Jumaat, 17 Februari 2012

Pengalaman masuk Pub



Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni aku nak citer pasal pengalaman aku masuk pub…ala, yang macam dalam TV atau filem tu…Chop2!!!...Jangan salah sangka…Aku masuk pub bukan sebab saje2...Aku terpaksa masuk ke sana sebab buat kerja…

Pergi pub buat kerja? Biar betul? Kerja apa yang ada kat situ? Halal ke?

Hmm…Ni la yang aku nak cerita…Mungkin macam2 andaian yang bermain kat minda korang kan? Ya, tempat tersebut bukanlah tempat yang baik bagi orang Islam…Ya, aku pun tau tu..Sebenarnya, aku masuk ke pub tersebut sebab penggambaran atau shooting dijalankan di situ…

Shooting apa sampai kat pub?

Hmm…Macam ni… Aku bekerja kat salah sebuah syarikat produksi ataupun dalam bahasa omputihnya, production house…Jadi, terlibat dengan shooting ni, kebetulan ada scene atau babak dalam pub..So, terpaksa la buat..

Em, lupa nak bagi tau.. Aku shoot video muzik sebenarnya…Trend orang sekarang, buat muzik video ketika majlis perkahwinan…Muzik video yang dah siap diedit akan ditayangkan ketika majlis perkahwinan sebenar diadakan…

Apa tujuan diorang? Hmm…entahlah..Aku pun tak pasti..

Client atau pelanggan aku ni merupakan pasangan kaum Cina…Lagu yang digunakan untuk muzik video mereka adalah lagu nyanyian kumpulan Black Eyed Peas iaitu The Time…Jadi, pemilihan pub sebagai salah satu lokasi difikirkan bersesuaian…

Kenapa tak pilh lokasi lain? Hmm…lokasi ni pengarah muzik video aku yang juga berketurunan Cina yang tentukan..

Masa penggambaran dijalankan, aku hanya bertindak sebagai 2nd cameraman…Maklum la, budak baru masuk ke dunia pekerjaan..Tapi takpe, aku tak kisah…Biar mula dari bawah..Pengalaman yang diraih tu paling penting…

Penggambaran dilakukan di 3 lokasi iaitu rumah, hotel dan pub…Alhamdulillah, kerja2 penggambaran tersebut hanya dijalankan dalam masa sehari sahaja…Lagi pun aku memang kalau boleh nak balik cepat..Sebab malam tu ada game Malaysia vs Bahrain untuk kelayakan ke Olimpik..Hahaha..

Apa yang aku nak kongsikan kat sini, tingkah laku mereka yang berada di pub..Bila aku tengok semua tu, rasa macam kat zaman Jahiliyah pun ada…Tapi takpe la, diorang semua tu kafir..Memang gaya hidup diorang macam tu…

Mula2 diorang minum…Agak2 diorang minum apa? Fresh orange? Coke? Soya? Haha, kalau tu tekaan korang, ternyata korang silap..Mereka minum 'air kencing syaitan' atau dalam bahasa yang lebih mudah arak…

Lepas je diorang minum, diorang merokok..Masa tu, berkepul-kepul la asap memenuhi ruang legar pub tersebut…Puas merokok, diorang mengajak pasangan masing2 menari…Ha, part menari ni aku selalu nampak dalam TV…

Sambil2 buat kerja, aku tengok jugak la tingkah laku diorang…Aku nak tengok, apa je yang diorang buat kat dalam pub ni…Ada masa, aku perhati…Selebihnya, mengikut arahan pengarah untuk ambil shot2 yang berkenaan..

Setelah pemerhatian dijalankan…Cewaah..Macam buat kajian pulak..Hehehe…Aku tengok memang 3 perkara tu je la yang diorang buat…Minum-à Merokok à Menari..Lepas tu ulang balik benda2 yang sama..Hmm…Takdelah best mana pun suasana di pub ni..Baik main futsal…Hahaha..Bola lagi..

Jadi, kepada remaja2 Islam di luar sana, sentiasalah menjaga sahsiah diri… Tak payah la sampai nak pergi ke pub ni…Kalau boleh, jangan ada keinginan pun…Ada yang cakap, gi pub minum coke je..Duduk2…Lepas tu balik..Pergi ke sana sebab nak jumpa kawan2.. Betul ke?

