dia…Sedar2 dah muncul kat depan mata dia..Sebelum ni kitorang tak pernah pun berjanji untuk berjumpa kat mana2…Dan dia memang terkejut habis..Macam nampak hantu pun ada…Nasib baik dia takde lemah jantung…(Sebab takde lemah jantung, aku buat la yang ekstrim sikit)..Hehehe..

Tapi aku pun kena surprise dengan dia jugak…Boleh pulak dia lari2 daripada aku…Makin aku dekat makin dia jalan laju…Mungkin dia terkejut + malu…Dalam keadaan tu, aku rasa kalau dia wakil Malaysia untuk pertandingan jalan kaki boleh la dapat kedudukan  top three…Hehehe..

Disebabkan dia sedang bekerja, aku segera tamatkan drama kejar-mengejar tu…Aku tak nak la ganggu emosi dia..(Rasanya dah ganggu pun)…Hehehe…Nanti tak dapat pulak dia fokus pada kerja disebabkan aku..Dengan perut yang boleh tahan lapar, aku berlalu pergi tanpa menoleh ke belakang walaupun  di dalam hati, meronta2 niat nak toleh belakang...Hehehe

Antara surprise yang tak berjaya, aku pernah pergi ke rumah sepupu aku…Konon2 sebelum pergi tak nak bagi tahu…Sekali sampai2 je kat rumah, dia takde pulak…Rumah siap berkuci lagi...Dah la sebelum tu, aku terpaksa tempuh jalan yang sesak untuk ke rumah dia..Last2, aku sendiri yang hampa..Aku cuma mampu gelakkan diri sendiri.. Tu la, nak surprisekan orang sangat….Last2 sendiri yang terkena…

Wassalam...


Menganga tu boleh...Tapi jangan lama2...
Nanti lalat masuk... :P


Isnin, 20 Februari 2012

HARAM memberi…



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kuliah subuh yang diadakan semalam, seperti biasa sangat menarik…Isi kuliah memang sangat berguna...Lebih2 lagi disampaikan oleh Timbalan Mufti Negeri Sembilan yang sememangnya bijak berbicara dan berkomunikasi dengan para jemaah yang hadir…Kuliah yang diberikan sering diselangi dengan lawak jenaka walaupun kadangkala terdapat unsur2 sindiran…Sindir  bukan sekadar sindir, tetapi sindir secara halus yang boleh dikatakan membina…

Aku tertarik dengan hujah2 ustaz tersebut tentang ‘haram memberi’…Apakah yang dimaksudkan dengan haram memberi? Beri apa? Hmm..Dalam Islam, kita digalakkan untuk membantu sesiapa yang berada dalam kesusahan..Bantuan yang diberikan sekurang2nya mampu meringankan beban oleh si penerima…Si pemberi pula akan menerima ganjaran pahala sekiranya pemberian yang dilakukan disertai dengan niat yang ikhlas…

Bantuan yang diberikan terdiri daripada pelbagai bentuk seperti bantuan kewangan, khidmat nasihat, tenaga dan lain2 lagi…Namun, sesuatu bantuan akan menjadi HARAM sekiranya si penerima bantuan menyalahgunakan bantuan yang diberi...Sekiranya si pemberi dapat tahu akan hal tersebut, dia haruslah menghentikan segala bantuan yang diberikan…

Contohnya, si pemberi memberi bantuan kewangan…Tetapi si penerima menggunakan duit yang diterima dengan membeli nombor ekor, membeli arak, membeli rokok dan segala perbuatan yang tidak mendatangkan sebarang manfaat malah membinasakan diri si penerima tadi…

Sekiranya si pemberi tahu akan hal tersebut, dia haruslah menghentikan segala pemberiannya kerana usahanya hanyalah sia2 kerana si penerima tidak menghargai jasa2nya malah mensia2kan sumbangan yang diberi..