Ala, macam takde tempat lain yang boleh dijadikan lokasi untuk berjumpa dan bergembira bersama kawan2..Tak perlu la mendekati tempat2 yang tak elok..Sekali pergi mungkin tak terjebak..Kalau 2 kali pergi? 3 kali pergi dan seterusnya? Agak2 terjebak tak dengan kegiatan tak bermoral ni?

Tepuk dada, tanya la iman…

Kesimpulannya, cari la kawan, rakan, sahabat atau teman yang mempunyai sahsiah terpuji dan baik…Yang boleh mendorong kita ke arah kebaikan…Kata orang, kawan2 adalah cermin kepada diri kita sendiri…

Wassalam…

Bergaullah dengan orang2 yang baik2

Kaum Adam, penuhilah ruang2 kosong di masjid...InsyaALLAH

Cinta...Sebelum atau selepas kahwin?


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kali ni aku nak bercakap tentang perasaan…Perasaan normal sebagai seorang manusia iaitu perasaan suka, sayang dan cinta kepada seseorang yang berlawanan jantina…Bagi yang bercinta sejenis, 2 bukan cinta…Tapi hanya dorongan nafsu yang telah terpesong…Nauzubillahiminzalik.

Kebetulan, program Semanis Kurma yang diacarakan oleh Ustazah Nor Bahyah dan Ustaz Wan Akashah semalam bertajuk ‘Cinta selepas kahwin’…Agak menarik topik yang dibincangkan dengan tetamu jemputannya ialah Ustaz Jazlan dan Diana Rafar.

Cinta sebelum atau selepas kahwin kedua-duanya dibenarkan oleh Islam... Bagi yang bercinta sebelum berkahwin, niat ketika mula2 bercinta haruslah kerana ingin menjadi pasangan hidup dan saling melengkapi antara satu sama lain…Selain daripada tujuan berkenaan, hubungan tersebut adalah HARAM.

Maksudnya, tiada istilah bercinta kerana suka2…Cinta suka2 hanya akan menjadikan hubungan tersebut sia2, buang masa, tiada arah tujuan dan kemungkinan untuk terlibat dalam maksiat sangatlah besar.

Selain itu, cinta yang dijalinkan sebelum berkahwin banyak dugaannya seperti menjaga batas2 pergaulan seperti yang ditetapkan oleh syarak…Tiada sentuhan antara kulit ke kulit tanpa sebarang lapik, bertentang mata sehingga menimbulkan syahwat dan lain2 lagi.

Kalau rasa tak mampu nak jaga batas2 pergaulan, ELAKKAN bercinta sebelum kahwin…Perbuatan tersebut bukan hanya mampu menjaga kesucian cinta tetapi dapat mengelakkan berlakunya sebarang masalah seperti kehamilan di luar nikah dan lain2 lagi.

Bercinta selepas kahwin juga digalakkan. Tetapi sudah menjadi trend remaja zaman kini untuk mengenali calon suami atau isteri terlebih dahulu sebelum meniti alam perkahwinan…Alasannya adalah untuk cuba mengenali pasangan masing2 dan memupuk keserasian terlebih dahulu…

Ada juga yang mengatakan bahawa bercinta sebelum berkahwin adalah medan untuk menguji dan memilih pasangan yang benar2 menepati kehendak dan ciri2 yang diinginkan…Katanya, agar tak tersalah pilih…Benar ke?...

Batas2 yang ditetapkan dalam Islam juga bertujuan untuk memelihara kedudukan wanita. Ramai yang telah sedia maklum bahawa kedudukan wanita berada pada tahap paling rendah terutamanya pada zaman Jahiliyah…

Begitu indahnya Islam yang menitikberatkan segala hal dan menjaga kepentingan yang sama rata antara jantina lelaki mahupun perempuan…Kedua-dua jantina mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2…Disebabkan itu, lelaki dan perempuan diciptakan untuk melengkapi antara satu sama lain…

Berbalik kepada bab kahwin, kebaikan bercinta selepas berkahwin yang paling utama ialah dapat mengelakkan dosa maksiat yang mungkin dilakukan oleh pasangan yang belum berkahwin…Selepas berkahwin, apa jua yang hendak dilakukan tiada batasan…

Mungkin pada mulanya, pasangan yang tidak bercinta sebelum berkahwin akan berasa segan atau malu2 sejurus selepas berkahwin…Perkara tersebut adalah lumrah…Mungkin mengambil masa sedikit…Namun, jika pasangan tersebut benar2 berkahwin ikhlas kerana Allah, semua perkara akan menjadi mudah…Kata orang, cinta juga boleh dipupuk..

Kesimpulannya, tak kiralah sama ada bercinta ketika sebelum mahupun selepas berkahwin…Perkara terpenting adalah niat masing2 sebelum memulakan langkah untuk membina hubungan…Andai hubungan yang dibina adalah kerana Allah, pastinya permulaan dan pengakhirannya akan menjadi baik…Cinta sampai ke syurga…InsyaALLAH…

Jadi, tepuk dada, tanya IMAN..

Wassalam…
Bercintalah kerana Allah..

Rabu, 15 Februari 2012

Oh Angelina!


Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Kenangan bersama Angelina sangat manis… Walau tak semanis gula2, tetap boleh buat aku ceria…Ke sana ke mari aku bawa dia. Tapi dalam rumah je la…Aku tak boleh bawa dia keluar…Kalau tak, kantoi la orang nampak..Tapi Angelina ni kuat makan la…Nasib baik aku dah belikan stok makanan sebulan untuk dia…

Angelina ni suka berjaga waktu semua orang dah tidur… Tapi masa semua orang berjaga, dia pula tidur…Giler malas dia ni…Tapi aku suka tengok dia tidur…Tubuh dia akan mengerekot seperti menahan kesejukan…Comel sangat…

Angelina ni ada bad habit… Dia suka buat sepah…Nak buat sepah buat la…Tapi yang kena kemasnya aku…Bukan sekali-sekala tapi setiap hari…Aku rasa macam nak marah tapi aku sentiasa cuba sabar…Nasib baik aku sayangkan kau Angelina…Hehehe..

Aku dapatkan Angelina dengan hanya membayar RM20…Agak murah juga bagi jenis yang baik macam dia..Aku bawak balik ke rumah, housemates aku ramai yang suka main2 dengan dia, belai2 dia..Roommate aku pula suka letak Angelina atas badan dia sambil si Angelina ni duk mencakar2 badan dia…

Pernah jugak aku cuba satukan dia dengan Bobo…Tapi diorang macam tak serasi…Mula2 asyik bergaduh je…Angelina ni suka buli Bobo sampai Bobo selalu je larikan diri daripada dia…Bila makan, si Bobo ni hanya akan dapat sisa2 yang ditinggalkan oleh Angelina…Kesian pula aku tengok…

Angelina oh Angelina…Seekor hamster betina jenis panda yang aku beli di kedai binatang di Satok, Sarawak…Aku beli Angelina sebab dalam filem pendek aku untuk Projek Tahun Akhir ada watak untuk seekor hamster...Kiranya Angelina ni dah bergelar seekor pelakon la...'Seekor pelakon'? Macam pelik je bunyi...Hahaha..

Angelina hanya sempat dijaga beberapa bulan je sebab dia dah dirampas oleh pihak kolej…Di kolej, membela haiwan adalah dilarang... Kebetulan masa dia dirampas, aku takde kat bilik...Tak sempat buat lambaian terakhir..Harap2 sekarang dia dalam keadaan baik je dan dapat lahirkan banyak anak yang comel…Tak tau la kalau2 aku masih berpeluang nak jumpa dengan dia lagi..Huhuhu...

Macam ni la rupa Si Angelina...
Wassalam…

Tengok bola + hujan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Aku baru je balik dari stadium lebih kurang 2 jam lepas... Tadi aku tengok perlawanan liga super antara Negeri Sembilan (N9) menentang Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kat Stadium Tuanku Abdul Rahman (STAR)...

Buat pertama kalinya aku ke stadium dengan menaiki motosikal... Aku pergi tadi dengan seorang sepupu aku yang kebetulan sedang cuti belajar...Sedang dalam perjalanan, hujan pula turun...Mula2 renyai2 je...Lepas tu terus lebat...Aku yang sejak tadi memecut mula memperlahankan motor...Sebab jalan basah dan licin.. Tengok bola pun tengok juga, keselamatan tetap yang utama...Hehehe.