Sekiranya si pemberi meneruskan sumbangan, perbuatan si pemberi adalah seperti menggalakkan si penerima melakukan perkara2 yang tidak berfaedah dan memudaratkan dirinya sendiri...Bimbang kita akan secara tak langsung dikira bersubahat dengan si penerima dalam melakukan kegiatannya yang tidak baik...

Jadi, sekiranya kita ingin memberi sumbangan, kita haruslah mengetahui keadaan dan aktiviti yang sering dilakukan oleh si penerima…Memanglah kita disuruh bersangka baik…Tetapi jika kita telah mengetahui aktiviti yang dilakukan oleh si penerima, andai bertentang dengan hukum syarak, sumbangan yang diberikan haruslah dihentikan dengan serta-merta…

Wassalam...



Didik anak sejak mereka kecil...




Samseng kampung



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kali ni aku nak cerita pasal samseng kampung…Samseng tu dalam bahasa Melayu la…Kalau dalam bahasa Jepun, dipanggil Yakuza…Dalam bahasa Inggeris pulak, dipanggil Gangster…Dalam bahasa Itali, dipanggil Mafia dan lain2 lagi…Lain2 negara lain la panggilan dia…

Aku tertarik nak cerita pasal samseng ni sebab tiba2 je aku teringat peritiwa zaman muda2 dulu yakni zaman sekolah…Aku bersekolah di salah sebuah sekolah di Kuala Lumpur..Aku mula jadi pengawas sekolah sejak tingkatan 2...

Masa tingkatan 4 dan 5, aku berubah haluan sekejap…Jadi pengawas perpustakaan atau dalam bahasa Inggerisnya, librarian…Masa tingkatan 6, aku kembali jadi pengawas sekolah…Tapi kali ni, tugas aku lebih berat..Sebab jadi ketua pengawas…Walaupun dalam keadaan terpaksa, aku terima jugak tugas tu sebab tak larat lagi nak lari daripada kena kejar dengan cikgu pengawas pada masa tu..

Tugas sebagai pengawas lebih2 lagi sebagai ketua sangatlah mencabar…Selain selalu kena berkomunikasi dengan cikgu2 termasuk pengetua, aku kena mengawasi disiplin semua pelajar kat dalam sekolah terutamanya pelajar2 yang nakal dan bermasalah…

So, pada satu hari, pada waktu rehat, macam biasa, aku pusing2 sekolah…Tengok keadaan anak2 buah aku yang menjaga kawasan masing2…Antara kawasan yang dijaga ialah pagar sekolah, kantin, tandas, dewan, belakang bengkel, padang, surau dan lain2 lagi…

Antara tempat yang terlindung seperti surau, belakang bengkel, tandas dan padang selalu menjadi tempat atau port pelajar2 nakal merokok…Ada yang merokok seorang diri dan ada yang merokok secara berjemaah…Kalau solat berjemaah tu bagus la jugak…Yang hisap rokok, kongsi2 pun ada…Tu biasa...

Sedang aku pusing2 seorang diri, aku tengok ada sekumpulan pelajar tengah merokok…Macam best je aku tengok diorang masa tu…Siap gelak2 lagi..So, aku pun menunjukkan diri…Ada la sorang dua yang terus cabut lari…Tapi yang lain2 stay…Dengan gaya samsengnya…

Aku tengok anak2 buah aku yang jaga kat kawasan tu…Diorang hanya mengadu yang tak mampu nak halang budak2 tu daripada merokok…Mungkin sebab yang merokok tu lebih senior kot…Aku cuba arahkan budak2 yang merokok tu supaya berhenti merokok dan pergi ke tempat yang sepatutnya…Ada yang beredar dan ada yang masih berdegil..So, aku terpaksa bertindak dengan lebih tegas…

Akhirnya diorang semua beredar…Tapi dalam diorang beredar tu, ada sorang budak ni bagi warning kat aku…Dia cakap, kalau dia jumpa aku kat luar, dia akan belasah aku..Kawan2 dia dah bersorak…Aku tak kata apa2…Cuma senyum je…

Ditakdirkan Allah, pada suatu hari, aku balik sekolah macam biasa, agak lambat berbanding dengan pelajar2 lain…Keluar je pagar sekolah, aku terserempak dengan budak samseng yang warning nak belasah aku hari tu…Dia sorang2 je..Aku pandang je dia…Dalam hati, aku bersedia jugak kot2 dia nak serang aku ke…

Tapi, perkara yang sebaliknya berlaku…Dia lalu berhampiran dengan aku dan  tegur aku sambil angkat tangan…Aku dah pelik...Dalam hati, aku cakap sorang2..Mimpi ke aku?...Hari tu samseng sangat…Rupa2nya samseng bila ramai je…Masa sorang2, hilang terus samseng dia.. Hahaha…Kelakar betul…

Rupa2nya, kat situ aku belajar yang budak2 ni hanya berani cakap je…Sebab ramai…Kalau sorang2, memang tak berani pun…Kira macam cakap besar la ni…Aku pun bukan la cakap yang aku ni berani sangat..Aku tak dapat bayangkan apa yang akan terjadi kalau budak tu betul2 nak belasah aku…Sebab kat dalam surat khabar pun selalu keluar cerita pasal budak kena buli dan belasah termasuk la pengawas…

Tapi aku bernasib baik sebab hanya ditemukan dengan samseng kampung…Kampung mana? Pastinya bukan kampung Dusun…Hehehe…Jadi, kita kena la ikhlas dan jujur dalam menjalankan tugas…Kalau berhadapan dengan samseng, kita jangan jadi samseng jugak...Kena cool...

Kita kena cuba tegur secara berhemah...Sebab kata2 yang lembut dan baik dapat melembutkan hati seseorang yang keras..Kita juga harus bersedia menghadapi segala kemungkinan yang kita akan diuji sebelum berjaya melaksanakan tugas yang diberi…

Wassalam…




Contoh mafia: Versi comel...Hehehe...

Adoi, pening kepala aku…



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Hari ni merupakan hari pening sedunia..Baru je diwartakan dalam kalender dunia..Tak percaya? Pergi check surat khabar atau laman web yang berkaitan sekarang…La, tak percaya lagi? Ha, memang betul la…Betul aku tipu…Mustahil ada hari pening sedunia kan? Hahaha…

Macam ni, aku saje je nak kongsi pasal kerja yang aku kena handle dalam masa beberapa hari ni…Pasal benda ni la aku pening…Bukan pening biasa2, tapi pening tahap gaban…Tau tak ape kerja yang aku kena buat? Ha, ni nak cerita…

Aku baru je lepas shooting tentang perayaan Chingay…Pernah dengar tak pasal perayaan tu? Okey, kepada yang tak tahu, meh aku terangkan…Perayaan Chingay adalah perayaan yang disambut oleh kaum Cina di seluruh dunia…Perayaan Chingay ni merupakan perayaan kemuncak Cap Goh Meh…

Cap Goh Meh ni merupakan hari penutup bagi sambutan Tahun Baru Cina iaitu biasanya pada hari ke-15… Kaum Cina hanya raikan selama setengah bulan je..Hal ni berbeza dengan kita. Kalau Hari Raya Adilfitri,  kita raikan selama sebulan…

Tapi di Johor Bahru, sambutan Cap Goh Meh dipanjangkan…Kenapa? Hmm, aku tak dapat nak pastikan..Sebab memang sejak dulu lagi, sambutan di Johor Bahru adalah yang paling lewat di samping perayaan Chingay…Perayaan Chingay dah disambut sejak 142 tahun dahulu lagi..Perayaan tersebut hanya terhenti sekali iaitu ketika Jepun menyerang Tanah Melayu…

Dalam perayaan Chingay tu, terdapat persembahan tarian naga, singa dan perarakan…Ketika perarakan, mereka akan membawa bendera2 yang besar yang tiangnya diperbuat daripada buluh yang kuat dan keras…Kalau tak keras, buluh tu akan lebih mudah melentur dan mungkin akan mencederakan orang ramai…Silap2, tukang bawak bendera tu pun cedera…

Jadi, nama Chingay ni diambil sempena perarakan sambil membawa bendera besar…Sambutan perayaan Chingay baru2 ni turut dihadiri oleh PM kita iaitu Dato’ Seri Najib bin Tun Abdul Razak… Jadi, ramailah pihak media yang datang..