Sampai je tempat letak motosikal, kunci dan terus menuju ke kaunter tiket...Orang tak begitu ramai...Jadi, tiket lebih senang nak dapat..Masuk je dalam, disebabkan sedikit lewat, aku dan sepupu terpaksa tengok perlawanan sambil berdiri...Tapi waktu kitorang sampai, lagu Negaraku belum dinyanyikan...So, boleh dikatakan sampai just in time...Hehehe

Perlawanan agak menarik... Kedua2 pasukan saling menyerang...Cuma aku kurang puas hati dengan pengadil..Banyak keputusan yang dibuat boleh dipersoalkan...Tapi aku tak salahkan dia 100%...Biasalah, nama pun manusia... Adakalanya buat silap jugak...

Perlawanan berakhir dengan keputusan seri 1-1...Memang la kecewa sikit...Sebab RM20 dah melayang sebab bayar tiket...Tapi takpe la.. Dah takde rezeki...Optimis je untuk perlawanan akan datang...Harap2 akan menang dan menang lepas ni...

Bila perlawanan dah habis, nak buat apa lagi? Jawapannya, BALIK..Tapi aku baru teringat yang dompet aku dah kosong... So, terus ke mesin ATM yang terdekat...Lepas je keluar duit, aku ajak sepupu aku pergi cari gerai burger IJAN yang sememangnya popular kat seremban..

Lepas beli burger, terus balik...Tunaikan kewajipan, dan komen kat status 'Penyokong Setia Negeri Sembilan' kat facebook dan mula menyusun bantal...Pandang syiling, cuba lelapkan mata dan terus tertidur...Sebelum tu, aku masih berfikir tentang si dia..Dah tidur ke dia? Maybe dah...Lagi pun dah lewat ni...Dalam senyuman, aku tertidur...

Wassalam...

Sebahagian pemain yang bermain dalam perlawanan tadi




Lebih kurang macam ni la rupa burger Ijan.
Ni yang special punya la..Nyum3...

Sabtu, 11 Februari 2012

Hutang



Assalamualaikum dan salam sejahtera…

Mesti semua pernah dengar perkataan ‘hutang’ kan? Hutang ni ada macam2…hutang antara manusia sesama manusia dan hutang antara manusia kepada Yang Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T…

Hutang kepada Allah contohnya kalau kita tertinggal solat dan lain2. Meninggalkan solat sama ada secara sengaja atau tak, haruslah diganti iaitu lebih dikenali sebagai qada’. Agak2 ada tak manusia kat dalam dunia ni yang tak pernah tinggal solat? 

Solat yang telah ditinggalkan, haruslah diganti dan sentiasa cuba untuk istiqamah. Bukan susah pun nak cukupkan solat 5 waktu sehari. Kita harus didik diri sendiri dan tetapkan tekad di hati supaya takkan sekali2 meninggalkan solat. Jom sama2 kita cukupkan solat 5 kali sehari… J

Hutang sesama manusia? Terbahagi kepada 3…yang aku dengar2 la yang orang2 tua selalu sebut iaitu hutang nyawa, hutang budi dan hutang duit. Hehehe. Kalau kat dalam buku sastera, banyak sangat hal2 yang menyentuh tentang hutang. Kalau tak percaya, sila la buka buku. :P

Sebut pasal hutang duit, aku pernah terkena. Bukan sekali tapi dua kali. Orang yang hutang dengan aku susah sangat nak bayar duit aku yang telah diorang pinjam. Mungkin silap aku juga sebab mudah percayakan orang. Tapi aku buat tu semua sebab aku simpati…

Mungkin tu memang kelemahan aku. Mula2 si D jumpa aku untuk pinjam duit. Agak2 berapa? Hmm…RM700. Masa tu aku baru je masuk U. Biasa la. Budak freshie baru je dapat duit PTPTN sebanyak RM 1500++. Dia ni ketua kolej dan agak dikenali oleh ramai orang. So, disebabkan simpati, aku bagi dia RM700 macam tu je. Dia janji, dia akan bayar balik beberapa minggu kemudian.

Hari demi hari berlalu dan sampai la pada hari yang dijanjikan. Aku dah excited nak dapat duit hari tu seperti yang dijanjikan selama ni. Tapi aku hampa. Janji hanya tinggal janji. Kebetulan pada masa yang sama, aku dah dengar macam2 cerita tentang dia. Rupa2nya si D ni kaki hutang. Hutang keliling pinggang. Aku dah risau. Kawan baik aku yang tau pasal ni pun dah mula marah2 aku sebab mudah percayakan orang.