Masa hari tu, aku ditugaskan untuk mengambil gambar(still photo) dan sebagai 2nd cameraman…Berbaris sebelah kanan aku adalah media dari TV3, nTV7 dan  Astro... Kat sebelah kiri aku pula, pihak RTM dan lain2 lagi..Mereka pun buat benda yang sama..

Betul2 sebelah aku, pembaca berita TV3 iaitu Pang Chin Fei (maaf kalau salah eja) sedang melakukan lintas langsung…Kalu aku giler glamour, memang aku dah enter frame…Tapi disebabkan profesional, aku buat2 tak tau je la…(Profesional la sangat) Hahaha..

Jadi, bila dah masuk office, aku ditugaskan untuk cover balik sejarah perayaan Chingay dan Johor Bahru dalam bahasa Melayu yang lengkap...Segala yang dirakam akan dijadikan bahan dokumentari…Aku cari info..Tapi tak banyak sangat..Aku terus mencari dan mencari…Agak pening lalat la aku masa tu..

Lepas tu, officemate kira macam penyelia aku bagi info… Dia bagi soft copy untuk aku cover research aku tu…Hmm, buat research dah macam masa zaman aku belajar kat U dulu2 dah…Aku ingat nasib aku dah baik..Sekali, info yang dia bagi tu dalam bahasa Cina..Adoi, mana la aku faham…Huhuhu..Tapi ye tak ye jugak..Dah sejarah Cina…Tentulah dalam bahasa Cina…

Aku cuba translate ke bahasa Melayu guna google translate…Bijak tak aku? Hmm, tak la bijak mana pun…Sebab google translate tu pun merapu jugak..Bukan semua yang ditranslatekan betul dan tepat…Makin pening aku bila baca bahasa Melayu yang tunggang-langgang..

Aku nak suruh officemate aku yang berbangsa Cina translate, dia awal2 lagi dah cakap bahasa Melayu dia teruk..Puas aku fikir..Last2 aku minta jugak dia tolong baca, aku taip…Dia baca bahasa Cina, translate ke Bahasa Inggeris..Dalam masa yang sama, aku dengar dia  baca dalam bahasa Inggeris dan aku taip dalam bahasa Melayu…

Tapi dia tolong aku sekejap je..Sebab dia kena cover bahagian lain…Lepas tu suami dia yang kerja satu office dengan kitorang pulak tolong…Dia baca dan terus translatekan ke bahasa Melayu…Tapi serius, aku lebih pening…Sebab bahasa Melayu dia berterabur..Ada beberapa ketika, dia tak tahu pun perkataan yang sesuai nak terangkan kat aku…

Setelah beberapa ketika aku menaip, baru je selesai 2 muka surat…Sedangkan ada lagi 14 muka surat yang nak disudahkan…Ha, aku akan pening lagi bila office buka hari…Tapi nak tak nak kena hadap jugak la..Dah tugas...Huhuhu…

Kesimpulannya, tak salah kalau belajar bahasa asing…Ada kebaikannya…Lagi pun belajar bahasa asing pun salah satu daripada ilmu..Dulu masa kat U, aku  masuk ke kelas Mandarin sebagai percubaan untuk penuhkan jam kredit..Tapi tu la kali pertama dan terakhir aku masuk kelas Mandarin..Hehehe

Aku tak jadi masuk kelas Mandarin sebab aku lebih berminat masuk kelas Arab..Tapi aku sempat la belajar beberapa perkataan iaitu (Hen hau, Duibuqi, Ni Hou Ma) dan lain2 lagi…Perkataan (Wo ai ni) pun ada…Tapi aku yakin, semua orang dah tau pasal maksud ‘ Wo ai ni’ tu kan? Tak payah pergi kelas pun confirm tau..Em, tak tau? TIPU la tu…Hehehe

Wassalam…

Jom belajar bahasa Mandarin... ;)

Sabtu, 18 Februari 2012

Fobia cinta



Pijakan kaki bagai tak terasa
Setiap kali lihat kau tersenyum mesra
Tapi hati masih tak berani lagi
Menghampiri

Denyutan jantung aku tergendala
Kerana hati aku berkata-kata
Jangan terkena untuk kali kedua
Kan sengsara

Bukan aku tak sudi bersama
Cuma diri tak sanggup terluka
Dulu terlalu percaya
Tak sangka aku mangsa

Fobia cinta
Pintu hati aku
Kini kau datang tawarkan segala
Bulan dan bintang seluruh angkasa                                                
Namun aku masih ragu-ragu jua
Tak terima


Entah bila
Akan dapat percaya semula
Oh manusia yang kata
Cintai mereka
Adakah aku fobia cinta?


Denyutan jantung aku tergendala


- Ada sesiapa pernah fobia pada cinta?

   Hmm...Aku pernah fobia  pada cinta...
   Pintu hati aku pun aku tutup  rapat...
   Takde ruang untuk sesiapa...
   Kini, perlahan-lahan pintu   tu mulai terbuka... Hmm...


Aku jadi cikgu?



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Cikgu, guru, ustaz atau ustazah adalah insan yang mulia…Semuanya dalam kategori pendidik…Mereka adalah insan yang memikul tanggungjawab untuk mendidik anak2 bangsa…Jadi, tak hairanlah bila ramai ibu bapa yang suruh anak2 mereka memilih kerjaya sebagai pendidik…

Ibu bapa aku yang aku panggil mak dan abah juga tak terkecuali…Masa mula2 aku isi borang UPU dulu, mereka dah suruh aku pilih kos atau program pendidikan sebagai salah satu daripada 8 pilihan..Aku hanya terbayangkan jadi cikgu sukan je time tu...Hehehe..

Aku menuruti kehendak mereka…Tapi aku cuma buat program pendidikan sebagai pilihan keempat atau kelima…Hehehe..Program pertama yang aku pilih adalah kaunseling…Mungkin sebab aku suka mendengar masalah orang dan cuba bagi jalan penyelesaian terbaik sehingga masalah tersebut berjaya diselesaikan…

Sebenarnya, aku tak la minat nak jadi cikgu sangat…Aku sendiri tak dapat bayangkan macam mana kalau aku jadi cikgu..Rasa macam kelakar…Macam tak sesuai pun ada..Kata orang, belum cuba belum tahu…Tapi aku tak naklah jadi macam sesetengah remaja atau siswazah yang lain yang menjadikan kerjaya cikgu sebagai pilihan terakhir…Bagi aku, nak buat sesuatu biarlah kerana minat dan kebolehan yang seiring…

Seorang budak perempuan pernah menangis disebabkan aku…Puncanya, sebab masa aku mengajar, dia main2…Aku ajar apa? Ha, macam ni ceritanya..Macam ni, mak aku merupakan seorang guru mengaji..Dia mengajar budak2 dari iqra’, muqaddam sampailah ke Al-Quran…Kira macam ustazah jugak la..

Anak murid dia taklah ramai sangat…Dalam 3-4 orang je..Semua tu anak2 jiran 1 blok..Diorang minta mak aku ajar anak2 diorang setelah selalu dengar mak aku ajar anak2 dia termasuk aku mengaji..Kalau tak silap, masa tu umur aku 12 tahun yakni darjah 6..Mak aku tak minta bayaran..Mengajar ikhlas…Kadang2, diorang bagi jugak duit yang boleh dikatakan macam yuran…Sampai paksa mak aku ambil duit tu..