Kawan aku suruh aku mintak duit daripada si D. Aku pula jenis susah nak minta2 kat orang ni walaupun tu duit aku. Puas aku fikir, last2 aku mesej D. Aku cakap aku nak guna duit sangat. Sebab nak buat final project. Akhirnya D bayar balik duit aku walaupun sebanyak 2 kali. Aku lega. Tapi aku dengar pula, duit aku yang dia bayar tu dia pinjam daripada orang lain. Hmm. Macam ni punya manusia pun ada.

Bagi kes kedua, ada seorang lagi pinjam duit kat aku. Aku namakan dia sebagai Y. Aku dengan dia agak rapat pada mulanya. Sebab dia selalu minta pandangan dan nasihat aku pasal hubungan dia dengan pakwe dia. Aku cakap la apa yang aku tau. Nak kata standard macam Dato’ Dr. Fadzillah Kamsah tu tak la..Hehehe.

Pada satu hari, aku online kat library. Tiba- tiba si Y call. Dia cakap dia ada kat muka pintu library. Ada hal penting sangat. So, aku pun keluar. Dia cakap, dia accident. Kereta sewa yang dia guna rosak. Yang tuan punya kereta pulak dah mintak duit ganti rugi untuk baiki kereta dia.

Dia cakap dengan aku siap nangis2 lagi. Dah la ramai yang lalu-lalang kat situ. Aku dah rasa serba salah dah. Kang apa pula yang budak2 ni fikirkan. Huhuhu. Dia cakap dia perlukan RM150 untuk bayar pada empunya kereta. Dia janji dia akan bayar dalam masa sebulan.

Malangnya, sampai ke hari ni dia tak bayar langsung duit aku. Dah masuk 4 tahun dah. Lama tak? Paling hampeh, bila berselisih atau terserempak dengan dia, dia boleh lari daripada aku. Nombor telefon pun dia tukar. Memang tak dapat la aku nak contact dia. Lagi satu, dia ni perempuan. Kalau lelaki, dah lama aku pergi bilik dia. Aku bukanlah jenis yang suka bergaduh. Kalau berjumpa pun, insyaALLAH aku akan minta baik2.

Kesimpulannya, jangan mudah percaya dan simpati pada orang. Bukanlah aku nak menggalakkan kita bertindak kejam. Sebab dalam Islam, membantu orang yang berada dalam kesusahan sangat digalakkan. Tapi haruslah berhati-hati dan berpada-pada agar tak jadi macam kes aku. Last2 diri sendiri yang dikejami. Hehehe.

Wassalam…
Dalam banyak2 ni, ada la
duit aku beberapa helai..Hehe




Khamis, 9 Februari 2012

Bakat yang tak ketahuan


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Apakah itu bakat? Bakat ialah satu anugerah istimewa Tuhan kepada hamba2-Nya.. Tak semua orang ada bakat yang sama. Misalnya menyanyi. Semua orang boleh menyanyi. Tapi tak semua boleh menyanyi dengan baik.

Cerita bermulanya macam ni. Masa aku kat Universiti dulu, semua pelajar diwajibkan memilih salah satu kelab sukan atau persatuan sebagai aktiviti senggang atau dalam bahasa biasanya, ko-kurikulum.
Masa untuk mendaftar bermula pukul 9 pagi. Tapi aku cuma pergi mendaftar pada pukul 12 tengah hari disebabkan aku ada kelas sebelum tu.

Aku bersama seorang kawan aku berjalan-jalan mencari kelab bola sepak. Yes, akhirnya jumpa pun kelab bola bola sepak. Tapi malangnya, dah takde kekosongan. Kuota hanyalah 100 orang je. Ramai pulak la orang yang suka main bola kat sini. Aku pun jalan lagi.

Kemudian, aku sampai kat kelab futsal. Takpe la. Bola sepak tak dapat, futsal pun jadi la. Aku pun capai pen. Belum sempat aku tulis nama, AJK kelab tu dah bersuara. Takde kosong lagi. Sekali lagi aku hampa. Aku dengan kawan aku ni pun berbincang. Nak masuk kelab apa je macam ni. Yang tinggal cuma bola jaring, sepak takraw, bola tampar, bola baling, kayak dan lain-lain lagi.

Dipendekkan cerita, kitorang pilih untuk masuk ke kelab bola baling. Kawan aku ni okey la sebab dia pernah main bola baling. Aku? Pegang bola baling pun tak pernah. Ni pulak nak main. So, nak tak nak aku pun pilih kelab bola baling. Takpe la. Janji bola. Hehehe.

Seminggu kemudian, perjumpaan diadakan. Pada akhir perjumpaan, kitorang semua mula bermain bola baling. Dari situ aku belajar sesuaikan diri dengan sukan baru. Biasa main bola sepak guna kaki tapi kali ni guna tangan. Mula2 aku rasa kekok la jugak.

Beberapa minggu lepas tu, salah seorang pelopor sukan bola baling di universiti aku datang masa perjumpaan kelab. Kebetulan dia sambung buat Master kat situ. Dia cakap pemilihan untuk mewakili universiti akan diadakan. Aku cuma dengar je. Tak ambil pot sangat sebab tak berminat pun. Lagi2 aku sedar kebolehan aku.

Tapi si budak Master ni datang kat aku. Dia minta aku datang ke pemilihan tu. Aku terpaksa setuju sebab dia cakap dia perlukan pemain yang tinggi. Kebetulan aku ni dalam golongan yang agak tinggi iaitu 180 cm. Yang kawan aku masa sama2 daftar tu dah hilang. Tak datang perjumpaan langsung dah. Tinggal la aku meneruskan perjuangan. Cewaah..hehehe

Pemilihan pun dijalankan. Apa yang diorang buat, semua aku buat. Pemilihan dijalankan hanya selama 2 minggu. Bila nama yang terpilih nak diumumkan, aku dah bersedia je. Confirm aku tak terpilih. Aku cakap dalam hati la. Hehe.

Nama seorang demi seorang disebut. Akhirnya nama aku pun disebut. Perghh, memang aku tak sangka yang aku pun terpilih. Aku tak tau nak kata apa masa tu. Aku pura2 cool. Walaupun dalam hati bangga la jugak. Hahaha. Yela, orang lain main bertahun-tahun. Aku pulak main baru 2 bulan dah terpilih.

Latihan dijalankan setiap petang. Sesiapa yang ada kelas petang dikecualikan. Selama hampir 2 bulan kitorang berlatih untuk masuk ke MASUM ataupun Majlis Sukan Universiti-universiti Malaysia.
Dalam kitorang berlatih tu, tiba2 dapat berita yang kami tidak dihantar untuk ke MASUM. Aku tengok seorang teammate aku dah tepuk dahi dah. Aku punya reaksi? Perghh kecewa habis.

Aku tanya kenapa kitorang tak dihantar? Diorang cuma jawab yang pihak perngurusan universiti tak bagi sebab sukan bola baling dah lama tak bawa kejayaan untuk universiti kitorang.  Lagi pun sebab kos penerbangan dan penginapan untuk ke kejohanan yang diadakan di semenanjung tu agak tinggi. Mungkin sebab universiti kitorang yang terletak di Borneo..Tu pun boleh dijadikan alasan? Hmm...entah apa2..

Aku rasa bengang jugak la. Buang masa je aku berlatih petang2. Baik la aku pergi main street soccer dengan housemates aku. Tapi kitorang semua akan dihantar ke kejohanan lain yang bertempat di Sarawak. Sedikit sebanyak terubat jugak la kecewa kitorang.

Pertandingan pun bermula. Disebabkan aku ni budak baru, aku duduk kat bench je. Hampeh. Hahaha. Tapi takpe la. Aku pun nervous jugak. Aku hanya main sebagai pemain simpanan. Sesekali aku dimasukkan. Not bad la kan. Percubaan pertama la katakan.  Dalam pertandingan tu, kitorang dapat tempat keempat ke ketiga. Lupa pulak aku. Hahaha. Tapi kitorang masih dapat pingat. Ada la sesuatu untuk aku banggakan. Hehehe.

Kat universiti, tak lama lepas tu ada kejohanan antara fakulti. Aku terpilih secara automatik sebab status sebagai pemain yang telah mewakili universiti. Aku sempat membuat kemunculan selama 2 musim untuk kejohanan antara fakulti. Untuk kemunculan pertama, posisi aku tak tentu. Kadang2 aku main utama kadang2 aku masuk sebagai super sub je. Kapten punya planning. Aku ikut je la. Malas nak banyak cerita. Dalam pertandingan tu, kami dapat tempat keempat je. Kecewa jugak la aku walaupun aku dapat jaringkan gol jugak.