Kadang2 bila time budak2 tu datang mengaji, mak busy. So, aku la yang jadi cikgu ganti…Diorang ni pun tak faham bahasa jugak…Mak aku dah cakap, kalau nak datang mengaji, datang la selepas asar..Ni tak, datang ikut suka..

Bayangkanlah…Pukul 12 tengah hari pun boleh diorang datang sebab nak mengaji..Dah confirm2 mak aku tengah masak..Jadi, aku la yang menjadi galang gantinya…Kadang2, malam diorng datang..Aku tak tau nak cakap apa dah..Orang datang sebab nak mengaji, so ajar jugak la…

Biasa time2 macam tu, adik-beradik aku yang lain tengok TV…Yang budak ni datang bawa Al- Quran…Sekali baca tersekat-sekat…Sampai ada huruf tak reti nak bunyikan pun..So, sampai kat aku memang silap la..Time tu jugak aku keluarkan muqaddam..Suruh dia baca tu je…Tu pun masih tersekat-sekat lagi..Last2 bagi iqra’ je..Ha, kali ni baru okey sikit..Hehehe

Aku bukan la sengaja nak kenakan dia..Kira macam turun pangkat la..Tapi dah tak boleh baca…Nak buat macam mana kan? Lagi pun Al-Quran ni Kalamullah ataupun dalam bahasa Melayunya kata2 Allah…So, tak boleh la dibuat main2…

Dia pun mengaji la..Tak dapat sebut dengan betul, so aku betulkan..Tapi mata dia bukan pandang ke iqra’ tu…Tapi duk pandang TV..Aku pun tegur la..Suruh tumpukan pada bacaan…Tapi dia sibuk curi2 pandang TV..Banyak kali jugak dia buat macam tu…Last2 aku cakap, kalau nak tengok TV, tak payah mengaji…Tengok je TV..

Lepas tu dia tunduk…Dia diam..Aku pulak ternanti-nanti je reaksi seterusnya daripada dia…Dalam hati, aku dah tertanya-tanya…Apahal pulak budak ni? Senyap tiba2…Sekali, keluar cecair jernih yakni air mata dari kelopak mata dia…Aku dah buat perempuan menangis? Huhuhu…Tiba2 je aku jadi risau..

Aku fikir balik, aku takde pun tengking2 dia…Nada suara aku pun biasa je..Tapi apsal dia menangis? Aku siap tanya adik aku yang mengajar budak lain mengaji..Mak aku yang perasan dah mula bising2 dah..Mak aku sibuk pujuk dia supaya berhenti menangis dan sambung mengaji tetapi gagal..Tangisan dia jadi makin kuat…Kawan2 lain yang tengah mengaji pun berhenti..Perasaan aku time tu? Giler cuak..Dalam hati, aku rasa macam nak jerit ayat ‘AKU TAK BERSALAH’ je…Hehehe..

Rupa2nya, itulah minggu terakhir budak tu mengaji dengan mak aku…Disebabkan aku..Yeke? Entah la..Hehehe..Tapi aku tetap rasa aku tak salah..Budak tu yang sengaja cari pasal kot…Huhuhu…Jadi, sampai sekarang aku masih berfikir layak ke aku nak jadi cikgu???

Takpelah…Kalau tak ajar secara formal pun takpe…InsyaALLAH, kalau aku kahwin dan ada anak nanti, aku akan ajar diorang segala ilmu yang aku ada termasuk mengaji..Sebab ilmu mengaji ni bagi aku tersangatlah penting… Dari segi tajwid, makhrajnya dan lain2..Tak boleh ambil mudah atau ambil ringan…

Ramai ibu bapa yang terlepas pandang akan kepentingan mengaji dan ilmu2 akhirat ni…Kalau ada yang sedar kepentingannya pun akan hantar anak mengaji kat rumah orang…Kenapa tak diri sendiri je yang ajar anak2???

Hmm..Tepuk dada tanya iman…

Wassalam…

Guru- Kerjaya yang mulia
Kitab suci Al- Quran
(Jangan jadikan sekadar hiasan di rumah)