Pada musim kedua, budak2 senior ni dah takde. Sebab bagi peluang kepada orang lain. Yela.. dah 3 tahun diorang main. So, aku agak happy la sebab dah takde orang yang gila kuasa dalam pasukan. Aku sebagai salah seorang pemain utama pasukan.

Dipendekkan cerita, kitorang berjaya masuk ke final selepas menang hampir semua perlawanan sebelum tu. Aku rasa bangga jugak sebab berjaya jaringkan gol-gol penting dalam perjalanan untuk ke final. Dalam perlawanan final atau akhir, seperti yang dijangkakan pasukan kitorang kalah sebab pasukan opponent atau lawan, hampir semua pemain diorang adalah pemain yang mewakili universiti yakni teammate aku jugak la.

Lebih teruk, dalam perlawanan akhir tu aku siap missed penalti. Hahaha. Nervous punya pasal. Sebab penonton ramai sangat kot masa tu. Hehehe. Walaupun kalah, aku agak bangga jugak la. Tak sangka sukan yang aku tak pernah main, rupa2nya aku ada bakat untuk bermain sukan tu. Kapten aku yang gila kuasa pada musim sebelumnya turut hadir masa pelawanan akhir tu. Dia berterus terang yang dia kagum dengan kitorang. Dia cakap sepanjang dia main bola baling, dia tak pernah masuk final.

Kesimpulannya, kita kena berani mencuba sesuatu yang baru. Mana la tau kita ada bakat terhadap sesuatu tapi kita masih tak tau sampai sekarang sebab tak pernah mencuba. Sebab belum cuba belum tahu...So, selamat mencuba! Harap2 keluar la satu bakat yang dipanggil BAKAT YANG TAK KETAHUAN. Hehehe.

Wassalam...

Fikir tentang bakat yang mungkin ada dalam diri



  

Tiada mood


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Semalam aku tak tau kenapa aku takde mood. Nak buat kerja kat office pun rasa malas je. Tapi nak tak nak aku buat jugak. Sebab dah tanggungjawab. Lagi pun dalam Islam, kerja ni ibadah. So, aku pun buat la. Walaupun pergerakan jari aku agak lambat tak seperti biasa. Hehehe.

Sebelum tu, pagi2 lagi aku dah kena kejar dengan seekor anjing. Hari tu macam biasa. Sampai je aku dekat tempat letak motosikal, aku pun cari kat mana tempat yang kosong. Kebetulan hari ni banyak pulak motor kat situ. Dalam aku tercari-cari tu, tiba2 aku dengar bunyi anjing menyalak. Cari punya cari, rupa-rupanya anjing tu lebih kurang 1 meter je sebelah aku.

Nasib baik enjin motor aku belum dimatikan. So, aku pun memecut la. Si anjing ni masih lagi mengejar aku. Huhuhu. Dalam hati punya la cuak. Anjing tu kejar aku dalam jarak 60 meter. Aku siap masuk ke laluan bertentangan. Cuak punya pasal la katakan. Nasib baik takde kereta langsung masa tu. Lepas tu binatang tu pergi entah ke mana. Aku pun pergi balik kat tempat letak motor tadi dan terus letakkan motor aku. Cepat-cepat aku kunci motor dan terus masuk ke office.

Waktu balik kerja, aku bawak motor macam biasa. Cilok-mencilok ni dah jadi lumrah sebab waktu balik kerja memang banyak kereta. Nak2 aku ni memang sukakan kelajuan. Minyak motor dah semakin kering. So, aku pergi la isi minyak. Aku bayar RM5 kat nyonya ni dan terus isi minyak. Sedar2 je minyak yang aku isi dah melimpah keluar. Berangan punya pasal. Huhuhu. Aku tengok kiri kanan, nasib baik takde siapa2 nampak. So, aku pun lap bekas minyak yang tertumpah tadi dan terus memecut menuju ke rumah. 

Kesimpulannya, nak berangan boleh. Tapi biarlah di tempat yang betul. Kat mana tempat yang betul? Maybe kat rumah atau kat tepi sungai. Hehehe.

Wassalam...

Lebih kurang macam ni la rupa aku hari ni...